SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Thursday, October 17, 2013

TJP37054 TABUNG KEBAJIKAN S37

GAGASAN PENUBUHAN 
TABUNG KEBAJIKAN S37
'IDEA untuk mewujudkan Tabung Kebajikan S37 ini mula-mula aku cadangkan dalam ruang facebook TJP37 dan mendapat maklum balas yang positif. Ketika hi-tea S37 di Tropicana Golf Resort PJ pada 20 Okt 13, perkara ini sekali lagi diwar-warkan oleh Sdra Presiden dan pada 23 Okt sekali lagi disuarakan dalam fb oleh skot Tok Nan dan terus mendapat sokongan positif. 

KONSEP PELAKSANAAN TABUNG INI ADALAH BERASASKAN MAKSUD HADIS BERIKUT:

Dari Abu Hurairah ra..."APABILA MATINYA SEORANG ANAK ADAM MAKA TERPUTUS SEGALA AMALANNYA KECUALI 3 PERKARA, IAITU ILMU YANG BERMANFAAT, SEDEKAH JARIAH DAN DOA ANAK YANG SOLEH"
Hadis Sahih- Riwayat Muslim

Kenapa orang yang suka menderma terus suka menderma?. Ketahuilah bahawa:



Kenapa sedekah jariah adalah cara yang paling mudah untuk dijadikan bekalan selepas kita mati?

  • Ia menggembirakan orang lain dan orang yang menerima faedha sedekah akan bersyukur dan mendoakan kita.
  • Berapa banyak ilmu bermanfaat yang kita ada untuk kita sebarkan? Sedalam mana ilmu kita yang baik yang kita mampu ajarkan kepada orang lain. Ilmu yang kita ada ni, untuk mengajar ilmu kepada isteri dan anak-anak kita sendiri pun kita tak lepas.
  • Lihat anak kita. Dengan keadaan mereka seperti sekarang adakah mereka boleh diharap menjadi anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kita. Jika kita tinggalkan banyak harta mereka akan bersukaria dengan harta. Jika kita tidak tinggalkan harta mereka akan melupakan kita juga kerana sibuk mencari harta.

CADANGAN AWAL:

PERHATIAN:
  • TABUNG INI DITUBUHKAN BERASASKAN 100% AMAL JARIAH DAN KEBAJIKAN. JANGAN ADA YANG BERTANYA 'AKU DAH BAYAR, PASTIKAH WARIS AKU DAPAT 'RM' BILA AKU MATI NANTI?
  • TERBUKA TANPA MENGIRA AGAMA DAN BANGSA.
  • TIADA PERUNTUKAN TETAP SEPERTI BAYAR YURAN 100 DAPAT 1000, BAYAR 200 DAPAT 2000 ATAU SEBAGAINYA.
  • WARGA S37 YANG SAKIT BERPANJANGAN (PERMANENT DISABLE) TIDAK DIPERLUKAN UNTUK MEMBAYAR APA-APA YURAN TETAPI TETAP AKAN MENERIMA FAEDAH - MUNGKIN DALAM BENTUK DERMA TAHUNAN SEWAKTU HARI PERAYAAN.
  • WARGA S37 YANG TIDAK MEMPUNYAI PEKERJAAN KERANA SAKIT, MENERIMA BANTUAN TABUNG KEBAJIKAN JUGA MUNGKIN LAYAK DIBERI BANTUAN TAHUNAN.
YURAN PEMBUKAAN ADALAH TERBUKA, MENGIKUT KEIKHLASAN.

ANTARA CONTOH WARGA S37 YANG MUNGKIN LAYAK MENERIMA BANTUAN TETAP SETIAP TAHUN:

SKOT ZURAIMI BIN MOHAMAD
SKOT ANN-MARIE NG MUI LEE

Sejak cadangan ini diiklankan dalam fb, sambutan dari warga S37 adalah positif, setakat hari ini lebih kurang 20 skot telah memberikan maklum balas yang positif.

Apa yang mengejutkan ialah, pada 26hb Okt 13, tanpa diduga, baru seminggu cadangan diposkan dalam facebook S37, aku menerima mesej dari skot Affendi Yahya yang kini menetap di Melbourne Australia bahawa dia bersetuju dengan cadangan penubuhan tabung ini dan telah mengamanahkan adiknya di Malaysia untuk menemui aku untuk memulakan pengisian dana TKS37 sebanyak RM300. Hasrat skot Affendi ini disuarakan sebelum aku membuka tajuk ini dalam blog aku.

