SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Wednesday, July 31, 2013

TJP37042 WARIS TJP37 DALAM ATM

WARISAN DARAH SATRIA S37 
ke mana tumpahnya kuah?


Walaupun blog ini milik peribadiku, yang dikhususkan untuk menjelmakan semula kehidupan perbendaharaan Skot TJP37 (S37) namun aku sentiasa mengalu-alukan pandangan dan pendapat warga S37. Sebahagian dari gambar yang ada dalam blog ini adalah ehsan dari rakan-rakan S37 juga.  Malah sebahagian kecil dari tulisan yang aku paparkan adalah lahir dari sama ada pemerhatianku, pendengaranku, ingatanku atau idea yang timbul dari "otak" rakan-rakan S37 juga. 

Aku dapat idea untuk membuka TAJUK ini adalah melalui entry yang dipostkan oleh skot Mohd Ariffin bin Saimon RAMD pada 31 Julai 2013. Skot Ariffin (Pak Pin) pada masa ini bertugas sebagai Ketua Batalion PALAPES di UPNM. Begini bunyi mesej beliau:

Salam semua. Malam tadi setelah selesai solat tarawikh di Masjid Al Jazari, UPNM, aku didatangi oleh seorang Peg Kadet. Tanpa memberitahu nama dan sambil tersengeh2 dia bertanya, 

"Salam Tuan, Tuan ni Intake 37 ke ?". Aku jawab spontan, "Ya". (konfiden Pegawai Kadet ni, tak mcm kita dulu2, punya lah takut dengan jurulatih atau staf). Tapi aku suka caranya. Di UPNM memang mereka dilatih supaya yakin dan berani. Dia berkata lagi,

"Ayah saya Kol Suhaimi Hj Ashaari, Airforce, skot Tuan". Aku mengiakan. Katanya lagi, 


"Baru2 ni ayah saya hadir majlis berbuka puasa dengan skot2nya, mula2 dia tak dapat nak hadir sebab ada jiran buat majlis yang sama, tapi Tuan yg suruh dia hadir sebab dah lama tak jumpa". 


Selepas bertanya serba sedikit latar belakangnya, aku membenarkan dia untuk pergi.

Mesej yg aku nak sampaikan :

  1. Kadang2 anak2 pun boleh dijadikan penyambung/penghubung tara antara kedua ibu bapa.
  2. Aku bangga sbb ramai Peg Kadet di UPNM (mungkin dari zaman ATMA lagi) adalah penyambung legasi TJP 37. Ramai antara kita mungkin tak sedar bahawa ada ramai penyambung legasi di dalam keluarga TJP 37, tak kira mereka keluaran mana (UPNM, KTD, KDSI 1, KTU atau PALAPES IPTA) atau hubungannya dgn kita samaada anak, anak tiri atau menantu.
  3. Aku bangga berada di UPNM, sekurang2nya selain mendidik dan melatih, aku juga sebagai penjaga dan pengganti bapa2 mereka.
Antara mereka yg aku tahu dah ada penyambung legasi, Penaung kita (skot DS Ahmad Hasbullah), skot Toharudin, skot Mohd Nordin TPK, skot Hj Mohd Hairudin, skot Mohamad Yatim, skot Manisegaran, skot Siti Zaleha, skot Zulkarnain, skot Nazli Alias, skot Mahadzir Hashim dan aku sendiri.  Mungkin ada lagi.....

PS. Bahan untuk Kol Toharudin @ Ibnu Rashid masuk dlm blognya



Benar Pak Pin. Aku baru terfikir, kenapa aku tidak mengggunakan blog aku untuk menjadi penyambung generasi S37. Mungkin setelah aku tiada di atas muka bumi ini, akan ada waris S37 yang akan membuka blog yang bertajuk WARIS S37 atau GENERASI TJP37 SPK atau BAPAK AKU SKOT TJP37 atau apa jua tajuk yang menyambung kesah yang telah aku usahakan ini.

