BUKIT BROGA
bukit beruntung
bukit beruntung
MAJLIS PERKAHWINAN ANAK skot
KAPT HJ MOHD AZMAN BIN ANUAR (B)
(kpd)
DI TAMAN TASIK SEMENYIH
Sebut sahaja Bukit Broga. Lutut mula menggeletar. Otak mula berputar mengimbau semula pahit maung menawan puncak Broga dalam bulan Disember 1980. Cakap menawan memang sedap di dengar, tapi cabaran semasa mendaki itulah yang mencabar minda dan fizikal. Kesukaran itulah yang membuatkan ia bagaikan menayangkan semula sebuah filem lama.
Bukit itu tak lah tinggi sangat, budak-budak sekolah pun mampu mendakinya. Tapi mendaki bukit yang hanya ditumbuhi lalang, membawa haversack yang penuh berisi ransum, membawa senjata M16, tambah pula dengan senjata bantuan seperti Carl Gustav dan GPMG. Pada masa yang sama membawa naik bersama barb wire, cangkul, shovel, iron picket dan macam-macam lagi.
Tapi yang paling menggerunkan ialah kayu belantan Kapt Rahmat yang sentiasa mengekori pergerakan Pegawai Kedet. Tak payah nak ulang cerita lagi. Bacalah tulisan-tulisan aku sebelum ini.
Ceritanya, semasa dalam kepayahan menjalani exercise Wira Jaya dulu ada salah seorang skot Pegawai Kedet yang melepaskan perasaannya:
"Orang yang bodoh je yang akan duduk di tempat macam ini"
Kali ini pemergianku ke Bukit Broga atas tujuan yang jauh berbeza. Bukan untuk menjalani latihan lagi tetapi pergi menghadiri jemputan perkahwinan anak skot (Mohd Azman bin Anuar) yang sama-sama memerah keringat memanjat Bukit Broga dulu. Kebetulan malam tadi (2hb Feb) Skot 37 baru sahaja mengadakan gathering sempena HUT 33 di Mess Pegawai 4 Div. Seramai 58 skot bersama keluarga telah hadir. Rasa penat dan mengantuk malam tadi masih belum pulih. Namun atas nama skot, ku kuatkan diri untuk ke Semenyih.
Skot Mohd Azman bin Hj Anuar (kemuadiannya ditauliahkan ke Kor KP) bersara dalam pangkat Kapten dan menetap di Taman Tasik Semenyih, beberapa km dari kaki Bukit Broga. Majlis diadakan pada 3 Feb 2013.
Gambar-gambar berikut menceritakan segala-galanya. Skot Azman dengan rasa konfiden (ramai akan datang) telah memasang satu sepandok (banner) besar dan diletakkan di penghujung kawasan khemah jemputan khusus untuk Skot 37. Gambar yang dipaparkan berlatarkan suasana semasa menjalani Ex Wira Jaya di Bukit Broga.
.
Skot Mustapha berkerut dahi nak mencari mana satu muka dia dalam gambar tu..
..
walaupun jarang jumpa, mereka tetap rapat macam satu skot jugak
Tuan Pres tak lupa bawa souvenir yang diagihkan sempena HUT 33 skot TJP37 untuk tuan rumah yang tidak hadir gathering malam tadi
dari kiri: Skot Alias Hamdan, Mohd Sabari, Hazman dan Hj Wahid
Dato Hazizan dengan relahati menjadi penarik teh untuk meja Perwira
Pn Rosnah (isteri Shohemi) pulak buka kafe teh tarik untuk meja Pertiwi
bila dah masuk jug teh nombor 3, masih2 dah tersadai
mengabadikan kehadiran skot-skot bersama isteri masing-masing untuk kenangan tuan rumah
Special untuk S37
Tuan rumah menyerahkan 'berkat' hanya kepada semua warga S37 sebelum meninggalkan majlis. Hanya untuk tetamu 'last light' sahaja. Kata Azman "Toha, hari dah lewat ni, ini buat bekalan untuk panjat Bukit Broga lepas ni. Kalau tak cukup, nanti datang balik, aku boleh tambah, itu pun kalau masih ada".
