SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Monday, June 23, 2014

CHAPTER 068: PROGRAM SYAHRU RAMADHAN 1435H

meneruskan aktiviti S37 dengan mari beribadah bersama.....


MAJLIS IFTAR
DAN SOLAT TARAWIKH
S37
RAMADHAN 1435 HIJRAH

Perancangan untuk mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Bersolat Tarawikh S37 bagi Tahun Hijrah 1435 telah dibuat semasa majlis walimatul urus anak Kapt (B) Mohd Saiful di Country Heights, Kajang pada 7 Jun 2014.

Kumpulan AJK inpromptu yang berbincang da masa itu ialah Razak (Presiden), Dato Hazizan, Shohemi, Azmi dan beberapa orang lagi telah sebulat suara menetapkan 12hb Julai sebagai tarikh dan skot Mohd Saiful bersedia menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah majlis tersebut.

Tahun lepas (Ramadhan 1434), Majlis Iftar dan Tarawikh diadakan di rumah skot Mohd Nasir di Shah Alam.


 SEBELUM 12 JULAI 

Lama Tak Jumpa Pie......

Pada 1 Julai 2014 semasa mengambil darah untuk temujanji MOPD di Jabatan Perubatan Tentera (JPT) di Hospital ATM Tuanku Mizan aku terserempak dengan skot Lt Kol Mohd Shafie Arshad (RAMD). Skot Shafie sekarang berkhidmat sebagai Pengurus Wisma Perwira RAMD di Port Dickson. Kali terakhir berjumpa beliau ialah semasa Majlis Hari Raya S37 di Mes Perwira RAMD pada tahun 2009.



Jack jumpa Jol

Telah bertahun-tahun tinggal seTaman, baru ini mereka bertembung. Skot Razak (Pres) bertemu dengan skot Mej (B) Zolkeple bin Ayub TUDM di Masjid Bandar Manjalara pada malam kedua Ramadhan (selepas solat Tarawikh).


Pada 30 April lepas kita menerima berita kematian bekas penyanyi 60an , Kartina Dahari dalam usia 63 tahun. Pada 5 Julai 2014 (jam 0126H), hari ke6 Ramadhan, penyanyi evergreen sejak tahun 70an, Datuk Hajjah Sharifah Aini Syed Jaafar telah meninggal dunia akibat komplokasi paru-paru di Hospital Pakar Damansara. Al fatihah.


Majlis Iftar dan Tarawikh
di kediaman Skot Kapt Hj Mohd Saiful
di Country Height, Kajang

Pada 12 Julai 2014, maka tibalah masanya hari yang dinantikan. Dalam bulan Ramadhan yang mubarak dan mulia ini, akhirnya majlis yang dirancang sejak sebulan yang lalu telah tiba.

Macam biasa, arrangement hanya melalui telefon, watsapp dan facebook sahaja. Apa yang diharapkan adalah understanding sahaja. Tak perlu kad jemputan bagai. Pada mulanya sasaran yang hadir dalam 40 kepala (termasuk ahli keluarga), namun pada hari sebenar, 24 skot telah hadir dan rasanya lebih dari 60 anggota yang hadir. Syukur alhamdulillah.