Waris aku tiada yang berminat menyertai ATM. Selain aku mengaku tidak pernah memberikan galakan atau sokongan untuk anak-anak aku meneyrtai ATM, mereka juga memilih jalan hidup yang berbeza yang tidak melayakkan diri untuk menyertai ATM.   Biarpun begitu, Allah tetap meletakkan insan 'berdarah pahlawan' dalam keluarga aku.  Puteriku yang ketiga, Aisyahnur Abid telah bertemu jodoh dengan seorang pegawai ATM, Kapten Mohammad Nor Hafiz bin Kasim, yang kini berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu DiRaja. 

Selain dari itu, aku mempunyai lima anak angkat graduan UPNM yang kini telah ditauliahkan dan berkhidmat dalam ketiga-tiga perkhidmatan ATM iaitu:
  • Kapt Muhammad Haekal bin Azman TUDM - Cawangan Urusetia TUDM bertugas di Markas No 2 Div Udara, Labuan.
  • Lt Zamil Afiq bin Zulkifli TLDM - Cawangan Logistik TLDM. Kini bertugas di MTL, MinDef
  • Lt M Abdul Hafeez bin Abdullah Chek - bertugas di Bn RAMD, Tapah.
  • Kapt Emma Emelia bt Barhath Ali TUDM - Cawangan Kejuruteraan TUDM- kini bertugas di No 3 Skn PU Butterwoth.
  • Kapt Siti Zubaidah bt Mohd Shukri TUDM - Cawangan Materiel TUDM - bertugas di PU Gong Kedak.
Aku masih tidak berpeluang menemui ayah bonda mereka semua untuk merestui keputusan anak-anak mereka memilih aku sebagai ayah angkat. Kesemua mereka telah memanggil aku dan isteriku dengan panggilan 'Ayah' dan 'Umi, kecuali Abdul Hafiz yang masih kaku memanggil ayah, masih memanggil aku dengan panggilan 'Tuan'.

Kapt Mohd Haekal Azman TUDM
Lt Zamil Afiq Zulkifli TLDM
Kapt Emma Emelia bt Barhath Ali TUDM
Kapt Siti Zubaidah TUDM bersama ibunya (kiri sekali) serta kedua bakal mertua Puan Maziah dan Lt Kol Nazli.
Lt M Abdul Hafeez bin Abdullah Chek

Kebetulan juga, anak angkat aku yang bernama Siti Zubaidah adalah anak kepada seorang pegawai ATM (Lt Kol Mohd Shukri) dan akan melangsungkan perkahwinan dengan Lt Mohd Nizam TLDM, anak kepada skot aku, Lt Kol Nazli bin Alias RAMD.  Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Mungkin UPNM adalah lokasi pertemuan jodoh yang baik untuk anak-anak kita.

