SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Sunday, August 30, 2015

TJP37087 SELEPAS MUSIM RAYA


MUSIM-MUSIM SELEPAS MUSIM RAYA

Sebaik sahaja selesai musim jamuan Eidil Fitri yang bermula 1 Syawal (17 Jul 15), maka musim majlis perkahwinan pun bermula. Banyak kad jemputan mula diterima untuk majlis berselang seli dengan majlis jamuan raya di sepanjang bulan Ogos dan September. Antara jemputan majlis perkahwinan yang diterima selepas hari raya ialah:

  1. Dato Seri Hj Ismail bin Ahmad (mantan KSU MINDEF) pada 1 Ogos 15. Aku tak dapat pergi kerana pulang ke kampong untuk menyampaikan ceramah kerjaya di sekolah menengah lamaku.
  2. Laksda Dato Syed Zahiruddin Putra (TLDM) di Dewan Seri Setia pada 7 Ogos 15. Pergi.
  3. Lt Kol Mohd Fakhry TUDM di Dewan Merak Kayangan pada 7 Ogos 15. Pergi
  4. Dr Raimey Azmy di Taman Melawati pada 8 Ogos 15. Pergi. Selepas majlis ini bergegas menuju ke majlis hari raya di kediaman Dato Khalilul Rahman (SCS) di Janda Baik, tetapi terperangkap dalam kesesakan jalan raya di kawasan MRR2 dan Gombak, langsung buat U Turn dan pulang ke rumah.
  5. Zulkifly Taha di Batu Pahat pada 8 Ogos 15 (tidak hadir dan diwakili oleh anak-anak)
  6. Lt Kol Hj Mohd Amin di Wardieburn pada 16 Ogos 15. Pergi.
  7. Lt Kol Shafie Mahat TUDM (B) di Wisma LJT Melawati pada 22 Ogos 15. Aku TERLUPA majlis ini kerana terlupa catat dalam diari dalam handphone.
  8. Brig Jen Dato Nordin Salleh di Dewan Seroja pada 29 Ogos 15. Hadir.
  9. Lt Kol Roslan Kadak (B) di Dewan Sapura at Mines pada 30 Ogos 15. Hadir
  10. Lt Kol Khamis Sanwani TUDM di PUKL pada 30 Ogos 15. Sampai di dewan, setelah majlis selesai, tapi dapat juga bertemu tuan rumahnya.

Bagi warga S37, majlis terakhir sebelum hariraya ialah perkahwinan anak skot Datuk Mohd Azam bin Mohamad di Taman Bukit Cheng, Melaka pada 6 Jun 15.

Skot 37 ada merancang mengadakan Majlis Hari Raya S37 di Dewan Kem Trendak, Melaka pada 16 Ogos 15 tetapi hasrat tersebut telah dibatalkan kerana skot Mej Jen Dato Zamrose yang telah bersetuju untuk tuan rumah penganjuran majlis tersebut telah kehilangan ayahanda tercinta beberapa hari sebelum majlis tersebut.

Manakala majlis pertama S37 selepas hariraya ialah perkahwinan anak skot Lt Kol Hj Rosman Hj Kadak (B), ex RAMD pada 30 Ogos 15.




Majlis Perkahwinan Farhana binti Hj Roslan
(anak skot Lt Kol Hj Roslan bin Kadak (B)
di Dewan Sapura @ Mines, Jalan Tasik, Seri Kembangan
(30 OGOS 15)




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 














No comments:

Post a Comment