SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Sunday, June 2, 2013

TJP37036 SERIKANDI 37




MY LONGLOST SISTERS
di mana mereka sekarang?

KETAHUI LAH, MEREKA INI ADALAH SEKUMPULAN PEMUDI DARI PELBAGAI BANGSA DARI SELURUH NEGARA YANG MENGAMBIL TEKAD MENINGGALKAN KEHIDUPAN TRADISI WANITA MALAYSIA UNTUK MENYERTAI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DAN BERANI MENGAMBIL RISIKO MENYERTAI KUMPULAN PERTAMA WANITA DALAM LATIHAN PEGAWAI KEDET TAULIAH JANGKA PENDEK SELAMA 9 BULAN DI SEKOLAH PEGAWAI KEDET (SPK) PORT DICKSON BERSAMA INTAKE LELAKI TJP37.

SKOT WANITA 37 TIDAK BEGITU AKRAB DENGAN SKOT-SKOT LELAKI DARI BN JEBAT DAN KASTURI KERANA KAMI DUDUK DI KEM SEGENTING MANAKALA SKOT WANITA DUDUK DI KEM SEBATANG KARAH BERSAMA SKOT LELAKI BN TUAH. OLEH ITU SECARA UMUMNYA MEREKA LEBIH RAPAT DENGAN SKOT DARI BN JEBAT.

BIAR DI MANA MEREKA SEKARANG, MASIH MENGENALI AKU ATAU TIDAK, MEREKA TETAP KU KENANG SEBAGAI ADIK BERADIKKU, RAKAN SEPERJUANGANKU YANG TIADA GANTI.

KAMI WARGA S37 AMAT BERTUAH KERANA INTAKE KAMI TELAH TERPILIH SEBAGAI INTAKE PEGAWAI KEDET BERSAMA KUMPULAN PERTAMA PEGAWAI KEDET WANITA TJP PERKHIDMATAN TETAP ATM.
1   
3001571 PKW Asmah binti Mustapha
(MELAYU- PERAK) 




Skot Asmah ditauliahkan ke dalam Kor Risik (sekarang KRD). Kali pertama dan terakhir (setakat ini) aku berjumpa skot Asmah sejak melangkah keluar dari SPK ialah pada tahun 1982 di TUDM Kuching.  Waktu itu dia bertugas di BSPP KEMENTAH untuk menguruskan pembaharuan BAT C 10 warga ATM di unit-unit di Malaysia Timur.  

Skot Asmah berkahwin dengan Kapt (B) Jamil dan bersara dalam pangkat Kapten pada tahun 19xx.  Kini menetap di Batu Gajah Perak. 






Asmah dan suami

keluarga Asmah

2
3001572 PKW Aini binti Hitam
(MELAYU- P.PINANG)


(gambar 2011)

Skot  Aini ditauliahkan ke dalam Kor Risik (KRD) tetapi semasa berpangkat Leftenan telah bertukar ke perkhidmatan TUDM dalam Cawangan Urusetia. Kami selalu berjumpa sebab kami sama-sama berkhidmat dalam TUDM.  Beliau berkhidmat dengan TUDM sehingga bersara dalam tahun 2009 dalam pangkat Mejar TUDM. 

Skot Aini kini menetap di Taman Wawasan, Puchong, Selangor. Selepas bersara skot Aini merupakan antara skot wanita yang paling rajin menghadiri reunion dan majlis-majlis yang dianjurkan oleh S37 dan majlis-majlis perkahwinan anak skot-skot lain.  


Aku hadir dalam majlis perkahwinan anak perempuannya (yang juga merupakan seorang pegawai TUDM) pada tahun 2011 di Taman Wawasan Puchong.  Skot Aini sudah mempunyai seorang cucu.


Skot Aini dan anak gadisnya dan skot Marmilah dalam majlis Iftar Ramadhan 2014 di rumah skot Mohd Saiful

3
3001573 PKW Aizan binti Idris
(MELAYU)


(gambar 2012)

Skot Aizan ditauliahkan ke dalam Kor Polis Tentera (KPD) dan setelah berumahtangga beliau menamatkan perkhidmatan semasa berpangkat Leftenan dalam tahun 1986.  Beliau berkahwin dengan Lt Kol (B) Mokhtar bin Mustapha dan kini menetap di Ampang, Selangor. 

Kali pertama berjumpa sejak melangkah kaki keluar dari SPK ialah pada tahun 2012 semasa majlis perkahwinan skot Salihudin di Dewan Tun Abdullah Salleh, UKM Bangi. Dalam bulan Dis 2012 dia mengadakan majlis perkahwinan anaknya di Dewan Dato Othman Harun, Kem Wardieburn.  Aku tidak dapat hadir kerana sedang bertugas di luar negara. 


