37 POT LUCK 37
"REUNION AGAIN & AGAIN"
Mutakhir ini terlalu banyak pertemuan S37. Satu demi satu pertemuan di kalangan skot berlaku di merata tempat. Rangkaian S37 semakin meluas. Selain dari pertemuan semasa majlis perkahwinan, banyak lagi pertemuan berlaku di di Kuching, di Taiping dan di Port Dickson.
Based on my observation, skot yang paling membuat 'tracing @ operasi jejak kasih' ialah skot Affendi Yahya. Baki usia yang semakin pendek dipergunakan sebaik-baiknya. Perubahan itu semakin dirasai kerana berita sedih yang melanda akibat kehilangan (kematian satu persatu) skot-skot apabila memasuki gerbang '5 series'.
Pemergian Zainal Ahmad, Zainudin Abd Ghani, Kamar Manja dan Abu Hanipah menambah erat lagi persahabatan. Apa yang diharapkan apabila kita pergi nanti. Selain dari amal jariah, ilmu yang memberi manfaat dan anak-anak yang soleh; doa dan keampunan dari sahabat handai amat penting.
Banyak kematian skot yang lepas tidak diketahui oleh skot yang lain, kecuali rakan rapat. Tetapi mutakhir ini, keakraban menyebabkan apajua berita gembira atau sedih begitu pantas menjalar. Apabila terdengar berita skot meninggal atau sakit, pasti akan ada yang bersegera untuk menziarah.
MINI S37 REUNION
IN IPOH
01 OKT 2012
RUMAH SKOT MARDZUKI & SKOT ZAWIAH
(Kg Ulu Chepor, Chemor)
skot Lt Kol Pazil Mat, Mustapha Ahmad, Norzahari Zeelan, Mohd Azman Mohd Annuar, Mardzuki Shukor dan Zawiah
Skot Zawiah, Mustapha, Mardzuki, Kol Jaafar Marlan, Azman Anuar, Pazil Mat, Norzahari Zeelan, Mej Razak (junior TJP) dan Affendi (squatting)
MINI S37 REUNION
IN TAIPING
(Wisma KPD, Taiping).
skot-skot Norzahari, Mohd Azman, Lokman (Kupang), Jaafar Marlan, Mardzuki, Ahmad Fuad, Mustapha, Affendi dan Zawiah.
MAJLIS PERKAHWINAN ANAK
LTKOL HJ AZEMI MAT SAUD TUDM (B)
Ahad, 7 Okt 2012 di Dewan Merak Kayangan
Lorong Gurney, Kuala Lumpur
Kehadiran tidak sekata kerana tiada perjanjian seperti dulu-dulu. Lagi pun masing-masing ada program yang berbeza. Ada yang datang awal, ada pertengahan ada yang lewat. Keseluruhannya kehadiran menggalakkan. Skot Presiden begitu sabar menanti ketibaan setiap skot untuk merakamkan kehadiran skot. Pada masa yang sama mempunyai misi untuk
......mencari siapa ahli baru 'PKK'.....
Tak pasti siapa paling awal sampai. Off course Skot Lt Kol Hj Sabri Shamsudin (1) telah berada di situ kerana membantu tuan rumah menerima tetamu.
Masa aku sampai, skot yang aku temui (dan makan semeja) ialah Mej Hajjah Siti Zaliha Che Rus (2) bersama suaminya. Katalah, aku nombor 3. Kemudian skot Mohd Azmi Abd Hamid (4) dan Skot Abdul Razak Hussin (5). Sedang akmi makan, skot Kol Halim Idris (6) menemui kami untuk meminta diri pulang. Lebih awal rupanya dia.
Masa kami makan, skot Mej Hj Adnan Hashim (B) sampai (7) diikuti oleh skot Lt Kol Mohd Ariffin Saimon (8) dan Skot Nasir Chong (9). Kami makan 2 meja.
Selesai makan, masa sembang-sembang- satu persatu skot lain mula sampai. Skot Lt Kol Hj Hamdan Abd Rahim (10), skot Lokman Abdullah (11), skot Kapt Dato' Hazizan Ahmad (12). Selepas ini aku terpaksa meninggalkan majlis (lebih kurang jam 1340) kerana terpaksa segera ke Seremban.
Skot Haji Adnan Hashim bersama tuan rumah
skot Hazizan (& isteri), Razak (& isteri), Hamdan, Toharudin (& isteri), Ariffin (& isteri), Nasir Chong (& isteri) dan Azmi (mana isteri dia)
skot Hazizan, Khairudin Zahari, Abd Razak, Hamdan, Toharudin, Badrul Hisham, Azmi dan Nadzri Isa
skot Nasir Chong, Abd Razak, Ariffin, Hj Azemi (tuan rumah), Lt Kol Rosnan (junior) dan Mohd Azmi
Semasa berjalan keluar dari dewan menunju ke parkir kereta di basement aku berselisih dengan skot Kol Mohd Asri Ismail (13) dan skot Kol Hj Hasaza Hanafiah (14).
