SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Saturday, June 1, 2013

TJP37035 JUN JUGA MERIAH UNTUK SKOT 37


JUN 2013
BULAN PENUH SEJARAH

Gerbang bulan Jun 2013 dibuka kini
Pelbagai perayaan disambut di sana sini
AKu dapat bertemu skot Rohani
Menjejak rakan-rakan untuk skot Ahmad Zaini 

Bulan Jun membawa rahmat rahmani
Membawa aku ke tanah suci
Mimpikan umrah sekian kali
Rumah Allah amat kurindui

HARI KEPUTERAAN SPB YANG DIPERTUAN AGONG

Hari ini (1 Jun 2013) dimulakan dengan sambutan ulang tahun Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong al Mu'tasimu Billah Muhibuddin Alhaj Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.



Hari ini adalah Cuti Umum. Pagi-pagi balik dari Solah Subuh di Surau Luqman Hakim, rutin aku terus buka internet, membuka website BERNAMA untuk melihat senarai penerima Darjah dan pingat Kebesaran sempena Hari Keputeraan SPBYDPA. Antara yang dapat gelaran Tan Sri ialah mantan PTL, Laksmn Dato' Seri Mohd Ramly Abu Bakar TLDM (B) dan mantan PTU Jen Dato Sri Suleiman Mahmud TUDM (B).

Woww, salah seorang SKOT kita, Brig Jen Haji Romlee bin Hj Yahya TUDM (Komander Pangkalan Udara Subang) telah menerima anugerah Darjah Kebesaran Panglima Setia Diraja (PSD) yang membawa gelaran 'Datuk'. 

Aku terus sms ke skot Hj Romlee dan mengucapkan tahniah. Apa jawab dia?

"Waalaikumussalam, Mana dapat ni. Empunya diri pun tak tau ni. Mai mana pulak ni. Haruuuu ni, Kalau betui".
sekarang Brig Jen Datuk Hj Romlee bin Yahya TUDM

Tahniah Skot Datuk Hj Romlee!
Sehingga kini seramai 9 orang SKOT kita telah menerima gelaran dari istana:
  • Lt Jen Dato' Seri Haji Ahmad Hasbullah bin Mohd Nawawi (Selangor, Pahang, Perak, Melaka dan Kedah).
  • Mej Jen Dato' Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM (Pahang).
  • Mej Jen Dato' Abdul Halim bin Jalal. (Kelantan)
  • Brig Jen Dato' Zamrose bin Mohd Zain (Pahang).
  • Kapt Dato' Hazizan bin Ahmad (Bersara) (Pahang).
  • Brig Jen Dato' Haji Azlan bin Abdul Rahman (Pulau Pinang).
  • Brig Jen Dato' Sanusi bin Haji Samion TUDM (Pahang).
  • Mej Dato' Haji Adnan bin Hj Hashim (Pahang).
  • Brig Jen Datuk Haji Romlee bin Haji Yahya TUDM (Persekutuan).
Oh yea, selain dari skot Hj Romlee, empat lagi skot TJP37 telah menerima pingat KMN sempena HUT SPB Yang DiPertuan Agong Tahun ini, mereka ialah:
  • Lt Kol Badrul Hisham bin Hj Suda (RAJD)
  • Lt Kol Roslan bin Hj Shaari (KOD)
  • Lt Kol Kamaralzaman bin Tun Hj Abdul Aziz (RRD)
  • Lt Kol Thien Pian Khong TUDM
HARI ULANG TAHUN KE 55 TUDM

Pada 1 Jun 2013 juga TUDM menyambut Hari Ulangtahunnya yang ke 55. Bagaimanapun perbarisan sambutan HUT55 TUDM akan diadakan di Pangkalan Udara Kuantan pada 7 Jun 2013.

Thema HUT TUDM 2013

HARI GAWAI & HARI KEAMATAN

Hari Gawai adaah hari perayaan paling utama (macam Hari Raya) untuk kaum Iban, khususnya di Sarawak jatuh ada 1hb Jun. Hari ini adalah cuti umum di Sarawak.

Selamat menyambut Hari Gawai untuk skot John anak Gila (RRD) dan skot Noor Sabarina @ Lolly Maisie Joel.



Hari ini juga Kaum Kadazan/Dusun di Sabah merayakan Hari Keamatan (Hari Menuai).  Iini juga merupakan hari cuti umum untuk Sabah.


