BERITA SKOT DI SANA SINI DALAM BULAN OKTOBER DAN NOVEMBER
Sementera menunggu majlis perkahwinan anak skot Hj Azemi Mat Saud di Felda Villa (Jalan Semarak) pada 9 Nov depan, berikut adalah berita bergambar yang bersangkutan dengan aktiviti rasmi, separuh rasmi atau persendirian warga S37 sepanjang bulan Oktober dan November yang dapat direkodkan.
1
Skot Hazizan bertemu skot Johan Juan di Tawau pada 21 Oktober 2014
Skot Hazizan bertemu skot Johan Juan di Tawau pada 21 Oktober 2014
2
Satu Majlis Meraikan Warga Tentera dan Bekas Tentera Cedera Sempena HUT ATM ke 81 di Dewan Seroja pada 21 Okt 2014.
Semasa menghadiri majlis berpeluang bertemu dengan beberapa skot, antaranya Dato Zamrose, Dato Sanusi, Khairul Anuar dan Mohd Shah, Lt Kol (B). Nampak juga dari jauh skot Dato Seri Ahmad Hasbullah dan Dato Halim Jalal.
Skot Mohd Shah kehilangan sebelah kaki akibat kemalangan jalan raya semasa masih berkhidmat. Beliau kini menetap di kampung asalnya di Pengkalan Chepa, Kelantan.
duduk semeja dengan skot Khairul Anuar Komando
bergambar dengan skot Mohd Shah dan Dato Zamrose
3
Skot Hj Mohamad Yatim bertemu skot Kapt Abd Razak Majid (B) ketika bershopping di Aeon (Jaya Jusco) AU2 Keramat pada 23 Okt 2014.
Razak pada mulanya ditauliahkan dalam Kor Odnans DiRaja tetapi telah menyertai TUDM di hujung tahun 1980an kerana TUDM memeerlukan pegawai yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknikal persenjataan.
4
Skot Mardzuki dan isteri skot Zawiah mengunjungi rumah skot Nazli Alias di Telok Muroh, Lumut pada
24 Okt 2014
5
President and Vice President di Majlis Pelancaran Ambang Maal Hijrah
di MKWK pada 24 Okt 2014
6
Skot Raja Hj Zakaria bertemu skot Hj Nasir Sulaiman di HAT Mizan
pada 28 Okt 2014 semasa masing-masing mempunyai urusan perubatan di sana.
7
Pertemuan 2 Skot Armor
Skot Abd Razak (Presiden) bertemu skot Lt Kol Mohd Tahar Abd Razak dalam satu Majlis Makan Malam di Rumah Libur, PULAMOR Port Dickson pada 28 Okt 2014. Skot Tahar yang baru pulang dari Lubnan kini bertugas sepejabat dengan Tuan Presiden S37 di Jabatanarah Armor.
8
Panggilan Pulau
dengan skot Brig Jen Dato Hj Azlan Abd Rahman (Pengarah Infantri MK TD) selaku Pengerusi Sepak Takraw ATM yang bertugas menghadiri Sukan MAKSAK di Labuan
bersama skot Lt Kol Jasni Mohd Noor yang juga menghadiri MAKSAK selaku Setiausaha Sukan Squash ATM.
9
Aku menghadiri majlis perkahwinan anak skot Lt Kol Abdul Razak bin Mat TUDM pada 1 Nov 2014 di Level 2, Roof Garden Hotel, Plaza Jelutong, Bukit Jelutong
10
Beberapa orang skot kita turut menghadiri pengkebemian jenazah allahyarham Mej Jen Datuk Hj Razali bin Hj Ahmad (mantan Panglima 3 Divisyen, Melaka) di Tanah Perkuburan Islam Sikamat, Seremban pada hari Isnin, 3 Nov 2014. Alllahyarham meninggal dunia pada 2 Nov 14 di IJN setelah beberapa lama menjalani rawatan.