Skot yang hadir pada 12 Julai 14:
  1. Hj Abdul Razak Hussein, isteri, anak-anak dan cucu.
  2. Hj Toharudin Ab Rasid, isteri, anak-anak dan cucu.
  3. Hj Abd Razak Siran dan isteri dan anak.
  4. Hj Abd Wahid Yusoff.
  5. Mohd Jaudin Saad dan isteri.
  6. Lod Atan.
  7. Azman Daud dan anak.
  8. Hj Azemi Mat Saud.
  9. Azmi Abd Hamid, isteri dan anak.
  10. Dato Hazizan Ahmad, isteri dan anak-anak.
  11. Hamdan Abdullah dan isteri dan anak.
  12. Mazlan Hj Yusof.
  13. Hj Mohamad Yatim Mohd Noor dan isteri.
  14. Jasni Mohd Nor dan isteri.
  15. Shohemi Hashim dan isteri dan anak.
  16. Aini Hitam dan anak.
  17. Khairul Anuar Yaakob dan isteri.
  18. Dato Hj Adnan Hj Hashim dan isteri.
  19. Hjh Marmilah Munajat dan anak-anak.
  20. Hj Hairudin Mokri dan isteri dan anak-anak.
  21. Norzahari Zeelan, isteri dan anak-anak.
  22. Mohd Husin Abdullah, isteri dan anak-anak.
  23. Mazhar Hj Palil, isteri dan anak-anak.
  24. Abd Azih Abd Ghani.
Beberapa skot yang mengesahkan hadir sebelum ini telah menarik diri di saat akhir atas alasan tertentu, ada juga skot yang mengesahkan hadir tapi sampai majlis berakhir masih tidak nampak batang hidung dan tanpa khabar berita. Faham. Itu adalah fenomena biasa. Bersangka baik- mesti ada hal yang menghalang.


early bird.....which bird?
nak rasa bergambo depan rumah beso 
"tak dapek punyai rumah macam ni, dapat bergambo pun jadik laaa"
 

bersantai menunggu waktu berbuka puasa

macam tak ikhlas punya peluk ni....Azih peluk Presiden tapi mata bulat tengok Merc Saiful dalam garage
 
bersembang menunggu ketibaan kawan-kawan yang lain
  
Macam biasa, pantang tengok ex Boy- Tok Guru Hj Wahid sedang meragging dan membuli Azman
 
hajat di hati nak peluk gunung, ingin ku pelok Tok Zizan, apakan daya tangan tak sampai

perasmian dan penyerahan juadah pembuka 

posing bukan sekadar posing, mengabadikan kenangan dan suasana yang mungkin tak akan ditemui lagi

semua nak offer Marmilah duduk sebelah... Marmilah bo layan

posing sebelum majlis berbuka bermula.. tengok Mazhar masih tak settle lagi, orang lain dah ready,
dia masih dok gelak, belum berdiri tegak lagi...

menanti waktu berbuka di ruang tamu yang juga dijadikan ruang solat



Melihat kepada suasana perjumpaan malam ini dan beberapa perjumpaan sebelum ini, 80% dari yang hadir adalah muka yang sama, lagi 20% silih berganti, kadang datang kadang tak datang, atau muncul sesekali dalam setahun dua tahun atau ada juga yang kali pertama menyertai majlis anjuran skot.

Pastinya, perkara pertama yang mahu diminimakan dalam perjumpaan seperti ini adalah protokol. Kita akui, masyarakat Malaysia, apa lagi dalam organisasi ATM, pangkat dan darjat adalah satu kebanggaan. Namun bagi S37, walaupun kita menghormati sahabat-sahabat yang dikurniakan pangkat dan darjat (duniawi) yang lebih tinggi dari yang lain, jangan lah ia diajadikan sebagai tembok atau jurang pemisah kemesraan dan silatruurahmi. Tidak perlu berdabik dengan pingat dan pangkat kerana, semuanya adalah sementara dan tidak akan ada harga dalam tempoh paling lama 7 atau alapn tahun dari sekarang.

Skot yang paling muda pada hari ini (12 Julai 2014) telah berusia 52 tahun 6 bulan 12 hari), iaitu skot Jaudin yang dilahirkan pada 31 Dis 1962.

Paling lewat, di akhir tahun 2022 kesemua warga S37 yang masih ada dalam perkhidmatan sekarang akan bersara wajib. Pada masa itu, kalau ada yang masih nak bongkak dengan gelaran dan pangkat, kita akan sama-sama kata "PIIIIII RAHH".

