ramadhan karim
wahai skot 37
.
Macam biasa juga, bulan Julai 2013 bermula agak aktif bagi diriku. Boleh di katakan tiap-tiap hari ada mesyuarat dalaman. Pada 4 Jul 13 aku mempunyai program di MATRA 2, PU Subang untuk membicarakan kes buli (ragging). CONFIDENTIAL.Pada 6 Julai, jam 0600 telah bertolak dari rumah ke Terminal Pergerakan Udara PU Subang untuk menaiki pesawat CN235 ke PU Alor Setar. Pagi itu, aku dan isteri perlu menghadiri Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sayap Penerbangan di KTU Alor Setar. Skot-skot yang ada bersama dalam penerbangan ialah Brig Jen Hj Romlee Hj Yahaya TUDM (dan isteri) dan Kol Yohanez Hj Ahmad TUDM. Pesawat berlepas pada jam 0645.
Majlis tamat pada jam 1100 dan kami bertolak pulang ke PU Subang pada jam 1130 dan sampai jam 1230H. Dari terminal Pergerakan Udara kami terus menuju ke Dewan Ababil PU Subang untuk menghadiri majlis perkahwinan anak kepada Brig Jen Hj Sanusi bin Hj Samion TUDM dan isterinya Puan Umi Kalthom.
Semasa aku sampai dalam dewan, skot yang ada ialah Hj Wahid dan isteri sahaja. Yang lain belum kelihatan. Mereka mungkin lewat sedikit kerana jangkaanku aku akan sampai dari Alor Setar selepas jam 1400H. Tiada gambar yang diambil dalam majlis itu. Semuanya agak kelamkabut. AKu hanya temui satu gambar sahaja yang diposkan oleh Hj Wahid dalam facebook.
Dengarnya petang itu beberapa lagi skot telah sampai iaitu Azmi dan isteri, Dato Hazizan dan isteri dan Sabari dan isteri. Yang lain-lainnya tiada berita dan tiada gambar. Reunion program kali ini kurang tersusun nampaknya.
Balik dari jemputan kawin (Dato' Sanusi) sekumpulan skot 37 bergerak ke Shah Alam (rumah Dato Hazizan) sebagai rumah persinggahan sebelum ke Subang Perdana untuk menghadiri majlis Aqiqah, Tahlil dan Tahniq cucu skot Hj Raja Zakaria. Diberitakan skot Sabari yang baru turun dari Kedah membawa durian sebonet. Mereka kenduri deghain di rumah Hj Zakaria setelah selesai majlis kenduri aqiqahnya.
Lewat petang itu aku bertolak balik ke rumah di Seremban dan sampai selepas waktu Maghrib. Bersolat Maghrib surau Tol Plaza LEKAS.
Pagi 7 Jul 2013 aku pergi ke kampung isteri skot Azmi di Kg Baharu, Port Dickson untuk melawat dusun milik biras skot Azmi. Dah sampai di hujung musim durian. Walaupun durian di dusun dah abis, kami tetap dapat makan durian. Malah keluarga tersebut menjamu kami untuk makan tengahari sekali. Selepas waktu zohor bari kami bertolak pulang ke Seremban. Selepas Asar baru bertolak pulang ke KL.
Pada 7 Julai 13 juga hari bertuah buat dua orang skot kami iaitu Skot Brig Jen Hj Sanusi Hj Samion TUDM dan skot Brig Jen Hj Romlee Hj Yahaya TUDM. Kedua-duanya menerima Darjah Kebesaran 'Dato Paduka Indera Mahkota Pahang (DIMP)' yang membawa gelaran Dato'. SETINGGI-TINGGI TAHNIAH BUAT KEDUA SKOT!
Buat skot Hj Sanusi, semalam dapat MENANTU, hari ini dapat gelaran DATO'. TAHNIAH, TAHNIAH SKOT.
kini bergelar: YBhg Brig Jen Dato' Hj Sanusi bin Hj Samion TUDM
kini bergelar: YBhg Brig Jen Dato' Hj Romlee bin hj Yahaya TUDM
Buat skot Hj Romlee, tahun ini dilimpahi rezeki melimpah ruah. Pada 8 Feb 2013 dinaikkan ke pangkat Brig Jen. Pada 1 Jun 13 lalu disenaraikan sebagai penerima Darjah Kebesaran 'Panglima Setia Diraja (PSD)' yang membawa gelaran 'Datuk'. Manakala semalam menerima satu lagi gelaran Dato'. TAHNIAH, TAHNIAH SKOT.
Bakat kepimpinan Skot Hj Romlee memang telah menyerlah sejak zaman remaja lagi. Semasa di SPK merupakan JUO bagi Bn Jebat dan menjadi Course Leader semasa mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG I, Alor Setar. Sekiranya beliau ditauliahkan di SPK pada 24 Jan 81, beliau merupakan 'Parade Commander' semasa commissioning parade.