JEMPUTAN MAJLIS PERKAHWINAN

Hari ini juga aku menerima empat (4) jemputan majlis Walimatul Urus dari sahabat-sahabat.
  • Lt Kol Shamsudin bin Sulaiman (Bersara) di Taman perpaduan, Ipoh- Skot 37.
  • Kapt Rohani binti Kasim (Bersara) di Garden City Homes, Seremban 2 - Skot 37.
  • Lt Kol Haji Ahmad Husaini Zakwan bin Haji Hassan Basri TUDM (Bersara) di Dewan Angkasaraya, Pangkalan Udara KL - sama-sama bertugas di TUDM Kuching pada tahun 1982/83.
  • Tuan Abu Bakar bin Katar di Dewan Jubilee Intan Batu Pahat - rakan sekelas di Tingkatan 6 Rendah, Sekolah Alam Shah, Cheras 1977. Beliau sekarang bertugas di Melaka sebagai Pengarah/Hakim Kanan Mahkamah Session.
Pastinya aku tidak dapat memenuhi kesemua jemputan. Keputusan yang dicapai ialah memenuhi jemputan Hj Ahmad Husaini dan skot Rohani. Satu untuk skot satu untuk sahabat lama. Adil bukan? 

Kalau aku memilih ke Batu Pahat, aku hanya dapat satu begitu juga kalau aku memilih ke Ipoh. Kebetulan aku baru balik Batu Pahat minggu lepas (24/25 Mei) kerana menghadiri majlis walimah anak-anak kakak aku Hajjah Siti Rahimah.

Aku bertolak dari rumah lebih kurang jam 1145H menuju ke PUKL untuk menghadiri majlis Ahmad Husaini. Rakan seKuching yang sempat ditemui ialah Kapt Mazlan Mohd Noor (Bersara).  Mungkin ramai yang belum datang kerana baru jam 1215.  Lepas makan aku terus minta diri kerana nak berkejar ke Seremban, ke rumah skot Rohani.

Lebuhraya PLUS mul sesak sebaik sahaja melepasi Country Height Kajang. Perjalanan menjadi semakin lama semakin perlahan dan terhenti-henti. Hampir sejam baru sampai exit UKM Bangi. Aku mengambil keputusan memintas keluar di exit Bandar Bukit Putra/Mahkota untuk mengambil jalan ke LEKAS. 

Dari LEKAS keluar di exit Ampangan menuju ke Seremban 2. Kurang biasa dengan kawasan ini, banyak kali tersesat jalan ke Garden City Homes. Banyak kawasan perumahan baru di sini dan kawasannya luas, cantik dan tersusun.  Park City, Park Avenue, Garden Avenue, Garden City, Garden City Homes, Vision Homes dan Central Park.   Eloknya, papan tanda di sini agak mudah berbanding di Putrajaya, KL dan Shah Alam. Confused. Pusing sana, pusing sini akhirnya jumpa juga.  Waktu dah hampir jam 1510.  Dekat nak hujung majlis juga.

BERTEMU SKOT ROHANI KASIM
DI GARDEN CITY HOMES, SEREMBAN 2
.
 Garden_city_homes__seremban_2__1__view
Ini jalan S2/D23, bersebelahan dengan rumah Rohani di Jalan S2/25D - rumah yang sama design

skot Rohani Kasim
.
Sebenarnya, seperti selalu, kita orang sesame Skot37 ni memang tak mengharap menerima kad jemputan. Ye la, kita pun faham, mana la skot-skot kita tau alamat semua skot yang ada.  Nak kata alamat rumah atau kerja, nama dan muka pun dah hilang dari ingatan. 34 tahun bukanlah singkat. Dari bujang sampai dah bercucu. 

Aku hanya mendapat maklumat dari skot Ros Sanani yang menghantar sms menyampaikan jemputan skot Rohani (1 Jun) dan skot Hasnah (15 Jun).  Aku telah memasukan kedua-dua jemputan tersebut dalam EVENT group facebook SPK Intake 37 pada 17 Mei 2013. Memang dah SOP Skot37, dapat maklumat dengan apa cara sekalipun, mana yang ada kesempatan akan hadir. Semua macam itu.

Kali ini, aku dah agak tentu tidak ramai skot yang dapat hadir, Maklumlah Seremban agak jauh dari KL. Semua tahu kalau Sabtu, hiway ke Seremban memang jammed teruk, macam yang aku alami tadi.

