"IFTAR 1434"
HOSTED BY SKOT NASIR CHONG
DAN DR ZAIMAH
DAN DR ZAIMAH
- Ramadhan 1433 di Putrajaya Lake Cruise (tanpa spouse).
- Ramadhan 1432 di CT One Forze, Wangsa Maju.
- Ramadhan 1431 di CT One Forze, Wangsa Maju.
Masam berkhasiat durian belanda
Di jual bersama si budak pintar
Tahun ini teruskan agenda
Di rumah Nasir kita beriftar
Macam biasa, perancangan untuk majlis berbuka puasa (Iftar) kali ini pun dibuat secara bersahaja. Banyak secara kebetulan sahaja. Komunikasi hanya melalui facebook dan sms mulai awal Ramadhan tapi tiada kata putus dibuat. Maklumlah, semuanya buzy dengan program masing-masing.
Iklan hanya dikeluarkan dalam facebook apabila aku sudah mendapat pengesahan dari skot Azmi bahawa skot Nasir Chong bersetuju untuk menjadi tuan rumah majlis kali ini dengan anggaran awal 40 orang termasuk keluarga. Skot Nasir bersetuju untuk sponsor hidangan utama. Skot-skot yang hadir akan membawa hidangan tambahan - konsep pot luck.
Seminggu dipaparkan, macam biasa la, maklum balas agak perlahan. Pada 26hb, jumlah yang mengesahkan kehadiran hanya 24 orang (ada yang mengesahkan tidak membawa pasangan, ada yang bawa pasangan sahaja dan ada yang bawa anak-anak).
Skot Hj Zakaria bersetuju untuk memberikan khidmat kedua-dua anaknya 'al-Hafiz' untuk mengimami solat Isyak dan Tarawikh pada malam itu.
D-Day. Aku bertolak dari LPTOJ secara konvoi dengan skot Yatim dan Shuairi. RV di Surau dan bergerak pada jam 1745H. Alhamdulillah, perjalanan agak lancar tidak seperti biasa- jammed. Sampai di rumah Nasir pada jam 1840. Skot Hamdan, Hazizan dan Azmi sudah pun sampai membantu tuan rumah membuat persediaan.
Lepas itu, satu persatu skot dan keluarga sampai membawa juadah masing-masing.
Di antara skot yang telah begitu lama tidak ditemui oleh skot-skot lain ialah Lokman Abdullah @ Lokman Kupang yang kini menetap di Taiping. Setelah bertahun menanti akhirnya dapat juga sampai menemui skot lain di Lembah Klang ini. Gembira (dan amat terharu) sungguh beliau.
Skot Nasir bermuka selamba
Bijak pulak putar memutar
Satu persatu rakanku tiba
Membawa juadah untuk beriftar
KETIBAAN DAN MENUNGGU WAKTU
skot Presiden isteri, skot Zakaria dan isteri bersama skot Hazman
MEREKA DATANG AWAL, menunggu ketibaan skot yang lain
MEREKA DATANG AWAL, menunggu ketibaan skot yang lain
Besau tak besau rumah skot aku ni? Aku sampai terlupa nak ambil gambau sebuah rumah. Bungalow 3 tingkat, siap swimming pool. Siap pagau elektrik lagi. Lokasi pun betul-betul depan gate Istana Kayangan Shah Alam. Apa lah punya tuah anak menantu ni. Alhamdulillah syukur, tumpang gembira dapat melihat salah seorang skot aku ni punya rumah besau. Kalau tengok rupa dan perangai masa kedet dulu, rasanya nak beli Honda Cup second hand pun pinjam duit kawan kot. Inilah kata peribahasa, "tuah ayam nampak di kaki, tuah Nasir ada pada Chong nyerrr".
