s37 beriftar
dan tarawikh
Cruise Putrajaya Lake Restaurant
"4 Ogos 2012"
.
"4 Ogos 2012"
.
Sebaik2 melangkah kaki keluar dari SPK, aku tak pernah terfikir tentang skot aku. Masing baru nak mula hidup, kalau jumpa pun kebetulan saja, secara sengaja nak menghubungi atau mencari memang tak allu dalam kepala otak ini. Setahu aku, skot aku adalah yang sekali dengan aku ketika menjalani latihan asas penerbangan. Bila aku gagal flying training, aku ke Kuching, aku terputus dengan skot-skot aku. Bila aku ke Kuantan aku jumpa ramai skot-skot Air Force seperti Kamalruzaman, Rahim, Felix, Khairil Asri dan Sanusi yg sedang menjalani latihan pesawat MB339A di Pulatibang III. Selain itu aku seunit dengan S.Hamid (ATC), Selvaraj (Supply), Razak Mat (ADC) dan Arwah Hisham (Kejuruteraan).
Semasa aku bertugas di MINDEF mulai tahun 1992 baru lah aku mula jumpa sedikit skot-skot dari Tentera Darat (dalam mesyuarat) atau berselisih dalam lif seperti Che Gayah, Yatim, Siti Zaliha, Hasbullah, Azlan Shah dan lain-lain. Masa di MTAT tahun 1999 ramai juga skot-skot yang sama kursus seperti Mohd Azan (RAMD), Zulkurnain (JLJ), Thian PK dan Othman Md Jahim (TUDM) dan Hamidah (KPA-G).
Selepas 20 tahun pun aku masih kurang prihatin tentang pentingnya skot dalam kehidupan aku, masih tak terfikir nak menjejak skot. Tapi selepas 25 tahun, bila pertama kali reunion 2006 di Mess RSD Jalan Ampang (aku missed reunion sebelumnya di De Palma Ampang), baru perasaan aku mulai tersentuh. Baru hatiku terbuka untuk menghayati mengekalkan network di kalangan skot 37 ini. Selepas satu demi satu reunion (biar pun sikit) aku hadiri seperti Majlis Buka Puasa, Majlis Hari Raya, Majlis Tahlil, Majlis Perkahwinan anak-anak setakat yang aku mampu. Hubungan kami semakin erat dan perasan semakin teruja untuk berjumpa satu demi satu skot yang telah lebih 30 tahun terpisah. Mula-mula ada skot yang membuka akaun yahoogroup (Jasni dan Khalid). Namun hanya sedikit sahaja yang aktif. Banyak mesej tidak diterima. Itu yang aku membuka group facebook. Satu demi satu rakan seangkatan SPK aku jemput masuk. Dengan adanya facebook ini segalanya semakin lancar. Hari ini kita tak sangka dapat berhubung setiap hari dan malah lebih erat berbanding semasa latihan kedet walaupun setelah 30 tahun. Antaranya memang 100% tak kenal pun. Habis perah kepala otak, masa kedet pun tetap tak boleh nak recall. Walaupun setakat ini hanya 95 org dlm grup ini, ini sudah kira cukup bagus. Jumlah ahli semakin bertambah dan hubungan semakin mesra.
Ini adalah agenda S37 untuk bulan Ramadhan 1433. Sejak 2 tahun lepas 1432H dan 1431H, skot kami mengadakan majlis berbuka puasa di CT Forze Cafe di Jalan Delima, Wangsa Maju. Restoran tersebut adalah milik salah seorang skot kami, Mej Hj Adnan bin Hashim (Bersara). Beliau yang menaja sepenuhnya kedua-dua majlis tersebut.

Agenda tahun ini bermula dengan iklan dan invitation dari Presiden Kelab S37, Lt Kol Abd Razak Hussein dalam facebook. Tapi sebelum itu, beberapa minggu perbincangan tidak rasmi dalam fb memang telah berjalan. Biasalah semua 'through spanner' dengan macam-macam cadangan kepada Presiden untuk organize sesuatu. Then, our President Abd Razak came out withthe following proposal:
MAJLIS BUKA PUASA S37.
TARIKH: 4 OGOS 12 (SABTU).
TEMPAT: CRUISE PUTRAJAYA LAKE.
