renjis mempelA i
MAJLIS PERKAHWINAN ANAK-ANAK SKOT DALAM BULAN MAC 2013
Bagi S37, bulan Mac merupakan bulan yang penuh dengan pelbagai cerita. Bermula dengan Malam HUT33 (32?) di Mes Perwira Markas 4 Divisyen pada 2hb Feb, setiap minggu diikuti dengan pelbagai rentetan aktiviti. Masing-masing dengan aktivitinya sama ada aktiviti rasmi pejabat atau persendirian. Antaranya ialah Skot Razak dan Skot Suhaimi (Saad) yang mengerjakan ibadah Umrah di Tanah Suci.
Aku sendiri tidak menang tangan dengan pelbagai aktiviti rasmi di luar pejabat seperti:
- Seminar Kewangan di IOI Putrajaya (6 Feb 13)
- Koloquim Pengurusan PTJ di KEMENTAH (7 Feb 13)
- Seminar Kewangan TUDM (sambungan (8 Feb 13)
- Lawatan Audit Negara di PU Gong Kedak (13 Feb 13)
- Seminar Pegawai-Pegawai Kanan ATM di Wisma Transit KEMENTAH (20-22 Feb 13)
- Mesyuarat Pemerintahan MOU di KK (27 Feb - 2 Mac 13)
Apa pun, blog ini bukan untuk cerita mengenai kerja. Meneruskan agenda aktiviti sosial S37 ialah Majlis Perkahwinan anak Kapt (B) Mustapha Ahmad di Putra Heights, Shah Alam. Walaupun telah menetapkan diri untuk hadir, kita hanya mampu untuk merancang, Allah menentukan segala-galanya.
Pada 1 Mac 13, sebenarnya ada satu jemputan majlis perkahwinan anak Laksda Dato Hj Nasarudin Othman di Masjid Khalid al Walid (majlis selepas solat Isyak). Pastinya aku sedih tak dapat hadir kerana Laksda Nasa dan Datin Aishah adalah jemaah Surau Luqman Hakim yang aktif.
Pada 1 Mac juga negara digegarkan dengan insiden 6 pegawai dan anggota PDRM terkorban ditangan penceroboh dari Sulu di lahad Datu Sabah. Insiden pencerobohan yang telah berlarutan sejak 9 Feb telah berlarutan kerana Kerajaan berusaha menamatkannya dengan jalan aman dan terbaik. Namun kumpulan penceroboh yang memiliki senjata api telah bertindak ganas (membunuh) bagaikan musuh negara.
Pada 2 Mac aku masih berada di Kota Kinabalu. Masa penerbangan balik ke PU Subang telah beberapa kali dipinda akibat keperluan pesawat untuk operasi semasa. Penerbangan yang dirancang pada jam 1230H telah dilaksanakan pada jam 1700H (DC) dan tiba di PU Subang pada jam 2030.
bersama skot Jumali, skot Hj Hasaza dan skot Felix di lobby Hotel Magellan Sutera Harbour pada petang 2hb Mac 2013. Plan ETD KK jam 1230H tapi jadi 1700H.
Plan asal kalau bertolak jam 1230H, sampai PU Subang jam 1630H masih boleh kejar ke rumah Mustapha, walaupun lewat, dapat kuah kari ke kurmak pun cukup la. Tapi seperti mana yang aku cakap tadi, kita hanya mampu merancang.
Aku tidak dapat hadir dalam majlis skot Mustapha. Bagaimanapun aku tetap mengikuti perkembangan rakan-rakan yang lain melalui facebook. Alhamdulillah, ramai juga yang hadir.
.
2 Mac 2013
kapt mustapha hj ahmad (b)
di Putra Heights Shah Alam
.
Aku tumpang seronok melihat ramai skot yang hadir ke rumah Skot Mustapha. Tahniah dan teruskan. MAAF SKOT (MUS @ BOB) AKU TAK DAPAT HADIR.
