ke mana tumpahnya kuah?
Walaupun blog ini milik peribadiku, yang dikhususkan untuk menjelmakan semula kehidupan perbendaharaan Skot TJP37 (S37) namun aku sentiasa mengalu-alukan pandangan dan pendapat warga S37. Sebahagian dari gambar yang ada dalam blog ini adalah ehsan dari rakan-rakan S37 juga. Malah sebahagian kecil dari tulisan yang aku paparkan adalah lahir dari sama ada pemerhatianku, pendengaranku, ingatanku atau idea yang timbul dari "otak" rakan-rakan S37 juga.
Aku dapat idea untuk membuka TAJUK ini adalah melalui entry yang dipostkan oleh skot Mohd Ariffin bin Saimon RAMD pada 31 Julai 2013. Skot Ariffin (Pak Pin) pada masa ini bertugas sebagai Ketua Batalion PALAPES di UPNM. Begini bunyi mesej beliau:
Salam semua. Malam tadi setelah selesai solat tarawikh di Masjid Al Jazari, UPNM, aku didatangi oleh seorang Peg Kadet. Tanpa memberitahu nama dan sambil tersengeh2 dia bertanya,
"Salam Tuan, Tuan ni Intake 37 ke ?". Aku jawab spontan, "Ya". (konfiden Pegawai Kadet ni, tak mcm kita dulu2, punya lah takut dengan jurulatih atau staf). Tapi aku suka caranya. Di UPNM memang mereka dilatih supaya yakin dan berani. Dia berkata lagi,
"Ayah saya Kol Suhaimi Hj Ashaari, Airforce, skot Tuan". Aku mengiakan. Katanya lagi,
"Baru2 ni ayah saya hadir majlis berbuka puasa dengan skot2nya, mula2 dia tak dapat nak hadir sebab ada jiran buat majlis yang sama, tapi Tuan yg suruh dia hadir sebab dah lama tak jumpa".
Selepas bertanya serba sedikit latar belakangnya, aku membenarkan dia untuk pergi.
Mesej yg aku nak sampaikan :
- Kadang2 anak2 pun boleh dijadikan penyambung/penghubung tara antara kedua ibu bapa.
- Aku bangga sbb ramai Peg Kadet di UPNM (mungkin dari zaman ATMA lagi) adalah penyambung legasi TJP 37. Ramai antara kita mungkin tak sedar bahawa ada ramai penyambung legasi di dalam keluarga TJP 37, tak kira mereka keluaran mana (UPNM, KTD, KDSI 1, KTU atau PALAPES IPTA) atau hubungannya dgn kita samaada anak, anak tiri atau menantu.
- Aku bangga berada di UPNM, sekurang2nya selain mendidik dan melatih, aku juga sebagai penjaga dan pengganti bapa2 mereka.
PS. Bahan untuk Kol Toharudin @ Ibnu Rashid masuk dlm blognya
Benar
Pak Pin. Aku baru terfikir, kenapa aku tidak mengggunakan blog aku untuk
menjadi penyambung generasi S37. Mungkin setelah aku tiada di atas muka bumi
ini, akan ada waris S37 yang akan membuka blog yang bertajuk WARIS S37 atau
GENERASI TJP37 SPK atau BAPAK AKU SKOT TJP37 atau apa jua tajuk yang menyambung
kesah yang telah aku usahakan ini.
Waris aku tiada yang berminat menyertai ATM. Selain aku mengaku tidak pernah memberikan galakan atau sokongan untuk anak-anak aku meneyrtai ATM, mereka juga memilih jalan hidup yang berbeza yang tidak melayakkan diri untuk menyertai ATM. Biarpun begitu, Allah tetap meletakkan insan 'berdarah pahlawan' dalam keluarga aku. Puteriku yang ketiga, Aisyahnur Abid telah bertemu jodoh dengan seorang pegawai ATM, Kapten Mohammad Nor Hafiz bin Kasim, yang kini berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu DiRaja.