PAX: TERHAD 30 PAX (SINGLE) BERDASARKAN SIAPA DAFTAR DULU DGN SAYA.
BAYARAN: DAFTAR DAN MAKAN DULU
PAKAIAN: CASUAL
ATURCARA:
1. 1830: BERKUMPUL (TASEK PUTRAJAYA).
2. 1930: BUKA PUASA & SOLAT MAGHRIB.
3. 2000: MAKAN MALAM (CRUISE).
4. 2115: SOLAT ISYAK & TARAWIKH.
5. 2300: SEMBANG2 & SURAI.
RULES: TIADA PEMBATALAN SAAT AKHIR SETELAH DAFTAR HADIR.
2. 1930: BUKA PUASA & SOLAT MAGHRIB.
3. 2000: MAKAN MALAM (CRUISE).
4. 2115: SOLAT ISYAK & TARAWIKH.
5. 2300: SEMBANG2 & SURAI.
RULES: TIADA PEMBATALAN SAAT AKHIR SETELAH DAFTAR HADIR.
· · · July 23 at 10:53pm
.
Walaupun quota yang ditetapkan hanya 30 pax sahaja, namun pada 31 July angka 30 sudah dicapai. Quota ditambah untuk 5 lagi dan dipenuhi pada hari yang sama. Dan Razak setuju untuk tambah 2 lagi untuk lengkapkan 37 (S37)- pun penuh pada hari yang sama juga. Akhirnya jumlah seramai 42 diterima- walaupun angka limit terakhir ialah 40. dari jumlah tersebut Skot Air Force hanya 4 orang sahaja, iaitu aku, Wahid, Aini dan Shuairi. Tidak ketinggalan yang turut serta setiap tahun ialah skot kami 'the glittering stars' Lt Jen Dato' Seri Hj Ahmad Hasbullah, TPTD dan Brig Jen Dato' Zamrose bin Mohd Zain (Markas Medan TD).
Dua tarik diri di saat akhir- Che Ruzlan dan Mahadzir tinggal 40. On the 'D Day', 3 tidak hadir tanpa berita (THTB); Brig Jen Dato Halim, Johan Juan dan Hussin. Must be a reason behind.
Kebetulan ada 3 extra ladies (anak Skot Aini, wife Dato Zamrose dan wife Razak), so boleh cover-up the vacancies. Bila tengok ada ladies yg datang, aku teringat wife aku semalam (3hb). Kesian kat dia semalam. Dia tak berapa dengar masa aku bagi tau ada majlis berbuka puasa ini. Tahun lepas aku bawa dia dan anak-anak sama. Kali ini dia ingat pun dapat ikut juga. So sore Jumaat 3hb tu, aku dok leka depan laptop, pukul 5.30 petang dia dah siap-siap berdandan. Aku ingat dia ada jemputan rumah kawan dia, bila aku tanya dia kata nak ke Putrajaya!. Kecewa dia bila aku bagi tau yg jemputan untuk seorang dan bukan petang Jumaat tapi petang Sabtu (esoknya).
Aku bertolak dari rumah jam 041730H dan mengambil 2 lagi skot aku Yatim dan Norzahari di Surau Luqman Hakim. Jalan agak sesak juga apabila sampai di Tol Plaza Sg Besi. Agak awal sampai di Putrajaya, baru jam 1915, aku bawa skot-skot aku tu pusing-pusing kawasan di Putrajaya sebelum menuju ke Dataran Putrajaya.
bersantai di tepi tasik sambil menunggu rakan-rakan yang lain
di perkarangan Cruise Restaurant menanti masuk waktu berbuka
Sebaik masuk waktu, kami berbuka dengan makan khurma dan minum mineral water kemudian bersolat Maghrib dengan diimamkan oleh Kol Ustaz Hj Saodi (KAGAT). Beliau bersama skot kami dalam majlis berbuka sejak 3 tahun lepas.
Beberapa orang skot adalah kali pertama menyertai reunion kami. Maknanya kali pertama bertemu sejak lebih 30 tahun yang lalu. Mereka ialah Skot Hanafiah Mohd Ramli (Lt Kol RAMD), Skot Mohd Sahar Said (Lt Kol RAMD), Skot Mahadzir Ibrahim (bersara Kapt RAMD), Skot Frizan Ali (bersara Mej RRD), Skot Mubin Othman (Lt Kol KAD) dan Skot Norzahari Zeelan (Mejar KPD).