Mazhar, Dato Adnan, Razak, tuan rumah dan Norzahari
Skot Razak Mat (kanan sekali) adalah antara yang jarang terjumpa dalam majlis2 non-Air Force. Lokasi kerja beliau di Kuantan menjadi halangan utama untuk aktif bersama skot-skot yang lain. Semoga lepas ni dia ikut jejak Skot Sabari yang baru menemui jalan dan meneruskan perjalanan sehingga hari ini.
Skot Ariffin,Shohemi (nampak kepala), Husin, Razak Siran dan Hazman
Skot Zakaria, Shohemi, Sabari, Hazman dan Husin
Kumpulan Putera Lilin, berselindung di bawah pokok. Skot Nasir Chong, Ariffin, Hj Wahid, Husin dan Razak Siran
Spesis yang paling sukar ditemui: Skot Salleh Hj Kassim (t-shirt merah- ala ganster). Beliau kini menetap di Muar- menjalankan perniagaan sendiri.
Tahniah Skot Mustapha dan Puan Hanita!
COMING SOON
.
Pada hari Ahad (3hb Mac) aku ada 3 jemputan majlis perkahwinan:
- Majlis perkahwinan anak Sdr Zakaria bin Md Alip (classmate masa di Lower 6, Alam Shah 1977) di Dewan Seri Siantan, Putrajaya.
- Majlis perkahwinan anak Abd Samad bin Saad (bekas anggota TUDM yang pernah bertugas di bawah seliaanku di TUDM Kuching pada tahun 1982) di Taman Seri Nanding, Jalan Ulu Langat.
- Majlis perkahwinan anak PW(B) Kamarudin bin Said (bekas PW Kenderaan yang berkerja dengan aku di SISMAT pada tahun 1997-98) di Taman Tok Dagang, Seremban.
Aku merancang sekurang-kurangnya dua majlis pada arikh tersebut. Namun kita hanya mampu merancang. Pada jam 8.30 aku mendapat panggilan dari pejabat untuk menghadiri satu mesyuarat tergempar berkaitan dengan Operasi di Lahad Datu. Mesyuarat berlarutan sehingga hampir jam 2pm. Lanjutan dari itu (dalam keadaan stand by) aku tidak sempat untuk menghadiri walaupun satu majlis di atas.
9 Mac 2013
kol jumali salamat tudm
di Dewan Ababil PU Subang
.Tarikh 9 Mac agak mencabar. Hari itu walaupun hari Sabtu terpaksa ke pejabat kerana ada video conferencing berkaitan X. Agenda hanya selesai hampir jam 1100. Kebetulan pada tarikh yang sama (9hb Mac) terdapat dua jemputan majlis perkahwinan iaitu dari Brig Jen Dato Hj Abdul Mutalib Abd Wahab TUDM di Dewan Angkasaraya, PUKL dan skot Kol Jumali bin Salamat TUDM di Dewan Ababil, PU Subang.
Persepakatan telah dibuat dengan isteriku supaya mengambil aku di pejabat pada jam 1130 dengan membawa baju, seluar dan kasut persalinan untuk ke majlis perkahwinan. Tapi isteriku agak lewat kerana terlibat dalam kemalangan kecil semasa dalam perjalanan ke KL Base. Kereta yang dipandu oleh isteriku kena sondol dari belakang di kawasan Keramat. Namun aku minta dia teruskan perjalanan selepas aku bercakap dalam telefon untuk mendapatkan maklumat dari pihak yang melanggar. Isteriku sampai dalam jam 1230H.
Selesai bertukar pakaian, kami terus ke Dewan Angkasaraya untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Brig Gen Dato Hj Abdul Mutalib TUDM. Lebih kurang 30 minit di sana kami meninggalkan majlis dan memandu ke arah PU Subang untuk menghadiri majlis perkahwinan anak skot Kol Jumali bin Salamat di Dewan Ababil.
