eid adh-kha 1434
.Tahun ini dilaporkan bahawa dua orang Skot 37 telah belayar (terbang) ke Tanah Suci iaitu Lt Kol Nadzri Mohd Isa dan jutawan Herbalife S37 Kapt Mohd Saiful Abd Rashid (B).
skot-skot yang hadir mengucapkan selamat jalan kepada skot Mohd Saiful di Country Height Kajang pada 10 Okt 13
Sebelum itu, laporan skot Affendi Yahaya dari Melbourne, Australia pada 2 Okt 13 menyatakan bahawa beliau telah selamat menjalani pembedahan untuk mengeluarkan batu karang di sebuah hospital di sana. Semoga skot Affendi sentiasa bersabar menghadapi dugaan/ujian Allah dan didoakan agar segera pulih seperti sedia kala. peringatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan yang lain supaya sentiasa menjaga permakanan dan kesihatan diri.
Apa pun, setiap musibah itu ada hikmahnya.
Semoga cepat pulih skot Affendi
Pada 2 hingga 4 Okt 13, aku menghadiri Bengkel SRS TUDM di KRTU PU Subang. Bengkel anjuran Bahagian Pengurusan Strategik (BPS). Di hari ke 2 aku bertemu dengan skot Lt Kol Tamilenthy TUDM yang sekarang bertugas di MPLU. Lama tak jumpa skot ni. Sebelum ini dia bertugas di Labuan dan sebahagian besar perkhidmatan bertugas di Kuantan.
Pada tengahari 12 Okt 13 aku bertolak ke kampung halaman untuk menziarahi kedua ibu bapa. Aku hanya bermalam untuk satu malam sahaja dan pulang ke KL pada hari Ahad (13hb) kerana mempunyai program Eid Adha di Surau Luqman Hakim bermula pada 14hb petang. Pada 13hb malam setelah menghantar anakku (yang masih dalam pantang) ke rumah mertuanya di Taman Seri Negeri, Paroi aku bermalam di rumahku di Taman Ampangan. Keesokan tengaharinya aku bertolak pulang ke KL.
bergambar bersama kedua ibu-bapa sebelum berlepas pulang ke KL pada 13 Okt 13
Pada hari Isnin, 14 Okt 13 berlaku satu perubahan kepimpinan dalam TDM apabila penyandang jawatan Pengarah Pengurusan Latihan, Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin TD, skot Mej Jen Dato Abd Halim bin Jalal telah menyerahkan jawatan kepada penyandang baru kerana skot kita telah ditukarkan ke ESSCOM sebagai Pengarah Sektor Pertahanan.
Ramai skot 37 yang bertugas di sekitar PD menghadiri majlis serah menyerah tugas tersebut.
dari kiri: Mej Mohd Norzuki (RAD), Lt Kol Rizal Tan (RRD), Mej Jen Dato Halim (RAMD), Lt Kol Razak (KAD), Lt Kol Khairul Anuar (RGK) dan Lt Kol Lod Atan (KOD)
Sepulangnya dari Seremban pada pagi 14 Okt, pada petangnya ada gotong royong msak memasak untuk Majlis Iftar 9 Zulhijjah di Surau Luqman Hakim. Majlis bermula selepas Zohor, tapi aku datang waktu Asar. Dua ekor kambing telah disembelih untuk Aqiqah dan salah seekor adalah aqiqah seekor untuk cucuku.
Selepas solat Asar aku turut menyebok di dapur. Kaum Adam memasak gulai kawah kambing yang diketuai oleh Lt Kol Hj Tofroweh Ismail (JLJD). Turut sama memasak ialah skot Lt Kol Mohamad Yatim (RAMD). Sempat berposing lagi.
Pada 15 Okt 13, bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1434 umat islam di Malaysia menyambut Eid Adha. Surau Luqman al Hakim turut mengadakan Solat Sunat Eid Adha. Aku turut sama mengetuai bacaan Takbir Raya.
Selepas solt Raya, majlis Qurban pula dilaksanakan. Sebanyak 10 ekor lembu tumbang pada pagi itu. Seperti Raya lepas, aku ditugaskan mengetuai Kumpulan Pemotong/Penimbang/Pengagih Daging Qurban.