Aizan hadir dalam majlis perkahwinan anak keempatku pada bulan September 2014.

.

pertemuan Aizan dan Marmilah dalam majlis perkahwinan anak skot Ros Sanani pada 23 Feb 13

4
3001574 PKW Ann-Marie Ng Mui Lee
(CHINA- KL)

(gambar 2013)

Skot Ann-Marie ditauliahkan ke dalam Kor Ordnans (KOD) dan bersara dalam pangkat Mejar dalam tahun 200x kerana diserang penyakit stroke. Beliau menetap di Rawang, Selangor. 

Kali pertama berjumpa skot Ann-Marie sejak melangkah kaki keluar dari SPK ialah pada tahun 2006 semasa Majlis Reunion Skot 37 di Wisma Perwira Semboyan di Jalan Ampang. Dia yang mampu berjalan dengan bantuan rakan kerana masih menderita serangan stroke tetap tabah menghadirkan diri dalam majlis tersebut. 


Kali terakhir aku berjumpa Ann Marie ialah semasa aku dan beberapa orang skot lain (Shahrin, Nasir, Hamidah, Aizan dan Noor Sabrina) menziarahi beliau yang sakit di wad HKL pada bulan Nov 2013.


rakan seperjuangan menziarahi skot Ann di HKL pada 7 Nov 13

5
3001575 PKW Che Gayah binti Mahmood
(MELAYU)

(gambar 1980)

Skot Che Gayah ditauliahkan ke Kor Perkhidmatan Am (Perkeranian) dan menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten. Kali pertama dan terakhir berjumpa sejak melangkah kaki keluar dari SPK ialah pada tahun 1992 dalam satu mesyuarat semasa aku bertugas di DTU-Latih.  Masa itu kami sama-sama berpangkat Kapt.  Masa aku tegur dia, rasa-rasanya waktu itu pun dia tak berapa ingat yang aku ni satu skot dengan dia. Sejak itu aku tidak pernah menerima berita tentang beliau.

Ada maklumat mengatakan bahawa skot Che Gayah sekarang menetap di Pulau Pinang.


Diharap waris atau ahli keluarga Che Gayah yang membaca blog ini dapat menghubungi aku melalui alamat emel ini: toharudinrasid@gmail.com

6
3001576 PKW Hamidah binti Hj Hamidin
(MELAYU- KL)


(gambar 2010)

Skot Hamidah ditauliahkan ke dalam Kor Perkhidmatan Am (Gaji).  Selepas ditauliahkan aku tak pernah berjumpa dengannya sehinggalah kami sama-sama mengikuti kursus Staf Siri 28/99 di MTAT selama setahun (1999). Hamidah bersara dalam pangkat Mejar dalam tahun 2006.  Beliau berkahwin dengan Kapt (B) Datuk Azmi dan sekarang menetap di Wangsa Maju. 

Semasa di MTAT, Hamidah menjadi Pengerusi Redaksi Majalah HIKMAT dan aku jadi Setiausahanya.  Selepas menamatkan kursus di MTAT kami berjumpa beberapa kali khususnya dalam majlis perkahwinan anak-anak skot. Aku juga pernah dua kali menjamu selera di Restoran Spice Delight miliknya di Jaya Jusco, Keramat AU2 dalam tahun 2009. 

Hamidah juga hadir semasa majlis perkahwinan anak-anak aku pada bulan Nov 2011 dan Sep 2014.



semasa meraikan skot Affendi yang akan pulang ke Australia pada bulan Ogos 2014 di TGI Friday, Wangsa Maju

Hamidah dan keluarga


7
3001577 PKW Hasnah binti Md Hashim
(MELAYU)

(gambar 2011)

Skot Hasnah ditauliahkan ke dalam Kor Ordnans DiRaja dan menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten dalam tahun 19xx.  Beliau berkahwin dengan Kapt (B) Ismail dan sekarang menetap di Shah Alam. 

Semasa di SPK dulu Hasnah adalah skot wanita yang berada dalam sindiket aku semasa melalui latihan Escape & Evasion selama seminggu. Bayangkan betapa comotnya Hasnah waktu itu.

