SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Friday, March 8, 2013

TJP37011 SUKA DAN DUKA BERSAMA

GEMBIRA & DUKA
 ADALAH SEBAHAGIAN DARI KEHIDUPAN 

Ini bukan perjumpaan kali ke 5. Tetapi penulisan ke 5 berkaitan pertemuan semula (dari beberapa siri reunion) dari kalangan bekas Pegawai Kedet Intake TJP 37.

Ketika sebahagian dari skot (yang mana mengetahui) sedang kesedihan kerana kehilangan salah seorang ahli keluarga S37, almarhum Kapt Abu Hanipah bin Abdul Rahman (Bersara) pada 15 Sep 2012.  Sebulan sebelum ini kami kehilangan skot Kapt Kamar bin Manja (Bersara) pada 9 Ogos 2012.

Kali ini, pada 22 Sep 2012 warga S37 meraikan perkahwinan (kali kedua) skot Lt Kol Salihudin Daud.  Beliau kehilangan isteri tercinta (waktu masih menjadi isteri laaaaa) pada 5 Jun 2011 (semoga Allah merahmati ruh almarhumah).

Apa pun kita beraya dahulu di CT One Forze. Pada 8 Sep 2012 (mulai jam 1500H hingga 2100H) skot Hj Adnan Hashim telah mendadakan rumah terbuka Eidil Fitri di Lot perniagaannya CT One Forze Cafe di Jalan Wangsa Delima 5, Wangsa Maju.  Aku datang bersama keluarga pada jam 1700H setelah mengambil anakku di sekolah kerana ada program motivasi.  Semasa aku di sana hanya sempat bertemu skot Hj Zakaria dan keluarga, skot Dato Hazizan dan isteri, skot Mazhar sekeluarga dan skot Yatim.  Tak sempat ambil gambar pun.  Aku terpaksa pulang awal kerana terpaksa menghadiri majlis doa selamat dan solat Hajat di halaman SKDTHO untuk pelajar-pelajar yang bakal mengambil peperiksaan UPSR dari 11-13 Sep 2012.  Ini sebahagian rakan-rakan yang sempat mengabdikan diri yang aku kutip dari facebook TJP37.


Dari kiri: Skot Lt Kol Badrul Hisham Suda, skot Lt Kol Abd Rahman Tarmiji, skot Mej Hussin Abdullah (B), skot Kapt Abu Zahrem Che Daud (B), skot Mej Norzahari Zeelan, skot Mej Hj Adnan Hashim (B) dan skot Kapt Azih Abd Ghani (B).

 dari kiri: Skot Kapt Shohemi Hashim (B), skot Mej Hj Raja Zakaria Mohamed (B), skot Mej Mazhar Palil (B), skot Mej Hj Adnan Hashim (B), skot Kapt Dato' Hazizan Ahmad (B) dan skot Lt Kol Mohamad Yatim Mohd Noor.

Minggu ini, aku agak banyak membuang masa memeriksa kandungan blog aku yang bermasalah.  Banyak gambar-gambar dalam blog aku seperti terkena virus.  Jadi hitam.  Jadi, aku tengah gantikan gambar-gambar yang rosak itu.  Sukar juga nak cari semula gambar-gambar lama.  Terpaksa search satu persatu file gambar dalam komputer aku.

Melalui perbincangan dalam facebook, Kelab S37 telah merancang untuk melaksanakan dua misi besar pada 22 Sep 2012 iaitu:

