SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Saturday, September 19, 2015

TJP37088 MAJLIS DUA JENERAL S37 DI BULAN HAJI

19 SEP 15
MAJLIS PERKAHWINAN
NADHIRAH BINTI ZAMROSE
(ANAK SKOT MEJ JEN DATO' ZAMROSE BIN MOHD ZAIN DAN DATIN ZAINURIAH BT MUSTAPHA)
DI DEWAN KEM TRENDAK, MELAKA
.

Bulan Syawal yang meriah lama ditinggalkan
Dzulqaedah juga berlalu berjalan
Kini Dzulhijjah mengambil giliran
Tingkatkan ibadah mengikut kemampuan

Hari Jumaat 18 haribulan
Selepas Isyak memandu kenderaan
Dari KL menuju Seremban
Menziarah rumah di Taman Ampangan

Jika esok umur berpanjangan
Niat ke Trendak memenuhi undangan
Undangan ke majlis perkahwinan
Dato' Zamrose rakan seperjuangan

Jam 11 pagi dari Seremban
Satu jam lebih mengharungi perjalanan
Alhamdulillah selamat tiada halangan
Dewan Trendak megah di hadapan

Merah jambu menyerlah kelihatan 
Zamrose dan isteri menerima jemputan
Biar panas biar pun hujan
Hati gembira tidak terlawan

Menantu pertama jejaka idaman
Buat puteri yang rupawan
Doa dari saudara-mara dan kawan-kawan
Semoga bahagia menempuh cabaran
.





Tetamu datang berterus-terusan
Merai majlis menjamu hidangan
Kueh mueh dan buah-buahan
Sambil bersembang sesama kawan

Saudara mara rakan dan taulan
Yang jauh dan yang berdekatan
Ada seorang ada beriringan
Meninjau-ninjau mencari kumpulan

Skot 37 fokus diberi
Yang berdiri itu Frizan Ali
Dulu Renjer sekarang manager kompeni
Bawa isteri dan cucu sekali



Ada Hamidah dan Siti Zaleha
Wakil dari skot wanita
Memandu laju turun ke Melaka
Ada Waze pun tak mahu percaya
.




Kalau skot Nasir Chong ada
Majlis kecoh kerenah dia
Semua kawan dia nak pekena
Tak ada Razak (Lanchang) Ariffin pula jadi mangsa
 .

.
Bila geng BAKAT bertemu muka
Suasana kecoh pun bermula
Satu tajuk ke satu tajuk mereka cerita
Gaya macam setahun tak jumpa
.



Azam, Robert Foo dan Khairul sudah bersara
Ketiga-tiganya menetap di Melaka
Tapi tak pernah jumpa sesama mereka
Majlis inilah dapat bersua muka
.



Shuairi dan Hashim dari Tentera Udara
Dua-dua dah jadi duda
Dara dan janda sentiasa sedia menerima
Cuma hati belum terbuka




Zulkarnain dan Saipol pun ada kelihatan
Rahim Osman tidak ketinggalan
Rancak sekali mereka berbualan
Sambil itu menjamu hidangan
.


.
Rindukan sahabat di hatiku
Dari Ipoh Hasnol sendirian memandu
Walaupun jauh arah dituju
Hilang penat terlepas rindu
.


.
Dari Durian Tunggal datangnya kawan
Skot Hj Yatim bersimen dilengan
Jatuh di tangga cederalah tangan
September 15 haribulan

Biarpun sakit belum kesembuhan
Datang berkereta anak pandukan
Demi memenuhi jemputan
Itulah nama semangat setiakawan


.
 
.



 
.
Tahniah Zamrose dapat menantu
Melayan tetamu beribu-ribu
Datang pula berpusu-pusu
Bawa isteri, anak dan cucu


Gembira Zamrose bukan kepalang
Melihat kawan ramai yang datang
Penat lelah langsung hilang
Bertemu lagi di akan datang 



















First debut of skot Che Harun Hashim (ex Kapt), now residing in Mersing.




Waktu nak berpisah sudahlah tiba
Bergambar ramai mana yang ada
Beramai-ramai berbagai gaya
Kadang terlupa dah lanjut usia


 


.

Berita dari whatsapp Zaliha: Dalam perjalanan pulang dari Kem Trendak, Melaka, skot Hamidah dan skot Siti Zaliha telah menziarahi skot Hjh Zaleha Haron yang telah menjalani pembedahan jantung di IJN pada bulan Julai yang lalu. Zaleha tinggal di Taman Rasah Jaya, Seremban.




Aku bertolak dari majlis Zamrose lebih kurang jam 1400H. Setelah menyempurnakan solat Dzuhur dan Asar di Masjid Jamek AsSyuhada Kem Trendak, aku terus pulang ke KL kerana malamnya ada satu lagi jemputan majlis perkahwinan, iaitu perkahwinan anak lelaki Mej jen Dato' Amir bin Hashim yang berlangsung di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, KEMENTAH yang bermula jam 2000H.