Berdasarkan gambar-gambar yang diposkan oleh skot Presiden, beberapa orang skot telah sampai; iaitu skot Mej (B) Hussin Abdullah (15), skot Lt Kol (B) Khairudin Zahari (16), skot Lt Kol Badrul Hisham Suda (17), skot Shohemi Hashim (18), skot Mej (B) Hj Nasir Sulaiman (19) dan skot Lt Kol Mohd Nadzri Md Isa (20).
skot Mohd Hussin, Hamdan, Abd Razak, Lokman Abdullah, Shohemi Hashim dan Mohd Azmi
skot Abd Razak, Hj Muhammad Azemi Mat Saud, Hj Mohd Nasir Sulaiman, Mohd Asri Ismail dan Hasaza Hanafiah
IMPROMPTU
DI SEBATANG KARAH
8 OKT 2012
skot-skot Lt Kol Mubin Othman, Dato' Hazizan Ahmad, Kol Abd Malik Ali, Affendi Yahya, Lt Kol Abd Razak Hussein dan Lt Kol Ghazali Puteh - di Surau PULAMOR (dulunya Masjid Kem Sebatang Karah)
skot-skot di Mes pegawai Kem Sebatang Karah
LUCKY POT LUCK
DI NO. 14, JALAN TARIAN 11/2, SHAH ALAM
13 OKT 2012
Iklan:
ACARA " POT LUCK " RECEPTION PENGANTIN BARU LT COL SALLEHUDIN DAN SUARKENAL AHLI BARU BAKAT S37.
1. Tarikh : 13 Okt 2012. ( Hari Sabtu ).
2. Masa : 1600 hrs.( 4.00 ptg ).
3. Pakaian : Bebas.
4. Tempat : Rumah saya. Di alamat - No.14 , Jln Tarian , 11/2 , Sec 11 , Shah Alam , Selangor.
061217H OKT 12
.Idea mengadakan POT LUCK ini diutarakan oleh skot Dato Hazizan dengan tujuan untuk meraikan ahli BAKAT baru dalam Kelab S37, iaitu Puan Raha (isteri kepada Lt Kol Salihudin). Mereka melangsungkan perkahwinan pada 22 Sep 12 lepas.
Pada 13hb Okt 2012 iaitu tarikh hari Pot Luck yang ditetapkan. Weekend ini memang agak sibuk dengan pelbagai program. Di surau Luqman Hakim ada majlis doa selamat dan jamuan untuk Lt Kol Muzammir Ong bin Abdullah (TJP36) dan isteri yang akan bertolak ke Mekah selepas Subuh, 14 Oktober 2012. Majlis bermula jam 1215 dengan membaca Surah Yaasin- Solat Zohor dan Jamuan (puhhhh nasi briayani).
Aku dan isteri bertolak ke Shah Alam pada jam 1530. Perjalanan terganggu dengan kesesakan di hiway Bukit Lanjan (NKVE). Hampir ke exit Kelana Jaya baru clear. Sebaik sahaja keluar dari Tol Plaza Kelana Jaya, kami singgah isi minyak (1615) dan Solat Asar di Petrol Station PETRONAS.
Waktu aku sampai, kebetulan skot Abd Razak (Presiden) dan keluarganya juga baru sampai. Dato Hazizan sendiri keluar menyambut kami. Masa itu 6 skot sudah ada di situ iaitu Nasir Chong, Mustapha, Azmi Hamid, Salihudin, Affendi dan Che Ruzlan.
.
antara yang datang awal- telah berada di sana semasa aku tiba: dari kiri Che Ruzlan, Mohd Azmi, Salihudin (guest-of-honour), Mustapha dan Nasir Chong
Raja Zakaria, Azmi dan Nor Azmi (inilah kali pertama aku bertemu Mej (B) Nor Azmi sejak meninggalkan SPK pada tahun 1981- kini bertugas sebagai MD di Alternate Pictures SB, Petaling Jaya)
Mustapha khusuk melihat album gambar lama di SPK. aku masih berusaha menghubungi rakan-rakan supaya datang. Asri Ismail ada di Sabak Bernam, Saib ada di Kota Bharu dan Othman Jahim ada di Mydin. Nasir tengah eksesais perut sebelum memulakan sesi sapu dan sesah.