  • REUNION + MERAIKAN PERKAHWINAN SKOT LT KOL SALIHUDIN DAUD DI DEWAN KESATRIA, UKM BANGI; dan
  • MEMBUAT LAWATAN KEBAJIKAN KE RUMAH SKOT KAPT ZURAIMI BIN MOHAMED  (B) YANG MENGALAMI SERANGAN 'STROKE' DI DESA MELATI, BANDAR BARU NILAI.
Tarikh 22 Sep 2021 juga mencipta sejarah tersendiri.  Pada pagi itu aku buat pertama kalinya diketemukan dengan seorang lagi rakan sekuliahku semasa di UTM pada tahun 1977-1979 iaitu Muhammad Yusuf Purnawarman dari Indonesia (Yus).  Pada 12 Sep 2012 semasa bertugas di Bandung, aku bertemu dengan Himawan Gatot Adibowo (seorang lagi rakan sekuliah).  Peristiwa ini aku ceritan dalam tajuk sebelum ini (TAJUK 319- OLE-OLE BANDUNG).

Yus datang pada 20hb dan tinggal di Hotel Concorde.  Pada 21hb dia ada mesej aku tetapi  hari itu aku amat sibuk bermesyuarat hingga jam 5.30pm.  Keluar dari pejabat jam 6pm dan terperangkap dalam kesesakan jalanraya akibat hujan lebat bersama petir pada petang itu.

Jadi, pagi 22hb itu kami berjanji untuk berjumpa. Aku keluar rumah dalam jam 8.30 ke Hotel Concorde dan ambil dia untuk ke sebuat kedai Mamak di Jalan Yap Kwan Seng.  Maka terjadilah pertemuan syahdu antara 2 sahabat yang telah terpisah sejak 33 tahun yang lalu.


.
Pelbagai cerita lama serta cerita peribadi (kesah keluarga) yang diceritakan selama sejam lebih sambil makan roti canai bawang dan minum Kopi O.  Yus agak emosional bila bercerita tentang keluarganya khususnya bercerita saat-saat kematian ayahandanya pada tahun 2005.  Rupanya dia selalu datang ke Malaysia sejak beberapa tahun lalu kerana salah seorang anaknya belajar di sebuah Universiti Sunway (swasta) di Petaling Jaya.



  SALIHUDIN KAHWIN LAGI  
 22 SEPTEMBER 2012 
.
Majlis Perkahwinan Lt Kol Salihudin bertukar menjadi 'Grand Reunion' S37


INTRODUKSI
Lokasi: Depan Pintu Dewan
Waktu: Lebih kurang jam 11.00 pagi 
Pengantin telah ditemuduga oleh dua 'SB Pencen' untuk menentukan kesiapsiagaan perang.

SB Wahid: Soalan pertama: Kamu tau tak.... #$((E%#&^$$x@^$%#d&xv&@$($(??  (soalan sebenar dirahsiakan). 
Salihudin: (Muka pengantin dah pucat lesi)  Tetetettetettak tau..Mmmmmaaffff... tettettettuan skot!!
SB WahidSoalan senang macam ni pun kamu x leh jawab.... kamu ingat aku main-main ke? Penat Kapt Rahmat dan Stap Eliap ajo kamu masa kedet dulu, satu pun tak ingat... (SB Wahid dah naik berang. Tangan kiri dah menggigil, mula angkat nak bagi penampo gila dia).
Salihudin: Dulu tau skottt...dah lupa skot, saya dah ajar kat Juan, Peter Chong, Quah dan Raphael Tan...dah abis ilmu saya tuan sssskoot......(lutut dah menggeletar). Tak caya tanya tuuu...Nasir Chong ada sana skooot..tanyalah kat dia.. (jari tunjuk ke arah Nasir Chong)
SB Wahid: Kalau ikut hati aku, berkecai kepala budak ni aku kerjakan nii...Azmi, ko tanya la soalan kedua kat dia ni.....
SB Azmi: (muka punya serius tenung kat muka Salihudin). Ishh aku tak sampai hati pulak nak bagi  soalan kedua....(dalam hati dia, eeeh kecik betul aku tengok budak ni....nak kawin x ajak aku...)