Aku dan isteri selamat sampai ke rumah pada jam 1530H.

.
20 SEP 15
MAJLIS PERKAHWINAN
DR MUNIRAH KHAIRIAH BINTI ROMLEE
(ANAK SKOT BRIG JEN DATUK HJ ROMLEE BIN YAHYA TUDM DAN DATIN HJH ROKIAH BT BABA)
DI JALAN PERTIWI, PU SUBANG
.
Keesokan harinya, 20 Sep 15, aku ada dua lagi jemputan majlis perkahwinan; iaitu Kol Hasanuddin Abd Ghani di Dewan Jamil, Kem Sg Besi dan skot Brig Jen Datuk Hj Romlee Yahya TUDM di rumahnya di PU Subang. 

Datuk Romlee skot aku, rakan yang baik dan ini adalah majlisnya yang pertama. Beliau tidak pernah gagal hadir ke majlis rakan-rakan yang lain. Kol Hasanuddin pula bekas rakan sejemaah di Surau Luqman Hakim (sebelum berpindah ke Kem Sg Besi). Kebetulan, beliau adalah bapa saudara kepada menantuku Musfirah.

Aku memang mahu pergi ke dua-dua majlis tapi kerana isteriku tidak sihat dan batuk selsema yang berterusan, aku kesihan melihatnya keletihan dan tidak berehat sejak semalam.

Aku memutuskan untuk pergi ke Subang lebih awal dan jika ada waktu aku akan ke Sg Besi. Aku dan isteri keluar dari rumah lebih kurang jam 1130H dan tiba di rumah pengantin jam 1200H. Biasalah bila ke majlis skot ni, akan jumpa ramai skot yang lain. Apalagi bila jumpa skot yang dah lama tak bertemu, aia akan berlarutan.

Setelah sejam lebih dan berkira-kira nak balik dan sambil-sambil minum teh tarik, tetiba hujan turun, semakin lama semakin lebat. Hampir sejam. Semua terperangkap dalam khemah. Jam 1430 baru kami dapat keluar. Agak lewat. Sejam mungkin boleh sampai ke Sg Besi, tapi dalam keadaan hujan, jalan ke Sg Besi pasti sesak, dan potensi untuk tidak sempat sampai sebelum jam 1600H adalah tinggi. Maka aku membatalkan niat untuk ke Sg Besi dan terus pulang ke rumah.


Kalau semalam Dato' Zamrose dan Datin Zainuriah menerima tetamu dengan seragam merah jambu, hari ini Datuk Romlee dan Datin Rokiah Nampak lebih garang lagi dengan seragam warna merah menyala.




Sesampai sahaja di muka pintu, bertembung dengan skot Siti Zaliha dan suami/anaknya. Terus buat posing dengan tuan rumah





Sudah amat lama tidak bertemu dengan skot Osman Haroon (TUDM)
Sama-sama pegawai Materiel, dan sama berkhidmat di SISMAT pada tahun 96.


 

  
Skot Syed Ahmad (duduk sebelah aku) juga jarang ditemui. Hanya hadir ke majlis-majlis yang dianjurkan oleh rakan-rakan (pilot) TUDM sahaja


bertemu Ajmain dan Ahmad Razlah yang hanya ditemui dalam majlis-majlis yang melibatkan pegawai (juruterbang) TUDM.


Skot Nor Azmi (orang Shah Alam) pun ada

Nasir tengah cari idea, nak cari peluang nak cocok perut Jaudin



Dua orang ni (gambar atas dan bawah) memang biasa begitu, suka berdiri sahaja. Bukan kerana apa, faham-faham je la, bila perut dah penuh dan ketat, mana boleh duduk lagi dah, boleh tercabut button nanti


 Tengok tu Dato Sri Afffendi (TPTU) nak tergelak, bukan kerana lawak Pak Pin, tapi tergelak kesian kerana Pak Pin buat lawak tapi tak menjadi je,

 

 







Hujan lebat yang agak lama membataskan pergerakan, tambahan dengan waktu ketibaan S37 yang berbeza-beza menyulitkan pertemuan. Ramai tetamu yang mahu pulang jadi terkandas. Khemah yang terhad dipenuhi tetamu. Duduk mana tempat yang ada.Tempias dan keadaan becak dalam khemah menjadi kurang selesa.


Kali ini kumpulan S37 tidak dapat berkumpul setempat untuk memanjangkan cerita.


Jam 1415, apabila hujan renyai-renyai aku dan isteri bergerak pulang. Masa itu pun ramai lagi skot yang baru tiba.


Mana-mana yang dating selepas jam 1400 dapatlah beramah mesra dengan tuan rumah kerana tetamu telah berkurangan dan tuan rumah sudah boleh meluangkan masa.


Semoga majlis diberkati Allah,
Semoga Datuk Romlee dan Datin Rokiah

.

No comments:

Post a Comment