Mereka Kebanggaan Bagi Meneruskan Perjuangan Ayah dan Bonda

Nama-nama yang Pak Pin senaraikan dalam mesej fb di atas adalah sebahagian dari warga S37 yang melahirkan bunga-bunga bangsa yang mewarisi darah satria dan serikandi. Ramai lagi. Buat permulaan ini, antara Waris S37 yang diketahui telah ditauliahkan ke dalam perkhidmatan ATM atau masih menjalani latihan di UPNM ialah:
  1. Kapt Ahmad Afiq bin Ahmad Hasbullah, anak kepada skot Lt Jen Dato' Seri Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Ahmad Nawawi (RAMD) - Pegawai Pendidikan di MTD Sungai Besi.
  2. Kapt Kamarul Ariffin bin Ajhman (RAMD) - Ajutan IPDA- anak kepada skot allahyarham Kol Ajhman bin Hj Bakor (KAD). 
  3. Lt Mohd Farhan bin Mohd Nordin TLDM. Graduan KDSI (KTL) anak kepada skot Lt Kol Mohd Nordin TP Kunjipathy (RAJD)
  4. Kapt Noor Farhana binti Aminuddin, anak kepada skot Mej Siti Zaliha Che Rus (B)  (KPA) Graduan KTD yang kini berkhidmat sebagai Juruterbang Helikopter dalam PUTD.
  5. Lt Mohd Hafiez bin Mat Husni TLDM, anak kepada skot Kapt Shazarina @ Monica Mowe binti Abdullah (B) (KPAG)- Graduan KDSI I yang kini bertugas dalam TLDM.
  6. Lt Mohd Hafiz bin Husin TLDM, anak kepada skot Mej Mohd Husin bin Abdullah (KJLJD)
  7. Lt Mohd Nizam TLDM. Anak kepada skot Lt Kol Nazli bin Alias (B) (RAMD)- Kini bertugas di Pangkalan TLDM Lumut.
  8. SISKA Lohappriya a/p Manisegaran - anak kepada skot Lt Manisegaran a/l Vadivel (B) (RSD) - siswa UPNM
  9. SISKA Syafiq Syahmi bin Muhammad Shuhaimi, anak kepada skot Kol Muhammad Suhaimi bin Hj Ashaari TUDM - siswa UPNM
  10. SISKA Atasha binti Zulkarnain - anak kepada skot Kol Zulkarnain bin Hj Abu Bakar (RAD) - siswa di UPNM
  11. Anak skot Lt Kol Mohamad Yatim (RAMD) berkhidmat dalam TLDM (masih menunggu maklumat lanjut dari skot Hj Mohammad Yatim), 
  12. Anak skot Lt Kol Hj Mohd Hairudin (RAMD) berkhidmat dalam TLDM (masih menunggu maklumat lanjut dari skot Hj Mohd Hairudin) 
  13. Anak Mej Zolkeple Ayub TUDM (B) juga graduan KTU dan kini berkhidmat sebagai juruterbang TUDM.

Raja Zameerul Rasyid anak kepada skot Mejar Raja Haji Zakaria bin Raja Mohamed (KP) adalah bekas pelajar Maktab Tentera DiRaja, Sungai Besi (OP). Namun putera ini tidak meneruskan kerjayanya dalam ATM. Dia memilih bidang Culinary Arts.


OPA Raja Zareeq Ameer, putera Mej (B) Haji Raja Zakaria Mohamed (KPD)

TAJUK kali ini, aku namakan KUAH TJP37 SUDAH TUMPAH (dari peribahasa KE MANA TUMPAHNYA KUAH) yang memberi maksud kini generasi yang dilahirkan dari kalangan keluarga Skot TJP37 telah berada (berkhidmat) dalam keluarga besar ATM mewarisi darah satria/serikandi ayahanda dan bonda mereka.

Di harap skot yang membaca blog ini dapat membantu saya untuk update list di atas. paling tidak, berikan nama dan tempat bertugas.... Mana tau ada yang ingin berbesan atau berbiras. Kalau boleh bagi gambar lagilah elok dan dihargai.

.

Skot Razak Hussain bergambar dengan putri kepada skot Siti Zaliha yang bertugas sebagai juruterbang PUTD, Kapt Noor Farhana bt Aminuddin


Mej Zolkeple Ayub (B) bersama puteranya- juruterbang TUDM

putera kepada Lt Kol Nordin TPK

Lt Mohd Hafiez bin Mat Husni TLDM putera kepada skot Kapt Shazarina @ Monica Mathilda Mowe binti Abdullah (B)
Mohd Hafiez sekarang bertugas di Sandakan, Sabah.