Terima kasih kepada skot dato Hazizan, Azmi dan Mustapha (dan mem masing-masing) yang sampai awal dan membantu membuat persiapan seperti susun meja, bentang karpet dan sejadah. Kalau datang pagi boleh tolong Nasir cuci swimming pool.
lokasi untuk solat- luas terbentang dan siap tersusun rapi
Yang miskin ingin nak kaya
Nasib orang tak boleh teka
Bertuah sungguh diri Pak Ya
Anaknya diharam dijilat neraka
Yang miskin ingin nak kaya
Nasib orang tak boleh teka
Bertuah sungguh diri Pak Ya
Anaknya diharam dijilat neraka
Terima kasih juga kepada Pak Ya (Raja Haji Zakaria dan Norriah) yang bermurah hati mendatangkan kedua-dua anak lelakinya (al Hafiz) dans eorang lagi rakan dari Melaka untuk memimpin (mengimamkan) solat Isya' dan Tarawikh. Semoga Allah memberkati hidup kelian dan mendapat berkat dan ganjaran dari anak-anak yang solihin.
skot Zakaria bersama barisam imam muda al Hafiz
Banyak khasiat sayur peria
Buat ubat darah tinggi
Skot Aini sentiasa ceria
Derita di hati tanggung sendiri
Banyak khasiat sayur peria
Buat ubat darah tinggi
Skot Aini sentiasa ceria
Derita di hati tanggung sendiri
ketibaan skot Ani dan anak daranya membawa juadah
Berahim Pendek bermain dadu
Gaji dipotong nak bayar hutang
Lokman Kupang jauh memandu
Dari Taiping tetaplah datang
Berahim Pendek bermain dadu
Gaji dipotong nak bayar hutang
Lokman Kupang jauh memandu
Dari Taiping tetaplah datang
skot Lokman Kupang datang jauh dari Taiping, Inilah kali pertama beliau berjaya memenuhi impian untuk bertemu skot-skot di KL dalam mana-mana reunion yang pernah diadakan.
skot Dato Zamrose lama tak bertemu dengan skot ex-Boy RMC Jaudin (Judin adalah skot TJP37 yang termuda, dilahirkan pada 31 Dis 1962)
skot Pak Ya, aku dan Yatim
skot Shuairi, Hazman dan Presiden
dari kiri: skot Hamdan, Azmi, Mustapha, Nasir dan Shuairi
dari kiri isteri Dato Zamrose, isteri Presiden dan isteri Azmi
menunggu rakan-rakan lain sambil menunggu waktu berbuka puasa
34 tahun dulu tidak berpeluang duduk bersantai begini. Suasana begini amat dirindui setiap kali berlaku pertemuan S37
Lokman TUDM kiri sekali, memang ada tokoh jadi Tok Sidang Seksyen 11.
Yang kat belakang tu ramai-ramai membuat appreciation, tengok tanah belakang masih kosong, ada cita-cita besar nak bina rumah bungalow tepi istana macam skot Nasir
Tuan Presiden nampak gelak gumbira tengok anak buah ramai yang datang - teks ucapan perutusan Ramadhan dah sedia dalam tangan

bergambar ramai
biar pun tak seramai mana berbanding jumlah S37, namun tetap meriah. Kalau ditaqdirkan datang 250 keluarga, pitam pulak tuan rumah.
barisan belakang dari kiri: Lokman TUDM, Dato Hazizan, Dato Hj Adnan, Azmi, Hj Abdul Razak, Lokman Kupang, Abu Bakar, Lod Atan, Nasir Chong, Sabari, Jaudin, Hazman, Shohemi, Mustapha dan Hj Zakaria.
duduk kerusi: Dato Zamrose, Alias, Hj Yatim dan Shuairi
squatting: Hamdan dan Toharudin

TIBA WAKTU IFTAR
ladies first
ini kumpulan pengelat. tak nak berbaris panjang, potong queue, terus ke penghujung meja, meratah buah-buahan. pilih yang baik-baik je yang busuk tinggal kat orang belakang
inilah 'triffle' hidangan yang aku bawa untuk majlis iftar ini. ditempah khas dari Ema Home Biz yang dikenali melalui facebook. cantik dan lazat.
