SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Friday, March 8, 2013

TJP37013 JALAN-JALAN CARI MAKAN DAN SEMBANG


MENJEJAKI SKOT DI KUCHING
AHMAD NORDIN

Dalam kesibukan tugas harian di MLU aku berkesempatan membuat lawatan kerja ke Pangkalan Udara Kuching untuk meninjau projek pembinaan unit baru (SOC 3) TUDM di Kota Samarahan. Unit (kem) baru ini akan menempatkan radar pertahanan udara. Selama ini selaku KSK hanya melibatkan diri dalam beberapa perundingan untuk mengadakan kontrak dukungan logistik dengan syarikat pembekal iaitu Thales Raytheon System (TRS), USA. Pastinya, selain mendengar cerita dan membaca laporan bulanan (development report), aku perlu melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana rupa kelengkapan radar tersebut serta permasalahan yang dihadapi oleh insan-insan yang diberi amanah untuk mengoperasi peralatan berkenaan.

Pada 28 November 2012, bersama Lt kol Kamarudin Kasim dan Mej Ahmad Zahran bertolak dari KLIA ke Kuching menaiki pesawat MAS yang berlepas pada jam 2055.  Tapi flight malam itu tertangguh kerana terdapat masalah 'fire extinguisher' dalam luggage compartment tidak berfungsi.  Kami terpaksa bertukar ke pesawat lain dan hanya berlepas pada jam 2215.  Tiba di LTA Kuching hampir jam 2359, ditunggu oleh 2 pegawai dari PU Kuching dan kami terus ke Hotel Merdeka Palace.

Keesokan paginya kami bertolak dari hotel ke tapak pembangunan SOC 3 pada jam 0830.



Jarak dari bandar Kuching lebih kurang 30km dan mengambil masa lebih kurang setengah jam sahaja.  Tetapi sepanjang perjalanan dari bandaraya Kuching banyak jalan-jalan yang masih dalam proses baikpulih atau memberi laluan kepada pembinaan fly-over.  Bandaraya Kuching memperlihatkan pembangunan yang begitu pesat.  Jauh sekali dengan pemandangan waktu aku bertugas di TUDM Kuching, lebih 30 tahun yang lalu.

 
 
 
  
 

Selepas menamatkan lawatan kami makan tengahari di RESTORAN SERAPI di Pekan Batu 7.  Biasa sahaja, makanan kampong dengan lauk ulam. Inilah juadah aku pada tengahari itu.



Sebelum pulang ke hotel petang itu, aku pusing-pusing di Pekan Batu 7.  Malangnya aku terlupa nak snap satu pun gambar pekan ini, especially the old town.  Aku ada nostalgic memories tersendiri di pekan ini. Semasa bertugas di TUDM Kuching dalam tahun 1982, inilah satu-satunya pekan yang terdekat dengan Mess Pegawai. Bila petang-petang aku akan naik motorsikal aku pusing-pusing pekan ini untuk membeli barang keperluan peribadi.  Hanya beberapa baris rumah kedai lama, antaranya bangunan kayu yang  beratapkan zink. Biasanya aku akan mencari kaset lagu-lagu Indonesia atau Inggeris (off course kaset cetak rompak).  Masa itu CD mana ada lagi. di pekan ini juga aku membeli kain batik atau rokok Keretek/Djarum untuk dijadikan buah tangan apabila pulang ke Semenanjung.

Pekan ini sekarang telah maju dengan pesatnya.  Banyak bangunan baru dengan reka bentuk moden dan banyak juga bangunan pejabat Kerajaan dan swasta dibina di sini.  Kenangan 30 tahun yang lalu benar-benar mengusik jiwa.  Kalau tidak disertai kawan-kawan aku, mahu aku berjalan kaki menuruti kaki lima jalan di pekan ini mencari kedai-kedai yang aku selalu singgahi dulu.

Sebelum singgah, aku sempat membeli 'paste' Laksa Sarawak Haji Manan (recipe kegemaran baru aku) dan beberapa ketul kek lapis Sarawak untuk dihadiahkan kepada staf di pejabat nanti.



 
 
.

Malam itu, skot aku Kol Jumali bin Salamat TUDM yang juga Komander PU Kuching menganjurkan makan malam untuk aku dan rakan-rakan di Restoran Top Spot di bandar Kuching.  Dinner ini turut disertai oleh pegawai-pegawai eksekutif Pangkalan. Biasalah specialty di sini ialah sea food.

Malam itu juga membawa kenangan tersendiri.  Aku menghubungi tiga lagi skot aku yang dikenal pasti berada di Kuching.  Selain dari Jumali, Lt Kol Azman Daud bertugas di Markas 1 Div, di Kem Muara Tuang; Lt Kol Lod bin Atan adalah Pegawai Memerintah 71 Depot Ordnans Wilayah dan Mej Ahmad Nordin Roslan (Bersara) yang menetap di Kg Siol Kandis, Kuching.  Beliau berkahwin dengan orang Sarawak dan menetap di sini.  Malangnya skot Lod berada di KL kerana ada mesyuarat. 