Bayangkan. skot kita yang jauh dirantau begitu pantas memahami kepentingan dan peranan kita untuk membantu sesama insan khususnya rakan seperjuangan. Pastinya dengan lokasi beliau di sana beliau tidak mengharapkan faedah dari pelaburan yang dikeluarkannya. Inilah yang dikatakan sebagai pelaburan akhirat. Ini amat bersesuaian sekali dengan maksud hadis Rasulullah saw di atas yang kita jadikan sebagai konsep pengujudan TKS37. 

HARI INI, 1 NOV 2013, SAYA MENCADANGKAN SEPERTI BERIKUT:

CADANGAN PERATURAN
TABUNG 
KEBAJIKAN S37

PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN
KELAB ALUMNI PEGAWAI KEDET TJP37 (SKOT 37)
(TKS37)

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi

Pentadbir TKS37:

Tel:
Faks:

1.   Nama

1.1.        Peraturan-peraturan ini adalah dinamakan Peraturan-peraturan Tabung Kebajikan Kelab Alumni Pegawai Kedet TJP37 (Skot 37) atau Tabung Kebajikan Skot 37 atau ringkasannya disebut TKS37.

1.2.        Peraturan-peraturan ini diwujudkan di bawah undang-undang Pendaftar Pertubuhan (Registrar of Society) ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Kelab S37 dan Ketua Pendaftar.

2.   Tafsiran

Dalam Peraturan-peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain :

2.1.   Akta maknanya Peraturan-peraturan Pertubuhan, 1984 dan Akta Pertubuhan 1966 dan pindaan-pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;

2.2.   Keahlian Kelab adalah seperti berikut:

2.2.1.  Sesiapa sahaja sama ada lelaki atau pun wanita yang pernah menjalani latihan sebagai Pegawai Kedet Angkatan Tentera Malaysia tanpa mengira jumlah hari bersama           Pegawai Kedet Tauliah Jangka Pendek (TJP) Panggilan ke 37 di Sekolah Pegawai Kedet, Port Dickson, Negeri Sembilan di antara 5 Januari 1980 sehingga 24 Januari 1981 yang membayar Sumbangan Permulaan adalah layak menjadi Ahli.  Tiada    
permohonan diperlukan untuk menjadi Ahli TKS37 ini;

2.2.2. Mana-mana individu yang masuk dalam kategori di dalam perenggan 2.2.1 tetapi telah mengalami sakit kronik, kehilangan upaya kekal dan kehilangan pekerjaan akibat masalah tersebut adalah diterima menjadi ahli dan layak menerima faedah tanpa perlu membayar apa-apa Sumbangan.

2.3.   Tabung bermakna Tabung Kebajikan Skot 37 atau ringkasannya TKS37.

2.4.   Bantuan Kebajikan ertinya satu skim bantuan yang dibentuk untuk memberi bantuan kepada Ahli atau keluarga Ahli mengikut garis panduan yang disediakan;

2.5.   Pentadbir maknanya Ahli Jawatankuasa dilantik atau dipilih oleh Mesyuarat Agung Kelab S37 untuk mentadbirkan TKS37;

2.6.   Peraturan maknanya Peraturan-peraturan Pertubuhan yang dibuat di bawah Akta dan pindaan-pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;

2.7.   Sipenerima maknanya anggota atau waris anggota yang menerima manfaat apabila berlakunya musibah ke atas isteri atau anak anggota, atau diri anggota itu sendiri;

2.8.   Pendaftar Pertubuhan maknanya Pendaftar Pertubuhan yang dilantik di bawah Akta Pertubuhan 1966; dan

3.    Objektif.

3.1.     TKS37 ini ditubuhkan untuk memenuhi objektif berikut:

3.1.1   Memberikan sumbangan tanda kasih kepada Ahli Kelab S37 atau keluarga Ahli (yang diperakui dalam peraturan ini) yang mengalami musibah atau kesusahan.

3.1.2.  Menyediakan peluang kepada sesame Ahli S37 untuk sama-sama menyumbang sebagai amalan kebajikan dengan cara membantu saudara seangkatan yang memerlukan bantuan bila ditimpa musibah.

