SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Wednesday, April 1, 2015

CHAPTER 083 BERITA APRIL 2015

APRIL 
is FULL


Skot Holilul Shukri Warded

Hari pertama bulan April 2015 diisi dengan berita kurang menggembirakan untuk skot 37. Skot Holilulshukri bin Mohd Jais (Kapten B) telah menjalani pembedahan siku di HAT Tuanku Mizan. Skot Holilul mengalami kecederaan RETAKAN di siku kanannya akibat terjatuh. Pembedahan dilakukan untuk membuang sisa pecahan tulang yang tertinggal dalam dagingnya.

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.

Berita ini dimasukkan oleh anak beliau dalam laman facebook SPK INTAKE 37.

SKOT Holilul di wad HAT Tuanku Mizan

Seluruh warga S37 mendoakan semoga skot Holilul Shukri sabar dan tabah dengan ujian Allah ini dan didoakan agar segera pulih.



4 APRIL 15
MAJLIS PERKAHWINAN
ANAK HAJJAH MARMILAH BT MUNAJAT
DI CIDB CONVENTION CENTRE
BATU 2.5, JALAN CHERAS
PADA 4 APRIL 2015




Pada 4 April 15, skot Kapt (B) Hajjah Marmilah binti Munajat (bekas pegawai KPD) dan suami Lt Kol (B) Nik Rahimi mengadakan majlis perkahwinan anak beliau di CIDB Convention Centre, Jalan Cheras.

Kebetulan tarikh ini adalah sama dengan tarikh majlis perkahwinan anak skot Kapt (B) Dato Hazizan di Shah Alam.

Pelan asal: Jangka tiba sampai CIDBCC antara jam 1100- 1130H, dalam setengah jam kemudian bergerak ke Shah Alam untuk majlis skot Hazizan pulak. ITULAH PLAN YANG AKU SHARE DENGAN BEBERAPA SKOT LAIN YANG INGIN JUMPA DALAM MAJLIS YANG SAMA DAN BERGERAK SAMA KE SHAH ALAM.

TETAPI, pergi jemputan ke majlis Marmilah ni ada cerita tersendiri. Beberapa hari sebelum tarikh 4hb sampai, aku dah berulangkali tengok MAP dalam Google. Dekat dan mudah kira-kira 20 minit boleh sampai. Jalan Cheras walaupun bukan jalan biasa bagi aku, tapi aku dah beberapa kali melaluinya ke Hospital UKM dan juga ada majlis di Dewan YMCA. Aku tak gunakan GPS atau waze.

Aku bertolak dari rumah lebih kurang jam 1045H, Masuk jalan Cheras elok sahaja. Tiba dalam kawasan berhampiran (Batu 2 1/2, jenguk kanan kiri tak nampak pulak sign board. ke depan sikit. Bila lalu bawah jejantas, aku rasa macam dah terlepas. Nampat Stesen PETRONAS, aku berenti isi minyak. Aku tanya kat cashier tu mana CIDB CC. Dia tak tau. Aku tanya sekarang ni kat Batu berapa?. Dia jawab Batu 3. Jadi betul la aku dah terlepas sedikit.


ini bangunan yang disembunyikan dari pandanganku oleh David Copperfield

Aku ke depan lagi untuk cari U-Turn. Masuk punya masuk dah menjarah ke mana aku pun hilang arah. tak jumpa U-Turn. Semua jalan One-Way. Aku pun dah rasa terlajak jauh sampai ke Batu 5 atau Batu 6. Aku ambik Round About bawah flyover dan balik arah KL. Jalan dah mula sesak. Bila sampai tempat asal tadi aku berhenti tepi jalan tanya seorang pemandu teksi yang sedang menunggu penumpang, dia tat tau. Tanya dua anak dara yang sedang tunggu bas, pun tak tau. Aku berpuluh kali cuba menggunakan (setting) google map dalam hp aku tapi gagal dan gagal.

Aku jalan terus. Nampak stor teknikal DBKL. Aku masuk kiri, kerana dalam pemikiran aku,, CIDB tu milik JKR, mesti dekat dengan stor DBKL. Kawasan situ memang terkenal dengan kawasan tanah milik kerajaan yang menempatkan banyak kelengkapan JKR sejak zaman penjajah lagi.