Kali pertama berjumpa sejak melangkah kaki keluar dari SPK ialah pada tahun 2012 semasa majlis perkahwinan skot Salihudin di Dewan Tun Abdullah Salleh, UKM Bangi. Tahun 2011 mengadakan majlis perkahwinan anaknya tapi aku tidak mendapat maklumat mengenainya. Kini sudah mempunyai seorang cucu. Beliau mendapat menantu kedua pada 15 Jun 2013 ini dan aku tidak dapat hadir kerana sedang menunaikan ibadah Umrah.




skot Hasnah bersama keluarga

8
3001579 PKW Lolly Maisie Joel
(IBAN- SARAWAK)

(gambar 2011)

Skot Lolly ditauliahkan ke dalam Kor Kesihatan DiRaja (dulu Kor Ubatan dan Gigian).  Beliau memeluk Islam dan menukar nama kepada Noor Sabarina bt Abdullah dan lama masih sebagai Pegawai Kanan Tadbir di Hospital ATM Tuanku Mizan dalam pangkat Lt Kol. 

Beliau berkahwin dengan Mej (B) Syed ... Jamalulail dan sekarang menetap di Wangsa Maju.  Aku banyak kali bertemu beliau kerana masih dalam perkhidmatan dan sebahagian besar perkhidmatan beliau bertugas di KL. Beliau pun rajin mengahdiri majlis perkahwinan anak-anak skot di sekitar Lembah Klang. 

Sabarina @ Lolly pun hadir semasa majlis perkahwinan anak-anak aku pada bulan Nov 2011 dan Sep 2014.



Sabrina dalam salah satu majlis perkahwinan anak skot yang dihadiri

9
3001578 PKW Marmilah binti Munajat
(MELAYU- SEGAMAT, JOHOR)


(gambar 2012)

Skot Marmilah adalah skot wanita pertama aku temui dalam keretapi semasa dalam perjalanan untuk melapor diri ke Port Dickson dalam tahun 1980. Aku naik di Stesen Kluang manakala Marmilah dan Yohanez naik di Stesen Segamat. Beliau ditauliahkan ke dalam Kor Perkhidmatan  (KPD) dan menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten.  Berkahwin dengan Lt Kol Hj Nik Rahimi (juga pegawai KPD) dan sekarang menetap di Taman Seri Damai, Kajang.  

Kali pertama berjumpa sejak melangkah kaki keluar dari SPK ialah pada tahun 2010 apabila beliau dan suaminya (Lt Kol Nik) datang dalam majlis perkahwinan anak perempuanku di Dewan Angkasaraya, PUKL.  Selepas itu sekali dua berjumpa dalam majlis-majlis perkahwinan anak-anak skot termasuk perkahwinan puteri beliau pada tahun 2012 di Dewan Dato Jamil, Kem Perdana Sg Besi.  


Skot Marmilah menunaikan Fardhu Haji pada tahun 2012. Kali terakhir berjumpa pada 1 Jun 2013 di rumah skot Rohani Kasim.



Marmilah juga rajin menghadiri majlis perkahwinan anak-anak skot di sekitar Lembah Klang dan Seremban.





Marmilah bersama keluarga





10
3001580 PKW Monica Mathilda Mowe
(EURASIAN- MELAKA)

(gambar 2010)

Skot Monica ditauliahkan ke dalam Kor Perkhidmatan Am (Gaji). Beliau memeluk Islam dan menukar nama kepada Shazarina binti Abdullah.  Beliau bersara dari perkhidmatan dalam pangkat Kapten dalam tahun 2001.   Monica berkahwin dengan Mej (B) Mat Husni dan sekarang menetap di Kg Tersusun Paduka Setia, Taiping. 

Sejak melangkah kaki keluar dari SPK kami tidak pernah bertemu.  Hubungan antara skot bermula melalui facebook lebih kurang tahun 2010 sehingga ditaqdirkan Allah membawa pertemuan ulung kami pada 29 Nov 2012. Aku yang dalam perjalanan pulang dari bertugas di Alor Setar nekad singgah mengunjungi rumahnya di Taiping untuk menemui skot-skot lain di sana iaitu Lokman Kupang, Yusof Saidi, Ahmad Fuad dan Marzuki.  Tetapi skot Yusof dan Fuad tidak dapat hadir. 


Kami dijamu makan nasi beriani oleh keluarga Shazarina.


Pada hujung 2012, aku membawa keluarga bercuti di Tasik Bukit Merah (Taiping) dan menginap di homestay di situ. Shazarina yang mengetahui lokasi aku melalui watsapp dan facebook telah menghubungi aku dan dia dan suami yang kebetulan menghadiri satu majlis di kawasan berhampiran telah bertandang ke homestay kami.


kunjunganku ke rumah Monica pada 29 Nov 12
Monica mengunjungi aku dan isteri semasa percutian di Bukit Merah pada 12 Dis 13

anak-anak Monica




11
3001581 PKW Noraini binti Ahmad
(MELAYU)


(gambar 2012)


Skot Noraini ditauliahkan ke dalam Kor Polis Tentera  DiRaja dan menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Leftenan dalam tahun 1986. Noraini telah berumahtangga dengan Kdr Mohd Nasir seorang pegawai TLDM dan sekarang menetap di Bandar Seri Putra, Bangi. 