3.1.3.   Mengurus dan mengumpul wang Tabung dengan berkesan dan mengeluarkan wang Tabung kepada pihak berkenaan dengan kadar segera.

4.     Garis Panduan Sumbangan dan Manfaat.

4.1.     Skim bantuan kebajikan yang diberikan oleh TKS37 terbahagi kepada TIGA pendekatan berikut iaitu:

4.1.1.    Sumbangan One-Off:

4.1.1.1.     Kematian Ahli akan menerima RM2,000.00.

4.1.1.2.     Kematian isteri Ahli akan menerima RM1000.00 (terhad kepada seorang isteri sahaja).

4.1.1.3.     Kematian anak Ahli akan menerima RM500.00 (hanya melibatkan anak Ahli yang masih belum berkahwin)

4.1.2.    Sumbangan Tahun.  Mana-mana ahli yang mengalami kehilangan upaya kekal akibat penyakit atau kemalangan layak menerima bantuan tahunan bernilai RM1000 yang disampaikan sebelum hari perayaan utama mengikut bangsa atau agama.

         4.1.3.   Sumbangan Khas: Mana-mana Ahli yang telah meninggal dunia setelah menjadi Ahli, waris (isteri atau anak) masih boleh menerima skim bantuan kebajikan ini 
mengikut budi bicara Jawatankuasa Tabung.

5.    Kaedah Pemberian Bantuan.

5.1.   Menerima maklumat mengenai kematian Ahli atau isteri Ahli atau anak Ahli melalui apa jua media yang sah dan dipercayai, Bendahari akan mengeluarkan WANG TUNAI untuk diserahkan kepada Ahli atau WARIS Ahli. Pentadbir TKS37 boleh melantik mana-mana individu di kalangan Ahli atau bukan Ahli untuk mewakili Kelab S37 untuk menyampaikan bantuan berkenaan.

6.    Tempoh Kelayakan Mendapat Faedah Tabung.

6.1.   Setiap Ahli layak mendapat manfaat dan bantuan Tabung sebaik sahaja menjelaskan sumbangan permulaannya.

7.   Sumber Dana.

7.1.   Sumber dana TKS37 boleh diperolehi dari:

7.1.1.  Sumbangan wajib permulaan oleh Ahli ditetapkan kepada RM200.00:

7.1.2.  Sumbangan ikhlas dari mana-mana ahli yang ingin menyumbangkan nilai wang melebihi dari kadar yang ditetapkan dalam perenggan 7.1.1.

7.1.3.  Sumbangan dari mana-mana firma, syarikat, persatuan atau individu bukan Ahli.

7.1.4.  Apabila jumlah dana telah digunakan melebihi 50% dari jumlah asal, Pentadbir akan melaksanakan kempen pungutan dari Ahli mengikut kadar secara prorata.

8.   Pentadbiran Tabung.

8.1.   TKS37 ini hendaklah ditadbirkan oleh Jawatankuasa Kecil TKS37 yang dilantik oleh Jawatankuasa Kelab S37;

8.2.   Jumlah anggota Jawatankuasa Kecil ini hendaklah seramai tiga orang termasuk seorang ahli sebagai Pengerusi;

8.3.   Jawatankuasa Kecil ini berkuasa meluluskan derma atau sumbangan dari tabung ini mengikut peraturan yang ditetapkan oleh TKS37.

9.   Tahun Kewangan.

9.1.   Tahun kewangan TKS37 ini hendaklah bermula pada satu haribulan Januari dan berakhir pada tiga puluh satu haribulan Disember.

10.  Melabur.

10.1.   Tiada mana-mana bahagian dari Tabung ini yang boleh dilaburkan dalam mana-mana badan atau institusi kewangan atau pertubuhan dalam apa-apa bentuk sekalipun;

11.  Kehilangan Hak Menerima Sumbangan.

11.1.   Mana-mana ahli yang meninggal dunia atau cedera atau sakit akibat dari perlakuan jenayah seperti merompak, membunuh diri atau percubaan membunuh diri, mencederakan diri sendiri adalah tidak layak menerima apa-apa bantuan kebajikan.

12.   Pembayaran.

12.1.   Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk WANG TUNAI.

13.   Aktiviti.

13.1.   Pentadbiran Tabung boleh menggantung semua aktiviti Tabung Khairat ini jika ia mempunyai masalah aliran tunai kepada kekurangan kewangan dalam Tabung sehingga masalah ini dapat dipulihkan. 