Siapa yang berminat untuk memesan boleh hubungi:
Ema: 013-3311412
atau https://www.facebook.com/EmaHomeBizTriffle?notif_t=fbpage_fan_invite

SOLAT MAGHRIB
berdoa kepada Allah memohon kesejahteraan dan keimanan yang semakin teguh
(setidak-tidaknya bila pencen nanti boleh la ke depan kalau dah terdesak- tiada rotan, akar pun kadang-kadang boleh guna juga- apa lagi kalau akar Tongkat Ali.
bukan senang nak dapat berjemaah bersama skot yang 34 tahun dulu bergelimpangan bersama tak bersolat
semoga Allah melimpahi pengampunannya kepada apa jua kesalahan dan kelalaian kami di masa yang lalu
Penyertaan BAKAT 37 dalam majlis-majlis yang dianjurkan semakin membanggakan
Terima kasih skot Nasir (dan keluarga) yang bermurah hati menyediakan ruang bersolat yang sungguh selesa
IFTAR FASA 2
berbaris mengambil juadah
pasangan ideal makan sepinggan untuk dua orang- salah satu kaedah mengurangkan berat badan tetapi masih belum dibuktikan keberkesanannya kerana 4 kali tambah
Aini dan puterinya kelihatan ceria
Dalam apa jua aktiviti S37, kalangan skot wanita yang paling rajin datang ialah Mej (B) Aini Hitam. Tabik dulu skot. Selain dia kalau ada reunion di kawasan KL, Mej (B) Siti Zaliha Che Rus akan hadir. So far, dua skot ni lah yang rajin meraikan atau kerap hadir menampilkan diri. Kita harap skot2 wanita lain pun datanglah. Khususnya yang kurang family commitment macam Yohanez dan Sarkiah. Yang lain-lain pun, ramai yang di KL tu datang lah. Bukan mesti setiap kali. Setahun ke dua tahun sekali pun ok la. Kita pun faham. Lagi pun suami masing2 pun kebanyakannya bekas pegawai ATM juga, boleh datang sama, dan bukannya tak biasa dengan kami
Pak Usin selalu datang berkepit, kali ini datang solo. Itu pun last minute bagi tau. Ni mesti cuti buka fb sepanjang bulan puasa ni
Bila lagi nak merasa duduk makan bersila sesama skot macam ni. 34 tahun dulu, makan atas meja, pakai tray je. makan bersopan dan senyap. Pakai planters order pulak tu. Kalau bersembang kena ambik 20. Kali ini walaupun duduk bersila atas lantai tetapi amat menyeronokkan. General, Kolonel, Lt Kol, Mejar, Kapten, Lt malah Pegawai kedet pun boleh duduk sama rata, tak ada protokol. Kalau nak panggil Tuan ke Dato' ke tu sebab dah terbiasa bukan sebab jaga protokol yang membezakan darjat.
bersama rakan baru, Abu Bakar (tengah)
menikmati hidangan. tambah jangan tak tambah skot.
Lihat, betapa mesranya isteri-isteri kita. Walaupun sebahagian besarnya baru sahaja berkenalan 2 atau 3 tahun yang lepas, namun atas nama SKOT 37, mereka cepat sekali memberi dan menerima, malah mereka begitu akrab sekali. Kalau ada yang tak dapat datang, sibuknya lebih dari skot yang menganjurkan majlis. Harap-harap persaudaraan ini akan berkekalan hingga akhir hayat.
Pada mulanya aku memang ingin hadir bersama isteri. So, aku letak kehadiran dalam fb untuk dua orang. Tapi tiga hari sebelum kemudiannya terpaksa mengubah rancangan kerana pada tarikh dan waktu yang sama, Surau Luqman al Hakim telah mengadakan Majlis Iftar dan Khatam Qur'an. Isteri aku AJK Wanita Surau, dia mahu bersama-sama rakan-rakan di surau. Kebetulan aku pun AJK, jadi tak kan dua-dua tak hadir.