Aku tanya dua India yang sedang berbual. Dia tunjuk arah. Aku ikut panduan yang diberi. Tapi entah macam mana, berdepan dengan simpang tiga. Aku telah tersalah pilih dan masuk ke kawasan sesak bandaraya. Rupanya dah masuk Jalan Pudu. TERLEPAS lagi.

Pusing punya pusing jam dah 1230H. Aku cari jalan keluar (Jalan Tun Razak) dan membuat keputusan untuk membatalkan misi ke majlis Marmilah, terus menuju ke Shah Alam.

ITULAH NASIB AKU HARI INI.

Aku hanya mengikuti perkembangan majlis skot marmilah melalui gambar-gambar yang diposkan oleh kengkawan dalam group Telegram dan Whatsapp.

Rupanya anak skot Marmilah yang berkahwin hari ini bertugas sebagai Inspektor Polis (Insp Nazirah) dan pasangan juga seorang pegawai PDRM (Insp Afiq).


  
yang awal sampai  
skot Azmi/steri, skot Nazli/isteri bersama tuan rumah Hj Nik Rahimi dan skot Hjh Marmilah  
skot Mazhar, skot Siti Hajar dan skot Rahim bersama ibu pengantin (skot Marmilah)  
skot Azmi dan isteri bersama ibu-bapa pengantin perempuan  

 
skot Wahid, Siti Zaliha, Norhaili, Hasnah, Halim dan Syed Azhar
  
skot Aizan, skot Hasnah dan skot Lolly Sabrina  
skot Aizan dan suami, skot Hasnah dan suami; dan skot Hamidah  

skot Mahadzir, skot Husin dan isteri  bersama skot Marmilah
  
Pres S37 dan isteri bersama tuan rumah  

TAHNIAH
SKOT HJH MARMILAH DAN keluarga



  selingan  
TAkzIAH

berlaku kemalangan sebuah helikopter jenis AS365N2 milik syarikat Cempaka Aviation jatuh terhempas dan terbakar di Kg Pasir Baru, Sg Lalang, Semenyih pada jam 1645H.... antara penumpang yang terbunuh ialah Tan Sri Jamaludin Mohd Jarjis (JJ), mantan Menteri Kewangan II.






4 APRIL 15
MAJLIS PERKAHWINAN
ANAK SKOT HAZIZAN
DI SEKSYEN 11. SHAH ALAM
(dipaparkan dalam CHAPTER 082)






10 APRIL 15
MAJLIS PERKAHWINAN
ANAK SKOT HAJI HASAZA
DI DEWAN MERAK KAYANGAN FELDA


Pada malam Khamis, 9 Apr 2015,  aku sudah membuat perancangan keluarga kerana pada hari Jumaat (10hb) malam ada Majlis Makan Malam bagi meraikan pegawai-pegawai kanan TUDM yang akan bersara. Manakala pada hari Ahad (12hb) ada jemputan majlis perkahwinan anak jiran sebelah rumah (Semi-D), Brig Jen Johar Razali Hj Ahmad TUDM di Dewan Seroja (BG Johar juga coursemate aku semasa kursus di MTAT tahun 1999.

Pelan asal, aku ialah akan balik Seremban pada pagi Sabtu dan balik ke KL sama ada Sabtu malam (lepas Isyak) atau pagi Ahad.

Pada pagi Jumaat itu, aku mendapat maklumat tidak rasmi bahawa Majlis Dinner TUDM telah ditangguhkan ke 15 April. Jadi aku pun message isteriku untuk balik ke Seremban pada petang atau malam Jumaat tersebut dan balik KL Sabtu malam. Tapi isteriku memberi maklum balas bahawa isteri skot Kol Hj Hasaza TUDM (KSS MPBU) ada menelefon supaya datang ke majlis perkahwinan anaknya di Dewan Merak Kayangan (Felda) pada malam tersebut. AKU PUN TERPERANJAT, kerana tidak mendengar khabar berita langsung bahawa skot Hasaza akan mengadakan majlis tersebut. Pelik juga, kerana skot Hasaza bukan sahaja skot aku tapi buddy-buddy aku semasa lebih 4 tahun di MLU. Sama-sama tenggelam timbul.

