SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Tuesday, July 21, 2015

TJP37086 EID MUBARAK 1436H




.........selaku administrator kepada BLOG ini dan administrator kepada group whatsapp dan telegram untuk S37 (juga bagi pihak ahli keluargaku) ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, zahir dan batin kepada skot semua serta ahli keluarga di atas apa jua kesalahan tingkahlaku, penulisan, tuturkata yang tidak menyenangkan hati semua.

juga untuk semua insan di luar sana, sesiapa sahaja yang mengenali aku, aku pasti dosa yang aku perbuat kepada kelian sama ada nyata atau tidak nyata, ampunkanlah aku, aku menyesali dan menginsafi segala perbuatan salahku di masa lalu.

sampaikan salam permohonan maafku kepada sahabat-handai, rakan-taulan, pasangan dan ahli keluarga dan saudara-mara kalian.

aku tahu, tanpa kemaafan kelian, taubatku tidak akan selesai dan Allah tidak akan memaafkan aku bagi pihak kelian.
.

TAHUN INI, 1 Syawal 1436 jatuh pada Hari Jumaat 18 Julai 2015, aku memulakan sambutan Eid Syawal di rumah sendiri (quarters).

Mulai tahun 2013, aku telah menyusun program Hari Raya untuk keluarga aku yang bertambah besar. Tahun itu aku sudah ada tiga menantu dan 3 cucu (sepatutnya empat).

Tahun 2013, pada Hari Raya pertama mesti beraya di rumahku. Selepas solat Eid Fitri dan menjamah juadah Raya, masing masing akan menyusun program masing-masing. Pada petang atau malam Raya pertama aku akan pulang ke kampung untuk berhariraya dengan kedua ibu bapaku. Jadi anak-anakku ada pilihan sama ada pulang ke rumah mertua masing-masing atau mengikut aku balik ke Batu Pahat.

Tahun 2014, aku bebaskan anak-anak aku yang telah berumah-tangga untuk pulang ke rumah mertua masing-masing. Aku pulang ke kampung sehari lebih awal.

Pada tahun ini (2015), kaedah tahun 2013 diguna pakai. Begitulah selanjutnya yang akan berlaku sehingga aku pergi mengadap Allah Azzawajalla nanti. Semoga anak-anak aku menerima kaedah ini demi keadilan semua.

.
aku dan isteri, Adibah

anakanda sulong (Hafeez) , isteri Musfirah dan anak, Sayf

anakanda kedua Fazeera, suami Mohd Farihan dan anak-anak Aqeef, Aariq dan Raisya

anakanda ketiga Aisyahnur, suami Noor Hafiz dan anak Auny Humayra

.anakanda keempat Atikah dan suami Muhd Asyafiq

bersama anakanda kelima, Heikal dan anakanda bungsu Nurul Azyan

.
.
.
.


Selepas pulang dari kampung kelahiran (Parit Lapis Mahang, Senggarang, Batu Pahat, Johor) tidak banyak program Hari Raya aku ikuti. Aku pulang ke KL pada Hari Isnin, 21 Jul 2015. Hari Selasa, aku masih bercuti lagi. Aku masuk kerja pada 23 Jul (Rabu).




SKOT HJ MOHAMAD YATIM MENGADAKAN RUMAH TERBUKA PADA MALAM 2 OGOS 15.
BLOK 4-1-2 KPTOJ


 
 
 
 
 
 
 


RUMAH TERBUKA DYMM SULTAN PAHANG DAN PTU PADA 3 OGOS 15.
HANGAR NO 3 SKN, PUKL


Pada 3 Ogos 2015, DYMM Sultan Pahang selaku Kolonel YDP TUDM telah mengadakan Majlis Santapan Hari Raya di Hangar No 3 Skn (Detasemen) di Pangkalan Udara KUL. Majlis bermula pada jam 1100H sehingga 1500H.

Kemudian diikuti pula oleh Majlis Rumah Terbuka Hari Raya PTU yang bermula jam 1500H hingga 1700H.

Malangnya aku tidak menerima berita mengenai majlis tersebut. Mungkin pihak Sekretariat TUDM terlepas pandang. Aku hanya mengetahui majlis tersebut melalui beberapa rakan dari Tentera Darat yang pergi ke majlis tersebut. Biasanya pegawai-pegawai TUDM berpangkat Kol TUDM ke atas akan menerima kad jemputan rasmi. Bila aku hubungi beberapa pegawai TUDM yang berkhidmat di luar TUDM, ada yang menerima nasib seperti aku. Terlepas pandang juga. Perkara biasa.

Gambar-gambar yang ada ini adalah kiriman skot BGen Dato Hj Sanusi melalui telegram.

.



SKOT NORZAHARI MENGADAKAN RUMAH TERBUKA 
PADA MALAM 7 OGOS 15.
BLOK 2-1-2 KPTOJ










-


LEPAS RAYA PUNYA CERITA


semasa menghadiri Seminar GSR NCO di Syeun Hotel, Jalan Sultan Abdul Jalil, Ipoh aku sempat bertemu dua skot (S37) yang tangga di Ipoh. 

Pada siang 20hb itu aku mengeposkan dalam group Whatsapp mengatakan aku berada di Ipoh. Skot Hasnol terus menghubungi aku ajak minum teh tarik. Setelah membuat temujanji ringkas pada, lebih kurang jam 2220H, Hasnol datang ke hotel menjemput aku.

Destinasi kami ialah Hotel Casuarina @ Meru. Di sana skot Shafri sedia menunggu. Kami makan cucur kodok dan Salmon Grill. Ada kugiran, lagu2 60an dan 70an. Restoran ditutup pada jam 2330, kami pun bergerak keluar.



Hotel Casuarina @ Meru, Taman Meru Raya


sembang di Coffee House hingga jam 2330H


sambung pula di D'Arab Restaurant hingga jam 0230H


.


.





.

No comments:

Post a Comment