13.2.   Pentadbir hendaklah mengeluarkan Surat Pekeliling atau apa jua cara komunikasi kepada semua anggota Koperasi mengenai penggantungan atau pemulihan TKS37.

14.   Audit.

14.1.`Akaun TKS37 ini hendaklah diaudit bersekali dengan lain-lain akuan Koperasi setahun sekali,

15.   Pentadbir.

15.1.`Pentadbir hendaklah membentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kelab S37 laporan-laporan mengenai aktiviti-aktiviti TKS37 ini serta membuat cadangan-cadangan bagi menambahkan lagi kebaikan Tabung ini.

16.  Pindaan Kepada Peraturan.

16.1.   Peraturan-peraturan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Peraturan Kelab S37 dan Akta Pertubuhan 1966 serta Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984.

16.2.   Pendaftar Peertubuhan bolehlah meminda peruntukan dalam peraturan ini apabila difikirkan mustahak untuk memudahkan perjalanan dan pengurusan TKS37 ini.

17.   Kemusykilan dan Pertikaian.

17.1.` Jika terdapat sebarang kemuskilan dari segi tuntutan dan sebagainya perlu dikemukakan kepada Pentadbiran secara bertulis. Keputusan Pentadbir adalah muktamad selagi tidak terkeluar dari peraturan yang ditetapkan.

17.2.   Jika berlaku pertikaian mengenai tafsiran Peraturan-peraturan ini atau timbul perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Ketua Pendaftar Pertubuhan mengikut Peraturan-peraturan Pertubuhan.

18.   Pembubaran.

18.1.` Sekiranya terdapat lebih 50% dari Ahli (yang masih hidup) mengambil keputusan untuk membubarkan Tabung ini dalam satu Mesyuarat Agong atau Mesyuarat Tergempar dan ia diminitkan, maka segala baki dana dalam Tabung ini kepada mana-mana institusi berikut:

18.1.1. Rumah Kebajikan Penjagaan Orang Tua.

18.1.2. Rumah Kebajikan Penjagaan Anak-anak Yatim. 

18.1.3. Rumah Kebajikan Pemulihan Akhlak.

18.1.  Sekiranya berlaku pada suatu ketika, sebahagian besar dari Ahli TKS ini telah meninggal dunia dan tiada sesiapa yang berupaya untuk menjalankan pentadbiran ke atasnya, maka segala baki dana Tabung ini diwasiatkan kepada institusi seperti di perenggan 18.1.1.


    skot-skot adlah dijemput untuk meneliti kandungan Peraturan di atas dan seterusnya mencadangkan penambahbaikan di mana-mana seksyen/perenggan yang perlu.


    Satu mesyuarat lanjut mengenai penubuhan TKS37 akan dibuat dalam masa terdekat.

    Perhatian:

    Keahlian TKS37 bukan satu kemestian kepada semua warga S37. Andaikata hanya 30 orang yang bersedia memulakan langkah, kita akan tetap teruskan.

    KALAU DIIZINKAN ALLAH, JIKA IDEA INI DAPAT DIREALISASIKAN, IA MUNGKIN MENJADI TABUNG KEBAJIKAN PERTAMA YANG MELIBATKAN MANA-MANA INTAKE PEGAWAI KEDET ATM.

    WAHAI SKOT YANG DIKASIHI
    FIKIR-FIKIRKANLAH


    Iklan ini disiarkan sekali lagi dalam facebook dan juga disampaikan melalui whatsapp pada 17 Dis 13

    Pada hari terakhir sebelum mesyuarat seramai 16 telahmengesahkan diri untuk hadir ialah:
    1. Abdul Razak Hussain- Presiden
    2. Toharudin Ab Rasid
    3. Mustapha Ahmad
    4. Norhaili Abd Latif
    5. Mohd Husin Abdullah
    6. Mohd Shahar Said
    7. Hj Azemi Mat Saud
    8. Hj Mohd Saiful Abd Rashid
    9. Nordin TPK
    10. Lokman Abdullah
    11. Dato' Hj Romlee Yahya
    12. Norzahari Zeelan
    13. Fanashim Benson Hashim
    14. Hj Ishak Hj Johar
    15. Mahadzir Hashim
    16. Mohammad Shuairi Abdullah