SISKA Syafiq Syahmi bersama ayahandanya skot Kol Muhammad Suhaimi TUDM

SISKA Lohappriya (kiri), puteri kepada Skot Lt Manisegaran a/l Vadivel (B)

SISKA Atasha, puteri kepada skot Kol Zulkarnain bin Hj Abu Bakar



biarpun tidak menjadi pegawai tentera, puteri skot Alias Hamdan, Idyana Eliany  mengikut jejak ayahandanya menjadis eorang pilot


Darah pahlawan juga mengalir dalam tubuh Inspektor Afiq Azhar putera kepada skot Kapt Azrul Hardav bin Abdullah TUDM (B) yang menyertai PDRM


Lt TLDM Mohd Nizam Azhan, anakanda kepada skot Nazli Alias dan Puan Maziah


Anak kepada skot Lt Kol Mohd Shah Abd Rahman (B) mendaftar diri sebagai SISKA UPNM pada 18 Mei 2014


Sunday, July 28, 2013

TJP37041 MAJLIS IFTAR TJP37 RAMADHAN 1434

"IFTAR 1434"
HOSTED BY SKOT NASIR CHONG
DAN DR ZAIMAH
  • Ramadhan 1433 di Putrajaya Lake Cruise (tanpa spouse).
  • Ramadhan 1432 di CT One Forze, Wangsa Maju.
  • Ramadhan 1431 di CT One Forze, Wangsa Maju.

Masam berkhasiat durian belanda
Di jual bersama si budak pintar
Tahun ini teruskan agenda
Di rumah Nasir kita beriftar

Macam biasa, perancangan untuk majlis berbuka puasa (Iftar) kali ini pun dibuat secara bersahaja. Banyak secara kebetulan sahaja. Komunikasi hanya melalui facebook dan sms mulai awal Ramadhan tapi tiada kata putus dibuat. Maklumlah, semuanya buzy dengan program masing-masing.

Iklan hanya dikeluarkan dalam facebook apabila aku sudah mendapat pengesahan dari skot Azmi bahawa skot Nasir Chong bersetuju untuk menjadi tuan rumah majlis kali ini dengan anggaran awal 40 orang termasuk keluarga. Skot Nasir bersetuju untuk sponsor hidangan utama. Skot-skot yang hadir akan membawa hidangan tambahan - konsep pot luck.

Seminggu dipaparkan, macam biasa la, maklum balas agak perlahan. Pada 26hb, jumlah yang mengesahkan kehadiran hanya 24 orang (ada yang mengesahkan tidak membawa pasangan, ada yang bawa pasangan sahaja dan ada yang bawa anak-anak).

Skot Hj Zakaria bersetuju untuk memberikan khidmat kedua-dua anaknya 'al-Hafiz' untuk mengimami solat Isyak dan Tarawikh pada malam itu.

D-Day. Aku bertolak dari LPTOJ secara konvoi dengan skot Yatim dan Shuairi. RV di Surau dan bergerak pada jam 1745H.  Alhamdulillah, perjalanan agak lancar tidak seperti biasa- jammed. Sampai di rumah Nasir pada jam 1840. Skot Hamdan, Hazizan dan Azmi sudah pun sampai membantu tuan rumah membuat persediaan.

Lepas itu, satu persatu skot dan keluarga sampai membawa juadah masing-masing.

Di antara skot yang telah begitu lama tidak ditemui oleh skot-skot lain ialah Lokman Abdullah @ Lokman Kupang yang kini menetap di Taiping. Setelah bertahun menanti akhirnya dapat juga sampai menemui skot lain di Lembah Klang ini. Gembira (dan amat terharu) sungguh beliau.


Skot Nasir bermuka selamba
Bijak pulak putar memutar
Satu persatu rakanku tiba
Membawa juadah untuk beriftar


KETIBAAN DAN MENUNGGU WAKTU

 skot Presiden isteri, skot Zakaria dan isteri bersama skot Hazman
MEREKA DATANG AWAL, menunggu ketibaan skot yang lain

Besau tak besau rumah skot aku ni? Aku sampai terlupa nak ambil gambau sebuah rumah. Bungalow 3 tingkat, siap swimming pool.  Siap pagau elektrik lagi. Lokasi pun betul-betul depan gate Istana Kayangan Shah Alam. Apa lah punya tuah anak menantu ni. Alhamdulillah syukur, tumpang gembira dapat melihat salah seorang skot aku ni punya rumah besau. Kalau tengok rupa dan perangai masa kedet dulu, rasanya nak beli Honda Cup second hand pun pinjam duit kawan kot.  Inilah kata peribahasa, "tuah ayam nampak di kaki, tuah Nasir ada pada Chong nyerrr".