Dengan usia yang rata-rata antara 52 hingga 57, ada sedikit yang melebihi usia itu. Dengan usia yang semakin tua, akan banyak yang menghadapi masalah kesihatan. Semakin uzur dan semakin terhad pergerakan. Dalam tempoh 5 tahun lagi, jumlah yang akan hadir dalam mana-mana perjumpaan akan semakin berkurang. Ia akan ajdi realiti.

Sebelum sampai ke SAAT tersebut, kita gunakan sebaik-baiknya peluang yang ada untuk merapatkan ukhwah dan silaturrahmi di kalangan skot.


ubah cara duduk dah 12 kali...azan masih belum lagi berkumandang

anak-anak skot menanti laungan azan

puhhhhh masing-masing fokus kat pinggan, sapa yang dapat terkam dulu
 

Dua wakil skot wanita, Aini dan Marmilah
 

Solat Fardhu maghrib diimami skot Hj Wahid

mengambil juadah




pergghhhhhh..meriah betul, macam-macam color juadah hari ni

Lihatlah kawan-kawanku, betapa meriah dan gembiranya mereka. Bagaikan satu keluarga di hari raya pertama. Tidak seronok kah melihat ini? Adakah dengan sekali sekala turut serta dalam majlis seperti ini sebagai satu bebanan?

Atau kita sememangnya EGO dengan keselesaan yang kita miliki. Apabila kita mengadakan majlis, kita pasti amat mengharap rakan-rakan datang memeriahkan majlis kita. Memang diakui, ramai juga skot yang mengadakan majlis secara senyap-senyap dan tidak menjemput skot-skot lain. Kita hormati mereka kerana mereka ada alasan tersendiri. Mereka sudah ada rakan-rakan yang lain atau saudara-mara yang cukup ramai untuk memeriahkan majlis mereka.

Sesekali membaca semula chapter-chapter dalam blog aku, aku mengalirkan air mata. Walaupun hanya bersama selama 9 bulan di SPK (itu pun ada yang jarang berjumpa kerana lokasi berek yang berbeza), namun setelah lebih 30 tahun bertemu semula, semua tembok dan halangan roboh serta merta. Kami terus sahaja rapat bagaikan telah bersama selama berpuluh tahun. Malah ada yang lebih rapat dan selalu jumpa dari saudara mara sendiri.

Melihat gambar-gambar yang lalu, ada di antaranya yang telah pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya. Sayu melihat wajah mereka. Bila pulak giliran aku. Apa pun biarlah apabila sampai giliran aku, nyawaku diambil dalam keadaan khusnul khatimah.

Semoga ruh sahabat-sahabatku yang telah pergi dilimpahi keampunan oleh Allah swt dan dihimpunkan bersama ruh para solihin.


yang di luar rumah

pekena kambing golek

menu utama, nasi beriani kurma kambing


Datin dah confused, tak tau nak pilih mana satu nak makan.... aku tapau je laaa

Majlis malam ini bukan sahaja melaksanakan iftar, solat Tarawikh dan Witir sahaja. Aku mengimamkan solat Tarawikh dengan dibantu oleh skot Hj Yatim sebagai Bilal.  

Kami juga mengadakan tahlil untuk arwah skot-sot kami yang telah pergi mendahului kami sejak hari pertama kami menjalani latihan di SPK sehinggalah hari ini.  Setakat yang dapat dikesan, seramai 22 warga S37 telah meninggal dunia, 20 daripadanya beragama islam.

Sampai bila-bila, selagi hayat masih dikandung badan, kami tidak pernah melupakan mereka semua. Walaupun mereka telah pergi dahulu, mereka tetap skot kita. Mereka menanti doa dari kita semua. Semoga di bulan mulia ini, Allah melimpahkan keampunan ke atas mereka semua.