Baru kita tau bahawa suami Noraini, Nasir merupakan Pegawai Kedet TLDM yang ditauliahkan di Kem Segenting bersama skot TJP37 pada bulan Januari 81. Mereka menjalani latihan (rehearsal) bersama TJP 37 selama lebih kurang dua minggu. Kita orang pun tak tau, masa bila Noraini ni dapat jumpa si Nasir kerana mereka (PK Laut) menjalani latihan secara berasingan, duduk di berek yang berasingan dengan PK TJP37. Apa lagi PKW Noraini pulak duduk nun jauh di Kem Sebatang Karah. Itulah jodoh namanya.


Aku terputus hubungan dengan skot Noraini sejak melangkah kaki keluar dari SPK dan kali pertama kali aku berjumpa Noraini selepas ditauliahkan ialah pada 1 Jun 2013 semasa menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan skot Rohani Kasim di Seremban 2. 


Selepas itu, kami beberapa kali bertemu dalam majlis-majlis perkahwinan anak-anak skot. Noraini juga hadir dalam majlis perkahwinan anakku pada bulan Sep 2014.


pertemuan antara skot Noraini dan skot Hamidah di Majlis Perkahwinan anak skot Dato Hj Adnan di UIAM pada  10 Nov 13

Noraini dan keluarga

12
3001582 PKW Ros Sanani binti Othman
(MELAYU- GOMBAK, KL)


(gambar 2012)

Skot Ros Sanani ditauliahkan ke dalam Kor Perkhidmatan Am (Perkeranian) dan telah menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Leftenan dalam tahun 1990.  Beliau berkahwin dengan Kapt (B) Adham Shah bin Sulaiman dan kini menetap di Taman Melawati. 

Sejak keluar dari SPK kami memang tak pernah berjumpa.  Kontek bermula dalam facebook dalam tahun 2012 apabila aku tag rakan sekolah lama aku di Batu Pahat (1974), Adham Shah.  Apabila melihat profil Adham dan gambar-gambar dalam fbnya, baru aku notis muka isteri dia adalah skot aku Ros Sanani.  


Pertama kali dapat jumpa apabila Ros datang ke pejabat aku pada bulan Apr 2013.



13
3001583 PKW Rohani binti Kasim
(MELAYU)


Skot Rohani ditauliahkan ke dalam Rejimen Semboyan (RSD) dan menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Lt.  Beliau berkahwin dengan Mej (B) Ramly dan sekarang menetap di Garden City Homes, Seremban 2. Aku tidak pernah berselisih dengan Rohani sejak melangkah kaki keluar dari SPK dan kalau jumpa memang tak akan kenal. Masa perkahwinan anak Marmilah (2102) di Sg Besi aku ada terjumpa dia tapi waktu itu aku tidak tahu yang dia tu adalah Rohani.  Setelah dia berjalan untuk balik baru skot Razak Siran bagi tau yang tadi tu adalah Rohani (kebetulan isteri skot Razak adalah sepupu dengan Rohani).  

Apabila aku mendapat maklumat dari Ros Sanani bahawa Rohani akan mengadakan majlis perkahwinan anaknya pada 1 Jun 2013, aku nekad untuk pergi dan tarikh itu jugalah kali pertama aku dapat berjumpa dan berbual dengan skot Rohani. 



14
3001584 PKW Siti Zaliha binti Che Rus
(MELAYU)


(gambar 2011)

Skot Siti Zaleha ditauliahkan ke dalam Kor Perkhidmatan Am (Perkeranian) dan bersara dalam pangkat Mejar dalam tahun 2010.  Beliau berkahwin dengan Mej (B) Aminudin Mohd Yusof dan sekarang menetap di Ampang. Skot Siti Zaliha telah menunaikan fardhu Haji semasa dalam perkhidmatan.

Skot Siti Zaliha merupakan skot wanita yang rajin hadir dalam apa jua majlis S37 di Lembah Klang. Dia datang dalam kedua-dua majlis perkahwinan anak-anak aku 2010 dan 2011.  Dalam tahun 2012 aku tidak dapat hadir majlis walimah anaknya kerana bertugas di luar negara. Bagaimanapun aku dapat hadir dalam majlis perkahwinan seorang lagi anak perempuannya (seorang juruterbang helicopter PUTD) di Kompleks KDN Sri Hartamas pada Mei 2013.