Titah Perdana
Pada 8 Julai 13, aku dan isteri telah menghadiri Syarahan (Titah) Perdana yang disampaikan oleh DYMM Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Dewan Perkasa Wisma Perwira KEMENTAH. Syarahan bertajuk Pasca PRU13: Permuafakatan dan Perpaduan Nasional. Satu syarahan yang amat menarik, padat dan dipenuhi dengan fakta, humor dan sindiran yang tajam kepada semua pihak yang berkaitan.
KUALA LUMPUR, 8 Jul 13 – Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah telah berkenan mencemar Duli untuk menyampaikan titah syarahan bertajuk ‘Pasca Pilihanraya Umum Ke-13 : Permuafakatan Dan Perpaduan Nasional’ yang diadakan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM.
Syarahan ini telah dihadiri oleh Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Setiausaha Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara serta Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian. Turut hadir adalah Pegawai-pegawai Kanan ATM, PDRM, Kementerian Pertahanan dan Ahli-ahli BAKAT.
Pada petang 8 Jul itu juga, aku bertolak ke Kuantan pada jam 1500H kerana keesokan harinya (9 Jul 13) ada beberapa agenda di PU Kuantan. Program pada 8 Julai di PU Kuantan agak ketat.
- 0800H - Mengambil tabik hormat Perbarisan Pegawai Memerintah di MATRA 4.
- 0930H - Mengambil perbicaraan Kes THTC di MATRA 4. CONFIDENTIAL.
- 1030H - Walking brief oleh Ketua MATRA 4.
TERIMA KASIH seluruh warga MATRA IV, khususnya Ketua M4, Mej Ishak Hj Karim TUDM di atas sambutan dan persediaan walaupun diberi notis yang singkat. Diharapkan sedikit sebanyak apa yang saya lontarkan dari stage pagi itu akan dapat dimanfaatkan bersama. Semoga generasi Materiel akan lebih cemerlang dan dihindari dari bencana.
Selepas menamatkan tugas di MATRA 4, aku bergerak meneruskan tugas selanjutnya:
- 1130H - Mesyuarat berkaitan pesawat MiG29 di ATSC
- 1230H - Mesyuarat berkaitan pesawat Hawk di PU Kuantan.
Ramadhan Karim wal Mubarak!
Lain-lain berita berkaitan skot S37
berita dari skot Robert Foo
bertemu skot Abdul Razak (Presiden S37) di HAT Terendak (9 Jul 13)
MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT P/LT KOL
KE ATAS MEJ RIZAM BIN IBRAHIM TUDM (PS1 SISTEM GROUP C)
DI KELAB PEGAWAI MLU
OLEH PANGLIMA LOGOSTIK UDARA
SKOT MEJ JEN DATO' HJ KAMALRUZAMAN BIN MOHD OTHMAN TUDM
sebahagian dari video Pentomen oleh PDRM (dari www.youtube.com)
.
Skot Lt Kol Thian Pian Kong TUDM kini memegang tugas sebagai Pegawai Memerintah Institut Teknologi Aerospace (ITAS) di Pangkalan Udara Alor Setar. Pada 9 Julai 13, beliau mengadakan Perbarisan Pegawai Memerintah dan Majlis Pemakaian Pangkat di ITAS.
Pada 15 Julai 13, selaku Pegawai Memerintah Markas Logistik Udara aku telah menghadiri Perbarisan Penyempurnaan Pemakaian Pangkat 4 x LLP di Medan Fleet Kenderaan MLU.
Pada 16 Julai 13, adalah kali pertama aku dapat bergambar bersekali dengan dua skot aku yang sama-sama bertugas di MLU. Sejak kami bertiga bertugas bersama mulai bulan Feb 2012 kami tak pernah berpeluang untuk bergambar bersama. Skot Mej Jen Dato' Kamalruzaman sebagai Panglima, skot Kol Hj Hasaza Hanafiah sebagai KS Sistem dan aku sebagai KS Khidmat.
MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT P/LT KOL
KE ATAS MEJ RIZAM BIN IBRAHIM TUDM (PS1 SISTEM GROUP C)
DI KELAB PEGAWAI MLU
OLEH PANGLIMA LOGOSTIK UDARA
SKOT MEJ JEN DATO' HJ KAMALRUZAMAN BIN MOHD OTHMAN TUDM
The Artilery and The Air Force
Skot Lt Kol Robert Foo Yap Sia bertemu skot Kol Hj Khairil Asri TUDM di Prince Hotel KL semasa
menghadiri PFC Ex BL 13 pada 18 Julai 13.
gambar ehsan dari skot Robert Foo
dari kiri: skot Rizal Tan, Norzuki, Lod dan Razak Hussein
dari kiri: Razak Siran, Rizal Tan, Hj Hairudin Mukri, Razak Presiden dan Lod Atan
Pertemuan skot-skot semasa Majlis Berbuka Puasa Markas Pemerintahan Latihan TD
di Port Dickson
gambar ehsan dari skot Abdul Razak
Pada 13 Julai 13, sekali lagi aku selaku Pegawai Memerintah Markas Logistik Udara telah menyempurnakan pemakaian pangkat empat orang anggota LLP di Dataran FKMLU.
Pertemuan beberapa warga S37 di Port Dickson pada 29 Jul 13.
dari kiri: skot Norzuki RAD, Rizal Tan RRD, Shahar RAMD, Padzil RAMD, Razak KAD dan Lod KOD
HARI TERAKHIR BULAN JULAI
Aktiviti terakhir bulan Julai ialah Sambutan Hari Pahlawan. Acara bermula pada petang 30 Jul 2013 di Masjid Negara. Bermula jam 1730H dengan Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil diikuti oleh Majlis Berbuka Puasa- Solat Magrib- Jamuan - Solat Isya' dan Tarawikh. Turut hadir mncemar duli ialah SPB Yang DiPertuan Agong, Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.
Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Jul 13 mulai jam 0800H. Setelah beberapa tahun tidak menyertai, kali ini aku hadir bersama isteri. Kami tiba awal dari rumah (0700H) untuk mengelakkan tersangkut dalam kesesakan jalanraya. Sampai di lokasi lebih kurang jam 0745H. Padang masih kosong, kehadiran belum mencapai 10%. Sambutan tahun ini dikendalikan oleh pihak PDRM.
Ketibaan SPB Yang DiPertuan Agong pada jam 0900H telah memulakan acara pada hari itu.
Selain dari deklamasi sajak 'Pahlawanku' oleh dua orang pegawai PDRM, acara menarik ialah persembahan pentomen 'Pencerobohan Lahad Datu 9 Feb 13'.
.
ehsan: laman facebook Majalah Tempur
ehsan: facebook VAT69.
.sebahagian dari video Pentomen oleh PDRM (dari www.youtube.com)
.
Aku dan isteri tidak dapat menahan deraian air mata apabila ditunjukkan tangisan ahli keluarga pahlawan yang terkorban. Bukan aku sahaja, aku sedar ramai lagi yang tidak dapat menahan emosi. Sayu bukan kerana lemah hati atau EMOSIONAL tetapi bagi menjawab soalan kepada diri sendiri, bagaimana kalau aku dalam kedudukan itu? Selama manakah orang ramai akan mengenang jasa ayah mereka? Adakah 10 tahun lagi, kepahlawanan ini akan terus disebut, atau akan digantikan oleh pahlawan baru? Maka akan terbiarlah anak-anak ini mengharap belas dan pembelaan seperti apa yang berlaku kepada anak-anak wira Bukit Kepong, wira Sungai Semur, wira Jelondong, Seperi dan lain-lain lagi.
Siapa yang pernah kenal siapa ahli keluarga Kanang anak Langkau, keluarga Lengu anak China. keluarga Konst Abu Bakar Ngah Wahab, keluarga Insp Yeap Sin Hua, keluarga Insp Chin Chin Kooi, keluarga Kpl Nasarudin Che Yob??? dan ramai lagi peenrima Seri Pahlawan Gagah Perkasa. Adakah anak cucu mereka, ibu mereka diberi pembelaan sewajarnya sebagai anak cucu seorang Pahlawan dan ibu yang melahirkan seorang Pahlawan?
Selepas majlis selesai dapat bertemu dengan skot Lt Jen Dato Seri Hj Ahmad Hasbullah (TPTD). Lama juga berbual hal-hal kehidupan dan keinsafan diri dengan beliau. Malangnya lupa nak ambil gambar. Antara skot lain yang kelihatan ialah Brig Jen Dato Hj Romlee dn skot Kol Yohanez.
Lebih kurang jam 2200H, aku menerima kunjungan skot Mardzuki dan isterinya skot Zawiah (dari Ipoh). Mereka dalam perjalanan ke rumah anaknya di Damansara Perdana. Syukur alhamdulillah, di penghujung usia ini satu persatu skot-skot semakin rapat.
TAJUK INI BERSAMBUNG DI TAJUK 40
DI RUMAH NASIR CHONG
DI SHAH ALAM PADA 27 JULAI 13
UNTUK MAJLIS IFTAR TJP37
PLEASE FEEL FREE TO VISIT MY ANOTHER BLOG:
coltoras1959.blogspot.com
.
No comments:
Post a Comment