SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Friday, October 30, 2015

TJP37091 BERKUNJUNG KE PEKAN SERI MENANTI

OKTOBER PUNYA CERITA

24 Okt 2015

Majlis "House Warming" oleh skot Sabari Said di rumah barunya di Taman Selayang Mutiara. 

Kumpulan Penanggah S37 membuat reunion di rumah baru skot Sabari. Sebenarnya majlis ini adalah majlis doa selamat dan membaca Yaasin sempena perpindahan skot Sabari dan isteri Sarifah ke rumah barunya di Taman Selayang Mutiara. Majlis ini melibatkan ahli keluarga dan jiran tetangga sahaja.

Namun jemputan diperluaskan kepada saudara skot seberadik yang dikenali sebagai Kumpulan Penanggah S37.

Hari itu, aku dan isteri ada jemputan majlis perkahwinan Lt Kol Khairudin (Setia Usaha Surau Luqman Hakim) di Dewan Dato' Jamil Ahmad, Kem Perdana, Sungai Besi. Selesai majlis di Sg Besi aku dan isteri terus ke Selayang Mutiara untuk menemui kawan-kawan yang lain.

Yang hadir ialah skot Shohemi dan isteri, skot Hazizan dan isteri, skot Razak dan isteri, skot Azmi dan isteri dan skot Norzahari dan isteri.


  
  
  
  
  
  
  
  
  

.
SERI MENANTI
MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SKOT ABD GHAFFAR IBRAHIM

Ini bukanlah kali pertama aku berkunjung ke pekan Seri Menanti, Negeri Sembilan. Kali pertama berjalan-jalan ke pekan ini aku lupa pada tahun berapa tetapi pada waktu itu lebuh raya Seremban Ulu Bendul masih belum dalam rancangan pun. Mungkin lebih 20 tahun yang lalu.

Kemudian, di awal tahun 2000an, pernah Jabatan tempat aku bertugas (BPPK Kementerian Kewangan) mengadakan Hari Keluarga di Hutan Lipur Ulu Bendul.

Sejak aku membeli rumah di Seremban pada tahun 2012, aku telah beberapa kali membawa keluarga berpusing-pusing kawasan sekitar Kuala Pilah. Kali terakhir aku sampai ke Pekan Seri Menanti ialah pada 4 Oktober 2015. Hari itu adalah hari Ahad, aku bersama isteri dan seorang anak pergi ke Pasar Tani, Tg Ipoh. Selepas itu aku memandu ke Kuala Pilah dan Seri Menanti. Boleh dikatakan setiap bulan aku akan pergi ke Pasar Tani Tanjung Ipoh.


 
 
 

Seri Menanti adalah bandar diraja bagi Negeri Sembilan. Ia terletak kira-kira 40 kilometer dari ibu negeri, Seremban dan 14 kilometer dari pekan Kuala Pilah. Seri Menanti terletak di suatu kawasan lembah yang dikelilingi bukit bukau menghijau. Rata-rata penduduk di sini adalah rakyat sederhana yang asalnya petani.

Dipercayai Seri Menanti telah diteroka oleh orang-orang Minangkabau dari Rembau pada sekitar kurun Masihi ke-15. Menurut cerita lisan, semasa meneroka kawasan tanah di situ telah terjumpa tiga rumpun padi yang subur menghijau. Maka itu dipanggil tempat itu Padi Menanti. Lama kelamaan tempat itu bertukar sebutan kepada 'Seri Menanti'. Dipercayai Seri adalah perkataan Jawa Kuno yang bermakna padi. Nama Seri Menanti diberi nama oleh Datuk Puteh yang berasal dari Pagar Ruyong. Datuk Puteh percaya dengan penemuan tiga batang padi itu, akan memakmurkan negeri itu jika dibuka.

Walaupun namanya Bandar DiRaja, tetapi Seri Menanti bukanlah sebuah bandar. Ia hanya sebuah pekan kecil lama yang mempunyai sederet dua bangunan lama rumah kedai. Mungkin ia sengaja dikekalkan untuk memelihara persekitaran semula jadi pekan ini dari pengaruh pembangunan.

Pekan ini hanya mempunyai kemudahan ameniti yang paling asas seperti masjid, pejabat pos dan balai polis sahaja.

Pekan ini masyhur kerana di sinilah terletaknya istana rasmi persemayaman DYMM Yang Di Pertuan Besar (Yamtuan) Negeri Sembilan Darul Khusus.


Pintu gerbang masuk ke pekan Seri Menanti

Muzium DiRaja (istana Yamtuan yang lama)
 
 

jalan masuk ke Istana Besar sekarang

Istana Besar Yamtuan


Masjid Tuanku Munawir
 
 
Makam DiRaja di perkarangan Masjid Tuanku Munawir


Makam almarhum Tuanku Jaafar, Yamtuan NSDK ke 3 selepas merdeka. Almarhum adalah Yang DiPertuan Agong ke 10 Malaysia yang bersemayam di Istana Negara dari tahun 26 Apr 1994 - 25 Apr 1999. Baginda mangkat pada 27 Dis 2008.

almarhum Tuanku Jaafar Alhaj


Makam DiRaja. Disinilah persemadian jasad Raja-Raja (Yamtuan) dan sebahagian besar ahli Kerabat DiRaja NSDK.

Sebahagian lagi pemandangan Makam DiRaja.


SERI MENANTI RESORTS

Di sinilah lokasi Majlis Perkahwinan anak skot Kapt Abd Ghaffar bin Ibrahim (B). Skot ini tidak pernah lagi aku temui sejak ditauliahkan pada bulan Januari 1981. Gambarnya yang terkini pun hanya ku lihat dalam tahun 2014 semasa beliau menghadiri pengkebemumian salah seorang pegawai kanan Tentera Darat di Seremban.

Skot Ghaffar ditauliahkan ke dalam Kor Ordnans DiRaja (dulu dikenali sebagai Kor Kelengkapan). Skot Ghaffar menetap di Taman Melang Jaya, Kuala Pilah. Kad jemputan perkahwinan anak beliau dipaparkan oleh Presiden S37 pada awal bulan September lagi.


 
Seri Menanti Resorts (pandangan hadapan)
 
pandangan belakang
  
ruang lobby
  
kolam renang
  
chalet


Seri Menanti Resort, merupakan satu-satunya hotel penginapan (yang boleh diterima sebagai bertaraf hotel) di pekan Seri Menanti. Ia dikelilingi beberapa tarikan pelancongan seperti Istana lama Seri Menanti yang kini telah dijadikan muzium, Kelab Golf DiRaja Seri Menanti dan istana Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan. Beberapa kilometer ke kiri terletak sebuah tarikan baru, Ladang Alam Warisan.

Resort ini juga menyediakan dorm dengan harga yang sangat berpatutan. Kalau nak buat majlis kenduri kahwin pun sesuai juga dengan pemandangan indah Gunung Angsi. kekuatan resort ini adalah pada lokasinya di Bandar DiRaja dan keenakan masakan di Cafe Berlado.

Majlis Perkahwinan
31 OKT 15



bersama skot Ghaffar dan isteri

yang kanan sekali bukan skot, tapi Kol (B) Zubir, mantan Pengarah Ord di tahun 90an

masa aku nak balik, skot Jaudin baru sampai. Join masuk baris

selepas aku meninggalkan majlis, skot Che Jamal dan Ahmad Kamal sampai

kemudian skot hamzah hassan dan Razak Hussain


No comments:

Post a Comment