SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Friday, October 2, 2015

TJP37089 HILANGNYA SEORANG LAGI WARGA S37

AL FATIHAH
UNTUK ALMARHUM SKOT ZURAIMI


Setahun belalu. Pada bulan Dis 14, warga S37 kehilangan skot Kepten (Maritim) Abdul Rashid bin Suhaime (bekas pegawai TUDM). Pada 30 Sep 15, S37 kehilangan seorang lagi warganya iaitu skot Zuraimi bin Mohammad.

Sebelum itu, aku nak cerita sikit beberapa peristiwa skot-skot 37 sepanjang minggu mutakhir bulan September ini.

JUMPA JAUDIN DI MiDAS TALK


Pada malam 28 Sep 2015 Aku menghadiri MiDAS Talk 2015 'International Security" di Royale Chulan, Jalan Conlay. Dalam majlis itu aku bertemu dengan skot Jaudin (yang mewakili Sunway Grp). Kelihatan juga dalam majlis itu, skot Lt Kol Khairul Anuar Yaacob (RGKM).




PERMULAAN UNTUK MAJLIS ALIAS
AKTIVITI KUMPULAN PENANGGAH S37


Pada malam 29 Ogos 2015 telah diadakan satu perjumpaan di kalangan S37 di rumah skot Alias Hamdan di Laman Dahlia, Nilai Impian. 

Aku tak dapat hadir kerana masih terlalu letih. Aku baru pulang dari bercuti di kampung pada 28 Sep 2015. 29hb baru masuk kerja, jadi balik dari kerja dan pergi ke Nilai agak menyulitkan pada hari tersebut.

Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan Majlis Perkahwinan puteri skot Alias dan isterinya Puan Asniah Razali yang bakal diadakan pada 29 Nov 2015 di Dewan Toh Puan Endon, Putrajaya.

Skot yang hadir bersama pasangan pada malam tersebut ialah:
  • Abd Razak Hussain
  • Hazizan Ahmad
  • Mustapha Ahmad
  • Shohemi Hashim
  • Azmi Abd Hamid
  • Norzahari Zeelan
  • Sabari Saaid
  • Jaudin Mat Saad
















.
SKOT ZURAIMI MENINGGAL DUNIA.
.
Pada 30 Sep 2015, ketika aku sedang bermesyuarat di pejabat, aku menerima berita dari whatsapp group S37 tentang kematian salah seorang skot 37 iaitu, Kapt Zuraimi bin Mohamad (B) (No. Tentera 3001568). Zuraimi ditauliahkan ke Kor Armor Diraja (dulu dikenali sebagai Kor Kavalri Diraja). Beliau meninggal dunia di rumahnya di Pt 10242, Jln BBN 11/3D, Taman Desa Melati, 71800 Nilai, N.Sembilan lebih kurang jam 0800H akibat sakit jantung.

Almarhum Zuraimi sebenarnya telah menderita lumpuh akibat serangan STROKE lebih 3 tahun yang lalu. Sejak itu beliau hanya bergerak atas bantuan orang lain dan kemudiannya mendapat bantuan kerusi roda. Beliau menjalani pisioterapi beberapa tahun, namun ditaqdirkan Allah telah menetapkan ajalnya pada 30 Sep 2015. Jenazah almarhum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam berhampiran dengan kediaman almarhum.

AL FATIHAH buat skot Zuraimi dan salam taaziah untuk ahli keluarganya. Semoga ruh almarhum dilimpahi rahmat dan pengampunan dari Allah swt.


 
 
 
 
 
.


 

No comments:

Post a Comment