Acara yang dirancang ialah penyampaian sedekah Hari Raya kepada skot Zuraimi. Walaupun gagasan untuk menubuhkan Tabung Khairat S37 belum berhasil, usaha untuk membantu skot yang tidak berupaya tetap diteruskan. Melalui derma dan sumbangan skot-skot selama ini kita berhajat mennyampaikan sumbangan Hari Raya kepada skot Mohd Zuraimi yang kini masih lumpuh diserang angin ahmar sejak beberapa tahun lalu. Dan ini bukan kali pertama beliau menerima sumbangan dari rakan skot. Malangnya, beliau tidak dapat hadir kerana kurang sihat. Kita akan anjurkan kunjungan S37 ke rumah beliau sebelum Hari Raya nanti.

SELEPAS SELESAI SOLAT TARAWIKH DAN WITIR SERTA TAHLIL 

Acara luar jadual, ialah kejutan sambutan Hari Jadi kepada Puan Hjh Rahimah, isteri skot Saiful. Acara memotng kek Hari Jadi, hadiah jambak bunga dannnnnnn.......


Presiden mengumumkan berita kejutan

pasangan tuan rumah dijemput ke hadapan
rupanya 12 Julai merupakan hari ulangtahun kelahiran Puan Hjh Rahimah

menunggu acara memotong kek hari jadi


memotong kek


menyuap kek ke mulut isteri tersayang

huhuhuuuu..jelesnya akuuuuu.... last sekali suami aku suap aku ialah semasa makan beradab lepas bersanding dulu, ni....la ni, dah sampai dapat dua cucu, dia tak pernah pun suap aku macam ni..
Ya Allah ya Tuhan, harap-harap hari jadi tahun depan dia suap kek kat mulut aku pulakkk....."

sejambak bunga untuk ingatan dari suami tersayang

muahhhhhhh....."terima kasih sayang kerana sentiasa berada di sisi kanda meredah jalan-jalan kehidupan yang penuh onak dan duri sehingga hari ini kita menikmati kejayaan bersama"

 sepatah kata bicara- ucapan balas dari tuan rumah
disamping mengucapkan terima kasih kepada skot2 yang hadir, sambil itu memberikan motivasi kepada yang hadir untuk sentiasa berusaha meningkatkan kualiti kehidupan, khususnya kesihatan

sopannyaaaaaaaa......nenda-nenda mithali
peragawati tudung Fareeda ke Ariyani ni?

Tuan presiden menyampaikan ucapan terima kasih kepada tuan rumah dan skot-skot serta ahli keluarga yang hadir

masing-masing dah tersandar kekenyangan...waktu paling sesuai mendengar ceramah


apa agaknya yang menarik minat dan perhatian Tok Nan ni.... mendengar peluang perniagaan untuk dapat keuntungan dunia dan akhirat

gatal pulok tapok tange ambo niiii... panjang bebeno ucapan Presiden ni... dia tak tau ke kita orang nak tengok Brazil lawan Holland pagi niii

masuk jam 11 ni.....dah macam-macam pesen duduk dah, sekejap selunjur kaki, sekejap bersila, sekejap urut, sekejap betulkan pinggang.....

sekarang bapak-bapak skot ni dah pandai, masing-masing bawah cameraman masing-masing

masih tekun mendengar ucapan presiden

mereka pun kena dengar juga, seronok mak-mak nenek ni bila Presiden dok puji mereka

jangan la menung jauh macam tu Aini...yang udah tu udah la..... akak tengok, ko ni okay lagi... masih ada ummph lagi...., saham terbitan kan masih boleh bukak lagi..., alaaaa...Mak Mah (Mak Badol) tu pun masih ada orang nak lagiiiii

tengok betul-betul.... kalau sampai putus tasbih ni....maknanya benang tasbih ni tak kuat laaaaa

mungkin sampai bila-bila pun jumlahnya lebih kurang banyak ni sahaja
namun biar sedikit tapi akrab- saling doa mendoa untuk kejayaan dunia dan akhirat


jom jom jom ambik gambo, tak kan depa je nak bergambo... tak de gambo muka tak masuk fb tak masuk blog tau


Aku sendiri tidak pernah terbayang atau bermimpi untuk kembali dapat bersama skot-skot aku dalam keadaan sebegini. Kali pertama aku menyertai reunion S37 ialah dalam tahun 2006. Selepas itu aku sedaya upaya untuk tidak pernah gagal kecuali ada halangan yang tak dapat dielakkan.