Kami singgah di Masjid PU Subang untuk bersolat Zohor. Aku jumpa skot Husin dan isteri. Kami betolak bersama ke majlis. Semasa aku dan Husin masuk ke dewan Skot Hj Zakaria dan isteri baru keluar dari Dewan. Ramai yang dah ada di sana ketika itu:
- Dato Hazizan
- Mohd Azmi
- Hashim Hamzah
- Mohd Sabari
- Razak Salim
- Lokman Abdullah
- Mohd Ariffin
- Khairul Anuar Ismail
Dato Zizan: Okayyy... setuju, kita kawinkan Hashim dulu, lepas tu baru kita fikir pasal Shuairi pulak.....
Apa yang dibisik oleh Razak (Lanchang) kepada Lokman. Kata Razak "Skot, tolong la aku, diorang memamng tunggu aku sampai, deorang nak kutuk nak hentam aku sebab aku celupar sangat dalam facebook.
Apa yang dibelek oleh mereka? Suatu yang menarik nampak.
Apa yang dijakunkan sangat oleh Hazizan dan Arifin tu? Yang lain (Hazman dan Lokman) pun berminat sangat nampaknya. Apa niiiii? Kenapa lokman nampak semacam je senget nak menengok? He like to look sebab namanya pun 'Lookman".
Benda tu berpusing? apa agaknya ye? Kali ni Shohemi dengan Hashim pulak.
ooooooo..gambar ni rupanya. patut laaa. Masing-masing tunjuk terer nak test memories. Yang paling kuat ingatan ialah Dato Hazizan. Sebab apa? Pasal dia Askar Melayu? Salah. Pasal dia bijak sebab dia botak? Pun tidak. Jawapannya ialah badan dia yang besar khususnya bahagian perut. Orang lain memory simpan dalam otak je, tu yang sikit. Tapi Zizan simpan ingatan dalam badan dan perut dia..banyak tempat nak simpan.
meja gosip....Korang tau takkk? Apanyeeee? Alaa semalam aku baca Metro...kau tak ghopanya si Rita Rudaini tu.... eh bukan.... ehh si Rozita Che Wan tuu...eh eh bukan, bukan....ehhh si Abby Abadi tuuuuu
kakan sekali: aeh palo aku poning la, kelmarin depa citer lain, semalam cerita lain, hari ni dah lain pulak...ceciter ceciter
Hemmmmm.. tu la... korang jantan apa tau. Harapkan riuh bersembang jee. Kita orang bincang nak buat gathering panggil ustazah bagi tazkirah, tau takkk... ingat kita ni macam Che Kiah ke asyik nak menggosop menggosip jeee....banyak kojo lain tauuu
persidangan meja bulat...bercadang untuk memperkenalkan corporate shirt untuk S37
sesekali bergambar beramai dengan tuan rumah
.
TAHNIAH skot Jumali dan Puan Salina!
KEESOKAN HARINNYA.....TIBA GILIRAN KITA BERKAMPUNG DI DEWAN DATO OTHMAN HARUN, KEM WARDIEBURN, JALAN SETAPAK, KUALA LUMPUR
.
10 Mac 2013
lt jen dato seri ahmad hasbullah
di Dewan Dato Othman Harun
Kem Wardieburn
Hari Ahad, aku juga bertugas dari jam 0900 hingga 1200. Tamat sahaja tugas, aku pulang dan bersiap-siap untuk ke majlis perkahwinan anak lelaki Lt Jen Dato Seri Haji Ahmad Hasbullah bin Ahmad Nawawi dan Datin Seri Noor Akma. Memandangkan jarak agak dekat dan menjangkakan waktu puncak ialah jam 1200-1300, aku bertolak agak lewat iaitu jam 1415 dan dijangka sampai dalam tempoh 15 minit sahaja. Biasanya waktu itu majlis bersanding telah selesai dan jemputan telah mula berkurangan.
