SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Sunday, May 3, 2015

TJP37084 MEI S37 YANG MERIAH

mei 2015 
tetap meriah untuk s37

BULAN MEI bermula dengan cuti hujung minggu panjang. 1hb Mei adalah Hari Pekerja (cuti umum) bersambung dengan hari Sabtu dan Ahad. Kebetulan hari Ahad (3hb Mei) adalah Hari Vesak. Maka cuti umum dibawa ke hari Isnin.

Pada 2 Mei 15, terdapat 3 jemputan perkahwinan dan dua darinya adalah warga S37. 

  1. Lt Kol Syed Azhar bin Syed Abu Bakar (KRD) di Dewan Seroja, MINDEF.
  2. Kapt (B) Zaleha binti Haron (ex KPA(Gaji) di Taman Rasah Jaya, Seremban.
  3. Mej Ahmad bin Dolah TUDM (Pegawai Materiel) di Dewan Delima, SMK Senawang, Taman Marida, Senawang.
Oleh kerana ada dua jemputan di Seremban aku terpaksa mengorbankan jemputan skot Syed Abu Bakar di KL. Kalau aku singgah di Dewan Seroja, baru ke Seremban mungkin terlepas salah satu jemputan di Seremban.

Aku bertolak dari KL pada jam 1030H dan tiba di rumah Seremban lebih kurang jam 1200H. Setelah solat Zohor aku bertolak ke Taman Rasah Jaya.  

.

Majlis Perkahwinan anak Skot Kapt (B) Hjh Zaleha bt Haron 
di Taman Rasah Jaya, Seremban 
pada 2 Mei 15 



Skot Zaleha Haron ditauliahkan ke dalam Kor Perkhidmatan Am (KPA) Bahagian Gaji. Beliau bersara dalam pangkat Kapten sama ada di akhir tahun 1990an di awal tahun 2000n. Kebetulan suami Zaleha, Lt Kol Hj Hussin bin Aliman adalah bertugas dalam pejabat yang sama dengan aku di MK ATM-KOMLEK.

Aku bertiga bersama isteri dan anak lelakiku, Muhammad Heikal Fawwaz.


Jarak antara Taman Ampangan dengan Taman Rasah Jaya tak la jauh sangat, mengikut GPS google cuma 27 minit sahaja. Sampai kawasan TRJ, GPS tunjuk okay sahaja. Tapi sampai satu destinasi, GPS pun dah tak tau nak ke mana. Maka masa yang cari kawasan secara manual. Hampir setengah jam juga masa dibuang.


Sampai rumah Zaleha aku cuma dapat bertemu dengan skot Rahim dan isteri skot Siti Hajar, dan skot Ahmad Ghazali Puteh. Semasa berjalan kaki ke arah kereta untuk pulang, berselisih dengan skot Azmi dan isterinya Suraya.


Tapi sebelum aku sampai, dikhabarkan beberapa skot telah pun pulang seperti Datin Hamidah, Siti Zaliha, Saiful Bahri, Marmilah. 


Dalam majlis ini, aku dan isteri diberi penghormatan untuk menepung tawar pasangan pengantin.




Pasangan tuan rumah bersama pasangan skot Marmilah dan pasangan skot Siti Hajar

skot Zaleha bersama skot Siti Zaliha dan skot Hamidah

skot Saiful Bahri dan isteri bersama Zaliha dan Hamidah

menikmati hidangan

bersama pasangan skot Ahmad Ghazali Puteh

bersama pasangan ibu bapa pengantin

tahniah skot hjh zaleha 
dan lt kol hj hussin



Majlis Perkahwinan anak Skot Lt Kol Syed Azhar Syed Abu Bakar 
di Dewan Seroja MINDEF pada 2 Mei 15


Syed Azhar ditauliahkan ke dalam Rejimen Gerakhas Malaysia (RGKM atau Komando). Bagaimanapun semasa berpangkat Mejar, beliau telah bertukar ke Kor Risik DiRaja (KRD). Beliau tinggal di OMQ Desa Wangsa Keramat.

Aku sememangnya agak terkilan tidak dapat meraikan majlis Syed Azhar. Syed pernah berjiran blok semasa kami sama-sama berpangkat Mejar di Blok JKR (OMQ MINDEF yang lama). Kebetulan beliau adalah bersaudara dengan Ayong (Sharifah Zabedah), kakak angkat aku yang tinggal di Bukit Keramat (semasa aku menjadi pelajar UTM dan tinggal di rumah sewa di situ dalam tahun 1978/79). Tapi apakan daya, keadaan tidak mengizinkan. 

Gambar-gambar warga S37 sepanjang majlis perkahwinan anak skot Syed Azhar diterima melalui rakan-rakan yang hadir.
.
  