Seperti yang dijadualkan, pada 22 Sep 2012 itu aku bertolak dari rumah lebih kurang jam 1100 bersama isteri dan anakku Nurul Azyan. Sampai di Dewan Kesatria UKM lebih kurang jam 1145. Skot Shahar Said bertugas sebagai wakil tuan rumah dan penyambut tetamu. Pada masa itu beberapa orang skot sudah duduk semeja dan dah pun selesai makan.  Mereka ialah Nazli Alias (dari Terengganu), Ishak Johar, Hussin Abdullah, Mohd Ariffin Saimon, Nasir Chong, Azman Annuar, Hazman Ahmad dan Rahim Abdullah.

Aku lama betul tak jumpa Nazli, sejak commissioned.  Nazli adalah skot satu capoi dengan aku di B Coy, Kasturi Bn, Kem Segenting. Kebetulan pulak tu, anak angkat aku (bekas siswa UPNM) Kapt Siti Zubaidah Mohd Shukri telah bertunang dengan anak tiri beliau, Nizam (juga graduan UPNM- sekarang berkhidmat dengan TLDM. Kira besan angkat la niiii.

Kemudian datang Shohemi, Affendi, Wahid, Hazizan dan ramai lagi.  Suasana semakin meriah. Especially bila ada Wahid dan Nasir Chong.  Kedua-dua skot ni adalah killer. Mulut memang tak ada insurans punya. Mulut mujahiddin- berani mati.  Bahasa yang diguna pun jenis yang tak ada dalam tata-bahasa silibus BM sekolah menengah Malaysia. Jadi skot-skot yang tak biasa tu may ber agak terkejut la- especially pihak isteri.  Mana yang dah tau tu, gelak je la, nak kecik ati pun tak de guna punya- buang masa. Kalau mereka semua ada, suasana akan riuh rendh.
.
Pengantin @ Tuan Rumah memberikan sambutan mesra
gambar pertama bersama pasangan pengantin
bersama skot-skot yang sampai sekali. di kiri sekali ialah skot LtKol Shahar (yang menjadi Ketua Penyambut Tetamu) dan skot Kapt (B) Mohd Azman Anuar.
dari kiri: Ariffin, Nasir, Hussin dan Ishak
Nazli, Azman, Rahim dan Hazman
(Hazman merupakan salah seorang yang paling rajin datang bila reunion)
Dari kiri: Hazman, Nasir Chong, Hussin, Ishak, Toharudin, Nazli dan Azman
dari kiri: isteri Azmi, Affendi, Shohemi, isteri Shohemi dan isteri Dato Hazizan
Dato Hazizan, Wahid dan Azmi
 
 
 
Penggambaran di peringkat awal. 
duduk dari kiri: Shohemi, Hj Adnan, Hj Ahmad @ Mat Kiwi, Benson dan Azmi.
berdiri: Yusof, Wahid, Nasir, Toharudin, Affendi, Hazizan, Mazhar dan Shahar.
Kesahnya ialah bila lepas makan nak sambung sembang di dewan kecil.  Teh tarik dah abis, tinggal kopi O dan bubur kacang sahaja.  Nak minum kopi O, gelas pulak tak ada.  Jadi, yang ada cuma mangkuk untuk makan bubur kacang sahaja. Maka pekena kopi O dengan mangkuk la.

Terdapat keistimewaan dalam reunion kali ini.  Dalammajlis-majlis perkahwinan anak-anak skot yang lepas, jarang sekali skot wanita datang.  Yang rajin datang ialah Aini.  Kadang-kadang Lolly, Siti Zaliha dan Hamidah.  Kali ini Aini tak datang.

Beberapa hari sebelum ini aku ada berchatting dengan skot Datin Hamidah dalam facebook dan aku maklumkan sekali tentang majlis Salihudin.  Semasa kami (skot lelaki) bersiap-siap untuk meninggalkan majlis dan sessi bergambar dengan pengantin, aku mendapat sms dari Hamidah bahawa dia dan beberapa orang lagi dalam perjalanan ke Dewan dan mintak kami tunggu.