    Ahli yang mengesahkan tidak dapat hadir dan bersetuju dengan apa jua keputusan majoriti ialah:
    1. Azih Abd Ghani
    2. Azman Daud
    3. Azmi Abd Hamid
    4. Ahmad Fuad Abdullah Thani
    5. Hj Mohd Nasir Sulaiman
    6. Affendi Yahya
    7. Aini Hitam
    8. Dato Hj Adnan Hashim
    9. Shazarina Monica
    10. Mohd Ariffin Saimun
    11. Halim Idris
    12. Lod Atan
    13. Hj Abd Wahid Yusoff
    14. Hazman Ahmad
    15. Miswan Mohamad
    16. Syed Azhar Syed Abu Bakar
    17. Adi Mazlin Marmuji
    18. Hjh Marmilah Munajat
    19. Noraini Ahmad
    20. Ros Sanani Othman
    21. Nazli Alias
    22. Abu Bakar Kamarudin
    Untuk makluman skot-skot semua, sehingga tarikh ini (08 Dis 13), walaupun TKS37 masih belum dilancarkan, aku telah menerima sumbangan dari 4 orang skot dan jumlah pungutan sekarang ialah sebanyak RM900.00.

    Pada tarikh sebenar mesyuarat pada 25 Dis 13, hanya 16 warga S37 yang hadir:
    1. Abdul Razak Hussain- Presiden
    2. Toharudin Ab Rasid
    3. Mustapha Ahmad
    4. Mohd Husin Abdullah
    5. Hj Mohd Saiful Abd Rashid
    6. Nordin TPK
    7. Datuk Hj Romlee Yahya
    8. Norzahari Zeelan
    9. Fanashim Benson Hashim
    10. Mahadzir Hashim
    11. Mohammad Shuairi Abdullah
    12. Dato Hazizan Ahmad
    13. Shohemi Hashim
    14. Azmi Abd Hamid
    15. Mohammad Yatim Mohd Nor
    16. Hamdan Abdullah
    Sehingga 24 Dis 13, hanya 16 sahaja yang mengesahkan akan hadir. Apabila tiba tarikh sebenar pada 25 Dis 13, hanya seramai 16 sahaja yang hadir. Sama jumlah dengan yang berjanji hanya wajahnya sahaja yang tidak sama. Ada yang kata nak datang tapi tak kelihatan. Ada yang tak kata apa-apa tapi muncul. Skot yang pertama sekali sampai ialah Brig Jen Datuk Hj Romlee Yahya TUDM. 

    Oleh kerana skot yang berjanji nak sponsor nasi lemak pagi itu telah menarik diri di saat akhir kerana ada urusan keluarga, aku tidak sempat membuat tempahan. Untuk makan tengahari okay sebab aku sudah membuat tempahan seminggu lebih awal. Pagi hari itu (0730H) aku naik motorsikal ke Taman Setiawangsa untuk mencari kueh-mueh. Teh tarik disediakan dengan ehsan Mej KM Mahmud, AJK Surau.

    Alhamdulillah selain kueh mueh dan nasi lemak yang aku beli, beberapa skot datang membawa juadah seperti Shohemi dan Razak. Mesyuarat dimulakan pada jam 1000H. Skot yang hadir adalah:
    1. Brig Jen Datuk Hj Romlee bin Hj Yahya TUDM
    2. Lt Kol Abdul Razak bin Hussain
    3. Kol Hj Toharudin bin Abd Rasid TUDM
    4. Kapt Dato Hazizan bin Ahmad (B)
    5. Mej Mohd Husin bin Abdullah (B)
    6. Lt Kol Nordin TP Kunjupathy 
    7. Kapt Azmi bin Abd Hamid (B)
    8. Kapt Shohemi bin Hashim (B)
    9. Kapt Mohd Saiful bin Abd Rashid (B)
    10. Kapt Hamdan bin Abdullah (B)
    11. Lt Kol Hj Mohamad Yatim bin Mohd Nor
    12. Lt Kol Mohd Fanashim Benson bin Hashim
    13. Lt Kol Mohamad Shuairi bin Abdullah TUDM
    14. Lt Kol Norzahari bin Zeelan
    15. Lt Mahadzir bin Hashim (B)
    16. Kapt Mustapha bin Ahmad (B)

    Fasa 1: Ketibaan Dan Ramah Mesra Sambil Bersarapan.
    .





      



      

    Fasa 2: Mesyuarat.