Terima kasih kepada skot dato Hazizan, Azmi dan Mustapha (dan mem masing-masing) yang sampai awal dan membantu membuat persiapan seperti susun meja, bentang karpet dan sejadah.  Kalau datang pagi boleh tolong Nasir cuci swimming pool.

lokasi untuk solat- luas terbentang dan siap tersusun rapi

Yang miskin ingin nak kaya
Nasib orang tak boleh teka 
Bertuah sungguh diri Pak Ya
Anaknya diharam dijilat neraka

Terima kasih juga kepada Pak Ya (Raja Haji Zakaria dan Norriah) yang bermurah hati mendatangkan kedua-dua anak lelakinya (al Hafiz) dans eorang lagi rakan dari Melaka untuk memimpin (mengimamkan) solat Isya' dan Tarawikh. Semoga Allah memberkati hidup kelian dan mendapat berkat dan ganjaran dari anak-anak yang solihin.


skot Zakaria bersama barisam imam muda al Hafiz

Banyak khasiat sayur peria
Buat ubat darah tinggi
Skot Aini sentiasa ceria
Derita di hati tanggung sendiri

ketibaan skot Ani dan anak daranya membawa juadah



Berahim Pendek bermain dadu
Gaji dipotong nak bayar hutang
Lokman Kupang jauh memandu
Dari Taiping tetaplah datang

skot Lokman Kupang datang jauh dari Taiping, Inilah kali pertama beliau berjaya memenuhi impian untuk bertemu skot-skot di KL dalam mana-mana reunion yang pernah diadakan.


skot Dato Zamrose lama tak bertemu dengan skot ex-Boy RMC Jaudin (Judin adalah skot TJP37 yang termuda, dilahirkan pada 31 Dis 1962)


skot Pak Ya, aku dan Yatim 


skot Shuairi, Hazman dan Presiden 


dari kiri: skot Hamdan, Azmi, Mustapha, Nasir dan Shuairi 


dari kiri isteri Dato Zamrose, isteri Presiden dan isteri Azmi 



 
menunggu rakan-rakan lain sambil menunggu waktu berbuka puasa
34 tahun dulu tidak berpeluang duduk bersantai begini. Suasana begini amat dirindui setiap kali berlaku pertemuan S37


Lokman TUDM kiri sekali, memang ada tokoh jadi Tok Sidang Seksyen 11.
Yang kat belakang tu ramai-ramai membuat appreciation, tengok tanah belakang masih kosong, ada cita-cita besar nak bina rumah bungalow tepi istana macam skot Nasir


Tuan Presiden nampak gelak gumbira tengok anak buah ramai yang datang - teks ucapan perutusan Ramadhan dah sedia dalam tangan 


bergambar ramai
biar pun tak seramai mana berbanding jumlah S37, namun tetap meriah. Kalau ditaqdirkan datang 250 keluarga, pitam pulak tuan rumah.
barisan belakang dari kiri: Lokman TUDM, Dato Hazizan, Dato Hj Adnan, Azmi, Hj Abdul Razak, Lokman Kupang, Abu Bakar, Lod  Atan, Nasir Chong, Sabari, Jaudin, Hazman, Shohemi, Mustapha dan Hj Zakaria.
duduk kerusi: Dato Zamrose, Alias, Hj Yatim dan Shuairi
squatting: Hamdan dan Toharudin