Ramai yang datang dalam reunion terdahulu terus hilang dari kumpulan satu persatu. Kalau tahun 2005 dn 2006 jumlah yang hadir melebihi 60 orang, kini untuk dapat 30 ke 40 pun sukar. Puas memujuk dalam facebook, sms, watsapp dan lain-lain. Itulah bukti seperti aku tulis di atas tadi. Semakin lama S37 semakin pupus. Itu realiti. Semakin ramai yang uzur fizikal, sukar dan banyak halangan untuk hadir.

Tahniah juga kepada skot-skot yang jauh dari lembah Klang seperti di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Johor; walaupun sulit untuk hadir, mereka sentiasa bersama dalam kumpulan watsapp dan facebook. Sentiasa mengambil berat perkembangan aktiviti skot seperti Miswan Bujang di Sg Petani, Ahmad Fuad di JB/Taiping, Lokman Abdullah @ Lokman Kupang di Taiping, Syazarina @ Monica Mowe juga di Taiping, Hj Hairudin di Melaka, Hj Asran Borhan di Bayan Lepas dan beberapa orang lagi.

Bagi skot-skot wanita, kami semua amat-amat faham kedudukan, kerana kebenaran dan keizinan dari suami adalah perkara utama. Namun dilihat mereka tetap mengikuti perkembangan melalui facebook dan group watsapp. 


PAKAR GAMBAR CURI
KERJA AZMI HAMID, DUDUK BELAKANG PASU BUNGA, AMBIK GAMBO CURI.. 


Promosi sangkar lebah kelulut..... Azmi kata, bukan lebah ke, burung tempua pun boleh bertelor kat situ

depa ingat aku ambik gambo depa la...depa tak tau yang aku tengah selfie

OOOOOhhhh ini yang laki aku cakap skot yang dapat Pingat PJK tu yeeeee


Jasni sudah kelentong aku, dah 15 minit aku gentel tasbih ni, tak de pun keluar jin dari botol ni....,
Tu la Pok Sen, mu ngaji tak khatam.... masa Jasni jampi dia bukak penutup botol tuuuu...., dah mapuh dah jin tu tak bernafas

dah orang tak nak sembang dgn aku, baik aku selfie, ada jugak gambar aku nanti dalam fb


TERIMA KASIH SKOT HJ SAIFUL DAN HJH RAHIMAH
FOR YOUR KINDNESS AND HOSPITALITY
TO HOST OUR MEMORABLE EVENT

Semasa dalam latihan Pegawai Kadet di SPK (1980), aku kurang rapat dengan skot Mohd Saiful Abd Rashid kerana aku di Bn Kasturi (Segenting Utara) manakala dia Bn Tuah di Kem Sebatang Karah. Cuma sesekali sahaja dapat jumpa semasa latihan Menembak di lapang Sasar, IMP atau Warfare.

Selepas keluar dari SPK kami memang tak pernah bersua. Beliau ditauliahkan dalam RAMD dan berhenti dalam pangkat Kapten. Beliau menceburkan diri dalam lapangan perniagaan.

Kali pertama (selepas tamat SPK) aku bertemu Saiful ialah semasa majlis perkahwinan anak skot Mahadzir Hashim di Dewan Seroja pada 31 Mac 2012. Aku pun sudah tidak mengenali beliau, cuma ingat muka, itu skot aku. Selepas itu, aku bertanya rakan-rakan lain baru aku tau dia adalah Saiful.

Selepas majlis itu, kami pun tidak pernah bersua lagi. Persahabatan kami mula bertaut kembali  apabila aku add in nama beliau dalam group facebook kami. Beliau ada hadir dalam majlis perbincangan penubuhan Tabung Khairat S37 di surau Al Amin pada 15 Dis 2013. Sejak itu beliau rajin mengikuti perkembangan skot-skot melalui facebook dan watsapp.