    Keputusan Mesyuarat

    Beberapa klausa dalam kertas cadangan dibuat pindaan atas persetujuan majoriti. Banyak juga perkara yang diderafkan tidak dipersetujui oleh yang hadir. Sebahagian besar yang hadir mahukan supaya Tabung ini diwujudkan secara sah mengikut saluran perundangan. Ini bermakna, apa-apa keputusan hari ini tidak dapat dilaksanakan sehingga Persatuan didaftarkan secara sah.

    Walaupun secara individu aku tidak menyetujui sebahagian dari keputusan, aku menghormati keputusan majoriti. Kekhuatiran yang timbul dalam hati kau ialah sekiranya terlalu rigid mahu mengikut tatacara dan kaedah perundangan, kemungkinan usaha ini akan terbengkalai.


    Perlantikan Jawatankuasa Penyelaras:
    • Pengerusi: Abdul Razak Hussain
    • Naib Pengerusi: Toharudin Abd Rasid
    • Setiausaha: Mahadzir Hashim
    • Bendahari: Dato Hj Adnan Hashim (tanpa hadir)
    • AJK: Mohd Saiful, Hamdan, Husin, Azmi, Norzahari, Shuairi, Mustapha, dan Mohd Yatim
    • Pemeriksa Kira-kira: Shohemi dan Benson.
    Fasa 3: Makan Tengahari.









    Pindaan yang dipersetujui.

    PERATURAN TKS37 setelah dipinda

    Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi

    Pentadbir TKS37:

    Tel:
    Faks:

    1.   Nama

    1.1.        Peraturan-peraturan ini adalah dinamakan Peraturan-peraturan Tabung Kebajikan Kelab Alumni Pegawai Kedet TJP37 (Skot 37) atau Tabung Kebajikan Skot 37 atau ringkasannya disebut TKS37.

    1.2.        Peraturan-peraturan ini diwujudkan di bawah undang-undang Pendaftar Pertubuhan (Registrar of Society) ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Kelab S37 dan Ketua Pendaftar.

    2.   Tafsiran

    Dalam Peraturan-peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain :

    2.1.   Akta maknanya Peraturan-peraturan Pertubuhan, 1984 dan Akta Pertubuhan 1966 dan pindaan-pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;

    2.2.   Keahlian Kelab adalah seperti berikut:

    2.2.1.  Sesiapa sahaja sama ada lelaki atau pun wanita yang pernah menjalani latihan sebagai Pegawai Kedet Angkatan Tentera Malaysia tanpa mengira jumlah hari bersama Pegawai Kedet Tauliah Jangka Pendek (TJP) Panggilan ke 37 di Sekolah Pegawai Kedet, Port Dickson, Negeri Sembilan di antara 5 Januari 1980 sehingga 24 Januari 1981 yang membayar Sumbangan Permulaan adalah layak menjadi Ahli.  Tiada permohonan diperlukan untuk menjadi Ahli TKS37 ini;

    2.2.2. Mana-mana individu yang masuk dalam kategori di dalam perenggan 2.2.1 tetapi telah mengalami sakit kronik, kehilangan upaya kekal dan kehilangan pekerjaan akibat masalah tersebut adalah diterima menjadi ahli dan layak menerima faedah tanpa perlu membayar apa-apa Sumbangan.

    2.3.   Tabung bermakna Tabung Kebajikan Skot 37 atau ringkasannya TKS37.

    2.4.   Bantuan Kebajikan ertinya satu skim bantuan yang dibentuk untuk memberi bantuan kepada Ahli atau keluarga Ahli mengikut garis panduan yang disediakan;

    2.5.   Pentadbir maknanya Ahli Jawatankuasa dilantik atau dipilih oleh Mesyuarat Agung Kelab S37 untuk mentadbirkan TKS37;

    2.6.   Peraturan maknanya Peraturan-peraturan Pertubuhan yang dibuat di bawah Akta dan pindaan-pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;

    2.7.   Sipenerima maknanya anggota atau waris anggota yang menerima manfaat apabila berlakunya musibah ke atas isteri atau anak anggota, atau diri anggota itu sendiri;

    2.8.   Pendaftar Pertubuhan maknanya Pendaftar Pertubuhan yang dilantik di bawah Akta Pertubuhan 1966; dan

    3.    Objektif.

    3.1.     TKS37 ini ditubuhkan untuk memenuhi objektif berikut:

    3.1.1   Memberikan sumbangan tanda kasih kepada Ahli Kelab S37 atau keluarga Ahli (yang diperakui dalam peraturan ini) yang mengalami musibah atau kesusahan.