Sepanjang tempoh lebih 2 minggu jemputan dipaparkan dalam facebook response dari skot-skot pun amat dingin. Manakala skot-skot yang duduk di Seremban dan PD pun tak ada response. Kebanyakan skot yang BIASA hadir berada di luar KV. Razak Pesiden di Sg Petani, Husin dan Azmi di Terengganu. Yang jawab GOING hanya aku, Razak Siran, Jasni dan Abu Bakar Kamarudin (Din Burnjr).  Tapi Bakaq absent.  Tak tau lah kalau dia dating lebih awal dan aku tak jumpa. Sehari sebelumnya, Ros Sanani ada bagi tau aku yang dia akan datang sekereta dengan Aini dan Aizan.  Tapi pagi tadi sms aku tidak dapat datang juga. Tiga-tiga tak mari.

Masa aku dan isteri sampai, skot Hajjah Marmilah (bersama anak-anak) dan skot Razak Siran (bersama isteri dan anak) tengah makan. Kebetulan, Rohani kata bahawa isteri Razak adalah sepupunya.

Seperti yang aku jangka, semasa aku menghampirinya untuk memperkenalkan diri memang Rohani tak akan kenal dengan aku. "You skot ke? Sapa ye?" Aku akur dan faham. Dah 34 tahun, dari anak dara sampai dah jadi nenek. Aku sendiri pun, kalau sebelum ini tak tengok gambar dia dalam facebook yang dimasukkan oleh skot lain (semasa dia hadir majlis perkahwinan anak skot Aizan) memang tak akan kenal punya. Fizikal sudah sangat berubah.

Aku ingat dah hujung waktu jemputan ni, itu saja yang aku dapat jumpa. Tapi selepas aku selesai makan beberapa skot lagi sampai. Skot Razib Atan dan isteri, skot Jasni Mohd Noor dan isteri, Norzahari Zeelan dan isteri dan akhir sekali skot Noraini Ahmad dan anak-anak.  Aku pun cepat-cepat mengatur penggambaran kerana aku terpaksa pulang lebih awal.  Maklumlah belum solat Zohor dan nak singgah rumah di Ampangan.
barisan depan: isteri Razak Siran, Rohani Kasim (emak pengantin), skot Hjh Marmilah Munajat, isteriku, aku, skot Razak Siran.
berdiri: isteri Norzahari, skot Noraini Ahmad, skot Jasni Mohd Noor, skot Razib Atan dan skot Norzahari Zeelan.
 
Tahniah skot Rohani Kasim. 

Dua jemputan Skot37 selepas ini aku tidak dapat hadir kerana aku akan melaksanakan ibadah Umrah dari 7 hingga 21 Jun 2013.

Semoga majlis Skot Lt Kol Hamdan bin Othman (RRD) di Dewan Angkasaraya, PU KL pada 8 Jun 2013 dan Skot Hasnah binti Hashim di Dewan Tiba, Kompleks TH Kelana Jaya pada 15 Jun 2013 akan berjalan lancar dan diberkati Allah swt.

.
Pada 4 Jun 13, skot Lt Kol Ahmad Zaini bin Mohd Ali TUDM (Bersara) dating mengunjungi pejabatku. Dulu jadi Komandan, sibukkkkkk memanjang.  Sekarang sudah bersara. Apa alasan lagi. InsyaAllah selepas ini beliau akan aktif mengikuti perkembangan dan perjumpaan skot 37.  PERTEMUAN dengan skot Ahmad Zaini pada 4 Jun juga membawa kepada babak-babak jejak kasih kerana beliau sedang menjejaki sahabat-sahabat rapatnya semasa kedet. Malam itu juga setelah aku masukkan gambar di bawah, skot Zaini dapat menghubungi skot Robert Foo dan skot Abu Zahrem. Syukur alhamdulillah.

bersama skot Lt Kol (B) Ahmad Zaini TUDM
.
MOHON DOAMU WAHAI SKOT

Pada 6hb Jun 2013, aku mengadakan Solat Hajat dan Tahlil Doa Selamat di Surau Luqman al Hakim. Pemakluman melalui facebook seminggu sebelum untuk mempersilakan skot-skot yang berdekatan, sekiranya ada kelapangan. Secara tidak rasmi.

Pukul 1830, skot Dato Hazizan dan Datin telah sampai di rumahku.  Bawa bersama pulut dan pengat durian untuk hidangan Phase 2.  Hidangan malam itu ialah nasi putih lauk asam pedas ikan tenggiri, ayam goreng rempah dan sambal goreng Jawa.