Mereka tersesat jalan dan tiba di dewan hampir jam 2 petang.  Mereka datang 5 orang. Hamidah, Hasnah, Sabarina (Loly), Aizan dan Sarkiah.  Ini kali pertama aku jumpa Aizan Idris sejak kami meninggalkan SPK.  Sarkiah tak jumpa sejak dia bersara dari TUDM dalam tahun 2009 (kalau tak silap). Hamidah dan Lolly ada bertemu beberapa kali kerana mereka ada beberapa kali  menghadiri reunion kami.

Entah apa yang membuat Aizan geli hati sangat tu...mesti kena sakat dek Razak dan Affendi.
Skot Hjh Sarkiah dan skot Hasnah sedang mengambil hidangan. Di hujung sana tu ialah skot Sabarina dan no 3 dari kanan ialah skot Datin Hamidah.
Skot Datin Hamidah sedang menjenguk sayup ke dasar kontainer nak mengorek lauk. Orang jemput dari jam 1100 - 1400, hang datang jam 1415... nasib baik kuah dalca tu ada lagi..... 
Dari kiri: Skot Aizan, Lolly Sabarina dan Datin Hamidah.  Rpanya sesama depa ni pun dah terlalu lama tak  jumpa juga...
 
Dari kiri: Skot Aizan, Lolly Sabarina , Datin Hamidah, Sarkiah dan tangan Hasnah. Masing-masing dok kontrol tuuu...takut kena salah cakap karang kena penyepak Sarkiah...Tak de la...Sarkiah okay dahh.. tu masa kedet je dia garang, pasal skot semua manja sangat....

complete set of the ladies' 'skot'

Agenda yang paling kecoh ialah masa nak bergambar.  Biasalah orang-orang tua nak bergambar especially yang dah pencen.  Bukan main susah nak organize.  Bukan apa mereka tengah seronok bergurau senda dengan rakan-rakan seperjuangan yang lama tidak ditemui. Sana satu group, sini satu group, sinu, situn ada group lagi. Nasib baik tetamu sudah hampir balik semua, tinggal beberapa meja yang masih ada tetamu.  Sambil menanti kumpulan 'ladies cadet' kami pun bergambar.  Lihatlah gambar tu.  Betapa kecohnya.  Betapa sukarnya Pres Razak nak organize supaya mereka duduk diam. Yang paling kecoh tentu sahaja Hj Wahid. Nasib baiklah Salihudin tu Pengantin, dia sibuk layan tetamu.  Kalau tidak suasana lebih haru-biru.

Hari itu Salihudin jadi 'bodoh'.  Eeeee bukan bodoh yang tu.  Selalu kalau dalam reunion, dia antara yang kecoh bersama Wahid dan Nasir Chong. Dia pulak paling banyak pandai bercerita kesah-kesah lama, khususnya berkaitan dengan kedet wanita serta cadet instructor. Kali ini dia tak leh cakap apa. ye la, bini baru ada sebelah.  Kami tari sana tarik sini dia ikut sahaja. Kutuk atas bawah pun dia diam sahaja.  Kadang sibuk layan tetamu lain, kadang sibuk melayan kerenah skot sendiri.  Tapi isteri beliau akan cepat 'tangkap' tentang kehidupannya masa depan sebagai isteri seorang warga S37.
.
Tengokla.. betapa sukarnya Pres Razak nak organize supaya ambil tempat duduk. Nak ambil gambar pun nak kena bagi briefing dulu. Mentang-mentanglah skot kita TPTD tak ada, masing-masing nak jadi Jenderal.
 
Akhirnya semuanya berjaya duduk diam dan panggil kedua mempelai untuk duduk bergambar sama.  Pandai pun duduk diam..  Kecuali Wahid, tetap senget jugak.  Entah benda apa yang mengganggu dia sampai tak leh duduk elok-elok.
Free style. Tengoklah Hj Wahid tu! Mana dia boleh duduk diam.  Bukan sahaja rakan-rakan dia buli, pengantin perempuan pun kena sama.  Entah silat apa dia nak buka kat pengantin perempuan.  