Selain
dari itu, aku mempunyai lima anak angkat graduan UPNM yang kini telah
ditauliahkan dan berkhidmat dalam ketiga-tiga perkhidmatan ATM iaitu:
- Kapt Muhammad Haekal bin Azman TUDM - Cawangan Urusetia TUDM bertugas di Markas No 2 Div Udara, Labuan.
- Lt Zamil Afiq bin Zulkifli TLDM - Cawangan Logistik TLDM. Kini bertugas di MTL, MinDef
- Lt M Abdul Hafeez bin Abdullah Chek - bertugas di Bn RAMD, Tapah.
- Kapt Emma Emelia bt Barhath Ali TUDM - Cawangan Kejuruteraan TUDM- kini bertugas di No 3 Skn PU Butterwoth.
- Kapt Siti Zubaidah bt Mohd Shukri TUDM - Cawangan Materiel TUDM - bertugas di PU Gong Kedak.
Kapt Mohd Haekal Azman TUDM
Lt Zamil Afiq Zulkifli TLDM
Kapt Emma Emelia bt Barhath Ali TUDM
Kapt Siti Zubaidah TUDM bersama ibunya (kiri sekali) serta kedua bakal mertua Puan Maziah dan Lt Kol Nazli.
Lt M Abdul Hafeez bin Abdullah Chek
Kebetulan
juga, anak angkat aku yang bernama Siti Zubaidah adalah anak kepada seorang
pegawai ATM (Lt Kol Mohd Shukri) dan akan melangsungkan perkahwinan dengan Lt
Mohd Nizam TLDM, anak kepada skot aku, Lt Kol Nazli bin Alias RAMD.
Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
Mungkin UPNM adalah lokasi pertemuan jodoh yang baik untuk anak-anak kita.
Mungkin UPNM adalah lokasi pertemuan jodoh yang baik untuk anak-anak kita.
Mereka Kebanggaan Bagi Meneruskan Perjuangan Ayah dan Bonda
Nama-nama yang Pak Pin senaraikan dalam mesej fb di atas adalah sebahagian dari warga S37 yang melahirkan bunga-bunga bangsa yang mewarisi darah satria dan serikandi. Ramai lagi. Buat permulaan ini, antara Waris S37 yang diketahui telah ditauliahkan ke dalam perkhidmatan ATM atau masih menjalani latihan di UPNM ialah:
- Kapt Ahmad Afiq bin Ahmad Hasbullah, anak kepada skot Lt Jen Dato' Seri Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Ahmad Nawawi (RAMD) - Pegawai Pendidikan di MTD Sungai Besi.
- Kapt Kamarul Ariffin bin Ajhman (RAMD) - Ajutan IPDA- anak kepada skot allahyarham Kol Ajhman bin Hj Bakor (KAD).
- Lt Mohd Farhan bin Mohd Nordin TLDM. Graduan KDSI (KTL) anak kepada skot Lt Kol Mohd Nordin TP Kunjipathy (RAJD)
- Kapt Noor Farhana binti Aminuddin, anak kepada skot Mej Siti Zaliha Che Rus (B) (KPA) Graduan KTD yang kini berkhidmat sebagai Juruterbang Helikopter dalam PUTD.
- Lt Mohd Hafiez bin Mat Husni TLDM, anak kepada skot Kapt Shazarina @ Monica Mowe binti Abdullah (B) (KPAG)- Graduan KDSI I yang kini bertugas dalam TLDM.
- Lt Mohd Hafiz bin Husin TLDM, anak kepada skot Mej Mohd Husin bin Abdullah (KJLJD)
- Lt Mohd Nizam TLDM. Anak kepada skot Lt Kol Nazli bin Alias (B) (RAMD)- Kini bertugas di Pangkalan TLDM Lumut.
