.
SPECIAL TRIBUTE
TO 'SKOT'
DATO HAZIZAN AHMAD
MAJLIS PERNIKAHAN
IBNU FIRQHUD BIN DATO HAZIZAN
DI TH02, MENARA KL
PADA 7 MAC 2014
Kesah bermula pada 30 Ogos 2014 apabila beberapa orang skot telah diminta oleh skot Dato Hazizan untuk menyertai rombongan meminang untuk anak sulung beliau Ibnu Firqhud. Keluarga gadis idaman Ibnu Firqhud tinggal di Taman Ampang Indah, Ampang.
Ketua rombongan peminangan ialah skot Hj Abdul Razak (Presiden S37).
Maka secara separuh rasmi, skot 37 telah membentuk satu team MASYARAKAT KAMPUNG yang mengutamakan kerjasama dan perundingan dalam apa-apa jua aktiviti, apa lagi yang melibatkan nikah kahwin.
Bukan mudah untuk membentuk satu KESEPAKATAN hingga ke peringkat urusan keluarga bagi rakan-rakan dari pelbagai latar belakang, tinggal berjauhan dan hanya kenal selama setahun (itu pun bukan tinggal satu bumbung atau dorm seperti sekolah asrama penuh) kira-kira 34 tahun yang lalu. Ia memerlukan pengorbanan yang berganda.
Tentang bagaimana sepuluh orang ini terpilih untuk memulakan group ini tidaklah terdapat kriteria tertentu. Pastinya itu hanya skot Hazizan sahaja yang tahu. Mungkin beliau sudah selesa untuk berurusan dengan individu yang berkaitan atas alasan tersendiri. Macam skot dari RAMD mungkin beliau kenali sejak awal perkhidmatan, Tapi, macam aku, semas kedet di SPK pun aku tak berapa kenal sangat dengan beliau. Kami tak pernah bertemu sejak terpisah di hujung latihan di SPK (Januari 1981). Pertemuan pertama hanya berlaku dalam tahun 2006 apabila aku buat pertama kalinya menyertai majlis reunion di Mes Pegawai RSD di Jalan Ampang. Selepas itu, kami bertemu sesekali sahaja.
Keakraban kalangan skot 37 ini hanya bermula di tahun 2009/2010 apabila satu demi satu warga S37 mengadakan majlis perkahwinan anak-anak mereka. Diikuti usaha membuka group dalam facebook (2009). Dari satu kumpulan kecil, satu demi satu warga S37 menyertai facebook. Kemudian kami membuka pula group dalam watsapp dan telegram. Bermula disitulah hubungan semakin akrab.
Pada masa ini, keahlian yang menjadi PEMULA kepada Team Keluarga S37 adalah seperti berikut:

- Skot Abdul Razak bin Hussain (President Kelab S37) (KAD) dan isteri Zuraini.
- Skot Shohemi bin Hashim (RAMD) dan isteri Rosnah.
- Skot Azmi bin Abd Hamid (RAMD) dan isteri Suraya.
- Skot Toharudin bin Abd Rasid (TUDM) dan isteri Adibah.
- Skot Mustapha bin Ahmad (KPD) dan isteri Hanita.
- Skot Mohamad Yatim bin Mohd Nor (RAMD) dan isteri Fauzia.
- Skot Mohd Sabari bin Said (TUDM) dan isteri Sarifah.
- Skot Mohd Nasir bin Abdullah (RRD) dan isteri Dr Zaimah.
- Skot Norzahari bin Zeelan (KPD) dan isteri Rozana.
- Skot Alias bin Hamdan (TUDM) dan isteri Nor Asniah.
Jumlah ini kadang kala bertambah seorang dua (secara tidak menentu) mengikut keadaan dan kelapangan masa.
Hazizan berasal dari Kuala Nerang, Kedah dilahirkan pada 5 Mei 1961. Ditauliahkan bersama TJP37 pada 24 Januari 1981 ke Rejimen Askar Melayu DiRaja.
Beliau berkahwin dengan Datin Zawazir binti Mahmud dan dikurniakan 4 orang anak, 3 lelaki dan seorang perempuan.