TIBA WAKTU IFTAR


ladies first  

ini kumpulan pengelat. tak nak berbaris panjang, potong queue, terus ke penghujung meja, meratah buah-buahan. pilih yang baik-baik je yang busuk tinggal kat orang belakang

inilah 'triffle' hidangan yang aku bawa untuk majlis iftar ini. ditempah khas dari Ema Home Biz yang dikenali melalui facebook. cantik dan lazat.
Siapa yang berminat untuk memesan boleh hubungi:
Ema: 013-3311412
atau https://www.facebook.com/EmaHomeBizTriffle?notif_t=fbpage_fan_invite

SOLAT MAGHRIB


berdoa kepada Allah memohon kesejahteraan dan keimanan yang semakin teguh
(setidak-tidaknya bila pencen nanti boleh la ke depan kalau dah terdesak- tiada rotan, akar pun kadang-kadang boleh guna juga- apa lagi kalau akar Tongkat Ali.

bukan senang nak dapat berjemaah bersama skot yang 34 tahun dulu bergelimpangan bersama tak bersolat 

semoga Allah melimpahi pengampunannya kepada apa jua kesalahan dan kelalaian kami di masa yang lalu 

Penyertaan BAKAT 37 dalam majlis-majlis yang dianjurkan semakin membanggakan 
Terima kasih skot Nasir (dan keluarga) yang bermurah hati menyediakan ruang bersolat yang sungguh selesa

IFTAR FASA 2


berbaris mengambil juadah 
 

pasangan ideal makan sepinggan untuk dua orang- salah satu kaedah mengurangkan berat badan tetapi masih belum dibuktikan keberkesanannya kerana 4 kali tambah 

Aini dan puterinya kelihatan ceria

Dalam apa jua aktiviti S37, kalangan skot wanita yang paling rajin datang ialah Mej (B) Aini Hitam. Tabik dulu skot. Selain dia kalau ada reunion di kawasan KL, Mej (B) Siti Zaliha Che Rus akan hadir. So far, dua skot ni lah yang rajin meraikan atau kerap hadir menampilkan diri. Kita harap skot2 wanita  lain pun datanglah. Khususnya yang kurang family commitment macam Yohanez dan Sarkiah. Yang lain-lain pun, ramai yang di KL tu datang lah. Bukan mesti setiap kali. Setahun ke dua tahun sekali pun ok la. Kita pun faham. Lagi pun suami masing2 pun kebanyakannya bekas pegawai ATM juga, boleh datang sama, dan bukannya tak biasa dengan kami


Pak Usin selalu datang berkepit, kali ini datang solo. Itu pun last minute bagi tau. Ni mesti cuti buka fb sepanjang bulan puasa ni



Bila lagi nak merasa duduk makan bersila sesama skot macam ni. 34 tahun dulu, makan atas meja, pakai tray je. makan bersopan dan senyap. Pakai planters order pulak tu. Kalau bersembang kena ambik 20.  Kali ini walaupun duduk bersila atas lantai tetapi amat menyeronokkan. General, Kolonel, Lt Kol, Mejar, Kapten, Lt malah Pegawai kedet pun boleh duduk sama rata, tak ada protokol. Kalau nak panggil Tuan ke Dato' ke tu sebab dah terbiasa bukan sebab jaga protokol yang membezakan darjat.


bersama rakan baru, Abu Bakar (tengah) 
menikmati hidangan. tambah jangan tak tambah skot.

Lihat, betapa mesranya isteri-isteri kita.  Walaupun sebahagian besarnya baru sahaja berkenalan 2 atau 3 tahun yang lepas, namun atas nama SKOT 37, mereka cepat sekali memberi dan menerima, malah mereka begitu akrab sekali. Kalau ada yang tak dapat datang, sibuknya lebih dari skot yang menganjurkan majlis. Harap-harap persaudaraan ini akan berkekalan hingga akhir hayat.