Setelah mendapat pengesahan dari Lt Kol Huzaipah (MPBU), aku pun menukar agenda.

Jadi, aku adjust pergerakan hari itu. Selepas Maghrib aku menghadiri majlis skot Hasaza dan terus ke Seremban selepas keluar dari dewan.

Masa jemputan agak berbeza dari yang lain, iaitu bermula dari jam 1845H di bawa sehingga jam 2245H.

Atas beberapa sebab, majlis ini tidak dibuka kepada semua warga S37. Skot yang aku jumpa cuma Kol Hj Sabri Samsudin TUDM (CO ITAS). Yang lain aku tak temui (mungkin mereka sudah balik atau belum sampai. Skot jurutera TUDM seperti Kol Ir Aseri, Kol Suhaimi mesti menerima jemputan. Skot Hj Azemi kini sedang bercuti di Austria. Skot Shuairi, Yohanez, Dato Sanusi, Dato Kamalruzaman, Khairil Asri pun aku tak temui.

Tahniah Hj Hasaza, semoga majlis berjalan lancar dan dirahmati.


TAHNIAH
SKOT HJ HASAZA DAN KELUARGA



    Selingan     




13 APRIL 15
Pada 13 April 15, aku bertemu dengan salah seorang Jurulatih (Semboyan) semasa di SPK (1980), Kapt Lim Eng Tai (bersara Lt Kol)



15 APRIL 15
menghadiri Majlis Makan Malam Meraikan Persaraan Pegawai-pegawai Kanan TUDM di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM


17 APRIL 15

Tiga skot bertemu di Affin Bank MinDef (Safri, Jasni dan Husin)


18 APRIL 15
MAJLIS PERKAHWINAN
NUR AMALIA BINTI MOHAMMAD ZUKI
DI SHAH ALAM CONVENTION CENTRE
4, JALAN PERBANDARAN
PADA 18 APRIL 2015



Pada 18 April 2015, sampai giliran skot Mohamad Zuki mengadakan majlis perkahwinan puteri sulungnya, Nur Amalia. Majlis diadakan di Grand Ballroom, SACC, Jalan Perbadanan, Shah Alam.

Skot Zuki adalah bekas pegawai TUDM. Setelah menamatkan latihan pegawai kedet beliau mengikuti latihan penerbangan di PULATIBANG 1 TUDM Alor Setar dan kemudiannya terpilih mengikuti latihan penerbangan di New Zealand.  Dalam tahun 1982 beliau tidak meneruskan perkhidmatan dalam TUDM kerana menghadapi masalah kesihatan. 

Setelah menamatkan perkhidmatan, beliau melanjutkan pengajian ke ITM Shah Alam dalam bidang Sains Komputer. Setelah menamatkan pengajian, beliau  menyertai sebuah syarikat USA sebelum menyertai Malayan Banking. Beliau meninggalkan Maybank untuk menjalankan perniagaan sendiri dan kini menetap di Subang Jaya.

Majlis perkahwinan anak skot Zuki di dakan di waktu malam dan undangan terhad berdasarkan skot yang memberikan maklum balas sahaja.

Sehingga 17 Apr 15, hanya 10 orang skot sahaja yang memberi maklum balas.


.  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  


Skot yang hadir ialah:
  1. Dato Hazizan Ahmad dan isteri
  2. Toharudin dan isteri
  3. Lokman Abdullah dan isteri
  4. Che Jamal 
  5. Aminuddin dan isteri
  6. Hazman
  7. Hj Wahid dan isteri
  8. Khalid Ismail dan isteri
  9. Razak Siran dan isteri
  10. Halim Idris dan isteri
  11. Mohd Sabari dan isteri

TAHNIAH
SKOT hj zuki serta keluarga



26 APRIL 15
MAJLIS PERKAHWINAN
MOHD NOR FAIZAD BIN KHADARI
DI NO 61, JALAN ST 1D/1, TAMAN CEMPAKA,
BANDAR BARU SALAK TINGGI,
SEPANG, SELANGOR


Skot Khadari bin Yaacob dulu di Bn Jebat semasa di SPK. Beliau ditauliahkan ke RAMD. Selepas ditauliahkan, tiada berita mengenainya. Kemunculan pertama ialah dalam tahun 2005 semasa reunion di de Palma Hotel. Kebetulan, aku masih lost contact dengan S37 semasa reunion itu. Kali pertama aku menyertai reunion S37 adalah dalam tahun 2006. Selepas itu dia hilang. Sepanjang tempoh berpuluh kali reunion serta majlis perkahwinan anak-anak skot dia adakan, Khadari tidak pernah muncul.