Yang Hadir:
- Kol Hj Jaafar Marlan
- Kol Hj Toharudin Ab Rasid TUDM
- Lt Kol Abdul Razak Hussein
- Lt Kol Abdul Razak Siran
- Lt Kol Abdul Razak Salim TUDM (N)
- Lt Kol Jasni Mohd Nor
- Lt Kol Hamdan Othman
- Lt Kol Saiful Bahri Abdullah
- Mej Noorzahari Zeelan
- Mej Syed Azhar Syed Abu Bakar
- Mej Mohd Husin Abdullah (B)
- Kapt Dato Hazizan Ahmad (B)
- Kapt Hamdan Abdullah (B)
- Kapt Mohd Azmi Abd Hamid (B)
- Kapt Mohd Jaudin (B)
- Kapt Mustapha Ahmad (B)
- Kapt Hj Jaafar Pangat (B)
- Kapt Shohemi Hashim (B)
- Kapt Alias Hamdan TUDM (B)
- Kapt Mohd Sabari Saaid TUDM (B)
- Lt Mahadzir bin Hashim (B)
- Lt Hj Abdul Wahid Yusoff TUDM (B)
- ex PK Hazman Ahmad
......dan orang berkata:
"Orang yang bodoh je yang akan duduk di tempat macam ini"
......tidak lain dan tidak bukan dari skot Mohd Azman. Dialah satu-satunya skot TJP37 yang tinggal paling hampir dengan Bukit Broga. Pada tahun 1980 ketika kita dalam keadaan haru-biru menjalani latihan Ex-Wira Jaya, Taman Tasik Semenyih ini adalah masih hutan belukar. Maknanya dia belum masuk dalam kategori BODOH kerana tidak duduk di puncak Broga, hanya berhampiran dengan kaki bukit itu sahaja. Kiri dah hampir bodoh la tuuuu...
Dalam perjalanan pulang dari rumah skot Azman, aku memandu ke arah Seremban melalui jalan ke Bukit Broga dan Ulu Lenggeng hingga jumpa jalan Mantin dan masuk ke Lebuhraya LEKAS.
Tahniah Skot Mohd Azman dan Hjh Nor'azilah!
Berikut adalah beberapa gambar yang aku salin dari internet (credit to www.musafirdunia.blogspot.com for the beautiful shot).
puncak Broga- cantik, indah dan menyeramkan
Persekitaran Bukit Broga pun sudah berbeza. Kalau dulu hutan belukar belantara, kini telah bertukar menjadi taman-taman perumahan, malah disitu tersergam indah kampur University of Nottingham (Malaysian campus).

Pekan kecil Broga terletak di atas sempadan Negeri Selangor-Negeri Sembilan.
mengekalkan rupabentuk sebuah pekan dalam tahun 60an
Bukit Broga -pandangan dari pekan Broga
puncak Broga- cantik, indah dan menyeramkan
di atas tumbuhan lalang yang tajam inilah para Pegawai Kedet terpaksa membuat forward roll dan side roll- tanpa pakai baju.
Pandangan ini- semuanya mempunyai sentuhan tersendiri kepada hati KAMI (TJP37) dan semua Pegawai Kedet yang menjalani latihan di SPK/Pre-OCTU
Bukit Broga kini menjadi kawasan rekreasi bagi peminat pendakian bertaraf amateur
Persekitaran Bukit Broga pun sudah berbeza. Kalau dulu hutan belukar belantara, kini telah bertukar menjadi taman-taman perumahan, malah disitu tersergam indah kampur University of Nottingham (Malaysian campus).
kampus University of Nottingham Malaysia berhampiran dengan Bukit Broga
Kalau nak difikirkan kudrat yang ada. setiap minggu ada jemputan kahwin, sama ada rakan pejabat, bekas rakan sesekolah, sahabat lama, jiran lama, jiran sekarang, rakan sejemaah surau, saudara-mara ataupun skot sendiri MEMANG memenatkan.
Namun membayangkan, apabila kita menganjurkan majlis perkahwinan, kita amat mengharapkan rakan kita (atau sesiapa yang kita jemput) hadir. Seronok hati tidak tergambar kalau melihat rakan lama yang sukar ditemui dapat meluangkan masa untuk kita. Mereka juga sibuk dan mempunyai pelbagai agenda lain untuk keluarga.
Itulah sebenarnya yang MEMBAKAR semangat aku untuk sedaya upaya, melupakan penat lelah, melupakan kesesakan jalanraya, melupakan demam dan pening kepala- tetap beusaha untuk pergi.
Aku sendiri (mungkin rakan-rakan lain) tidak mengharapkan sangat 'SALAM BERISI' yang menjadi tradisi. Kita buat sekadar kemampuan kita. Niat hanya untuk meraikan perkahwinan anak kita, bukan memperniagakan majlis untuk mendapatkan semula kos perbelanjaan (ROI). Kadangkala fikiran yang nakal menghasut kita,"alahhh, dia tak pernah datang majlis aku, jemputan kawan lain pun dia tak pernah tunjuk muka", OTAK positif kita perlu melawan hasutan itu. Katakan "tentu dia ada sebab lain untuk tidak hadir".