Pada mulanya aku memang ingin hadir bersama isteri. So, aku letak kehadiran dalam fb untuk dua orang. Tapi tiga hari sebelum kemudiannya terpaksa mengubah rancangan kerana pada tarikh dan waktu yang sama, Surau Luqman al Hakim telah mengadakan Majlis Iftar dan Khatam Qur'an. Isteri aku AJK Wanita Surau, dia mahu bersama-sama rakan-rakan di surau.  Kebetulan aku pun AJK, jadi tak kan dua-dua tak hadir. 

Tapi bila aku ubah kehadiran 'seorang' dalam fb, sudah ada 'isteri member' yang perasan. Sudah sound, ehh datang sorang ke, mana Dibah?..Huhuhu. Si Azmi pulak tambah minyak, bagi bakar lagi. Aku pun dah serba tak kena. Jarang sangat aku pergi sorang kalau majlis S37 ni. Payah nak jawab kat geng dia ni. Aku pun mula la buat OPS PUJUK. Alhamdulillah, pada siang hari sebelum majlis malam itu, wife aku telah mengubah fikiran dan mengambil keputusan mengikut aku menyertai Iftar Skot 37.  Dia pun berbelah bahagi jugak tu, kawan surau hari-hari dah jumpa, kawan 37 ni sesekali. Syukur alhamdulillah.

ahli BAKAT 37 tidak kurang meriahnya, sambil makan sambil bincang nak beli kueh raya kat mana untuk nak buat juadah raya.  
sesekali dapat berjumpa- mengeratkan ukhwah

MOREH DAN SEMBANG

macam biasalah Datin Rina (Dato Hazizan) akan mengagihkan sedekah kepada rakan-rakan BAKAT 37- kali ini sambal rojak

meratah buah-buahan yang dibawa oleh skot Sabari- pembekal tunggal buah-buahan tempatan untuk setiap gathering S37

sindiket 1, sindiket 2 dan sindiket 3 dengan menikmati hidangan

Selalunya, majlis atau gathering begini menjadi platform kepada skot-skot yang berhajat untuk menyampaikan jemputan, khususnya majlis perkahwinan anak-anak mereka. Ada yang bawak kad siap bertulis, ada yang tulis on the spot, ada yang tak sempat tulis pun, ada yang jemput mulut dan ada yang sampaikan salam sahaja.  Semuanya dikira rasmi. Akan sampai lah mana-mana yang ada kesempatan.

Jadi mana-mana skot yang buat majlis kahwin, janganlah ada yang terkejut badak bila ada 'mangkuk hayun mana yang tak berjemput' datang bawak anak isteri. Kalau bukan skot tak berani buat macam itu. Kalau dia tak datang minta maaf (sebab tak berjemput), awak maafkan je la.....

Skot Alias menyampaikan kad jemputan perkahwinan anak perempuannya pada 24 Ogos nanti.  Turut menyampaikan akd jemputan ialah skot Hamdan Abdullah pada 31 Ogos nanti.
dari kiri: skot Hamdan, Mustapha, Dao Hj Romlee dan Azman Ali.  Azman memang jarang kelihatan. Tetap masih jambu macam di SPK dulu.

Mustapha: Ko Lokman, dulu masa kat Kota Belud ko buli aku siang malam ye. Mentang2 masa tu badan aku kurus kering, ko berani la ye. Sekarang ko tengok! ko tengok! perut aku ni.... kalau ko berani dekat la sikit, buli la aku la ni....
Abu Bakar: Ko Mus kena buli kat Kota belud. Aku ni ha, masa kat Sebatang Karah pun aku kena teruk dengan dia. Agaknya dia ni marah bebeno kat boy dengan AFATS. Sampai aku lari ke Jepun dek tak tahan kena buli si Lokman ni. Mentang2 la, amsa tu dia la yang paling tinggi


tiga skot Air Force; Suhaimi, Lokman dan Alias. Skot Alias walaupun baru join aktiviti S37 pada awal tahun 2013, namun kini begitu aktif dan rajin sekali hadir.
 