Berita 10 Zulhijjah dari Skot Abdul Razak (Presiden) dari PD memaparkan gambar-gambar Solat Eid Adha di atas Padang Kawad PUSASDA. Nampak meriah sekali.
Tuan Presiden tunjuk perasaan kerana tak dapat balik raya. Makan kek manis2 banyak supaya dapat darah tinggi dan dapat cuti balik rumah.
20 OKT 2013
hi-tea session
hi-tea session
AT TROPICANA GOLF & COUNTRY RESORTS
PETALING JAYA
HOSTED BY SKOT DATO HJ ADNAN HJ HASHIM
241400H OKT 13 (Khamis) aku melapur untuk masuk ke Wad di IJN untuk menjalani pemeriksaan Angiogram pada 25hb (Jumaat). Setelah mendaftar diri aku ditempatkan di Wad No A219. Buat pengetahuan semua, INILAH KALI PERTAMA aku duduk dalam wad di mana-mana hospital seumur hidup aku. Kalau dulu pernah masuk hospital pun sebagai pesakit luar sahaja. Tidak pernah over night.
IJN- gambar dari fail korporat
Wad A219 di mana aku ditempatkan- ruang yang luas, bersih dan selesa
Petang itu 24hb Okt aku menjalani pemeriksaan pra seperti mengambil sampel darah, membuat ujian ECG, memasukkan jarum untuk air (untuk esok) dan pembersihan kawasan-kawasan tertentu. Pastinya, duduk berseorangan dalam wad yang besar begini amat membosankan. Tapi kalau berkongsi wad akan lebih tidak selesa kerana tiada privasi khususnya jika ada saudara mara pesakit yang menunggu dan hanya dipisahkan oleh langsir. Aku telah memberitahu isteriku supaya datang pada keesokan pagi sahaja kerana malam pertama ini tiada aktiviti yang memerlukan bantuan.
Bosannya baring keseorangan di atas katil hospital- waktu ini terasa suara tangis dan jerit pekik anak cucu amat berharga
Apabila kebosanan sudah mencapai tahap maksima, laptop menjadi teman, mengupdate blog dan melayan kawan-kawan dalam fb. Terima kasih YES. Ada wi-fi untuk guest di IJN tapi tak boleh digunakan dalam wad.
antara alat-peralatan yang digunakan dalam pemeriksaan angiogram
Cerita hi-Tea ini bermula dengan tawaran skot Mej Datin Hamidah Hamidin (Bersara) untuk mengadakan majlis minum petang di rumah beliau. Maka setelah membincangkan perkara tersebut dengan Senior member of S37 Club maka satu tarikh yang sesuai telah dipilih iaitu pada 19 Okt 13.
Bagaimanapun atas sebab-sebab yang tertentu, skot Hamidah telah meminta majlis tersebut ditangguhkan kerana beliau mempunyai komitmen lain yang tidak dapat dielakkan. Oleh kerana tarikh lain tidak sesuai kerana sepanjang bulan November dan Disember sebahagian skot telah mempunyai komitmen dengan majlis yang telah ditetapkan kemungkinan Majlis Hi Tea yang dicadangkan bakal dibatalkan.
Namun skot Dato (Donor) Hj Adnan segera menyelamatkan keadaan. Beliau yang sememangnya sentiasa sibuk siang dan malam KL-Sarawak-K.Kerai bersetuju untuk mengambil alih sebagai host. Namun tarikh dipinda kepada 20hb Okt kerana 19hb beliau masih berada di Kelantan. Pada mulanya lokasi ditetapkan di rumah beliau di Taman Seri Gombak. Namun seminggu sebelum majlis beliau memohon untuk meminda lokasi kerana kerja-kerja renovasi di rumah beliau (persediaan untuk majlis pernikahan anak beliau pada 10 Nov 13 nanti masih belum sempurna. Akhirnya beliau memilih Tropicana Golf & Resort Club, Petaling Jaya.
