SIAPA ITU P.K.K?
.
APA ITU PKK?
SIAPA DIA PKK?
KENAPA PERLU DIWARTAKAN?
aku tulis kesah ini semPENA SAMBUTAN TAHUN BARU 1435 HIJRAH. Aku sendiri tak pasti bila masa terminologi PKK ini mula digunapakai. Aku juga tak pasti siapa yang mula-mula sebut istilah PKK ini. Ia selalu digunakan dalam perbualan sama ada dalam facebook atau apabila ada majlis-majlis reunion, gathering dan sebagainya. Kebanyakannya mengaplikasikan istilah PKK ini kepada yang selalu tuang atau tidak hadir dalam aktiviti S37.
Jadi, apa maksud PKK sebenarnya? PKK bermaksud Pegawai Kaki Kencing. Apa yang menyebabkan mereka digelar kaki kencing? Kaki kencing ini berlaku di mana-mana. Tapi warga S37 menjadikan ia sebagai istilah istimewa kepada 'mana-mana' individu yang dikategorikan dalam istilah PKK ini.
Gelaran PKK diberikan kepada sahabat-sahabat yang MENIPU skot sendiri. Mengena skot sendiri. Makan skot sendiri. Songlap skot sendiri. dalam bahasa kasarnya sanggup KENCING skot sendiri. Kebanyakan skot PKK ini jarang sangat datang ke majlis kerana takut bertembung dengan skot yang pernah kena kencing. Tapi ada juga yang buat 'slumberdekkk' je... buat muka talam.
Aku secara kebetulan menerima luahan skot-skot yang kena KENCING ini. Tetapi aku langsung tidak berhasrat dan berniat untuk mengaibkan sahabat sendiri. Demi keharmonian sesama skot, aku tak akan menceritakan mana-mana PKK yang berkenaan dan juga nama skot yang kena kencing. Mungkin antara skot yang terkena KENCING atau MENGENCING boleh memahaminya.
Apa yang kita sama-sama harapkan ialah skot PKK berkaitan segera insaf dan jangan malu untuk memohon maaf. Kita semua sudah berada di hujung usia, bila-bila masa sahaja akan dipanggil pulang ke alam barzah. Janganlah nanti bila kita sudah tiada, masih ada skot atau kawan-kawan yang masih terkilan, menyimpan hati di atas perbuatan kita. Kita juga tak mau nanti nama kita kerap disebut atas perbuatan kita yang tidak baik.
Sama-samalah kita semua amat berharap belajarlah dari kesilapan yang lalu. Dunia ini amat kecil dan sempit.
Allah mempertemukan kita sebagai satu SKOT dalam keadaan yang baik, dari saling tidak mengenal antara satu sama lain kepada satu keluarga besar yang mempunyai satu destinasi untuk ditauliahkan menjadi PEGAWAI ATM.
Ada yang berjaya menyeberangi lautan api dan ada yang rentung ditengah jalan. Namun yang gagal tetap gagah menempuh dan merenangi lautan yang lain yang mempunyai cabaran tersendiri sehingga berjaya dalam kerjaya masing-masing. NAMUN apa, siapa dan dimana KITA berada, kita tetap satu, kita ketap SKOT 37.
Banyak pertemuan di hujung usia ini banyak membawa hikmah. Mungkin ada yang berfikir apabila rahsia diketahui ia memalukan diri dan menganggap pertemuan kita menjadi punca kepada pecahnya rahsia kita. JANGAN KAWAN. BE POSITIVE. Bukankah itu merupakan satu HIKMAH. Tanpa pertemuan ini, RAHSIA kita tetap tersimpan rapi dalam diri kita sendiri. Mungkinkah kita akan menyedari kesilapan kita sebelum hayat kita diputuskan?
Selama ini kita masing-masig sibuk dengan urusan kerjaya, keluarga dan diri sendiri. Kita terpisah jauh di merata tempat di seluruh negara malah seantero dunia. Berterima kasih kepada pertemuan ini yang membuka mata dan hati kita, seterusnya membuka jalan kepada kita untuk saling bermaafan.
INGATLAH, ALLAH MEMPERTEMUKAN KITA SEMUA UNTUK MEMBERI PELUANG KEPADA KITA UNTUK MERAPATKAN TALI SILATURRAHIM, SALING BERMAAFAN ANTARA SATU SAMA LAIN, AGAR KITA SELAMAT DI DUNIA DAN AKHIRAT.
KALAU ALLAH SEDIA MEMAAFKAN SEBESAR MANA DOSA KITA, JIKA KITA BERTAUBAT DENGAN SEBENAR-BENARNYA. SIAPAKAH KITA UNTUK BEGITU SOMBONG ENGGAN MEMAAFKAN SAUDARA KITA SENDIRI.