.
Skot Siti Zaliha yang menghadiri majlis perkahwinan anakku pada 11 Nov 2011


15
3001585 PKW Siti Hajar binti Syed Hassan
(MELAYU)


(gambar 2011)

Skot Siti Hajar ditauliahkan ke dalam Kor Risik  DiRaja dan menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten.  Sekarang menetap di Kajang. Aku tidak pernah berjumpa dengan Skot Siti Hajar sejak melangkah kaki keluar dari SPK. Bagaimanapun aku pernah berjumpa dengan suaminya Kapt (B) Mohamad Rahim Osman dalam satu majlis perkahwinan di Dewan Angkasaraya PUKL. Aku sendiri kurang mengenali skot Rahim kerana beliau hanya mengikuti latihan di SPK bersama aku dalam tempoh yang singkat kerana terpilih ke Sandhurst. Masa aku berjumpa skot Rahim pun aku pun tak tau yang dia berkahwin dengan Siti Hajar.

Rasanya Rahim berkenan kat Siti Hajar ni bukan masa di SPK Port Dickson kerana Rahim tidak lama dengan TJP37 kerana terpilih ke RMA Sandhurst. 


Sejak tahun 2013, aku beberapa kali dapat berjumpa Siti Hajar yang mengikut Rahim menghadiri beberapa majlis perkahwinan anak-anak skot.







16
3001586 PKW Sam Foong Sow
(CHINA- IPOH, PERAK)


(gambar 2012)

Skot Sam adalah pemegang pangkat 'Junior Under Officer (JUO)' yang mengetuai Pegawai Kedet Wanita semasa di SPK. Sam juga pemenang Hadiah Pengajian Tentera Terbaik semasa perbarisan Penganugerahan Tauliah pada 24 Jan 1981. Skot Sam ditauliahkan ke dalam Rejimen Semboyan  DiRaja dan bersara dalam tahun 2010 dalam pangkat Lt Kol.  Sekarang menetap di Ipoh. 

Kali pertama aku berjumpa Sam sejak melangkah kaki keluar dari SPK ialah pada tahun 1999. Ketika aku mengikuti kursus di MTAT pada tahun 1999 skot Sam berkhidmat sebagai Ajutan MTAT.  Selepas itu kami beberapa kali berjumpa dalam majlis reunion S37 sebelum dia bersara dan menetap di Ipoh.  Kali terakhir bertemu beliau ialah di HAT Tuanku Mizan pada bulan Mac 2013 ketika sama-sama menunggu giliran mengambil ubat.


-

17
3001588 PKW Siti Jameah binti Satiman
(MELAYU)


Skot Siti Jameah  ditauliahkan ke dalam Kor Ubatan dan Gigian (KUG) - sekarang KKD.  Beliau bersara dalam pangkat Mejar dan kini menetap di Kg Jijan, Nilai, N.Sembilan. Aku tidak pernah bertemu skot Siti Jameah Satiman sejak melangkah kaki keluar dari SPK.

Dimaklumkan oleh skot lain bahawa 'Jamie' berkahwin dengan pegawai ATM juga 'Malik Putra' dari TJP 38.

Skot Siti Jameah juga telah menunaikan fardhu Haji pada tahun 2011. 

Kemunculan pertama bersama skot 37 bagi skot Siti Jameah adalah pada 14 Feb 2015 semasa majlis perkahwinan anak skot Jaudin di Nilai Impian. Beliau datang bersama suami.





18
3001589 PKW Usha Panikkar
(INDIA- P.PINANG)


Skot Usha yang merupakan satu-satunya Pegawai Kedet Wanita berbangsa India telah ditauliahkan ke dalam Kor Perkhidmatan (sekarang KPD)dan menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten. Ayahnya Lt Kol (B) Panikkar merupakan seorang pegawai dalam Kor Perkhidmatan Am (Pelajaran). Dalam tahun 1992 semasa aku bertugas di DTU Latih aku pernah bercakap dengan beliau melalui telefon.  Ketika itu Usha bertugas di Suruhanjaya Tinggi Australia. Itu sahaja dan selepas itu terus terputus sehingga mendapat maklumat bahawa dia telah berhijrah  dan menetap di Australia.

Pada 22 Feb 2014, sekumpulan skot wanita S37 (Hamidah, Lolly Sabrina, Sam FS dan Aini) telah melancong ke Australia sambil menjejaki Usha Panikkar. Alhamdulillah usaha mereka berjaya. Dengan pertolongan skot Affendi Yahya yang juga sekarang menetap di Melbourne, mereka akhirnya diketemukan. Sila baca CHAPTER 61.




pertemuan 5 sahabat pada 23 Feb 14 di Melbourne, Australia

Kenapa Usha pergi jauh membawa diri ke benua asing? Pasti beliau ada alasan yang tersendiri. Kami doakan semoga Usha menemui kebahagiaan dalam meneruskan kehidupan di bumi Australia.