Do Re Mi..... tiga Askar Melayu
1) Presiden, 2) Dato Hj Kamalruzaman, 3) Dato Hj Romlee, 3) Mustapha, 4) Nazli, 5) Adi Mazlin, 6) Ahmad Azan, 7) Ariffin, 8) Hj Azemi, 9) Mohd Azmi, 10) Mohd Yatim, 11) Norzahari, 12) Lokman Abdullah, 13) Ros Sanani, 14) Aini Hitam, 15) Mohd Shuairi, 16) Dato Hazizan, 17) Toharudin, 18) Shohemi, 19) Abu Bakar Kamarudin, 20) Mohd Husin, 21) Hj Wahid......
SYABAS dan Terima Kasih skot Tok Nan.
Pada petang 21 Okt 13, lebih kurang jam 1650 di penghujung waktu kerja aku bertolak ke Terminal Skypark, Subang (LTSAS) selepas waktu kerja untuk menaiki pesawat FY2172 ke Alor Setar kerana menghadiri Mesyuarat Contract Performance Review (CPR) yang dilangsungkan di Holiday Villa. Sampai di AS jam 1020 terus pekena Nasi Arab di Tanah Merah sebelum check in di hotel.
Skot Ann-Marie Ng Mui Lee telah dimasukkan ke HKL pada 21 Okt hingga 12 Nov 13 kerana menjalani rawatan radioterapi di Institut Oncology dan Radioterapi, Hospital KL setelah menjalani pembedahan pembuangan ketulan (lump) di bahagian payudara. Sebelum ini, skot Ann-Marie telah diserang stroke sejak awal tahun 2000an dan tidak dapat melakukan aktiviti kehidupans seperti biasa.
Pada 21 Okt 13, aku bersama 5 skot lain telah membuat temujanji secara inpromptu melalui whatssap untuk menziarahi skot Ann-Marie pada petang 23 Okt 13.
Maka program ziarah 'up jadi' berlaku pada jam 1630H, 23 Okt 13. Skot Datin Hamidah disertai oleh skot Aizan dan skot Noor Sabarina (Lolly) manakala skot Nasir Chong bersama skot Shahrin. Aku yang keluar dari pejabat pada jam 1600 menyertai ziarah tersebut.
Selepas keluar dari wad, lebih kurang jam 17.30H petang, kami beralih ke Grand Season Hotel (bersebelahan dengan HKL) untuk sambung chit-chat sambil menjamu selera. Enak sekali menikmati Char Koay Teow, Mee Goreng Mamak, Spaghetti dan lain lain yang disponsor oleh 'samada' skot Nasir atau skot Shahrin. Terima kasih skot.
Petang itu banyak sekali kesah dan pengalaman pahit yang diluahkan oleh skot-skot untuk dijadikan pelajaran dan pengajaran. Akan kutuliskan dalam TAJUK khusus mengenai PKK.
Sempena dengan sambutan Hari Ulangtahun kelahiran YDP Negeri Pulau Pinang, Penaung S37 Lt Jen Dato Seri Ahmad Hasbullah telah menerima kurniaan Darjah Kebesaran 'Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN).
Pada hari yang sama sempena sambutan Hari Ulangtahun kelahiran YDP Negeri Melaka, Presiden S37 Lt Kol Abdul Razak bin Hussin telah dikurniakan dengan 'Bintang Cemerlang Melaka (BCM).
Bagaimanapun atas sebab-sebab yang tertentu, skot Hamidah telah meminta majlis tersebut ditangguhkan kerana beliau mempunyai komitmen lain yang tidak dapat dielakkan. Oleh kerana tarikh lain tidak sesuai kerana sepanjang bulan November dan Disember sebahagian skot telah mempunyai komitmen dengan majlis yang telah ditetapkan kemungkinan Majlis Hi Tea yang dicadangkan bakal dibatalkan.
Namun skot Dato (Donor) Hj Adnan segera menyelamatkan keadaan. Beliau yang sememangnya sentiasa sibuk siang dan malam KL-Sarawak-K.Kerai bersetuju untuk mengambil alih sebagai host. Namun tarikh dipinda kepada 20hb Okt kerana 19hb beliau masih berada di Kelantan. Pada mulanya lokasi ditetapkan di rumah beliau di Taman Seri Gombak. Namun seminggu sebelum majlis beliau memohon untuk meminda lokasi kerana kerja-kerja renovasi di rumah beliau (persediaan untuk majlis pernikahan anak beliau pada 10 Nov 13 nanti masih belum sempurna. Akhirnya beliau memilih Tropicana Golf & Resort Club, Petaling Jaya.