Antara skot yang hadir di surau ialah skot Azih, skot Azmi dan isteri, skot Shohemi dan isteri, skot Husin, skot Firdaus Quah, skot Yatim dan skot Sabari.  Istimewa dari skot Ros Sanani yang datang membawa dadih buatan sendiri. Terima aksih Ros yang mewakili skot wanita.

Lepas selesai majlis di surau, sebahagian dari skot menyambung sembang di rumah aku sambil menikmati pulut durian.  skot Hazizan, Azmi dan Shohemi dan isteri masing-masing. Kemudia skot Mahadzir join sekali.



 

 

 

  

  



Terima kasih skot-skot yang sudi hadir....


7 hingga 21 Jun aku akan pergi
Melaksana ibadah umrah di tanah suci
Menziarah Kaabah dan Makam nabi
Doakan aku pergi dan kembali

Doa untuk skot semua ku bawa sekali
Di depan Kaabah aku pohon pada Ilahi
Semoga skot semua diberi hidayah dan rezeki
Segera dapat tunaikan Haji

Waktu ini jam 230430H 22 Jun 13.  Baru beberapa jam menjejakan kaki ke dalam rumah setelah pulang dari mengerjakan umrah.  Sampai LTSAAS Subang jam 221050H Jun 13 dan tiba di rumah jam 230015H Jun 13. Masih jet lag lagi, apa taknya sepanjang perjalanan dari Istambul ke Singapura (11 jam) lebih dari separuh masa aku habiskan dengan tidur dan tidur sahaja.

Jadi aku ambil kesempatan ketidakbolehan tidur ini untuk meng'update'kan blog aku.

Semasa melapor diri ke Skypark, LTSAAS Subang pada 7 Jun 2013- selepas menunaikan solat Zohor aku terjumpa dengan skot Lt Kol (B) Ahmad Jamari bin Mohamed TUDM yang menyertai Fire Fly sebagai juruterbang.  Inilah kali pertama aku bertemu dengan skot Jamari sejak beliau bersara dalam tahun 2008.

.
bersama skot Lt Kol (B) Ahmad Jamari TUDM

Dari 7hb hingga 22hb aku hanya sesekali dapat mengikuti aktiviti skot TJP37 melalui facebook sahaja. Kebetulan di hotel-hotel tempat aku duduk di Madinah dan Mekah mempunyai kemudahan wifi. Tetapi masa amat terhad, kebanyakan masa dihabiskan di masjid dan hanya dapat online sekejap-sekejap sahaja semasa balik dari Masjid atau selepas/sebelum makan tengahari/malam sahaja.  Itu pun hanya di lobi hotel sahaja.  Masa itu juga aku gunakan untuk bermesej dengan anak-anak aku kerana kos mengunakan telefon agak tinggi.

Skot Azmi Abd Hamid telah merakamkan beberapa gambar semasa menghadiri majlis perkahwinan anak skot Lt Kol Hamdan bin Othman (RJR) di Dewan Angkasaraya, Pangkalan Udara KL pada 8 Jun 2013.




Aini mengambil kesempatan mengiklankan anak daranya untuk mencari besan seskot... cepattt siapa lambat dia melepasss

TAQDIR menentukan bahawa bulan Jun ini aku menerima dugaan yang amat getir.  Pada 9 Jun 13, semasa berada di Istanbul, aku menerima berita bahawa cucuku yang kedua Wafa Firdaus binti Muhammad Hafeez Firdaus telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalanraya. Peristiwa menyayat hati ini aku rakamkan dalam satu lagi blog aku: www.coltoras1959.blogspot.com TAJUK 382.

Antara pertemuan antara skot yang dapat aku kesan melalui laman facebook ialah:

Pada 9 Jun 13, ada pertemuan 'durian run'  (tak tau sama ada dirancang atau tidak dirancang oleh skot Presiden S37) di PULAMOR. Yang jadik grand ialah kehadiran skot Dato' Seri Ahmad Hasbullah dan skot Mej (B) Dato' Adnan.
empat pasang mata yang berlainan haluan....muka masing-masing kelihatan bosan.. menunggu tuan besar
aku tau mesti ada yang tengah kena smash la niii..... 
skot Tok Nan buat-buat tak dengar leteran skot DS.... skot Pres tak berapa lalu makan
tak cukup makan siang, makan malam pun dengan derian jugak.... perghhh kali ini menjamu skot Dato Halim dan isetri pulak.... mabukkkkkk Tuan Pres kita.
Kebetulan....
9 Jun: skot Norzuki, skot Hj Mohd Hairudin dan skot Presiden