- SISKA Lohappriya a/p Manisegaran - anak kepada skot Lt Manisegaran a/l Vadivel (B) (RSD) - siswa UPNM
- SISKA Syafiq Syahmi bin Muhammad Shuhaimi, anak kepada skot Kol Muhammad Suhaimi bin Hj Ashaari TUDM - siswa UPNM
- SISKA Atasha binti Zulkarnain - anak kepada skot Kol Zulkarnain bin Hj Abu Bakar (RAD) - siswa di UPNM
- Anak skot Lt Kol Mohamad Yatim (RAMD) berkhidmat dalam TLDM (masih menunggu maklumat lanjut dari skot Hj Mohammad Yatim),
- Anak skot Lt Kol Hj Mohd Hairudin (RAMD) berkhidmat dalam TLDM (masih menunggu maklumat lanjut dari skot Hj Mohd Hairudin)
- Anak Mej Zolkeple Ayub TUDM (B) juga graduan KTU dan kini berkhidmat sebagai juruterbang TUDM.
OPA Raja Zareeq Ameer, putera Mej (B) Haji Raja Zakaria Mohamed (KPD)
TAJUK kali ini, aku namakan KUAH TJP37 SUDAH TUMPAH (dari peribahasa KE MANA TUMPAHNYA KUAH) yang memberi maksud kini generasi yang dilahirkan dari kalangan keluarga Skot TJP37 telah berada (berkhidmat) dalam keluarga besar ATM mewarisi darah satria/serikandi ayahanda dan bonda mereka.
Di harap skot yang membaca blog ini dapat membantu saya untuk update list di atas. paling tidak, berikan nama dan tempat bertugas.... Mana tau ada yang ingin berbesan atau berbiras. Kalau boleh bagi gambar lagilah elok dan dihargai.
.
Skot Razak Hussain bergambar dengan putri kepada skot Siti Zaliha yang bertugas sebagai juruterbang PUTD, Kapt Noor Farhana bt Aminuddin
Mej Zolkeple Ayub (B) bersama puteranya- juruterbang TUDM
putera kepada Lt Kol Nordin TPK
Skot Razak Hussain bergambar dengan putri kepada skot Siti Zaliha yang bertugas sebagai juruterbang PUTD, Kapt Noor Farhana bt Aminuddin
Mej Zolkeple Ayub (B) bersama puteranya- juruterbang TUDM
putera kepada Lt Kol Nordin TPK
Lt Mohd Hafiez bin Mat Husni TLDM putera kepada skot Kapt Shazarina @ Monica Mathilda Mowe binti Abdullah (B)
Mohd Hafiez sekarang bertugas di Sandakan, Sabah.
SISKA Syafiq Syahmi bersama ayahandanya skot Kol Muhammad Suhaimi TUDM
Mohd Hafiez sekarang bertugas di Sandakan, Sabah.
SISKA Syafiq Syahmi bersama ayahandanya skot Kol Muhammad Suhaimi TUDM
SISKA Lohappriya (kiri), puteri kepada Skot Lt Manisegaran a/l Vadivel (B)
SISKA Atasha, puteri kepada skot Kol Zulkarnain bin Hj Abu Bakar
SISKA Atasha, puteri kepada skot Kol Zulkarnain bin Hj Abu Bakar
biarpun tidak menjadi pegawai tentera, puteri skot Alias Hamdan, Idyana Eliany mengikut jejak ayahandanya menjadis eorang pilot
Darah pahlawan juga mengalir dalam tubuh Inspektor Afiq Azhar putera kepada skot Kapt Azrul Hardav bin Abdullah TUDM (B) yang menyertai PDRM
Lt TLDM Mohd Nizam Azhan, anakanda kepada skot Nazli Alias dan Puan Maziah
Anak kepada skot Lt Kol Mohd Shah Abd Rahman (B) mendaftar diri sebagai SISKA UPNM pada 18 Mei 2014
.
No comments:
Post a Comment