.
Do Re Mi..... tiga Askar Melayu
.
Yang hadir:1) Presiden, 2) Dato Hj Kamalruzaman, 3) Dato Hj Romlee, 3) Mustapha, 4) Nazli, 5) Adi Mazlin, 6) Ahmad Azan, 7) Ariffin, 8) Hj Azemi, 9) Mohd Azmi, 10) Mohd Yatim, 11) Norzahari, 12) Lokman Abdullah, 13) Ros Sanani, 14) Aini Hitam, 15) Mohd Shuairi, 16) Dato Hazizan, 17) Toharudin, 18) Shohemi, 19) Abu Bakar Kamarudin, 20) Mohd Husin, 21) Hj Wahid......
SYABAS dan Terima Kasih skot Tok Nan.
22 OKT 2013
skot POP-IN SKOT
Pada petang 21 Okt 13, lebih kurang jam 1650 di penghujung waktu kerja aku bertolak ke Terminal Skypark, Subang (LTSAS) selepas waktu kerja untuk menaiki pesawat FY2172 ke Alor Setar kerana menghadiri Mesyuarat Contract Performance Review (CPR) yang dilangsungkan di Holiday Villa. Sampai di AS jam 1020 terus pekena Nasi Arab di Tanah Merah sebelum check in di hotel.
Skot 37: Hj Azemi Mat Saud (AIROD), skot Hj Mohd Sabri Shamsudin (MLU), aku dan skot Hj Othman Md Jahim (Airod)
Aku menghubungi skot Nazlan bin Dato' Abul As (exRAJD) yang menetap di Alor Setar. Nazalan sampai di hotel tepat jam 1600... kami bersembang sampai jam 1830 dan Nazlan menunggu sehingga ke malam dan menyertai Dinner kami (BBQ) di hotel. Aku bertolak keluar dari hotel pada jam 2000H untuk ke lapangan terbang kerana flight ke KL (Subang) pada jam 1910.
disertai oleh skot Nazlan Abul As
Posing je, nak makan banyak tak berapa berani kerana kolesterol dan asid urik dah sedia tinggi
23 OKT 2013
ZIARAH ANN-MARIE DI HOSPITAL KL
Skot Ann-Marie Ng Mui Lee telah dimasukkan ke HKL pada 21 Okt hingga 12 Nov 13 kerana menjalani rawatan radioterapi di Institut Oncology dan Radioterapi, Hospital KL setelah menjalani pembedahan pembuangan ketulan (lump) di bahagian payudara. Sebelum ini, skot Ann-Marie telah diserang stroke sejak awal tahun 2000an dan tidak dapat melakukan aktiviti kehidupans seperti biasa.
Pada 21 Okt 13, aku bersama 5 skot lain telah membuat temujanji secara inpromptu melalui whatssap untuk menziarahi skot Ann-Marie pada petang 23 Okt 13.
Maka program ziarah 'up jadi' berlaku pada jam 1630H, 23 Okt 13. Skot Datin Hamidah disertai oleh skot Aizan dan skot Noor Sabarina (Lolly) manakala skot Nasir Chong bersama skot Shahrin. Aku yang keluar dari pejabat pada jam 1600 menyertai ziarah tersebut.
skot Ann-Marie menceritakan masalah yang berlaku ke atas dirinya
Lolly yang pernah bertugas sebagai Pengurus Pentadbiran di HAT Tuanku Mizan begitu mengambil berat untuk mendalami perasaan pesakit. Shahrin........"kalau aku jadi macam ni nanti, sapa agaknya yang nak tunggu aku di wad? Isteri tak ada, anak tak ada. Nak harapkan skot...uhhh....."
Tenang skot..... kami doakan semoga segera sembuh
Selepas keluar dari wad, lebih kurang jam 17.30H petang, kami beralih ke Grand Season Hotel (bersebelahan dengan HKL) untuk sambung chit-chat sambil menjamu selera. Enak sekali menikmati Char Koay Teow, Mee Goreng Mamak, Spaghetti dan lain lain yang disponsor oleh 'samada' skot Nasir atau skot Shahrin. Terima kasih skot.