TERIMA KASIH KEPADA SKOT ROS SANANI DAN SKOT SABARI YANG MELUANGKAN MASA MENZIARAHI ANAK-ANAKKU  PADA 14 JUN 13, SEMASA AKU MASIH BERADA DI TANAH SUCI. KEPRIHATINAN SKOT BERDUA KE ATAS MEREKA YANG DITIMPA MUSIBAH (KEMATIAN CUCUKU PADA 9 JUN 13) AMAT DALAM PENGERTIAN TENTANG APA ERTI PERSAHABATAN.

Skot Ros Sanani (Rosnani @ Ros) merakamkan majlis perkahwinan anak kedua skot Hasnah bt Hashim di Dewan Tiba, Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya pada 15 Jun 2013. Terima kasih Skot Rosnani yang mutakhir ini amat aktif berfacebook dan banyak merakamkan aktiviti S37.
skot Hasnah dan suaminya, Kapt (B) Ismail
belakang: Aini, Ros Sanani, Hasnah dan Noraini
depan: Shohemi, Hazizan, Azmi, Sabari dan Nazli
belakang: Aini dan Rosnani manakala depan: Hasnah dan Noraini
 

 
 

sambung dinner di Ara Damansara
balik dari majlis perkahwinan anak Hasnah mereka singgah berkaraoke di Neway Shah Alam. Cesss skot!!!!

Pada 16 Jun 13, skot Rosnani bersama skot Sabari (dan isteri) telah mengunjungi rumah skot Kapt (B) Asmah bt Mustapha di Batu Gajah dan rumah skot Zawiah bt Ariffin (isteri skot Marzuki) di Chemor.

skot Asmah bersama suami Kapt (B) Jamil
skot Marzuki/Zawiah menyertai mereka
mereka bergambar bersama skot Asmah dan suami.
mereka menyambung ziarahan ke rumah skot Marzuki/Zawiah
Nampak macam dijamu nasi lemak
santai menikmati hidangan petang

Pada 14 Jun 2013, berlaku sedikit rombakan dalam kepimpinan Tentera Darat Malaysia apabila YM Lt Jen Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor telah dinaikkan pangkat JENERAL dan dilantik menjadi Panglima Tentera Darat bagi menggantikan Jen Tan Sri Zulkifli bin Zainal Abidin yang bertukar ke UPNM sebagai Naib Canselor yang ke 4.



Tahniah YM Datuk Raja Mohamed Affandi di atas kenaikan pangkat serta perlantikan untuk menerajui organisasi TDM.  Mungkin ini pertama kali aku mengucapkan tahniah secara terbuka dalam blog aku kepada mana-mana PTD.  Sedikit keistimewaan PTD baru ini ialah kerana beliaulah satu-satunya PTD yang agak rapat dengan aku.  Walaupun kami berlainan perkhidmatan dan tidak pernah pun bertugas bersama dalam satu organisasi, kami kerap bertemu di Surau Luqman al Hakim, KPTOJ. Selain dari beliau kerap datang bersolat jemaah bersama kami di surau, beliau adalah Penaung Surau manakala aku salah seorang AJK Surau. Jadi, janganlah pulak ada pembaca blog yang menyangkakan aku nak mengampu bodek beliau pulak.

Semoga TDM akan lebih mantap dan berwibawa di bawah kepemimpinan beliau.

Pada 19 Jun 13, skot Abdul Razak Hussin (Presiden S37) mengikuti Ex Wolf Wagon anjuran Markas Pemeintahan Latihan dan Doktrin TD (MPLDTD) di Taiping Perak. Dalam eksesais itu, ramai warga S37 yang terlibat.

dari kiri: skot Lod Atan, skot Sahar Said, skot Razak, skot Rizal Tan dan skot Padzil Mat

Selepas menamatkan eksesais skot Presiden S37 sempat mengunjungi rumah skot Monica Shazarina di Kg Tersusun Paduka Setia.