Dalam perjalanan hujan agak lebat bagaimanapun sesampainya di Kem Wardieburn, hujan telah reda. Waktu aku sampai berselisih dengan skot Hj Ahmad Ismail yang telah pulang. Begitu juga dengan skot Norhaili Latif.
gambar pertama diambil: bersama Holilul Shukri, Dato Adnan dan Zamani
ini satu kumpulan lain dalam dewan: dari kiri Husin, Ariffin, Firdaus, Shohemi, Razak, Zakaria dan Sabari
Hidangan pertama memang nampak sopan dan tertib..tengoklah nanti bila masuk Fasa 2
Waaa ada yang bermurah hati dan rezeki mengagihkan zakat (ole-ole dari Ganu)- lihatlah betapa bertuahnya ahli BAKAT S37
sempat mencuri masa tuan rumah yang tak cukup tangan melayani tetamu
menyambung agenda di luar dewan... ini Fasa 2 ni
masih Fasa 2
beralih angin, masuk ke kawasan operasi Fasa 3
kalau dah mula macam ni memang tak akan bergerak sampai azan Asar
Teh dan kopi bertali arus, bersalin cawan
Zamani dengan gelas teh yang ke berapa pun tak tau.
masa Kedet selama 9 bulan tak sempat nak bergambar sama
Karipap, goreng pisang, tapai pulut, dadih, apam dan pelbagai lagi....kalau ramai pegawai kanan yang gagal BMI, Dato Seri kena jawab laaaa
Umur dah 50an ni, ketinggian badan tidak boleh diubah lagi, tapi ketinggian perut masih diteruskan
satu satunya gambar skot wanita yang ada (ehsan skor Aini)
dari kiri: Nor Sabarina, Aini, Dato Norhuda (Hud) (instructor) dan Datin Hamidah
Anak Shohemi memang pandai mengoptimakan suasana.... korang tua-tua lantak la bersembang, biar aku kerjokan makanan yang ada ni, malam ni gerenti mak tak masak punya
Nampak je atas meja tu bersihhh je. Dah 4 kali hidangan bersilih ganti
Raja Zakaria dah membaringkan diri, tak leh duduk betul. Aku pulak dah senak perut. Akibat dari tangan kurang ajar yang tak tau berenti menyuap
Peace untuk Raja Sulu dari Raja Zakaria (keturunan Sultan Hamengkobuwono Ketiban Nongko)
Kumpulan pendukung setia. Ini baru sorang satu, dah begini punya ramai....
cuba tengok ataih meja tu. Walaupun baru selesai makan nasi beriani...kat luar sambung membaham...... ye la.. makan free, bila lagi.. laki yang bayoo
Tuan Presiden sedang memberikan taklimat macam mana cara membuat posing yang baik ketika diambil gambar. Yang duduk tu Pawang Hujan dari Gua Musang
Itulah yang dikatakan tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia... kalau dah namanya TIGA BINTANG, di mana sahaja ada pengawal yang taat setia. Tapi pacal pengawal kali ini betul-betul punya trained by Hang Jebat and hang Kasturi. Sanggup duduk dilantai semasa bergambar bersama Orang Besar-besar Negara.
Tahniah Dato Seri dan Datin Seri!
Tahniah Dato Seri dan Datin Seri!
Pada 18 Mac 13, selaku Pegawai Memerintah, aku menyempurnakan pemakaian pangkat 7 orang anggota LLP Markas logistik Udara (MLU)
MENUNGGU GILIRAN IALAH:
24 Mac 2013
Kapt Khairul Anuar bin Ismail (B)
di Main Ballroom
Stadium Hang Jebat, Melaka BB
.
.
Assalamualaikum..,
ReplyDeleteBoleh saya dapatkan no talifon Kapt Holilul Shukri. Dia adalah kenalan lama saya.
Waalaikum salam. Mohon maaf kerana kebetulan saya tidak menyimpan no tel Holilul Shukri. Saya nasihatkan sdra masuk dalam akaun fb beliau dan menghubungi beliau terus melalui mesej fbnya. Terima kasih
Delete