19
3001591 PKW Zawiah binti Ariffin
(MELAYU- SUNGKAI, PERAK)

(gambar 2012)

Skot Zawiah ditauliahkan ke dalam Kor Perkhidmatan (KPD). Beliau berkahwin dengan skot Marzuki Shukor dan menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten.  Sekarang menetap di Taman Chepor, Chemor, Ipoh. Kali pertama berjumpa sejak melangkah kaki keluar dari SPK ialah pada tahun 2006 semasa dia dan suaminya skot Marzuki menghadiri majlis reunion S37 di Wisma Perwira Rejimen Semboyan Jalan Ampang.  Kali kedua dan terkini ialah dalam bulan Mei 2013 apabila mereka berdua datang ke pejabat aku. Skot Zawiah kini telah mempunyai tiga orang cucu. Zawiah dan Marzuki juga pernah datang ke rumahku pada 31 Julai 13 (selepas solat Tarawikh) iaitu beberapa hari sebelum hari raya.

Masa di SPK tiada cerita langsung berkaitan hubungan antara Marzuki dengan Zawiah ini. Marzuki satu Batalion denganku (Kasturi) di Segenting manakala berek Zawiah di Sebatang Karah. Kemungkinan besar cinta berputik setelah ditauliahkan kerana mereka berdua dalam Kor yang sama iaitu KPD, sama-sama menjalani kurus YO di Sekolah KP Taiping.




pertemuan 3 skot di majlis perkahwinan anak skot Asmah di Batu Gajah pada tahun 2014
skot Zawiah dan Marzuki menziarahi kediamanku pada tahun 2013

20
3001592 PKW Zaleha binti Haron
(MELAYU)

(gambar 2013)

Skot Zaleha ditauliahkan ke dalam Kor Perkhidmatan Am (Gaji) dan menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten.  Sekarang menetap di Taman Rasah Jaya, Seremban 2.  Aku tidak pernah bertemu skot Zaleha Haron sejak melangkah kaki keluar dari SPK.

Setelah sekian lama, akhirnya Allah menemukan aku dengan skot aku yang seorang ini. Ia bermula dengan hasrat beberapa skot wanita yang mengkhabarkan bahawa Zaleha sedang sakit dan mereka merancang untuk menziarahinya.  Pada petang 25 Sep 13, aku nekad menghantar SMS kepada skot Zaleha untuk menanyakan situasi dirinya. Tidak sampai 5 minit, dia telah membuat panggilan kepadaku untuk menjelaskan keadaan. Beliau yang telah beberapa minggu menjalani rawatan fisioterapi di HAT Mizan sekarang tinggal di Mes Perwira Semboyan Jalan Ampang bersama suaminya Lt Kol Husin bin Aliman (Pegawai Semboyan).


Kebetulan pada pagi 25hb tersebut aku dan Lt Kol Husin sama-sama di HAT Mizan kerana menjalani pemeriksaan perubatan tahunan. Langsung aku tidak tahu bahawa Husin adalah suami skotku Zaleha.


Maka pada 26hb Sep 13, adalah kali pertama aku bertemu dengan skot Zaleha Haron di HAT Mizan bersama-sama suaminya yang menyambung pemeriksaan bersamaku.  Pada hari itu turut ada di HAT Mizan menemui Zaleha ialah skot Dato Adnan Hashim dan Skot Ros Sanani serta Skot Ganese Jaganathan.


Zaleha dan suaminya datang dalam majlis perkahwinan anakku Atikah pada bulan Sep 2014.


  
  

21
371260 PKW(U) Sarkiah binti Temenggung Zenadin Hipney
(MELAYU- MIRI, SARAWAK)


(gambar 2012)


Skot Sarkiah yang berasal dari Miri Sarawak ditauliahkan dalam Cawangan Urusetia, Tentera Udara DiRaja. Semasa menyertai Pegawai Kedet, beliau memegang Diploma in Hotel Catering Management dari ITM. Beliau bersara dalam tahun 2009 dalam pangkat Lt Kol TUDM dan sekarang menetap di Shah Alam. Jawatan terakhir beliau ialah PS1 Pasukan Simpanan Tentera Udara.

Skot Sarkiah telah menunaikan fardhu Haji semasa masih dalam perkhidmatan.