Petang itu banyak sekali kesah dan pengalaman pahit yang diluahkan oleh skot-skot untuk dijadikan pelajaran dan pengajaran. Akan kutuliskan dalam TAJUK khusus mengenai PKK.
21 OKT 2013
ADI MAZLIN DIHEMPAP MOTOR
Pada 21 Okt 13, skot Adi Mazlin bin Marmuji (yang baru pertama kutemui sejak keluar dari SPK (1981) pada 20 Okt 13 semasa majlis Hi Tea di Tropicana PJ) telah mengalami kemalangan kecil (jatuh motorsikal). Beliau telah dimasukkan dan menerima rawatan di Sime Darby Medical Centre pada hari tersebut dan keluar pada 22 Okt 13.
Didoakan semoga skot segera sembuh dan kembali pulih seperti biasa.
24 OKT 2013
PENAUNG & PRESIDEN DAPAT PINGAT
Sempena dengan sambutan Hari Ulangtahun kelahiran YDP Negeri Pulau Pinang, Penaung S37 Lt Jen Dato Seri Ahmad Hasbullah telah menerima kurniaan Darjah Kebesaran 'Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN).
Pada hari yang sama sempena sambutan Hari Ulangtahun kelahiran YDP Negeri Melaka, Presiden S37 Lt Kol Abdul Razak bin Hussin telah dikurniakan dengan 'Bintang Cemerlang Melaka (BCM).
24-26 OKT 2013
AKU MASUK IJN
241400H OKT 13 (Khamis) aku melapur untuk masuk ke Wad di IJN untuk menjalani pemeriksaan Angiogram pada 25hb (Jumaat). Setelah mendaftar diri aku ditempatkan di Wad No A219. Buat pengetahuan semua, INILAH KALI PERTAMA aku duduk dalam wad di mana-mana hospital seumur hidup aku. Kalau dulu pernah masuk hospital pun sebagai pesakit luar sahaja. Tidak pernah over night.
IJN- gambar dari fail korporat
Sebelum ini pada 9 Okt 13 aku telah melapur diri ke IJN (atas arahan doktor pakar di HAT Tuanku Mizan setelah ujian stress ke atas diriku tidak stabil) untuk menjalani pemeriksaan awal di bawah seliaan Dr Rony Yuliwansyah Sharif. Sebelah pagi aku mendaftar diri dan kemudiannya menjalani pemeriksaan ECG, x-ray dan echo-cardiogram. Dan aku diarahkan melaporkan diri untuk masuk wad pada 241400H Okt 13.
Wad A219 di mana aku ditempatkan- ruang yang luas, bersih dan selesa
Bosannya baring keseorangan di atas katil hospital- waktu ini terasa suara tangis dan jerit pekik anak cucu amat berharga
Apabila kebosanan sudah mencapai tahap maksima, laptop menjadi teman, mengupdate blog dan melayan kawan-kawan dalam fb. Terima kasih YES. Ada wi-fi untuk guest di IJN tapi tak boleh digunakan dalam wad.
Pada pagi 25 Okt 13, pelanggan (bakal pesakit) yang menunggu giliran untuk menjalani pemeriksaan angiogram diberikan taklimat oleh Puan Che Hawa, juruperunding IJN yang menerangkan semua teori yang berkait dengan proses pelaksanaan angiogram termasuk alat-peralatan yang digunakan dalam proses tersebut. Beliau memberikan semangat kepada pelanggan supaya tidak bimbang kerana pemeriksaan dilaksanakan oleh pakar-pakar yang berpengalaman.
antara alat-peralatan yang digunakan dalam pemeriksaan angiogram
Setelah menunggu dengan rasa yang tak menentu sejak pagi, akhirnya pada jam 1600 staf IJN memberitahu supaya aku bersedia untuk menjalani pemeriksaan. Giliran sudah sampai. Setelah menukar pakaian yang disediakan,
Pakaian khas pesakit.