mentang-mentanglah Aini ni IT @ MJ, semua mintak nak tangkap gambar dengannya


Skot Dato Hj Romlee walaupun ada majlis lain di rumah jiran, tetap berkejar datang (sampai ketika solat Isya telah bermula) demi sahabat seperjuangan

 Presiden bergambar dengan skot Air Force: Aku, Shuairi, Hj Romlee dan Suhaimi

cerita tak abis lagi ni, penat berdiri, bersila pulak. Duduk bersila pun dah bersandar ke tembok dan bertongkat tangan dah.... Masa kedet dulu sandar kat pokok besar dalam hutan atau kat tepi lapang sasar.

Nasir: skot, bagi la aku tengok, aku ada dengar yang kau ni belum sunat lagi...
Zakaria: ko jangan nak kurang ajo kat sini ye, kau sentuh je kepala lutut aku ni, malam ni ko moreh dengan kaki cagu aku ni, tambah lauk penampo Sultan Johor aku.

Husin: skot aku nak goyak cito ni, nanti mu jange lupo tulis kat blog mu. Masa aku kat Kota Belud dulu, mace ni la, tengah aku duduk sembang dengan kawe-kawe kat bawah pokok, tetiba aku teraso kepala aku panassss je. masa tu rambut aku ke pendek, meme teraso bena la air sue sue panas meleleh atas kepala aku.
Bilo aku dongak atas, aku tengok hantu Kapt John tengah kece kak kepalo aku niii... mu jange lupo, mu mesti tulih ye cito niii.... sampai la ni, aku masih raso lagi ni kence Kapt John atas kepalo aku ni....

 
lenguh berdiri, tegang urat lutut duduk bersila, cerita tak abis lagi ni, maka mula cari tembok untuk sambung sembang


Kehadiran akhir:
  1. Lt Kol Abdul Razak Presiden dan isteri.
  2. Kapt (B) Mohd Nasir Chong (tuan rumah)
  3. Brig Jen Dato Zamrose dan isteri serta 2 anak.
  4. Brig Jen Dato Hj Romlee TUDM dan isteri.
  5. Kol Toharudin TUDM dan isteri.
  6. Kol Muhammad Suhaimi TUDM dan isteri.
  7. Lt Kol Lod Atan dan isteri.
  8. Lt Kol Hj Mohamad Yatim.
  9. Lt Kol Mohamad Shuairi TUDM dan 3 anak.
  10. Mej (B) Dato Hj Adnan.
  11. Mej Hj Raja Zakaria dan isteri serta 2 anak
  12. Mej (B) Husin Abdullah.
  13. Mej (B) Lokman AbdullahTUDM.
  14. Mej (B) Aini Hitam TUDM dan seorang anak.
  15. Kapt (B) Dato Hazizan dan isteri serta 2 anak
  16. Kapt (B) Mustapha dan isteri.
  17. Kapt (B) Shohemi Hashim dan isteri serta 1 anak.
  18. Kapt (B) Jaudin dan isteri.
  19. Kapt (B) Azmi Abd Hamid dan isteri.
  20. Kapt (B) Lokman Abdullah dan isteri.
  21. Kapt (B) Sabari TUDM dan isteri.
  22. Kapt (B) Hamdan Abdullah dan isteri.
  23. Kapt (B) Alias TUDM dan isteri.
  24. Kapt (B) Azman Ali.
  25. mantan PK Hazman
  26. mantan PK Abu Bakar dan isteri
.
SAYONARA SKOT, HINGGA BERTEMU LAGI

NEXT EVENT
1
MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SKOT ALIAS HJ HAMDAN
EX TUDM
DI NILAI CONVENTION CENTRE
242000H OGOS 13

2
MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SKOT HAMDAN BIN ABDULLAH
EX RENJER
DI DEWAN AS SYAFIE, MAAHAD HAMIDIAH, SG RAMAL, KAJANG
311200H OGOS 13