Seronok menerima tetamu undangan datang bertali arus. Walaupun kita tidak mampu melayan setiap tetamu, kita tumpang seronok melihat kawan jumpa kawan yang lain, saudara-mara dapat jumpa saudara-mara yang lain.
Kali ini, tiba waktu untuk memenuhi jemputan skot Mej Mazlan bin Yusof (B) di Jalan Melor, Bukit Beruntung 3. Semasa latihan kedet aku kurang rapat dengan skot Mazlan sebab jarang berjumpa. Dia di Tuah Bn aku di Kasturi Bn. Pertama kali bertemu Mazlan (selepas keluar dari SPK) adalah dalam salah satu reunion dua tahun yang lalu. Masa itu aku pun dah lupa dan tidak mengenali lagi Mazlan. Walaupun diberitahu rakan-rakan bahawa itu adalah Mazlan aku masih gagal untuk 'recall my memory' rupa Mazlan semasa latihan kedet di SPK. Biarpun begitu, atas nama SATU SKOT, walaupun baru sekali jumpa selepas lebih 30 tahun, keakraban mengambil masa begitu pantas. Pertemuan yang terbaru ialah pada 2 Feb 13 lepas semasa HUT33 TJP 37 di Wisma Perwira Markas 4 Div. Masa itu dia mengedarkan kad jemputan. Tapi selaras dengan prinsip aku, SKOT punya pasal, jika aku tiada halangan aku akan pergi juga.
Pada 16 Feb 13, aku ada 3 jemputan. Ada majlis doa selamat untuk Kol Mohd Shafiq Jahudi TUDM (TJP36) sempena kenaikan pangkat beliau dan pemergian ke penugasan IMT di Mindanao. Aku tidak dapat menghadiri jemputan Shafiq kerana pada jam 1130 aku telah bertolak ke Shah Alam untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Tuan Hj Mohd Noor Ismail di Dewan MBSA. Hj Mohd Noor adalah Imam Surau Jumaat (Madrasah Al AMin) Sek 17 Shah Alam. Beliau juga jiran aku semasa aku tinggal menyewa rumah di Sek 17, Shah Alam dari tahun 1988 - 1993. Masa itu aku berpangkat Leftenan dan mengikuti kusus diploma di ITM. Semasa tinggal di kawasan itu, aku memegang jawatan Bilal, Pembantu Imam dan juga Setiausaha Surau itu. Oleh sebab itu aku sangat rapat dengan masyarakat Sek 17 Shah Alam. Mereka juga amat mengingati aku walaupun aku telah berpindah dari sana sejak tahun 1993 (20 tahun).
Habis majlis di Shah Alam aku terus menuju ke Bukit Beruntung. Singgah solat Zohor di R & R Rawang. Aku dan isteri sampai di Bukit Beruntung lebih kurang jam 1445. Tiada lagi skot yang sampai selepas aku. Yang sudah ada di sana ialah skot Hamdan Abdullah & isteri, skot Shohemi Hashim & isteri, skot Azmi Abd Hamid & isteri, skot Mohd Yatim & isteri, skot Nasir Chong & isteri dan skot Dato Hazizan & isteri. Enam pasangan sahaja nampaknya. Kalau tengok dalam fb, skot Abd Razak Salim (Lanchangboy) kata nak datang walaupun tak tau alamat. Tapi sampai kami balik jam 1600, tak nampak muka pun.
Buat rakan-rakan SKOT 37, jika kita seronok meraikan rakan yang hadir dalam majlis kita, rakan-rakan juga seronok meraikan kita datang ke majlis mereka. Majlis akan datang:

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SKOT
MEJ MAZLAN BIN YUSOFF (B) (ramd)
MEJ MAZLAN BIN YUSOFF (B) (ramd)
DI BANDAR BUKIT BERUNTUNG

TAHNIAH Skot Mazlan dan Puan Faridah!
Buat rakan-rakan SKOT 37, jika kita seronok meraikan rakan yang hadir dalam majlis kita, rakan-rakan juga seronok meraikan kita datang ke majlis mereka. Majlis akan datang:
- Skot Kapt Mustapha Ahmad (B) di 22, Jalan Putera Mahkota 7/3C, Putra Height, Shah Alam pada 2 Mac 2013 (1200 - 1600).
- Skot Kol Jumali bin Salamat TUDM di Dewan Ababil, PU Subang pada 9 Mac 2013 (1200 - 1600).
- Skot Lt Gen Dato Seri Ahmad Hasbullah di Dewan Dato Othman Harun, Kem Wardieburn pada 10 Mac 2013 (1200 - 1600).
- Skot Kapt Khairul Anuar Hj Ismail di Ballroom Stadium Hang Jebat, Melaka pada 24 Mac 2013.
No comments:
Post a Comment