22
371261 PKW(U) Yohanez binti Ahmad
(MELAYU- MERSING, JOHOR)
 (gambar 2013)

Skot Yohanez ditauliahkan dalam Cawang Logistik, Tentera Udara DiRaja.  Beliau masih berkhidmat sebagai Pengarah Belanjawan di Markas TUDM dan sekarang berpangkat Kolonel TUDM. Yohanez merupakan pegawai wanita TUDM yang pertama mencapai pangkat Kolonel.

di Port DIckson pada 17 Mei 13
di PU Subang pada 21 Feb 14


NOTA:
Sekiranya ada skot-skot yang membaca blog ini dan terdapat maklumat di atas yang salah atau kurang tepat sila hubungi saya melalui email (toharudinrasid@gmail.com) atau facebook saya supaya boleh diperbetulkan.

Sehingga tarikh ini (26 Sep 13) tinggal SEORANG sahaja skot wanita TJP37 yang belum dapat aku temui iaitu Che Gayah Mahmood.

Kecuali Siti Jameah yang telah diketahui dimana mereka berada hanya belum ada kesempatan untuk bertemu, aku juga amat mengalu-alukan jika ada kalangan ahli keluarga atau rakan-rakan yang mengetahui dimana skot aku Che Gayah Mahmood., pohon untuk mengemas kini saya - di mana mereka sekarang. 

.
ALBUM KENANGAN 'LADIES CADET'
DI SPK
2 APR 80 - 24 JAN 81


Dalam mingu pertama melapor diri. Immatured faces. 
dari kiri: Asmah, Noraini, Zaleha, Siti Hajar, Rohani, Siti Jameah, Marmilah dan Monica

Masing-masing masih takut dan confused. dari kiri: Siti Jameah, Marmilah, Monica, Hamidah, Ros Sanani dan.....

 
Bunga dipagar duri (dari kiri Monica dan Lolly)

  
Segak di padang kawad: depan sekali dari kiri: Noraini Ahmad dan Zaleha Haron

 
Masih jelas kelihatan gaya kewanitaan mereka- 3 ketua seksyen, dari kiri ialah Hamidah (Datin), Noraini dan Zaleha

Berani mati. Mereka turut melalui kepayahan yang sama seperti rakan lelaki mereka. Depan sekali ialah Zawiah diikuti oleh Siti Hajar

 
Ex-Wira Jaya di Bukit Broga- dari kiri; Siti Hajar, Aini, Asmah, Ann-Marie dan Che Gayah sedang mendengar penerangan dari salah seorang jurulatih

 
Berehat kepenatan sambil eikirkan amsa depan yang kelabu. Dari kiri: Hamidah, S.Jameah, S.Hajar, Anne Marie, Ros Sanani, Sam FS, Hasnah, Zaleha, Monica dan Siti Zaliha.

Berehat bersama rakan-lelaki seperjuangan di kawasan latihan medan. Kelihatan ialah dari kiri Monica, Noraini, Siti Hajar dan Hasnah.

 
Di Lapang Sasar Sunggala

 
Menikmati hidangan medan. Dari kiri: Hasnah, Usha Panikar, Sam FS, S. Hajar, Monica dan S.Jameah

 
 
Bukit Broga: berehat sambil mencuci senjata

 
Combatants- latihan hutan

 
Pasukan Hoki Wanita
Belakang dari kiri: Rohani, Hamidah, Zawiah, Usha, SSjn Maclean, Sam FS, S. Hajar dan S.Jameah.
Depan dari kiri: Che Gayah, Lolly, Ros Sanani, Aizan dan Monica.

 
 
 
 
   
rombongan Kak Kiah. Lolly tu pakai fesyen apa tu??
Planters Order

 
penonton satu acara sukan.  Barisan depan dari kiri: Asmah, Yohanez, Siti Hajar dan Siti Jameah.

 
Bergaya dan telah memaparkan ciri kepagawaian: dari kiri- Monica, Noraini, Lolly, Anne-Marie, Usha, Rohani, Asmah dan Marmilah

Akhirnya sebuah impian. Perbarisan tamat latihan
 
pandanggggg...kanan
barisan depan dari kiri: Monica, Che Gayah, Asmah, Lolly, Ros Sanani dan Hamidah.
barisan belakang dari kiri: S. Jameah, Noraini dan Rohani


Barisan hadapan: dari kiri ialah JL X, Jurulatih Sjn Latifah, PK Hamidah, Jurulatih, Mej Kassim Abd Kadir PGB (allahyarham),  Lt Norhuda Hj Ahmad (Oic PK Wanita), PK Sam Foong Sow, JL Y, SSjn Maclean dan JL Z.
Barisan tengah dari kiri: PK Rohani, PK Sarkiah, PK Lolly, PK Hasnah, PK Aini, PK Asmah, PK Aizan, PK Jameah, PK Yohanez dan PK Ann-Marie.
Barisan belakang dari kiri: PK Usha Panikar, PK Zaleha, PK Ros Sanani, PK Monica, PK Che Gayah, PK Zawiah, PK Siti Zaliha, PK Che Gayah, PK Siti Hajar dan PK Noraini.