Pada 19 April, skot Hj Jaafar Pangat menghantar mesej dalam telegram group S37 yang memanjangkan jemputan perkahwinan anak sulungnya di rumah beliau di Taman Cempaka, Bandar Baru Salak Tinggi. 

Skot Khadari adalah bekas pelajar AFATS (SPPAT) intake ke 10. SeAngkatan dengan skot Jaafar, Mahadzir, Ahmad Ismail, Yusof Awang, Husin, arwah Idrus, Abu Bakar dan lain-lain.

Aku yang sejak petang semalam (25 April) berada di rumah Seremban. Selepas menghadiri majlis pertunangan anak saudara isteriku di Seri Hartamas, aku terus pulang ke rumah Seremban. Dan sememangnya aku telah memasang niat untuk menghadiri majlis skot Khadari, walaupun aku tahu dan yakin, beliau pasti tidak dapat mengenali aku lagi. Demi S37. Seahri sebelum itu beberapa skot (seperti Razak Siran, CJ dan hazman) telah bersetuju untuk hadir mengikut kesesuaian masa masing-masing.


Skot 10 AFATS cum S37 yang datang awal
Yusof Awang, Ahmad Ismail, Che jamal, Suhaimi Saad dan Jaafar Pangat (orang kuat MPSepang)

pertemuan pertama setelah berpisah 35 tahun yang lalu
berkesempatan bergambar dengan tuan rumah suami isteri 
  

Shohemi, Mahadzir, Khalid dan Hazman
  

dari kiri: Hazman, Shohemi, Khadari, Suhaimi dan Khalid

dari kiri: isteri Suhaimi, isteri Khalid, isteri Khadari dan isteri Suhaimi
  

tiga sekali ye skot....oooo...untuk isteri dan anak ye

Inilah yang dikatakan 'esprit de'Corps' walaupun skot Khadari selaam ini tidak pernah muncul dalam mana-mana aktiviti (kali terakhir 2005), demi nama 'SKOT 37' masih tetap ramai warga S37 yang hadir dalam majlis perkahwinan anak beliau (terutama S37 dari kalngan AFATS Intake 10). Antara yang hadir:

  1. Hj Jaafar Pangat
  2. Mohd Yusof Awang
  3. Suhaimi Saad
  4. Che Jamal Othman Shah
  5. Hj Saiful Bahri Abdullah
  6. Mahadzir Hashim
  7. Hj Ahmad Ismail
  8. Hj Abd Razak Siran
  9. Toharudin Ab Rasid
  10. Ahmad Azan Ridzwan
  11. Mohd Khalid Ismail
  12. Hazman Ahmad
  13. Shohemi Hashim
  14. Muhd Suhaimi Hj Ashari
TAHNIAH
SKOT khadari dan keluarga


majlis mei 15




  • Majlis Perkahwinan anak Skot Kapt (B) Hjh Zaleha Haron     di Taman Rasah Jaya, Seremban pada 2 Mei 15; 



  • Majlis Perkahwinan anak Skot Lt Kol Syed Azhar Syed Abu     Bakar di Dewan Seroja MINDEF pada 2 Mei 15 ; 

  • Majlis Perkahwinan anak skot Lt Kol (B) Mohd Hanafiah         Mohd Ramli pada 3 Mei 15; 
  •  
  • Majlis Perkahwinan anak skot Lt Kol (B) Ir Hj Mohd Nasir        bin Sulaiman pada 16 Mei 15; dan

  • Majlis Perkahwinan anak skot Lt Kol Khalid bin Ismail di         Pulau Meranti pada 31 Mei 15.




  • No comments:

    Post a Comment