Sehinggalah kami bertemu semula semasa majlis perkahwinan anak perempuan beliau pada 7 Jun 2014 lalu di rumahnya di Country Heights, Kajang.

InsyaAllah aku akan menulis mengenai perjalanan hidup beliau sejak meninggalkan perkhidmatan ATM sehingga beliau mencapai kedudukan sekarang sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya. Seperti mana yang aku tulis mengenai skot Dato Hj Adnan Hashim di CHAPTER 51.


Program Ziarah
ke kediaman Skot Kapt (B) Zuraimi Mohamad
di Desa Melati, Bandar Baru Nilai

Pada 19 Julai 2014, satu lagi program kebajikan S37 telah dapat dilaksanakan. Aku dan Presiden S37 telah melakukan ziarah ke kediaman skot Kapten Zuraimi Mohamad (Bersara), bekas pegawai Kor Armor DiRaja yang kini menderita akibat serangan stroke pada tahun 2011 di Jalan 11/3D, Desa Melati, Bandar Baru Nilai.

Aku menyatakan persetujuan untuk menyertai skot Razak sehari sebelum ini melalui watzapp sahaja. Kami berjanji untuk berada di sana pada jam 1000H.

Aku dan isteri bertolak dari rumah lebih kurang jam 0845 dan sampai sana agak awal, dalam 0930H. Sementara menunggu Razak aku sempat bershopping kai di Nilai. Oleh kerana baru jam 1100, kedai pun baru buka, maka kami merupakan pelanggan pertama kedai itu. Hahaha.

 

Razak tiba dalam hampir jam 1100H. Kami terus ke rumah Zuraimi. Alhamdulillah setelah melihat keadaan diri skot kita serta terus memberi kata-kata semangat dan tabah dan sabar dengan derita ujian Allah yang diterima. Keadaan beliau masih agak lebih baik dari tahun 2012 semasa kali pertama rombongan S37 menziarahi beliau. Namun sebahagian tubuhnya khususnya sebelah kanan masih tidak berfungsi (kebas) Kaki dan peha kanan, pinggang kanan, tangan kanan, bahu masih kehilangan deria rasa (kebas), manakala bahagian tengkuk dan belakang telinga kanan bengkak dan sakit.

Kami menyampaikan sumbangan Hari Raya RM1000 dari Tabung S37 dan juga sumbangan peribadi untuk meringankan bebanan beliau. Semoga skot-skot semua mengikhlaskan sumbangan ini kerana wang ini diambil dari Tabung S37 yang tidak rasmi hasil dari sumbangan skot-skot yang dikutip semasa aktiviti S37 sejak beberapa lama.

 
 
 
 
 
 
jagalah isteri-isteri kita, sayangi mereka kerana ketika kita terlantar sakit nanti, merekalah yang akan tetap taat menjaga dan melayan kita.
 
semoga skot Zuraimi terus tabah dan sabar menghadapi dugaan ini

Untuk makluman skot-skot semua, Zuraimi mempunyai 9 orang anak, lima masih dalam tanggungan dan 3 darinya masih bersekolah menengah dan rendah. Anaknya yang bungsu baru berusia 9 tahun. Dengan pendapatan pencen Kapten (gaji tahun 2004) dan belanja perubatannya, beliau PASTI memerlukan bantuan. Tidak perlu lah saya jelaskan apa jenis bantuan.

Oleh itu, saya merayu kepada skot-skot agar carilah kelapangan untuk ziarahi beliau, kalau tidak membawa buah tangan, setidak-tidaknya untuk memberi semangat atau morale untuk dia lebih tabah. Jika sahabat-sahabat tidak berkesempatan untuk menziarah tetapi berhasrat untuk bersedekah, salurkan melalui tabung S37 dengan menyatakan niat sedekah kepada siapa.