 
 
 
 

Walaupun menjalani latihan yang keras dan padat waktu siang dan malam.  Walaupun dibakar cahaya matahari di padang kawad yang menukar kulit mereka menjadi gelap, pergerakan agak keras dan kasar.  Kulit? yang tu aku tak tau la pulak. Masa latihan walaupun ada peluang berpegang tangan atas nama kerjasama antara satu sama lain, masa itu tidak sempat untuk memikirkan yang negatif. Setiap perkara yang dibuat adalah survival. 

Yang tidak berubah ialah suara. Walaupun kerap menjerit bila jadi ketua seksyen kawad, namun suara tak berubah. Sam tetap Sam, Midah tetap Midah, Leha tetap Leha, Che Gayah tetap Che Gayah.

Apa pun ciri kewanitaan tulin tidak luntur.

Pegawai Kedet adalah juga insan biasa yang luar biasa. Mereka ada PERASAAN dan kadang-kadang PERASAN.  Oleh kerana asal usul PK wanita pun dari kalangan gadis yang cantik-cantik, walaupun disaluti selut dan camouflage, ia tetap kelihatan cantik. Tetap ada daya tarikan, tetap menarik perhatian rakan-rakan kedet lelaki.  Maka di kalangan mereka sudah ada yang menaruh perasaan antara satu sama lain. Semakin lama sudah kelihatan lebih rapat dari yang lain (bila ada kesempatan lah).  jangan salah faham. Kesempatan tu bermaksud waktu rehat selepas menembak, IMP atau latihan medan mereka akan duduk sama.  Kawan-kawan pun faham.

Namun jodoh itu di tangan Tuhan. Ada yang bercinta bagai nak rak, bila dengar dah kawin dengan orang lain.  Ada pulak masa kedet tak nampak apa-apa simptom pun, tetiba kawin sesama skot.  Ada yang sudah ditauliah baru datang perasaan cinta dan terus kawin. Ada yang terpaksa menghadapi pelbagai halangan untuk mengejar jodoh.

Kesudahannya, kita peganglah kepada Rukun Iman ke 6- percaya kepada Qadha' dan Qadar Allah.

Andainya aku tuliskan kesah cinta antara mereka di sini, pasti ada yang akan mengalirkan air mata. 

Brig Jen Dato' Norhuda binti Hj Ahmad (2011)
Tahun 1981 berpangkat Lt Muda Norhuda, Jurulatih di SPK merangkap Pegawai Penjaga Pegawai Kedet Wanita.


 BERTEMU SETELAH LEBIH 30 TAHUN
.

dari kiri: Siti Hajar, Aini, Hasnah dan Noraini
(majlis perkahwinan anak skot asnah 2011)

 
dari kiri: Aizan, Lolly, Hamidah dan Sarkiah
(majlis perkahwinan skot Salihudin 2012)
 
dari kiri: Lolly, Aini, Brig Jen Dato' Norhuda dan Hamidah
(majlis perkahwinan anak skot Dato Seri Ahmad Hasbullah 2013)
15 Jun 13
majlis perkahwinan anak skot Hasnah di Kelana Jaya

Nasihat ikhlas dari seorang sahabat

Alhamdulillah sebahagian dari sahabat-sahabat serikandiku ini telah membuat perubahan diri ke arah menjadi muslimah sejati
Buat sahabat yang lain
kita bersahabat bukan di dunia sahaja
kita mahu kita semua juga selamat diakhirat

Oleh itu, adalah jadi kewajipanku
Untuk saling ingat mengingati ke jalan yang benar
Kita semua telah melalui jalan-jalan yang sukar untuk satu tujuan
mencari kesenangan yang diredhai

Sedarilah sahabatku, kita semua telah berada di penghujung perjalanan
Perjalanan di dunia yang fana ini
Setiap saat adalah kematian yang menanti kita
Isilah baki-baki usia yang masih ada dengan keredhaan Allah
Jangan biarkan amalan merosakkan amalan baik yang lain
Patuhilah perintahnya
Aurat kita
Wajib ditutup

Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakak Aishah r.a) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). 
(Hadis Riwayat Abu-Dawud)

PLEASE FEEL FREE TO VISIT MY ANOTHER BLOG:

coltoras1959.blogspot.com



No comments:

Post a Comment