    3.1.2.  Menyediakan peluang kepada sesame Ahli S37 untuk sama-sama menyumbang sebagai amalan kebajikan dengan cara membantu saudara seangkatan yang memerlukan bantuan bila ditimpa musibah.

    3.1.3.   Mengurus dan mengumpul wang Tabung dengan berkesan dan mengeluarkan wang Tabung kepada pihak berkenaan dengan kadar segera.

    4.     Garis Panduan Sumbangan dan Manfaat.

    4.1.     Skim bantuan kebajikan yang diberikan oleh TKS37 terbahagi kepada TIGA pendekatan berikut iaitu:

    4.1.1.    Sumbangan One-Off: Kematian Ahli akan menerima RM2,000.00.

    4.1.1.1.     

    4.1.1.2.     Kematian isteri Ahli akan menerima RM1000.00 (terhad kepada seorang isteri sahaja).

    4.1.1.3.     Kematian anak Ahli akan menerima RM500.00 (hanya melibatkan anak Ahli yang masih belum berkahwin)

    4.1.2.    Sumbangan Tahun.  Mana-mana ahli yang mengalami kehilangan upaya kekal akibat penyakit atau kemalangan layak menerima bantuan tahunan bernilai RM1000 yang disampaikan sebelum hari perayaan utama mengikut bangsa atau agama.

               4.1.3.   Sumbangan Khas: Mana-mana Ahli yang telah meninggal dunia setelah menjadi Ahli, waris (isteri atau anak) masih boleh menerima skim bantuan kebajikan ini mengikut budi bicara Jawatankuasa Tabung.

    5.    Kaedah Pemberian Bantuan.

    5.1.   Menerima maklumat mengenai kematian Ahli atau isteri Ahli atau anak Ahli melalui apa jua media yang sah dan dipercayai, Bendahari akan mengeluarkan WANG TUNAI untuk diserahkan kepada Ahli atau WARIS Ahli. Pentadbir TKS37 boleh melantik mana-mana individu di kalangan Ahli atau bukan Ahli untuk mewakili Kelab S37 untuk menyampaikan bantuan berkenaan.

    6.    Tempoh Kelayakan Mendapat Faedah Tabung.

    6.1.   Setiap Ahli layak mendapat manfaat dan bantuan Tabung sebaik sahaja menjelaskan sumbangan permulaannya.

    7.   Sumber Dana.

    7.1.   Sumber dana TKS37 boleh diperolehi dari:

             7.1.1.  Sumbangan wajib permulaan oleh Ahli ditetapkan kepada RM200.00:


             7.1.2.  Sumbangan tahunan sebamyak RM50.00 setahun.



             7.1.3.  Sumbangan ikhlas dari mana-mana ahli yang ingin menyumbangkan nilai wang          melebihi dari kadar yang ditetapkan dalam perenggan 7.1.1.

    7.1.4.  Sumbangan dari mana-mana firma, syarikat, persatuan atau individu bukan Ahli.

    7.1.5.  Apabila jumlah dana telah digunakan melebihi 50% dari jumlah asal, Pentadbir akan melaksanakan kempen pungutan dari Ahli mengikut kadar secara prorata.

    8.   Pentadbiran Tabung.

    8.1.   TKS37 ini hendaklah ditadbirkan oleh Jawatankuasa Kecil TKS37 yang dilantik oleh Jawatankuasa Kelab S37;

    8.2.   Jumlah anggota Jawatankuasa Kecil ini hendaklah seramai tiga orang termasuk seorang ahli sebagai Pengerusi;

    8.3.   Jawatankuasa Kecil ini berkuasa meluluskan derma atau sumbangan dari tabung ini mengikut peraturan yang ditetapkan oleh TKS37.

    9.   Tahun Kewangan.

    9.1.   Tahun kewangan TKS37 ini hendaklah bermula pada satu haribulan Januari dan berakhir pada tiga puluh satu haribulan Disember.