TABUNG KEBAJIKAN S37: 
AKAUN AFFIN BANK: 2003 8005 5449

Zuraimi sakit, kita semua masih sihat (walaupun sudah mula dihinggapi pelbagai penyakit- walaupun nampak sihat). Adalah tugas kita untuk mengambil berat. Kita adalah bagaikan satu tubuh badan, dicubit peha kanan, peha kiri turut terasa. Kita MUNGKIN (mohon kepada Allah supaya dijauhkan) juga akan melalui saat seperti itu.

Maksud Hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi daripada Amr bin Maimun al Audi;

Rebutlah lima perkata sebelum lima perkara:
  • muda sebelum tua;
  • sihat sebelum datangnya sakit;
  • kaya sebelum miskin
  • lapang sebelum sempit;
  • hidup sebelum mati.
Jangan lah kita sentiasa sibuk, muda sibuk cari harta, sekarang dah tua pun sibuk. masa sihat kita sibuk, dah sakit pun tetap sibuk cari harta, masa kita senang dan kaya kita masih sibuk nak tambah harta pada hal kita tak tau siapa yang akan dapat harta itu, masa kita lapang kita sibuk cari harta, bila dah tak berdaya kita disusahkan untuk menjaga harta, masa hidup kita lupa segala kesenangan yang kita miliki, kita lupa Allah, kita lupa sahabat kita, kita lupa masyarakat. 

Bila kita mati, sahabat dan saudara mara hanya mampu menghantar hingga ke tanah perkuburan. Ramai yang kirim al fatihah dari jauh atau melalui whatsapp atau melalui facebook sahaja. 

Harta? paling-paling kereta kita akan ikut sampai setakat luar pagar tanah perkuburan sahaja. Anak isteri kesayangan kita hanya setakat ditepi lubang perkuburan, dan akan pulang apabila jasad kita dikambus.Mereka akan pulang membawa kereta kita bersama, 

Hanya 3 perkara berikut sahaja yang boleh diharap untuk membantu kita di alam kubur dan akhirat:
  • anak-anak yang soleh (yakinkah kita anak-anak kita SOLEH dan selalu mendoakan kita? atau mereka juga lupa akan lima perkara kerana tetap sibuk dengan harta yang kita tinggalkan). Apakah mereka membantu jika masa kita hidup kita tidak mampu mempastikan isteri dan anak-anak kita menutup aurat? Entah-entah dosa mereka yang kita akan tanggung bersama untuk menyempitkan lagi liang lahad kita yang sudah sedia sempit dengan tanah dan dosa-dosa kita sendiri.
  • ilmu yang member manfaat (berapa banyak ilmu baik yang kita ajarkan kepada orang lain?). Selain ilmu ketenteraan yang amat terhad dan tidak pernah berjihad, banyak mana ilmu agama yang kita ada dan kita ajar kepada anak-anak kita? ilmu dan iman anak isteri kita belum tentu mampu untuk menyelamatkan diri mereka sendiri, jauh sekali untuk membantu kita di dalam kubur.
  • sedekah dan amal jariah. INILAH sahaja sebenarnya yang kita ada kemampuan untuk dijadikan bekalan.
Masa kita Leftenen Muda kita sibuk melengkapkan diri sebagai pegawai muda. Gaji kecil (masa itu $700 sahaja), tolak hutang Koperasi, potongan ibu, hutang NAAFI, yuran BAR di Mes Pegawai, tinggal seratus lebih sahaja. Itu belum masuk duit rokok, belum lagi yang hobby minum teh O berbueh.

Bila naik pangkat Leftenan kita berangan jadi Kapten dan Mejar. Bila dah dapat Kapten/Mejar kita mula banyak tanggungjawab, jadi Ketua Kompeni, Ketua Skn, 2IC dan sebagainya. Gaji memang naik, tapi dah kahwin dan beranak pinak, anak sekolah, gaji naik sikit tapi potongan bulanan meningkat; pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, pinjaman Koperasi bersambungan dan macam-macam.