 
Shohemi dan Lod cuba nak match dengan warna skema tuan rumah 
  
  
mungkin alas meja ni disponsor oleh Shohemi dan Rosnah!
 
lama sungguh tak jumpa skot Penghulu TTS Bukit Broga ni (kanan sekali), rasanya sejak 2013
  
  
 
  
  

  
  
.
Alhamdulillah, ramai yang dapat hadir dalam majlis skot Syed Azhar. Kelihatan juga  wajah yang sudah agak lama tidak muncul juga ada hadir seperti skot Azman Anuar. Kalau berdasarkan gambar-gambar yang diterima, muka yang sama juga.


tahniah skot syed azhar
dan puan roziah


    Majlis Perkahwinan anak skot Lt Kol Mohd Hanafiah bin Mohd Ramli (B) 
    di Desa Tun Hussein Onn, Cheras 
    pada 3 Mei 15 
     .
    Hari ini, 3hb Mei 2015, aku mempunyai tiga jemputan majlis perkahwinan.
    1. Lt Kol Mohd Hanafiah bin Mohd Ramli (B) di Desa Tun Hussein onn, Cheras.
    2. Lt Kol Mohd Shah bin Abd Razak di Kem Paya Jaras, Sungai Buloh.
    3. Lt Kol Nasharudin bin Che Om di Kem Wardieburn, Setapak.
    Skot Mohd Hanafiah ditauliahkan ke dalam RAMD dan bersara wajib pada tahun 2015 dalam pangkat Lt Kol. Kini berkhidmat dengan LTAT.

    Aku bertolak dari Seremban lebih kurang jam 1130H dan sampai di BTHO kurang dari sejam. Kali ini panduan oleh GPS agak tepat. Alhamdulillah.

    Semasa aku tiba, skot Holilulshukri dan keluarga baru keluar dari khemah untuk pulang. Skot B/Gen Datuk Hj Romlee dan keluarga sedang menikmati hidangan.

    Selesai menjamu selera, aku tidak dapat menunggu lama kerana ada dua lagi majlis yang perlu dihadiri.

    Semasa aku keluar dari khemah, skot Siti Zaliha dan keluarga baru sahaja sampai dan diikuti dibelakangnya oleh skot Hj Abdul Razak (Presiden S37) dan isteri.



    antara yang paling awal, Datuk Hj Romlee 
      
      

    untuk skot Husin, bergambar dengan pasangan pengantin adalah wajib
    (katanya untuk mendapat semangat baru) 
      
     
    Hang Jebat pakai HIJAU, Hang Kasturi pakai MERAH, Hang Tuah tak ada baju KUNING 
      
      

      
      

    antara insan yang KADANG-KADANG kelihatan,
    skot Baharudin, tertelan tulang daging panggang masak lemak

    pasangan intim yang murah senyuman 

    yang amsih berkhidmat dan yang telah bersara

    tiga Mak Dara Pingitan

    engkau lah skot engkau lah sahabat
    S37 berpisah tiada 

    merah dan hijau jadi pilihan hari ini 

    okay skot, kita jumpa lagi pada 16hb nanti

    ini Clearance Troop
    skot Jasni (tokey Air Kangen) dah nak pencen ni dah mula rajin pakai baju Melayu niiiii...


    tahniah skot mohd hanafiah 
    dan puan rosni

    Selesai majlis skot Hanafiah, aku terus memecut ke arah hiway PLUS ke arah utara, keluar exit Sungai Buloh untuk menghadiri majlis Lt Kol Mohd Shah, Pegawai Memerintah RPS di Dewan Pancar Sakti, Kem Paya Jaras.

    Alhamdulillah lalu-lintas berjalan lancar. Sampai di KPJ dalam jam 1400H dan terus menuju ke Surau Kem sebelum masuk ke dewan. 

    Semasa masuk ke dewan, kebetulan AKS KOMLEK, Laksma Dato Aris dan Datin sedang makan. Kami makan semeja.

    Selesai majlis Mohd Shah kami terus memecut arah pulang menuju je Kem Wardieburn, Jalan Setapak untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Lt Kol Nasharudin Che Om. Lt Kol Nasha merupakan ahli kariah Surau Luqman al Hakim. Beliau dan isteri Puan Norjana merupakan ahli kariah yang rajin bersolat jemaah di surau.

    Alhamdulillah, aku sukses menghadiri ketiga-tiga jemputan pada hari ini.

    .....selingan 


    bertemu skot Dato Zamrose dan Suhaimi semasa menghadiri majlis perkahwinan anak Mej Jen Dato' Mohammad Saleh Osman TUDM (AKS PP Mk ATM)



    Majlis Perkahwinan anak skot Lt Kol Ir Hj Nasir bin Sulaiman (B) 
    di D'Saji KL, Taman Tasik Titiwangsa 
    pada 16 Mei 15 
    .
    Hari ini 16hb merupakan Hari Guru. Bukan Cuti Umum. Cuma mengingatkan aku semasa zaman persekolahanku di STMI, Pt Saidi antara tahun 1972-1976. Sudah lama, 40 tahun lebih.