Lebih kurang jam 1630 aku di bawa dengan wilcha ke makmal rawatan di Tingkat 1. Beermulah pemeriksaan. Bermula dengan ujian angiogram yang menemui hasil bahawa salah satu dari tiga saluran utama pembekal darah ke jantung telah hampir tersumbat, lebih kurang 70-80%.
Proses kedua dilaksanakan iaitu balloning bagi membesarkan saluran dan seterusnya memasang STENT bagi melancarkan perjalanan darah. Selesai pemeriksaan dan rawatan pada jam 1630. Syukur alhamdulillah segala-galanya selesai. Sesampai di Wad A219 anak cucu aku baru sahaja sampai.
Setelah diberikan rehat secukupnya untuk satu malam lagi, keesokan paginya, 26hb Okt setelah disahkan sihat, aku dibenarkan keluar dari wad. Selesai urusan laporan perubatan, pengambilan ubat pada jam 1330.
Sekali lagi syukur alhamdulillah kerana pemeriksaan angiogram ini telah dapat mengenalpasti dengan lebih awal. Ini tentu sahaja dapat mengelakan aku dari menghadapi komplikasi jantung di luar jangkaan.
Terima kepada pakar perubatan IJN, Dr Rony serta semua staf IJN yang begitu profesional melaksanakan tugas.
26 OKT 2103
darah pahlawan azrul hardav
Pada 26 Okt 13, skot Azrul Hardav bin Abdullah (dulu PK U) Hardav Singh) telah menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kadet Inspektor untuk putera beliau di PULAPOL, Kuala Lumpur. Tahniah buat skot Azrul sekeluarga.
27 OKT 2103
MAJLIS PERKAHWINAN
ANAK MEJ AHMAD BIN ALI (B)
ANAK MEJ AHMAD BIN ALI (B)
DI TAMAN BUNGA NEGARA, SHAH ALAM
Pada 27 Okt aiitu hari perkahwinan anak skot Ahmad Ali, aku masih bercuti sakit selepas menjalani rawatan angiogram di IJN. Aku keluar dari IJN pada 26 Okt dan tidak dibenarkan oleh doktor dari membuat apa-apa kerja termasuk memandu kereta atau mengangkat barang seperti beg dan lain-lain. Oleh itu aku tidak dapat menghadiri majlis skot Ahmad Ali.
Skot Ahmad Ali yang popular semasa latihan di SPK dengan nickname BADUL (kerana iras mukanya mirip A R Badul). Malah setelah lebih 30 tahun, jika kita sebut nama Ahmad Ali (khususnya skot dari TDM) akan mengalami kesukaran untuk mengingati beliau, tapi kalau sebut Badul, insyaAllah semua masih ingat.
Beliau bersara dalam pangkat Mejar TUDM dalam tahun 2007. Pernah sama-sama mengikuti kursus Squadron Officers' Course (SOC) di TUDM Kinrara dalam tahun 1991. Beliau juga pernah berkhidmat di MATRA 1 sebagai Ketua AIS sebelum bersara.
Semoga majlis skot Ahmad Ali berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan Allah swt.
Berita dari facebook/whatsapp- seramai 4 skot telah berjaya memenuhi jemputan skot Ahmad Ali di Taman Bunga Negara, Shah Alam pada jam 1200 iaitu Dato Adnan dan isteri, Abdul Razak presiden dan isteri (+ cucu dan skot Nasir dan isteri. Syabass. Skot Husin juga sampai walaupun agak lewat. Harap ada lagi skot yang sampai selepas ini dan menguploadkan gambar.
Pada 30hb Okt, aku sepatutnya menghadiri Mesyuarat Pemerintahan Panglima Operasi Udara 2/2013 di Hotel Equatorial, Melaka. Namun aku tidak dapat hadir kerana masih bercuti sakit sehingga 8 Nov 13.

30 OKT - 1 NOV 2013
DI EQUATORIAL MELAKA
Pada 30hb Okt, aku sepatutnya menghadiri Mesyuarat Pemerintahan Panglima Operasi Udara 2/2013 di Hotel Equatorial, Melaka. Namun aku tidak dapat hadir kerana masih bercuti sakit sehingga 8 Nov 13.
No comments:
Post a Comment