Allahyarham adalah graduan RMA Sandhurst, senior kepada TJP 37 tetapi sama-sama mengikuti Kursus MAKP di STPM Kota Belud bersama peserta Kursus Siri 1/1981 (TJP 37).
Semoga Allah melimpahi rahmat ke atas ruh allahyarham dan memberi ganjaran kepada yang mensolat dan menghantar jenazah hingga ke destinasi terakhir.
Presiden bersama skot Kol Hj Jaafar, Kapt (B) Abd Ghaffar dan Lt Kol Firdaus Quah
(inilah pertama kali aku melihat gambar skot Ghaffar sejak keluar dari SPK tahun 1981- khabarnya beliau menetap di Seremban)
dari kiri: Kol Hj Jaafar Marlan, Kapt (B) Abd Ghaffar, Hj Abd Razak (Pres), Mej (B) Mohd Husin Abdullah, Lt Kol Firdaus Quah dan Mej (B) Azmi Ismail
11
Pada 4 Nov 2014, S37 Golfers' Club telah mengadakan aktiviti riadah di Kelab Golf Tropicana, Petaling Jaya. Sebanyak 4 flight telah berjaya diorganized. Turut menyertai permainan hari ini ialah S37 Senior Member Lt Gen Dato Seri Ahmad Hasbullah.
.
mengisi perut sebelum memulakan permainan
12
Pada 6 Nov 2014, aku kena dan skot Yohanez detail untuk menghadiri satu majlis di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Secara peribadi, aku anggap majlis yang aku hadiri ini telah menjatuhkan imej dan kredibiliti warga tentera, khususnya PEGAWAI. Majlis ini dinamapak PTIWRBNM 2014 atau Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional seMalaysia 2014. Jelas sekali majlis ini bersifat khusus, iaitu satu program anjuran Persatuan/Kelab isteri Wakil Rakyat BN sahaja. Ia dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaludin (KJ).
Komen saya. Program ini jelas program sebuah PARTI politik. Kebetulan BN adalah parti yang memerintah sekarang. Komen aku ini langsung tidak menunjukkan maksud bahawa aku ANTI-KERAJAAN atau anti-BN. Ia bersifat akademik atau prinsip.
Majlis ini sebenarnya adalah Majlis perasmian kejohanan Badminton dan Tenpin Bowling untuk kelab-kelab isteri Wakil Rakyat BN Negeri-Negeri seluruh Malaysia. Tapi ia seolah-olah satu Majlis rasmi Kerajaan atau satu Kejohanan Sukan bersifat Nasional seperti SUKMA atau MAKSAK. Tetapi telah menggunakan tenaga anggota ATM. Anggota wanita TDM ditugaskan membawa bendera Negeri-negeri. Anggota wanita TLDM ditugaskan untuk membawa masuk bendera kejohanan sukan. Pasukan pancaragam TUDM ditugaskan sebagai pancaragam pengiring. Lengkap, ketiga-tiga perkhidmatan ATM telah terlibat. Apa pun aku tidak mempersoalkan kejohanan ini.
Aku bersama-sama beberapa pegawai kanan ATM lain telah menerima arahan untuk menghadiri acara ini secara rasmi. Ada 8 pegawai ATM (termasuk 3 pegawai wanita) telah hadir. Apa yang aku ingin persoalkan ialah, SEMUA yang hadir dalam acara ini ialah WANITA sama ada AJK Induk Kejohanan, isteri Wakil Rakyat BN, ahli Persatuan/Kelab isteri-isteri ATM (BAKAT) dan PDRM (PERKEP) dan Kementerian/Jabatan Kerajaan/Badan Berkanun lain dan KANAK-KANAK SEKOLAH dan TADIKA. Jika ada beberapa kerat kaum Adam adalah AJK Kejohanan/Sekretariat atau pengiring kontijen Negeri-negeri. Hadirin semua memakai pakaian sukan. Anggota tentera wanita yang ditugaskan untuk hadir sebagai penonton memakain pakaian sukan. Kita PEGAWAI dengan bangganya memakai UNIFORM. Tiada jemputan dari kalangan pegawai-pegawai (PTD atau sokongan) dari Kementerian lain yang kelihatan dalam stadium. KENAPA pihak ATM begitu bermurah hati menerima dan menghantar ramai pegawai dan anggotanya hanya sekadar untuk memenuhi kerusi penonton? Kehadiran ahli-ahli BAKAT diakui wajar. KENAPA profesionalisma warga ATM diperlekehkan sebegitu? Berapa punya banyak MAN-HOUR yang hilang sepanjang separuh hari di situ? Berapa harga IMEJ pegawai ATM untuk perlu menghadiri majlis seperti itu? DI MANA silapnya? Apakah STANDARD warga ATM hanya sekadar untuk mengisi kerusi untuk meramaikan majlis.