Buat SKOT-SKOT yang telah pernah teraniaya dan kena kencing, kita amat memahami apa perasaan mereka. KENCING itu HANCING atau orang Jawa kata 'PESING'. Kalau bertakung lama baunya akan menjadi semakin teruk, HANCING PERING dan meloyakan. Bayangkan kalau mangkuk tandas rosak selama seminggu dan dalam mangkuk itu. Bukan sahaja kita tak tahan baunya, bahkan untuk kita kencing dalam mangkuk tandas itu PUN KITA TAK BOLEH NAK KENCING. Waimma nak masuk dalam tandas itu pun kita tak lalu. Kalau lepas itu kita ada makan, memang tak lalu makan sekurang2nya setengah hari kerana teringat bau tersebut.
Mungkin ada di antara mereka yang sanggup memaafkan PKK tersebut tetapi ada juga yang masih berat untuk memaafkan kerana kesombongan PKK yang enggan untuk cuba menyelesaikan masalah. Malah tidak langsung ada keinginan untuk meminta maaf.
Buat SKOT-SKOT yang merasa dirinya adalah tergolong dalam kategori PKK. Insaflah. Umur kita semakin singkat. Sudah ramai skot kita yang telah pergi mendahului kita. Insaflah. Usahakanlah untuk menyelesaikan masalah atau memohon halal. Jangan meneruskan kerja-kerja mengencing kawan sendiri atau orang lain. Hidup kita tidak tenteram dan tidak selamat.
Fikirkan, satu hari nanti kita ingin (wajib) menunaikan Haji. Andainya hutang yang ada ini dibuat secara sengaja dan perbuatan enggan membayar pun secara sengaja, tanpa usaha untuk cuba membayar, maka mungkinkah ibadah Haji kita akan diterima oleh Allah swt.
Buat SKOT-SKOT yang tidak tergolong sebagai PKK (tapi 'naughty skot' memang ramai) dan tidak pernah dikencingi oleh PKK ini, marilah kita sama-sama berusaha:
.
sila semak dan hubungi: www.akpk.org.my untuk mendapatkan khidmat bantuan bagi menyelesaikan masalah hutang/kewangan anda.
Talian Tol Free: 1800-88-2575
MAAFKANLAH SAUDARA KITA SEMOGA SAUDARA KITA YANG LAIN AKAN MEMAAFKAN KITA PULA.
Maafkanlah skot-skot kita yang telah pergi mendahului kita:
. ALFATIHAH.....

- Jangan sampai kita pulak yang kena kencing.
- Jangan kita pulak dah tua-tua macam ini berniat untuk mendapatkan gelaran PKK.
- Jangan kita memboikot PKK ini, rapatkan mereka kepada kumpulan kita secara berhemah.
- Jangan kita menghina secara perli atau sindir kerana ia akan membuatkan dia semakin jauh dari kumpulan kita.
- Kita usahakan (jika dapat menemui PKK ini) supaya kita pujuk dia, nasihat dia supaya insaf dan menemui skot-skot yang telah dikencingi.
- Usaha yang terakhir, jika kita ada rezeki lebih, mungkin kita boleh kumpulkan dana membantu PKK membayar hutangnya, walaupun sedikit tetapi ia sebagai langkah pembukaan untuk dia menemui skot yang menjadi mangsa, memohon maaf dan mengusahakan cara untuk membayarnya. AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) kan ada......
sila semak dan hubungi: www.akpk.org.my untuk mendapatkan khidmat bantuan bagi menyelesaikan masalah hutang/kewangan anda.
Talian Tol Free: 1800-88-2575
MAAFKANLAH SAUDARA KITA SEMOGA SAUDARA KITA YANG LAIN AKAN MEMAAFKAN KITA PULA.
Maafkanlah skot-skot kita yang telah pergi mendahului kita:
- Almarhum Abd Halim bin Sudin - ?
- Almarhum Abu Hanipah bin Abd Rahman (2012)
- Almarhum Ahmad Zamanhuri bin Alang Ahmad - 1981
- Almarhum Ajhman bin Hj Bakur (2013)
- Almarhum Abdul Rashid bin Suhaime (2014)
- Almarhum Badrul Hisham bin Abdullah (1983)
- Mendiang Chin
- Almarhum Haldin bin Sudin (1982)
- Almarhum Hisham bin Ahmad (1987)
- Almarhum Hussein bin Mohd Tahir - ?
- Almarhum Isha bin Manap - ?
- Almarhum Jabar bin Ahmad (2013)
- Almarhum Kamar bin Manja (2008)
- Almarhum Kamarudin bin Ibrahim (1994)
- Almarhum Mazlan bin Shamsudin (2016)
- Almarhum Mohd Idrus bin Hj Musa (2007)
- Almarhum Mohd Khairi bin Othman (1996)
- Almarhum Salleh bin Abd Wahab
- Almarhum Sabri bin Shamsudin
- Almarhum Saharudin bin Kasim (1980)
- Almarhum Zainudin bin Abd Ghani (2009)
- Almarhum Zainal Abidin bin Ahmad (2009)
- Almarhum Zuraimi bin Mohammad (2015)
. ALFATIHAH.....
No comments:
Post a Comment