Tapi bila aku ubah kehadiran 'seorang' dalam fb, sudah ada 'isteri member' yang perasan. Sudah sound, ehh datang sorang ke, mana Dibah?..Huhuhu. Si Azmi pulak tambah minyak, bagi bakar lagi. Aku pun dah serba tak kena. Jarang sangat aku pergi sorang kalau majlis S37 ni. Payah nak jawab kat geng dia ni. Aku pun mula la buat OPS PUJUK. Alhamdulillah, pada siang hari sebelum majlis malam itu, wife aku telah mengubah fikiran dan mengambil keputusan mengikut aku menyertai Iftar Skot 37. Dia pun berbelah bahagi jugak tu, kawan surau hari-hari dah jumpa, kawan 37 ni sesekali. Syukur alhamdulillah.
ahli BAKAT 37 tidak kurang meriahnya, sambil makan sambil bincang nak beli kueh raya kat mana untuk nak buat juadah raya.
sesekali dapat berjumpa- mengeratkan ukhwah
MOREH DAN SEMBANG
macam biasalah Datin Rina (Dato Hazizan) akan mengagihkan sedekah kepada rakan-rakan BAKAT 37- kali ini sambal rojak
meratah buah-buahan yang dibawa oleh skot Sabari- pembekal tunggal buah-buahan tempatan untuk setiap gathering S37
sindiket 1, sindiket 2 dan sindiket 3 dengan menikmati hidangan
meratah buah-buahan yang dibawa oleh skot Sabari- pembekal tunggal buah-buahan tempatan untuk setiap gathering S37
sindiket 1, sindiket 2 dan sindiket 3 dengan menikmati hidangan
Selalunya, majlis atau gathering begini menjadi platform kepada skot-skot yang berhajat untuk menyampaikan jemputan, khususnya majlis perkahwinan anak-anak mereka. Ada yang bawak kad siap bertulis, ada yang tulis on the spot, ada yang tak sempat tulis pun, ada yang jemput mulut dan ada yang sampaikan salam sahaja. Semuanya dikira rasmi. Akan sampai lah mana-mana yang ada kesempatan.
Jadi mana-mana skot yang buat majlis kahwin, janganlah ada yang terkejut badak bila ada 'mangkuk hayun mana yang tak berjemput' datang bawak anak isteri. Kalau bukan skot tak berani buat macam itu. Kalau dia tak datang minta maaf (sebab tak berjemput), awak maafkan je la.....
Skot Alias menyampaikan kad jemputan perkahwinan anak perempuannya pada 24 Ogos nanti. Turut menyampaikan akd jemputan ialah skot Hamdan Abdullah pada 31 Ogos nanti.
dari kiri: skot Hamdan, Mustapha, Dao Hj Romlee dan Azman Ali. Azman memang jarang kelihatan. Tetap masih jambu macam di SPK dulu.
Mustapha: Ko Lokman, dulu masa kat Kota Belud ko buli aku siang malam ye. Mentang2 masa tu badan aku kurus kering, ko berani la ye. Sekarang ko tengok! ko tengok! perut aku ni.... kalau ko berani dekat la sikit, buli la aku la ni....