Rombongan Peminangan pada 30 Ogos 2014
Selepas majlis peminangan, skot Dato Hazizan mengadakan satu lagi perjumpaan di sebuah restoran milik anak beliau di Plaza Damas, Seri Hartamas pada 21 Dis 2014. Perjumpaan ini adalah sebagai setting awal kumpulan yang akan membantu beliau dalam majlis perkahwinan yang dijangka pada bulan April atau Mei 2015.
Candle Light Dinner di Proxy Kitchen Plaza Damas pada 21 Dis 14
Lanjutan dari rombongan peminangan yang telah dilaksanakan pada 30 Ogos 2014 (tahun lalu) maka persetujuan telah dicapai antara keluarga skot Dato Hazizan (dan Datin Zawazir) dengan keluarga sebelah perempuan, bahawa tarikh pernikahan diadakan pada 7 Mac 2015 di TH02, Menara KL, Jalan Puncak off Jalan P.Ramlee pada jam 1000H.
Beberapa orang skot (dan pasangan) telah dijemput oleh skot Hazizan untuk menyertai rombongan keluarga perempuan.
Skot yang terlibat adalah Abd Razak Hussain (Pres S37), aku, Shohemi, Alias, Sabari, Mustapha, Azmi Hamid, Shuairi, Norzahari dan Mohamad Yatim.
Team Suri Keluarga S37
MESYUARAT AJK KERJA
MAJLIS RESEPSI PERKAHWINAN
IBNU FIRQHUD BIN DATO HAZIZAN
DI NO 14, JALAN TARIAN 11/2, SHAH ALAM
PADA 21 MAC 2014
Tarikh ini adalah Majlis Resepsi Perkahwinan dua orang anak skot Adi Mazlin Marmuji diWisma MBSA Shah Alam. Maka kami mengambil keputusan supaya mesyuarat diadakan sebaik sahaja selesai menghadiri majlis di Dewan MBSA.
Selesai menghadiri majlis di Wisma MBSA kami bergegas keSek 11 (rumah Hazizan) dan kami bersolat Asar di Surau Seksyen 11. Selesai solat kami berkumpul semula di rumah Hazizan, dijamu dengan meehun sup special.
Mesyuarat selesai sebelum Maghrib dan kami bertolak ke surau sekali lagi untuk solat Maghrib berjemaah. Selesai solat, masing-masing berpecah pulang ke sedtinasi masing-masing.
MAJLIS RESEPSI PERKAHWINAN
IBNU FIRQHUD BIN DATO HAZIZAN
DI NO 14, JALAN TARIAN 11/2, SHAH ALAM
PADA 4 APRIL 2015
Secara kebetulan tarikh majlis resepsi perkahwinan Ibnu Firqhud bin Hazizan bertindan dengan tarikh perkahwinan anak skot Hajjah Marmilah di CIDB Convention Centre, Jalan Cheras.
Seperti yang aku ceritakan dalam Chapter 082, misi aku (dan isteri) untuk menghadiri majlis skot Marmilah di CIDB Convention Centre telah gagal. Kelemahan dan kebodohan aku sendiri yang menyebabkan aku melalau berpusing-pusing (sesat) di kawasan sekitar CIDB sahaja. Tak jumpa.
Gagal menemui CIDB aku terus pecut ke Shah Alam untuk menghadiri majlis kedua. Sampai tepat masuk waktu Dzohor, dan aku terus ke Surau Seksyen 11 dan bersolat jemaaah di situ.
Samapi rumah skot Hazizan lebih kurang jam 1415. Masa aku tiba, sudah ramai skot yang sampai. tapi aku datang untuk berkhidmat kepada tuan rumah. Bukan sekadar untuk menajdi tetamu sahaja.
.
Dato Hazizan dan Datin Zawazir bersiap sedia menanti kehadiran para tetamu
Bila orang China pakai baju Melayu..... mana dia tau baju Melayu ni ada butang.