13
Majlis Perkahwinan Fatin Najwa binti Hj Azemi (anak Skot Lt Kol (B) Hj Azemi bin Mat Saud TUDM) di Felda Villa pada 9 Nov 2014.
Ini merupakan kali kedua skot Hj Azemi mengadakan majlis perkahwinan anaknya dalam masa setahun (2014). Pada 17 Ogos lepas, beliau mengadakan majlis untuk anak keduanya Nur Asyikin di Dewan Merak Kayangan Felda.
Tidak seperti kebanyakan majlis yang aku hadiri sebelum ini. Kali ini aku datang awal. Pukul 1200 sudah sampai ke lokasi. Selalunya aku akan sampai dalam jam 1430H kerana pada waktu tersebut sebahagian besar skot 37 datang. Selain dari mengelakkan hujan yang kerap turun sebelah petang, aku juga berhasrat untuk menemui group skot yang lain (yang suka datang awal).
Ketika aku sampai skot yang sudah ada ialah Mohd Nordin TPK, Che Jamal, Muhamamd Suhaimi dan Mazhar Palil. Kemudian datang pula Hj Sabri Shamsudin, Azih Abd Ghani, Saib Saiin, Nasir Chong dan Hj Hasaza Hanafiah.
Semasa aku bersiap untuk pulang kerana dah lebih sejam di sana, tiba pula kumpulan besar kedua seperti Norhaili Abd Latif, Mohd Suhairi Abdullah, Suhaimi Saad dan Abd Rashid Suhaime.
Yang lain, aku tak sempat bertemu. Namun alhamdulillah, berdasarkan gambar yang aku terima melalui telegram dan facebook, kehadiran agak menggalakkan.
Kumpulan pertama yang tiba dalam majlis
Nordin TPK, Che Jamal dan Mazhar
Nordin juga akan mengadakan majlis perkahwinan anak ketiganya pada 14 Feb tahun depan.
Che Jamal baru selesai bulan Ogos lepas. Shuhaimi dan Mazhar meneruskan doa agar anak bujang mereka segera dapat jodoh. Mana boleh jadi asyik meraikan majlis orang lain je.
Geng kumpulan awal
Susah nak bertemu Saib (baju hijau). Kalau nak dia datang majlis kena buat majlis antara 9 hingga 15hb sahaja. Itulah sahaja tarikh yang dia ada di Lembah Klang setiap bulan. hari lain dia ada di Kota Bharu. Pilihan lain skot kena buat majlis di Kota Bharu.
Khalid, Shuairi, Norhaili, Rashid dan Razak Mat
Apa yang Mus bengang sangat kat Azmi tu? Tengok muka macam nak gigit orang je
Dato Hazizan, pun nak menerima menantu pertama tahun depan. Rambut yang hilang dah sampai ke tengkuk, tapi tarikh masih belum ditemui
bila muka macam ni, macam-macam persepsi boleh dibuat. Mungkin Geram, Mungkin Stim...
Pak Pin ni bila datang single, macam-macam hal dia boleh buat. Kalau Mahadhiaq ada kat situ, aku boleh la agak, apa perkataan yang nak keluo dari mulut dia tu.
Aini dahaga & kehausan? Sampai dua gelas menu minuman? Ye lah Mekah kan panassss...