Aini, satu-satunya skot wanita yang hadir
skot Shohemi, Ariffin, Hazizan, Zamrose, Wahid, Mahadzir dan Zulkarnain
untuk menjaga kesihatan dan mengikut sunnah Nabi (saw), buka air mineral dan khurma sahaja
adakah Razak sedang berazan? kalau azan kenapa muka ketawa?
Saiful sedang kenen Aini (atau anak daranya)..tapi dua-dua bo layannnn je
Selepas itu kami ramai-ramai menaiki cruise untuk mengambil hidangan berbuka puasa secara buffet sambil dibawa belayar menyusuri Tasik Putrajaya yang indah itu. Masa aku bertugas di Putrajaya tahun 2002-2004 dulu cruise ini belum ada lagi. Jadi bagi aku, ini kali pertama aku menaikinya.
Sepanjang pelayaran selama sejam memang cukup meriah. Macam-macam cerita lama yang keluar, usik-mengusik, sakat menyakat, kutuk mengutuk. Dalam keadaan begitu, protokol pun diturunkan.
Skot Mubin yang kali pertama menyertai reunion S37 sejak ditauliahkan, paling banyak bercakap kali ini. Mengusik Aini dan anak daranya. Kecoh kami dibuatnya. Yang biasa riuh dan terus riuh ialah Skot Salihudin yang telah menduda sejak setahun lebih yang lalu. Skot Hj Wahid, biasalah dengan kegemaran mengutuk kawan-kawan. Apa pun, dah 30 tahun lebih, kutuk apa pun tak rasa apa, yg pedih dan pahit dahulu sekarang dah jadi manis. Kata apa pun akan tetap gelak.
Turun dari cruiser, kami semua terus ke ruang tamu restoran untuk menuanikan solat Sunat Tarawikh/Witir yang juga diimamkan oleh Kol Hj Saudi. Macam tahun lepas juga, aku mengambil tugas bilal. Oleh kerana waktu turun dari cruiser tadi pun dah jam 2115, maka kami pun lewat juga memulakan Solat Tarawikh. Apa pun by 2215, solat dah selesai. Moreh ada disediakan oleh pihak restoran, tapi masing-masing masih kenyang lagi. Maka satu demi satu meninggalkan majlis. Terima kasih tidak terhingga kepada skot Hj Adnan kerana menaja Majlis Berbuka Puasa ini.
Apa-apa pun collection untuk menambah tabung Kelab tetap dijalankan.
posing terakhir selepas Solat Tarawikh dan Witir
Satu lagi sessi pengabadian oleh satu keluarga besar yang pernah merasai satu cabaran, satu penderitaan, satu dugaan, satu tujuan satu sasaran... semua ingin menjadi seorang pegawai bertauliah ATM. Ada yang berjaya, sukses, ada yang gagal separuh jalan, ada yang mengundur diri, ada yang menghilangkan diri dan ada yang memilih untuk mencuba kerjaya yang lain.
Setelah merasai dan melalui kehidupan sebagai pegawai, mereka berpecah kembali. Ada yang meneruskan kerjaya dalam ATM sehingga hari ini, ada yang menamatkan perkhidmatan, ada yang ditamatkan perkhidmatan, ada yang bersara dan meneroka bidang lain. Ada yang berjaya, ada yang gagal ada yang terus mencuba.
Usaha, doa dan tawakkal. Rezeki di tangan Allah swt.
Ada juga yang dipanggil pulang oleh Allah swt.
Adakah ini Ramadhan yang terakhir untuk kita? Entah kita dapat ketemu lagi atau tidak di Ramadhan akan datang. Hanya Allah yang menentukan. Marilah kita sama-sama berdoa agar kita dipanjangkan usia dengan kesihatan yang baik. Yang lagi penting, diperteguhkan iman kita, tabah menghadapi dugaan dan tidak dipesongkan iman kita.
ALLAHU AKBAR!
PLEASE FEEL FREE TO VISIT MY ANOTHER BLOG:
coltoras1959.blogspot.com
No comments:
Post a Comment