Salah satu perkara yang menarik dalam majlis reunion S37 ini ialah di kalangan 'kaum ibu'.  Di peringkat awal ketika majlis reunion atau apa-apa perjumpaan sesama S37 yang awal-awal dulu.  Isteri aku pun berat je nak ikut bila diajak kerana dia tak kenal satu pun dengan isteri skot lain.  Maklumlah majoriti yang datang ialah dari komuniti Tentera Darat.  Dia kekok untuk berbual-bual.  Bila ada majlis asyik duduk sebelah suami masing-masing je.

Tetapi setelah beberapa perjumpaan, khususnya dalam majlis-majlis perkahwinan anak-anak S37, setelah beberapa kali duduk makan semeja, mereka semakin akrab.  Kalau dulu asyik nak duduk sebelah suami masing-masing, sekarang sudah pandai berkumpul semeja di kalangan mereka (ussshh jangan umpat suami dah la yeeee).  Mereka tak rasa bosan bila suami asyik bersembang dengan skot-skot mereka.  Mereka sudah bertukar-tukar nombor telefon. Satu perkembangan yang menarik.

Isteri aku pun kalau aku ajak ke majlis yang melibatkan skot, dia tak pernah menolak.  Cakap je ada majlis atau jemputan dari S37, dia akan siap sedia untuk memollow. Dia pun sibuk nak jumpa kawan-kawan dia (maaf mereka ni tak ada SKOT). Dia dah rapat dengan isteri Dato Hazizan, isteri Razak, isteri Shohemi, isteri Wahid, isteri Raja Zakaria, isteri Hj Adnan dan lain-lain.  Nampaknya lepas ini kita kena wujudkan 'Kelab Isteri S37' supaya mereka boleh organize gathering di kalangan mereka.  Especially bila nak buat majlis perkahwinan anak-anak. Boleh la datang awal bantu buat persiapan atau membantu di dapur, macam kita kat kampong-kampong tu.
.
Giliran untuk kaum ibu (dan nenek-nenek) untuk mengambil tempat
Depa pun kecoh jugak. Bila banyak reunion, mereka makin rapat dan mesra dan boleh terima hakikat perangai suami-suami mereka.
Siap untuk difoto.
.
Ya Allah Ya Tuhan kami, engkau kurniakan lah kami dan keluarga kami, serta skot kami yang baru mendirikan rumahtangga ini dengan kebahagiaan, keceriaan serta keluarga yang taat mengerjakan segala perintahmu.  Lindungilah kami dan ahli keluarga kami dari godaan Syaitan laknatullah.  Panjangkanlah jodoh kami semua sehingga akhir hayat.

Jadi skot-skot, doa di atas tak ada menyebut supaya ada yang tukar yang sedia ada kepada yang baru.  Apa yang Salihudin dapat itu adalah rezeki dia.  Dia terlebih dahulu melalui saat 'yang beliau sendiri dapat menterjemahkan' apabila kehilangan isteri tercinta dan anak-anaknya kehilangan ibu tersayang pada tahun lepas.