Suhaimi tu, layan-layan lah skot Aini tu...asyik syok sendiri main whatsapp jee
Selain wajah lazim seperti Pres Razak Hussain, Sohemi Hashim, Mustapha Ahmad, Hjh Aini Hitam (baru pulang dari Makkah), Dato Hazizan Ahmad, Jaudin Saad, Husin Abdullah, Mohd Ariffin Saimun, Azmi Hamid, Norzahari Zeelan, Mohd Yatim Mohd Nor, Lod Atan, Khairul Anuar, Razak Siran dan Halim Idris, kelihatan juga dalam gambar ialah Dato Sanusi, Hashim Hamzah, Razak Mat, Khalid Ismail, Hashim Hamzah, Jasni Mohd Nor, Datin Hamidah Hamidin, Lukman Abd Rahman dan Siti Zaliha Che Ros.
Hj Wahid dilaporkan hadir tetapi tidak ada kamera yang menangkap gambar beliau. Jadi, secara kasar seramai 40 skot yang hadir. Satu perkembangan yang amat menggalakkan.
Jaudin berkerut dahi kerana memikirkan majlisnya yang sepatutnya diadakan pada 29 Nov terpaksa ditangguhkan pada 14 Feb 2015. Dia bukan risau apa, lagi lama tangguh, lagi banyak perubahan bajet, lagi bocornya besar lubang poketnya.
Persidangan Majlis Ratu-Ratu Melayu S37 untuk mencari penyambut tetamu dan membincangkan pakaian thema untuk majlis 6 Dis di Dewan Seroja nanti di pengerusikan oleh Dr Zaimah Nasir
Jasni ni baru sampai ke mintak permisi nak balik
Pak Aji Lukman dan Mak Aji Aini yang baru pulang dari ibadah Haji turut hadir bersama skot-skot lain
Dari dulu Shohemi memang banyak cerita nak cakap. Dia tak kira samada ada orang nak dengar atau tidak. Hari ini dia bernasib baik kerana Halim sedia memberikan perhatian. Yang lain buat vodo je
pertemuan TIGA skot wanita, Hajjah Siti, Hajjah Aini dan Datin Hamidah
Persidangan meja bulat untuk mencari calun Presiden baru dah berpuluh kali dilangsungkan, namun sampai ke hari ini tak pernah ada keputusan. Peserta mesyuarat pun macam tak minat nak dengan amanat Presiden.
Dato Sanusi, selalu datang solo tak nak ajak Datin
Nak masuk jugak dalam gambar. Kalau tak menundukkan kepada mungkin dalam gambar ini Husin cuma nampak badan sahaja sebab kepala masuk dalam siling.
kumpulan kedua bersiap untuk pulang
Khalid, Shuairi, Norhaili, Rashid dan Razak Mat bergambar dengan bapak pengantin
kumpulan ketiga (kecuali Presiden)
Aini, Siti, Hamidah, Khairul Annuar, Razak Siran, Sanusi, Lod dan Yatim
antara hobi skot Husin ialah bergambar dengan pengantin. Katanya nak dapatkan aura.
Husin akan mengadakan majlis perkahwinan anaknya pada 1 Feb 2015
bergambar dengan bapak pengantin
Majlis Ratu-Ratu Melayu S37 bersama bonda Ratu Sehari
Kumpulan keempat, adalah kumpulan yang paling degil. Biasanya tuan rumah dah lipat meja dan kerusi baru nak bergerak keluar dewan, itu pun masih tak mau balik.
Dah petang yoppp...balik laaa.. nak tunggu Pak Guard Felda halau ke??
Hashim bewok tu nazar apa pulak? Menantu dah ada, cucu dah dapat.... Ooooh ye masih mencari calon untuk masuk Majlis Ratu-Ratu S37
kes sebenarnya ialah, skot-skot ni dah tak senang duduk dan berdiri, tapi the other part tu masih seronok bergebang...entah kat mana mereka berkumpul. Tak ada sapa yang berminat nak ambik gambar (baru perasan, rupanya si montel anak Shohemi yang biasa jadi paparazzi tu hari ni tak kelihatan. Patut gambo maknye kurang sangat dalam majlis ni.