Penyambut tetamu Shift pertama pun telah bersiap sedia membantu di pintu timur
satu lagi kumpulan untuk pintu barat
Masing-masing nak tunjuk sayang bini
Salihudin datang awal.....datang nun jauh dari Melaka
makan Din, makan... nak balik jauh, nanti kebuloq pulak
Dua orang rag aku mana boleh jadi niii.... ada ke Shohemi kata perut aku dah boroi...
menanti kedatangan tetamu di pintu timur. bersama Naib Penghulu (Taiko) Sek 11.
depa nak berposing dengan Kak Ton (penyanyi tahun 70an Zaiton Sameon)
pink ladies, lima orang lima fesyen, perempuan ohhh perempuan
ishhhhh shukenyer diaaaaa
orang dok sibuk layan tetamu, budak ni sibuk cari siput kat kebun belakang rumah orang
ishhhhh shukenyer diaaaaa
orang dok sibuk layan tetamu, budak ni sibuk cari siput kat kebun belakang rumah orang
Perghhhh...Taiko Sek 11 berehat melepaskan lelah sambil menikmati ais krim
Shohemi ingatkan si Jaudin, dia cocok kat pinggang, menjerit kawan tu kegelian...opps rupanya Lolly....
Team Wawasan Pink 37 sedang roll call. Mahadzir macam biasa, komplen tak dapat uniform
skot Hanafiah dan Syed Azhar: dua-dua tengah memancing undi kerana dua-dua akan mengadakan majlis perkahwinan anak mereka pada 2 Mei depan
dalam kemeriahan majlis ada juga yang begitu serius dalam perbincangan. Tajuk GST la kot??
ek elehhhh, manjanya si Ipin niii...entah apa yang yang dia syok sangat kat pipi Tok Zizan tu
Pink ladies merekrut ahli baru
bersama Naib Penghulu cum Chief Security of Section 11, skot Lokman
yang fesyen tak pernah ikut trend majlis ialah skot Hj Wahid
antara yang masih berada di lokasi selepas jam 1500H
tengok la abang-abang ni, ada 10 orang, semua fesyen sama, semua cekak musang lima butang.
Skot 37 yang hadir pada majlis ini ialah:
- Skot Hj Mohd Zuki Abd Rahman
- Skot Hj Salihudin
- Skot Hj Abdul Razak Presiden
- Skot Toharudin
- Skot Hj Mohamad Yatim
- Skot Mustapha
- Skot Nasir Chong
- Skot Mohd Sabari
- Skot Azmi
- Skot Alias
- Skot Nazli
- Skot Ariffin
- Skot Norzahari
- Skot Hamidah
- Skot Nor Sabrina
- Skot Hasnah
- Skot Rahim
- Skot Hjh Aini
- Skot Siti Hajar
- Skot Khairudin Zahari
- Skot Hj Hairudin Mokri
- Skot Khairul Anuar
- Skot Nor Azmi
- Skot Roslan Shaari
- Skot Roslan Kadak
- Skot Syed Azhar
- Skot Che Jamal
- Skot Mohd Khalid Ismail
- Skot Mahadzir Hashim
- Skot Lokman Abdullah
- Skot Mohd Husin
- Skot Norhaili
- Skot Muhamad Suhaimi
- Skot Hj Zainal Abidin
- Skot Hazman
- Skot Hashim
- Skot Mohamad Shuairi
- Skot Mohd Jaudin
- Skot Hj Abd Wahid
- Skot Mazhar
- Skot Hj Raja Zakaria
- Skot Razak Mat Salim
Aku rasa lebih dari 50 skot yang hadir, ada antaranya yang tidak dicatatkan namanya (JANGAN TERKILAN) kerana tiada wajah mereka dalam mana-mana gambar di atas dan tidak disebut nama sepanjang perbualan antara skot sehingga tamat majlis. Atau aku yang lupa.
Kurang pasti antara skot-skot 37 yang berDato, siapa yang hadir. Tapi kita semua akur dan amat memahami komitmen sahabat-sahabat yang sudah masuk kategori ini. Mereka mempunyai rangkaian tugas dan komitmen yang lebih besar dan luas yang perlu diberi keutamaan.
Tapi diakui bahawa pada tarikh 4hb April memang banyak sekali jemputan majlis perkahwinan. Kalau tak betul-betul ikut movement order, akan terlepas satu atau dua atau lebih majlis. Contoh yang paling jelas ialah diri aku sendiri.
Beberapa skot seperti Nordin TPK, Lod Atan dan Azih ada menghantar mesej lebih awal tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen lain.
DATO HAZIZAN DAN DATIN ZAWAZIR
.
No comments:
Post a Comment