Yang hadir:
  1. Presiden: Lt Kol Abd Razak Hussein dan isteri.
  2. Lt Abdul Wahid bin Yusof (B)
  3. Lt Kol Ishak bin Hj Johar.
  4. Lt Kol Nazli bin Alias dan isteri (baru)
  5. Mej Rahim bin Mohammad (B)
  6. Mej Mohd Hussin bin Abdullah (B) dan isteri?
  7. Kapt Nasir Chong bin Abdullah (B) dan isteri.
  8. Kapt Shohemi bin Hashim (B) dan isteri.
  9. Kol Hj Toharudin bin Ab Rasid dan isteri
  10. Kol Hj Jaafar bin Marlan.
  11. Mej Datin Hjh Hamidah bt Hamidin (B).
  12. Kapt Aizan bt Idris (B).
  13. Kapt Hasnah bt Hashim (B).
  14. Lt Kol Noor Sabarina bt Abdullah.
  15. Lt Kol Hjh Sharkiah bt Zenadin Hipney TUDM (B).
  16. Lt Kol Mohd Yusof  bin Awang.
  17. Lt Kol Hj Ahmad bin Ismail
  18. Lt Kol Che Jamal bin Othman Shah
  19. Kapt Dato' Hazizan bin Ahmad (B) dan Datin.
  20. Mej Lokman bin Abdullah TUDM (B).
  21. Kapt Affendi bin Yahya (B).
  22. Lt Kol Mohd Ariffin bin Saimon.
  23. Kapt Mohd Azman bin Annuar (B).
  24. Lt Kol Shahar bin Said.
  25. Penguasa (Kastam) Hazman bin Ahmad.
  26. Kapt Mustapha bin Ahmad (B).
  27. Kapt Azmi A. Hamid (B) dan isteri
  28. Lt Kol Mohd Fanashim Benson bin Hashim.
  29. Mej Norzahari bin Zeelan dan isteri
  30. Mej Raja Hj Zakaria bin Raja Mohamed (B) dan isteri
  31. Kapt Hamdan bin Abdullah (B) dan isteri.
  32. Kol Halim bin Idris dan isteri.
  33. Tuan Norhaili bin Abd Latif.
+ Aku rasa ada lagi skot yang datang selain dari 33 di atas.  Sama ada aku terlupa atau aku tak jumpa.

KAMI DOAKAN SEMOGA SKOT SALIHUDIN DAN PUAN RAHA DIKURNIAKAN KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA SEHINGGA AKHIR HAYAT

 Aktiviti Kedua 
ziarah skot kapt zuraimi (b)
di Bandar Baru Nilai

Setelah bergembira meraikan skot Salihudin di Bangi, kami bergerak ke Bandar Baru Nilai (BBN) untuk melaksanakan misi kedua. Empat belas (14) buah kereta rasanya (1. Shohemi 2. Hazizan 3. Hazman, 4. aku 5. Ariffin 6. Hamdan 7. Raja Zakaria  9. Hj Adnan 10. Hussin 11. Pres Razak 12. Nasir Chong 12. Azmi 13. Wahid/Azman dan 14. Halim) bergerak secara konvoi ke BBN. Tak pasti Affendi naik kereta siapa.  Mungkin dalam sejarah, inilah kali  rombongan melawat orang sakit yang paling ramai.

Kami bergerak satu persatu dan RV di Tol Plaza Nilai.  Selepas itu bergerak sama-sama ke arah BBN. Kami singgah di Masjid BBN untuk bersolat Zohor.



Berehat sebentar di tangga Masjid BBN selepas solat Zohor sebelum meneruskan misi ke Desa Melati

Kenapa Presiden dan Hj Nan tunjuk sana? Suruh Nasir keluar kalau nak hisap rokok. Wahid dan ilang ayat nak bagi alasan kepada Nasir kenapa tak boleh merokok dalam masjid.  Nasir dok mintak nas dan hadis yang menyatakan larangan itu. Adushhhh.

Bukan senang beb nak dapat bergembar dengan skot-skot yang telah berpisah sejak 32 tahun lalu dalam keadaan begini.  Nak jumpa pun susah.