Abu Bakar: Ko Mus kena buli kat Kota belud. Aku ni ha, masa kat Sebatang Karah pun aku kena teruk dengan dia. Agaknya dia ni marah bebeno kat boy dengan AFATS. Sampai aku lari ke Jepun dek tak tahan kena buli si Lokman ni. Mentang2 la, amsa tu dia la yang paling tinggi
tiga skot Air Force; Suhaimi, Lokman dan Alias. Skot Alias walaupun baru join aktiviti S37 pada awal tahun 2013, namun kini begitu aktif dan rajin sekali hadir.
mentang-mentanglah Aini ni IT @ MJ, semua mintak nak tangkap gambar dengannya
Skot Dato Hj Romlee walaupun ada majlis lain di rumah jiran, tetap berkejar datang (sampai ketika solat Isya telah bermula) demi sahabat seperjuangan
Presiden bergambar dengan skot Air Force: Aku, Shuairi, Hj Romlee dan Suhaimi
cerita tak abis lagi ni, penat berdiri, bersila pulak. Duduk bersila pun dah bersandar ke tembok dan bertongkat tangan dah.... Masa kedet dulu sandar kat pokok besar dalam hutan atau kat tepi lapang sasar.
Nasir: skot, bagi la aku tengok, aku ada dengar yang kau ni belum sunat lagi...
Zakaria: ko jangan nak kurang ajo kat sini ye, kau sentuh je kepala lutut aku ni, malam ni ko moreh dengan kaki cagu aku ni, tambah lauk penampo Sultan Johor aku.
Husin: skot aku nak goyak cito ni, nanti mu jange lupo tulis kat blog mu. Masa aku kat Kota Belud dulu, mace ni la, tengah aku duduk sembang dengan kawe-kawe kat bawah pokok, tetiba aku teraso kepala aku panassss je. masa tu rambut aku ke pendek, meme teraso bena la air sue sue panas meleleh atas kepala aku.
Bilo aku dongak atas, aku tengok hantu Kapt John tengah kece kak kepalo aku niii... mu jange lupo, mu mesti tulih ye cito niii.... sampai la ni, aku masih raso lagi ni kence Kapt John atas kepalo aku ni....
lenguh berdiri, tegang urat lutut duduk bersila, cerita tak abis lagi ni, maka mula cari tembok untuk sambung sembang

Kehadiran akhir:
- Lt Kol Abdul Razak Presiden dan isteri.
- Kapt (B) Mohd Nasir Chong (tuan rumah)
- Brig Jen Dato Zamrose dan isteri serta 2 anak.
- Brig Jen Dato Hj Romlee TUDM dan isteri.
- Kol Toharudin TUDM dan isteri.
- Kol Muhammad Suhaimi TUDM dan isteri.
- Lt Kol Lod Atan dan isteri.
- Lt Kol Hj Mohamad Yatim.
- Lt Kol Mohamad Shuairi TUDM dan 3 anak.
- Mej (B) Dato Hj Adnan.
- Mej Hj Raja Zakaria dan isteri serta 2 anak
- Mej (B) Husin Abdullah.
- Mej (B) Lokman AbdullahTUDM.
- Mej (B) Aini Hitam TUDM dan seorang anak.
- Kapt (B) Dato Hazizan dan isteri serta 2 anak
- Kapt (B) Mustapha dan isteri.
- Kapt (B) Shohemi Hashim dan isteri serta 1 anak.
- Kapt (B) Jaudin dan isteri.
- Kapt (B) Azmi Abd Hamid dan isteri.
- Kapt (B) Lokman Abdullah dan isteri.
- Kapt (B) Sabari TUDM dan isteri.
- Kapt (B) Hamdan Abdullah dan isteri.
- Kapt (B) Alias TUDM dan isteri.
- Kapt (B) Azman Ali.
- mantan PK Hazman
- mantan PK Abu Bakar dan isteri
.
SAYONARA SKOT, HINGGA BERTEMU LAGI
NEXT EVENT
1
MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SKOT ALIAS HJ HAMDAN
EX TUDM
DI NILAI CONVENTION CENTRE
242000H OGOS 13
2
MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SKOT HAMDAN BIN ABDULLAH
EX RENJER
DI DEWAN AS SYAFIE, MAAHAD HAMIDIAH, SG RAMAL, KAJANG
311200H OGOS 13

No comments:
Post a Comment