Yang bernasib baik dapat naik pangkat Leftenan Kolonel, jadi Pegawai Memerintah, pasti sibuk dengan operasi dan pentadbiran, sibuk jaga Panglima, cari nama, cari makan untuk naik Kolonel.

Mana-mana yang berhenti dn bersara awal pun sibuk mencari kerjaya baru, ada naik ada turun, ada yang tersungkur bangun balik, ada yang cepat bangun, ada yang lambat bangun, ada yang merangkak mencari jalan keluar. Yang berjaya akan membina keluarga, membina empayar perniagaan dan sebagainya. Ada juga yang tak berubah hobby lama dengan asap dan air teh O berbuih.

Yang kekal dalam ATM ada pencen Kapten, ada pencen Mejar ada pencen Lt Kol. Ada jadi manager, ada jadi pemilik syarikat, ada yang balik kampung berkebun, ada yang berkerja dengan syarikat dan masih tetap panjat tangga MINDEF mencari sesuap dua nasi. Ada yang berjaya dan ada yang kurang berjaya.

Mana-mana yang dapat lepas ke pangkat Kolonel atau Brigadier Jeneral, masa untuk keluarga dan kawan-kawan makin sikit. Sibuk dengan mesyuarat, lawatan, seminar dan sebagainya. Jaga Briged. Majlis sana, majlis sini, rasmi sana, tutup sini, dah jadi macam politician. Yang nampak jalan ke depan akan memperkukuh kabel, jaga boss jaga bini boss. Hantar pisang, hantar durian, cari sponsor main golf, pastikan goodies untuk boss mesti yang termahal walaupun position nombor 15. Sebab kalau depa tak kenal, atau tak dikenali, payah peluang naik dua bintang. Itu dah masuk taraf JUSA.


Bila dah dapat BINTANG, makin sibuk makin kalut. Masing-masing dah dapat GELARAN. ada Dato Seri, ada Dato Pahlawan, ada Dato Paduka, ada Datuk Wira, ada Dato Panglima dan sebagainya. Bukan Dato' sahaja yang jalan kembang, Datinnya pun memerak tak tentu pasal. Marah anak buah suami tak tentu pasal. Salah sebut gelaran boleh kecik hati, merajuk. Sensitive woo. 

Kawan seperjuangan dah semakin jauh. Dah ada komuniti tersendiri. The Stars and the Corporate. Ada yang dengan anak saudara sepupu sepapat dalam ATM pun buat tak kenal sahaja. Macam malu pulak ada sedara pangkat Kopral atau Laskar Udara. Jemputan kawan-kawan semua TERPAKSA diketepikan, kerana banyak urusan lebih penting. SIBUK SIBUK SIBUK. 

Di tahap usia ini pun masih ada yang tak sedar diri, masih ingin dihiburi macam Khalifah di penghujung Kerajaan Abassiyah dan Uthmaniyah dulu. Leka dengan hiburan, wanita dan hadiah-hadiah.

Hakikat. Apa pangkat dan berapa tinggi pun kita akan bersara. Kalau diizinkan Allah, skot termuda Intake 37 paling lewat bersara ialah tahun 2022. Lepas itu Skot 37 dalam Organisasi ATM akan PUPUS.

AKAN TIBA WAKTUNYA, kita perlukan KAWAN yang prihatin kerana ANAK-ANAK kita akan SIBUK membina kerjaya dan mencari harta macam kita dulu. Hanya kawan rapat sahaja akan menghantar ke liang lahad. Yang lain hanya hantar Fatihah melalui SMS, WATSAPP atau facebook sahaja.

MOHON AGAR TIADA YANG TERASA DENGAN STATEMENT DI ATAS. KERANA ITU ADALAH KITA TERMASUK SAYA. JIKA ITU ADALAH KITA, MAKA MARILAH KITA BERUBAHLAH. 

seperti maksud Ayat alQur'an:

"Sesungguhnya Allah idak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka"

Surah Ar-Raadu: Ayat 11 



No comments:

Post a Comment