Konvoi S37 meneruskan perjalanan ke rumah skot Zuraimi didahului oleh Hazman dan Shohemi.  Akhirnya sampai juga ke rumah Zuraimi.  Suasana menjadi pilu.  Skot Zuraimi yang uzur akibat serangan stroke, sudah tidak boleh berdiri lagi, separuh badannya telah menjadi numb. Hanya tangan kirinya sahaja boleh diangkat, itu pun agak sukar. Dia hanya bergerak dengan menggunakan 'wheel-chair' dengan bantuan orang lain. Nampak sekali wajahnya amat terharu (kegembiraan) menyambut kehadiran ramai rakan-rakan seperjuangan.  Kami pun tertahan-tahan juga untuk tidak mengalirkan air mata. Tapi ada juga yang gagal mengawal dan berpusing mengesat air mata.

Beliau telah kehilangan banyak ingatan.  Lupa wajah skot.  Kami tak kisah, sebab yang sihat dan segar bugar pun kami pun lupa. Apa lagi dia yang uzur.  Suaranya juga amat lemah dan menyayukan.  Dia tetap mencuba untuk melayani kerenah skot-skot yang kecoh.  Apa taknya Wahid dan Nasir kan ada.  Bangsa skot ganaz yang dua orang ni bukan kira orang sakit atau tak sakit. Nasib baik Salihudin tak ikut sama.  Kalau dia ada sama, mau Zuraimi terus boleh gelak terbahak-bahak. Hahaha.

dalam suasana kesedihan skot Zuraimi, rakan-rakan lain sempat mengusiknya terutama Wahid dan Nasir Chong. 

tangisan kegembiraan kerana melihat teman seperjuangan tanpa diduga datang menziarah

lihat wajah  Skot Zuraimi. Betapa beliau amat sayu melihat begitu ranmai rakan-rakan seperjuangan yang 

doa untuk seorang sahabat.  S37 mengadakan majlis tahlil dan doa selamat untuk kesejahteraan skot Zuraimi sekeluarga.

Presiden Kelab S37 menyampaikan derma kepada Skot Zuraimi

Lawatan mengejut ke rumah skot Zuraimi memang telah dirancang lebih awal. Jadi semasa di majlis perkahwinan Salihudin, skot Shohemi (mewakili Kelab S37) telah mengedarkan envelop membuat kutipan (derma kilat) di kalangan skot yang hadir untuk dibawa ke rumah Skot Zuraimi.  Atas pakatan bersama, kami adakan satu majlis ringkas doa selamat untuk skot Zuraimi sekeluarga dan tahlil (untuk arwah skot2 lain). Setelah selesai majlis tahlil dan doa selamat, Presiden Kelab S37 (Skot Razak) telah menyerahkan derma ikhlas (hanya Zuraimi yang tahu berapa jumlahnya) kepada Skot Zuraimi. Nampak wajah sayu skot Zuraimi sewaktu menerima derma dari rakan-rakan.  Terimalah skot apa yang ada ini, mudah-mudahan dapat memberikan sedikit keringanan kepada skot.  Jika ada masalah, janganlah segan untuk menghubungil kami.

 
Kami tetap memberikan peluang kepada Kelab Isteri S37 untuk bergambar bersama skot Zuraimi dan isteri.

Ya Allah, dengan kekuasaan yang ada padaMu, engkau ringankanlah bebanan yang ditanggung oleh sahabat kami ini.  Jika engkau ingin terus mengujinya dengan kesakitan ini, kami memohon agar engkau kuatkan imannya dan janganlah engkau goyahkan imannya untuk menerima dugaanMu ini.

Pada 11 Okt 2012 Kapt Zuraimi (Bersara) telah menerima sumbangan katil khas dari Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Kementerian Pertahanan.  Dimaklumkan bahawa selepas lawatan oleh S37 pada 22 Sep 2012, skot Affendi Yahya telah berusaha menghubungi pihak berwajib mengenai kedaan skot Zuraimi.  Dan, usaha berkenaan telah berhasil.


Keratan akhbar berkaitan sumbangan kepada Kapt (B) Zuraimi

.


PLEASE FEEL FREE TO VISIT MY ANOTHER BLOG:
coltoras1959.blogspot.com

No comments:

Post a Comment