    10.  Melabur.

    10.1.   Tiada mana-mana bahagian dari Tabung ini yang boleh dilaburkan dalam mana-mana badan atau institusi kewangan atau pertubuhan dalam apa-apa bentuk sekalipun;

    11.  Kehilangan Hak Menerima Sumbangan.

    11.1.   Mana-mana ahli yang meninggal dunia atau cedera atau sakit akibat dari perlakuan jenayah seperti merompak, membunuh diri atau percubaan membunuh diri, mencederakan diri sendiri adalah tidak layak menerima apa-apa bantuan kebajikan.

    12.   Pembayaran.

    12.1.   Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk WANG TUNAI.

    13.   Aktiviti.

    13.1.   Pentadbiran Tabung boleh menggantung semua aktiviti Tabung Khairat ini jika ia mempunyai masalah aliran tunai kepada kekurangan kewangan dalam Tabung sehingga masalah ini dapat dipulihkan. 

    13.2.   Pentadbir hendaklah mengeluarkan Surat Pekeliling atau apa jua cara komunikasi kepada semua anggota Koperasi mengenai penggantungan atau pemulihan TKS37.

    14.   Audit.

    14.1.`Akaun TKS37 ini hendaklah diaudit bersekali dengan lain-lain akuan Koperasi setahun sekali,

    15.   Pentadbir.

    15.1.`Pentadbir hendaklah membentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kelab S37 laporan-laporan mengenai aktiviti-aktiviti TKS37 ini serta membuat cadangan-cadangan bagi menambahkan lagi kebaikan Tabung ini.

    16.  Pindaan Kepada Peraturan.

    16.1.   Peraturan-peraturan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Peraturan Kelab S37 dan Akta Pertubuhan 1966 serta Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984.

    16.2.   Pendaftar Pertubuhan bolehlah meminda peruntukan dalam peraturan ini apabila difikirkan mustahak untuk memudahkan perjalanan dan pengurusan TKS37 ini.

    17.   Kemusykilan dan Pertikaian.

    17.1.` Jika terdapat sebarang kemuskilan dari segi tuntutan dan sebagainya perlu dikemukakan kepada Pentadbiran secara bertulis. Keputusan Pentadbir adalah muktamad selagi tidak terkeluar dari peraturan yang ditetapkan.

    17.2.   Jika berlaku pertikaian mengenai tafsiran Peraturan-peraturan ini atau timbul perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Ketua Pendaftar Pertubuhan mengikut Peraturan-peraturan Pertubuhan.

    18.   Pembubaran.

    18.1.` Sekiranya terdapat lebih 50% dari Ahli (yang masih hidup) mengambil keputusan untuk membubarkan Tabung ini dalam satu Mesyuarat Agong atau Mesyuarat Tergempar dan ia diminitkan, maka segala baki dana dalam Tabung ini kepada mana-mana institusi berikut:

    18.1.1. Rumah Kebajikan Penjagaan Orang Tua.

    18.1.2. Rumah Kebajikan Penjagaan Anak-anak Yatim. 

    18.1.3. Rumah Kebajikan Pemulihan Akhlak.

    18.1.  Sekiranya berlaku pada suatu ketika, sebahagian besar dari Ahli TKS ini telah meninggal dunia dan tiada sesiapa yang berupaya untuk menjalankan pentadbiran ke atasnya, maka segala baki dana Tabung ini diwasiatkan kepada institusi seperti di perenggan 18.1.1
    .

    Kita tunggu kemajuan seterusnya......

    5 comments:

    1. Alhamdulillah, satu amal dgn niat yang murni....

      ReplyDelete
    2. Alhamdulillah, kebaikan dan kebajikan

      ReplyDelete
    3. Setuju......boleh dibincangkan segera dgn AJK adhoc

      ReplyDelete
    4. Setuju... cuma pasal yuran ikut pangkat tu kurenggg sikit... perlu perbincangan lanjut..

      Usaha yg sangat-sangat bagus.. Semoga ALLAH merahmati kita semua, Amin Ya Rabb

      ReplyDelete
    5. .......sehingga tarikh ini, HASRAT untuk mewujudkan TABUNG KEBAJIKAN S37 ini masih tinggal HASRAT dan IMPIAN.... masa mesyuarat dulu, ramai yang bijak pandai dengan pelbagai idea dan cadangan....enggan menerima cadangan yang telah disediakan. Tapi bila idea dipersetujui, sebahagian diberi tugas untuk meneruskan agenda, perkara tidak bergerak dan terus DILUPAKAN....

      ReplyDelete