    Hari ini ake ada dua jemputan majlis walimatul urus, iaitu Lt Kol Ir Hj Nasir bin Sulaiman (skot aku) dan Brig Jen Hj Abu Sufian bin Ahmad (RAJD). Brig Jen Abu Sufian adalah Pengarah Geospatial Pertahanan di JUPEM. Beliau adalah rakan jemaah Surau Luqman Hakim.

    Ir Hj Nasir, selain skot aku, Hj Nasir adalah coursemateku semasa mengikuti kursus di MTAT pada tahun 1999.

    Kebetulan, hari itu isteriku ada aktiviti Hari Ibu anjuran BAKAT (KOMLEK) di Flora Cafe, AmpWalk, Jalan Ampang bermula jam 1500H. Jadi aku kena selesaikan kedua-dua jemputan sebelum jam 1400H.

    Aku keluar dari rumah lebih kurang jam 1045H ke majlis perkahwinan anak skot Hj Nasir di Restoran D'Saji (Restoran Terapong), Taman Tasik Titiwangsa.

    Aku dan isteri merupakan SKOT yang pertama sampai ke majlis tersebut.

    Setelah selesai menikmati hidangan, lebih kurang 1130H aku beredar keluar dewan. Semasa aku keluar aku bertemu dengan skot Che Jamal. Maka, aku tak jadi balik. Aku masuk balik ked ewan untuk menemankan beliau makan. Semasa kami makan, skot Khalid pula sampai dan diikuti oleh skot Suhaimi Saad.

    .
      
      
      


    Lebih kurang jam 1215H, aku bergerak keluar untuk ke majlis Brig Jen Hj Abu Sufian di Dewan Dato Othman Harun, Kem Wardieburn. Semasa berjalan keluar, aku berselisih dengan skot Hj Mohamad Yatim.

    Selepas aku pulang, ramai juga warga S37 yang sampai. Aku hanya mengumpulkan gambar yang diterima melalui Telegram Group.
      
      
      
      
      
      
      
      
      
      
      
    .

    tahniah skot hj nasir 
    dan puan hjh rahmah


    .
    Majlis Perkahwinan anak skot Lt Kol Khalid bin Ismail (RSD) 
    di A Park, Kg Pulau Meranti 
    pada 31 Mei 15 



    Hari terakhir bulan Mei 2015 dilangsungkan Majlis Perkahwinan anak skot Lt Kol Khalid bin Ismail di 'A' Park, Kampung Pulau Meranti. Berhampiran dengan Cyberjaya, Puchong.

    Aku sepatutnya bercuti di kampung (Batu Pahat) mulai semalam (Sabtu, 30 Mei) namun demi sahabat, aku tangguhkan perjalanan ke hari Ahad selepas selesai majlis skot Khalid.

    Aku bertolak dari rumah lebih kurang jam 1100H. Perjalanan melalui hiway MEX lancar kerana keadaan trafik juga lancar. Dalam masa 45 minit sahaja sudah sampai ke Kg Pulau Meranti. Walau pun itu kali pertama ke kawasan tersebut, alhamdulillah semuanya berjalan baik. Sampai ke lokasi tepat jam 1200H.

    Waktu aku sampai belum ada skot lain yang sampai. Aku pulak salah masuk, melalui pintu belakang (seperti di arah oleh anggota JPAM (sebenarnya mereka yang salah bagi arahan ke tempat parkir belakang).  Masuk sahaja ke lokasi, terus ke khemah dessert. Tak nampak tuan rumah pun. Para pelayan pun tak bagi info yang betul. Dia kata Khalid ada hal lain di bilik persalinan pengantin. Aku pun layan dirilah pekena teh tarik dan kueh-mueh.

    Aku pun pelik, mana hidangan utama (nasi) seperti majlis perkahwinan biasa? Pelik.

    Aku pun buat keputusan sendiri meninjau-ninjau ke kawasan sekeliling. Nampak macam kawasan khemah lebih kurang 200 meter dari kawasan aku duduk. Terlindung oleh pokok-pokok di kawasan taman.

    Rupanya di situ khemah utama. Baru betul. Rupanya Khalid menunggu tetamu di gerbang hadapan. Aduyaiiiii. Dah kenyang aku makan cakoi, cucur kodok dan ubikayu rebus dengan kelapa dan ikan kering.
    .
      
      
    betemu mantan jurulatih SPK, Mej (B) Khalilul Rahman
      
      

    Selama sejam aku di situ, aku hanya hanya bertemu skot Hh hairudin sekeluarga dan skot Che Jamal. Beberapa minit sebelum pulang, sampai pula skot Hj Jaafar Pangat.

      
      
      
      
      

    .
    tahniah skot KHALID 
    dan puan HAIMAH

    JEMPUTAN JUN 2015





  1. Majlis Perkahwinan anak skot Datuk Mohd Azam bin Mohamad pada 6 Jun 15; 
  2. No comments:

    Post a Comment