Sesuai dengan nama POT LUCK- masing-masing membawa sedikit juadah untuk dikongsi bersama. Aku sampai pun agak lewat jadi tak tau siapa bawa apa. Aku bawak juadah spesel isteri aku 'Pengat Palembang' iaitu pengat pisang masakan cara orang Banjar. Apa yang aku ingat ialah Razak bawak nasi lemak sambal petai, Shohemi bawak roti jala kuah kari dan Kamaruzaman (orang bujang) bawak Murtabak spesel. Dengan hanya 13 yang hadir dan dalam 30 orang keseluruham jumlah juadah yang ada sudah amat banyak. Perghhhh...sukar untuk dihabiskan.
ehh Salih...bukan ke meehun ni ko yang bawak sendiri..tak kan nak tibai sendiri koot. Kalau ye pun nak ambik hari isteri baru tuuu...jangan la over sangattt. Tenguk tu, nak bukak mata pun payah bebeno- letih sangat la tu- tak cukup tidor. Oppsss..bukan ye, ni hidangan yang disediakan oleh tuan rumah.
confused with the tempting food.
nampaknya langkah pertama ni semua attack meehun tuan rumah
kiri sekali, LtKol Kamaruzaman Abd Aziz (RRD) orang kuat Pejabat PAT. Juga sukar ditemui dalam mana-mana reunion. Datang membawa Murtabak Spesel.
Salih dah mula temberang dia. Mentang-mentanglah Hj Wahid tak ada, dialah hero petang tu
kiri sekali, Lt Kol Che Ruzlan juga adalah kali pertama muncul dalam reunion session. Kini bertugas di Unit Pengurusan Krisis dan Bencana, MKN Jalan Perdana. Tengah kena interogate oleh Nasir Chong.
Fendi dan Mus, pinggan dan bersusun tuuu...masih boleh gelak lagi...
Shohemi main sms dengan Nasir. Duduk sebelah menyebelah- cakap je la...apa nak sms. Ni mesti gaduh niii....Lawak la korang ni.
Tengok ahli Kaum Ibu- mempunyai forum tersendiri. Mereka dah boleh ngam setelah beberapa kali reunion. Agaknya kalau skot PK Wanita kita (yang sebaya dengan mereka) ada, boleh amsuk daun tak?... entah-entah kena kutuk pulak.
Eh Che Yah, ko bawak apa tadi... aku tak sempat buat, bangun lewat, laki aku yang masak tadi...heheheh.
mesra- tak kira isteri yang telah lama atau isteri yang baru.... makan meehun macam makan Yee Sang masa Raya China je niii...
kita makan dulu Che Yah...lepas ni baru kita start gosip...
kemesraan yang semakin kelihatan di kalangan isteri-isteri skot- ni bini Nasir mesti pandai kutuk macam Nasir jugak ni- itu sebab semua tenguk kat dia.
agak-agak kenapa mereka semua gelak?? kalau nak tau, salah satu gambar semasa di UKM Bangi, ada yang terselak kain.....hahahah, siapa tu?? Malu nye akuuuuuuuuu..hihihi
formal photo session
free style
sedia nak balik... bawak periuk kosong untuk pot luck akan datang
saat-saat perpisahan- nak cepat, dah azan maghrib- alhamdulillah Surau Sek 11 dekat sahaja- sempat berjemaah
Yang Hadir: Kebetulan tarikh POT LUCK ini ialah 13 Okt, dan kebetulan juga hanya 13 SKOT sahaja yang hadir. TETAP MENYERONOKKAN.
- Hazizan Ahmad & isteri
- Salihudin Daud & isteri
- Nasir Chong Abdullah & isteri
- Mustapha Ahmad & isteri
- Mohd Azmi Abd Hamid & isteri
- Che Ruzlan Ishak & isteri
- Abdul Razak Hussein & isteri
- Toharudin Ab Rasid & isteri - biasalah, dalam kebanyakan reunion, aku menjadi wakil tunggal S37 TUDM.
- Nor Azmi Abd Karim
- Raja Zakaria Raja Mohamed & isteri
- Affendi Yahya
- Shohemi Hashim & isteri
- Kamaruzaman Abdul Aziz
Semoga Allah memberikan rahmat dan inayahnya kepada semua skot serta ahli keluarga- dikurniakan kesihatan yang baik, dikuatkan iman dan dipermudahkan segala urusan kebajikan.
Satu lagi pertemuan di PLPM Port Dickson (19 Nov 12)
duduk: Lt Kol Abd Razak, Brig Gen Hj Sanusi dan Lt Kol Ahmad Ghazali;
berdiri: Lt Kol Mubin dan Lt Kol Jasni
.
sehingga ke pertemuan yang lain .
.
PLEASE FEEL FREE TO VISIT MY ANOTHER BLOG:
coltoras1959.blogspot.com
No comments:
Post a Comment