Tahniah skot Hj Azemi!
yang menerima kehadiran menantu ketiga
.
14
Seminar Sana Sini
Pada 12-14 Nov 2014 aku menghadiri Seminar Pegawai Materiel di Awana Genting. Di hari pertama aku menjemput skot Hazizan yang mewakili Syarikat Rainbow Mellineum Sdn Bhd membuat promosi Smart Interactice Penal. Pada hari yang sama skot Tamilenty (Lt Kol TUDM) turut berada di sana kerana menghadiri Seminar Tahunan MPPLU di tempat yang sama.
Di Melaka pula Pegawai-pegawai Kejuruteraan mengadakan Seminar mereka.
Tinggal lima warga S37 yang masih berkhidmat dalam Cawang Kejuruteraan TUDM: Hj Sabri, Thian PK, Suhaimi dan Hj Hasaza (seorang lagi Asri sedang berkursus di Seoul, RKS)
Di Melaka pula Pegawai-pegawai Kejuruteraan mengadakan Seminar mereka.
Tinggal lima warga S37 yang masih berkhidmat dalam Cawang Kejuruteraan TUDM: Hj Sabri, Thian PK, Suhaimi dan Hj Hasaza (seorang lagi Asri sedang berkursus di Seoul, RKS)
bersama dua lagi S37 yang telah bersara; Hj Azemi dan Hj Othman
Pada 19 Nov 2014, aku dan skot Shuairi menghadiri satu Executive Talk di UPNM. Selepas majlis kami bertemu skot Mohd Ariffin yang bertugas di UPNM. kami sempat singgah bersembang dalam setengah jam di pejabat beliau di ALK.
15
Executive Talk UPNM
Pada 19 Nov 2014, aku dan skot Shuairi menghadiri satu Executive Talk di UPNM. Selepas majlis kami bertemu skot Mohd Ariffin yang bertugas di UPNM. kami sempat singgah bersembang dalam setengah jam di pejabat beliau di ALK.
16
Menziarahi Mantan Jurulatih SPK
Pada hari Sabtu, 22hb Nov 14, sekumpulan warga S37 telah mengambil inisiatif menziarahi mantan jurulatih Pegawai Kedet SPK 1980, SSjn Latipah di Taman Sunggala PD. SSjn Latipah semasa berpangkat Sjn adalah jurulatih dan SNCO penjaga Pegawai Kedet Wanita SPK 1980. Tak pasti bila beliau bersara. Setelah mendengar berita dari salah seorang skot, dan diwar-warkan dalam media komunikasi S37, skot2 mula berbincang untuk menziarahi. Lawatan tinjauan dibuat oleh skot Azlan Shah Aziz (yang tinggal di PD) dan diikuti oleh sekumpulan S37 (Pres Hj Razak, Shohemi dan Azmi serta isteri masing-masing) telah menziarahi Staff Latipah. Beliau yang menghidapi beberapa penyakit. Rombongan ziarah juga menyampaikan sedikit sumbangan wang tunai serta bahan nutrisi yang disumbangkan oleh skot Dato Hj Adnan.
Syukur alhamdulillah.
17
Hari Inovasi KEMENTAH
Pada 25 Nov 14, aku menghadiri Majlis Hari Inovasi dan Penyampaian AIKP 2014 di Auditorium KEMENTAH. Selepas majlis makan semeja dengan skot B/Gen Dato Hj Azlan dan Lt Kol Khairul Annuar RGKM.
Kebetulan, tahun ini aku adalah salah seorang dari Penal Pengadil dalam Kategori Pengurusan Kewangan.
.........
kita jumpa nanti pada 1 Dis 14 di Dewan Komuniti, Taman Koperasi Polis F2 dan 6 Dis 14
di Dewan Seroja MINDEF
No comments:
Post a Comment