Inilah kali pertama aku jumpa skot Nordin sejak berpisah di SPK Port Dickson.

selesai dinner, skot Azman (kiri) sudah sampai, menunggu ketibaan skot Nordin.  Tengah ialah skot Jumali

Skot Ahmad Nordin (kiri sekali) telah sampai, cukuplah empat sahabat dapat bertemu

Sebenarnya kami merancang untuk mencari lokasi lain untuk bertemu selepas habis dinner.  Malangnya Jumali terpaksa pulang ke pangkalan kerana dia terpaksa menyambut YB MENHAN yang akan tiba dari Sibu pada jam 2245H. Tinggallah kami bertiga.

Setelah selesai dinner, kawan-kawan yang lain meninggalkan kami, aku menumpang kereta Azman memandu ke Water Front Kuching untuk menyambung pertemuan. Off course most of the stories were about Nordin's life.  Azman was together with me staying in DesaTunku Osman Jewa KEMENTAH before he got posted to Kuching.  We had chit chat until midnite. Again I forget to take our photographs here.

Azman sent me back to hotel.



 
 
 
water front Kuching (copied from internet)

 
water front Kuching (1960)

Pada keesokan harinya sebelah pagi aku mengadakan lawatan singkat ke PU Kuching dan sempat mengadakan perjumpaan dan dialog dengan warga Materiel PU Kuching. KCM PU Kuching ialah Mej Mohd Razip bin Fadzir TUDM. 

Aku bertolak pulang ke KL menaiki flight jam 1605H.  Semasa kedatangan semalam aku sempat menghubungi bekas pensyarahku (ITM 1988/1989) Puan Hjh Baduyah.  Bagaimanapun beliau mempunyai agenda yang padat dan kami tak dapat berjumpa.  Beliau ada juga menyatakan bahawa jika ada masa dia akan keluar dari seminar untuk jumpa di airport Kuching.  Tapi sehingga aku check in beliau masih tidak datang. Aku assumed dia tak dapat datang. 

Semasa keluar dari Business Class Lounge untuk boarding, aku menerima SMS dari Puan Baduyah bahawa dia dah ada di airport dan minta aku keluar sekejap menemuinya.  Aku pun bergegas di saat-sata akhir untuk keluar sekejap menemui beliau di pintu pemeriksaan Kastam dan beliau menyampaikan buah tangan.  Aku amat terharu dengan kesanggupannya bersusah payah untuk menemuiku walaupun dalam keadaan yang amat sibuk.

Tabik betul kat bekas lecturer 'Undang-Undang Perdagangan' aku ni.

TJP37  DI SANA DI SINI 

09 NOV 2012

Bermula dengan persembangan beberapa hari dalam FB berkaitan elaun khas RM1000 yang diberikan oleh Kerajaan kepada semua bekas anggota tentera yang berhenti tanpa berpencen (ABM 2012) aku menawarkan diri untuk menjadi pegawai pengesah borang permohonan beberapa orang skot yang tercari-cari pegawai untuk menandatangan pengesahan di kalangan pegawai yang sedang berkhidmat.

Aku mempelawa mereka untuk datang ke pejabat pada 9 Nov 2012.  Pada tarikh yang ditetapkan beberapa skot telah datang ke opis lebih kurang jam 4 petang. Mereka ialah Mohd Azmi, Shohemi, Hj Abd Wahid dan Mustapha.
.
 
 
 
 


10 NOV 2012

Pada 10 Nov 2012, skot Mej Aminuddin bin Abd Samad (RAMD) telah mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya di The Mines, Seri Kembangan.  Namun, malangnya aku tidak dapat hadir kerana pada hari dan masa yang sama aku terpaksa menghadiri majlis perkahwinan anak saudara isteriku iaitu Mohd Ariffin bi Dato Hj Daud di Pesiaran Puncak Kiara, Sri Hartamas.

Pada hari tersebut Skot Saiful Bahari juga mengadakan majlis potong jambul untuk cucunya di Seremban.

LtKol (dan cucu), Lt Kol Abd Razak dan Mej (B) Razib Atan
 
Brig Gen Datuk Mohd Azlan, Lt Kol Ariffin dan Lt Kol Razak Hussein
Datuk Azlan dan Razak 
Kapt (B) Shahrin Osman, Lt Kol Razak Hussein, tetamu, Mej (B) Razif dan Lt Kol Mohd Ariffin Saimon


PLEASE FEEL FREE TO VISIT MY ANOTHER BLOG:
coltoras1959.blogspot.com

No comments:

Post a Comment