Pada 20 Jun 13, skot Abd Razak Presiden S37 telah selamat menjalani pembedahan di kedua-dua belah tangannya....di Hospital ATM Tuanku Mizan. Entah apa punya jenis penyakit yang beliau kena ni pun saya kurang pasti.  Apa-apa pun didoakan semoga cepat sembuh dan dapat bertugas semula.  Lepas ini jangan bedah dua-dua kaki pulak. Nanti tergendala pulak aktiviti Kelab S37.


seronok dapat cuti- menunggu masa untuk dioperate

pertama kali tengok kedua-dua belah tangan buat surgery... ini lain tak bukan kena sumpah anak buah kerana suka lempang kanan kiri.... Sorry skot, aku gurau je. Dah kerja kuat sangat, Allah bagi peluang untuk berehat la tuuuu.

menerima kunjungan skot Dato' Azlan dan isteri.
Baju dari sepital tak sempat tukar lagi.... macam mana nak buka baju...dua-dua tangan kembang.
Solution? gunting sebelah belakang habis dari bawah sampai ke atas.

Pada 21 Jun 13, skot Azmi Abd Hamid telah mengadakan majlis berikut: "Saya menjemput skot n isteri kerumah saya pada 21 Jun 13, Jumaat malam, selepas Isyak, utk Bacaan Yassin dan Doa Selamat. Alamat rumah: No.61, Jalan 15/5A, Garden Homes Terrace, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi".  Azmi dan Su.
Ramai nampaknya skot yang hadir. Kelihatan skot Hj Wahid, Nasir Chong dan isteri, Hamdan Abdullah dan isteri, Tuan Presiden dan isteri, Hj Jaafar Pangat, Mustapha dan isteri, Ros Sanani, Dato' Hazizan dan Datin, Sabari dan isteri, Shohemi dan Hazman.







Ini adalah orang yang KEDUA dalam dunia yang makan DURIAN dengan FORK & SPOON selepas Napoleon Bonaparte di Pulau St Helena pada tahun 1817


MINGGU TERAKHIR JUN 2013


 Skot Ros Sanani bertemu dengan skot Sarkiah di HAT Tuanku Mizan pada 25 Jun 2013


Skot Presiden dikunjungi oleh skot Mohamad Shuairi yang bertugas di PULAMOR
Kem Sebatang Karah pada 27 Jun 13


Pada 29 Jun 13, skot Dato Hazizan telah mengadakan Majlis High Tea di rumahnya di Jalan Tarian, Seksyen 11 Shah Alam.

Di penghujung Syaaban sebelum tiba bulan Ramadhan ini, pertemuan warga kecil S37 ditutup dengan Majlis Aqiqah oleh Skot Presiden untuk cucu keduanya di Surau PULAMOR, Kem Sebatang Karah, Port Dickson pada 30 Jun 2013.  Sambil melaksanakan Sunnah Rasul sambil mengimbau kenangan lama.  Nampaknya dua skot sahaja yang dapat melapangkan masa pada tarikh tersebut.  Aku memang terniat untuk ke sana.  Petang Sabtu aku telah balik ke rumah Seremban dan merancang untuk ke Port Dickson pada keesokan harinya. Tetapi terpaksa pulang ke KL selepas Maghrib kerana ada hal keluarga.

Hari Ahad, kalau nak turun ke PD- terpaksa berfikir 7 atau 8 kali.  Satu: trafik PLUS highway dari Bangi sampai ke Seremban, kedua: kesesakan di semua jalan pantai Port Dickson pada hari minggu.

Melaka dan Port Dickson tidak lagi mampu menampong demand hari cuti hujung minggu. Kerajaan perlu memikirkan untuk membuka kawasan peranginan baru di sepanjang pantai Selangor dan Perak bagi menampong warga KL yang inginkan kedamaian pada hari minggu. Pantai rekaan manusia seperti di Tiara Beach Resort serta water world seperti di A Famosa dan Gambang perlu diperbanyakan.



gulai kambing aqiqah 

yang pipih datang melayang, yang berduri datang bergolek 

Menjamu durian lagi. Free cholesterol
.


ANUGERAH SKOT PALING AKTIF BULAN JUN DIBER KEPADA
SKOT ROS SANANI BINTI OTHMAN


SEMOGA BULAN SETERUSNYA JULAI AKAN LEBIH MEMBAWA BERKAT DENGAN TIBANYA AMBANG RAMADHAN PADA 10 JULAI NANTI
RAMADHAN KARIM
.
PLEASE FEEL FREE TO VISIT MY ANOTHER BLOG:
coltoras1959.blogspot.com

No comments:

Post a Comment